You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS MAKAN MALAM bersama YS Pengarah KHIRUDIN BIN DRAHMAN @

HUSSAINI

Assalaamualaikum warahmatuLlahi wabarakatuh dan salam sejahtera,

Bunga tanjung di tengah pekan,


Tiupan bayu mencelah suria,
kalimah nan agung saya mulakan,
Salam sejahtera menambah ceria.

Daun layu di tengah gurun,


nampak jalur pohon cemara,
Tradisi Melayu turun temurun
Pantun ditutur pembuka bicara.

Selamat datang kami ucapkan, Buat semua hadirin budiman, Ke sidang majlis penuh taakulan, bersama
merapat ukhuwwah dan taulan.

Yang berusaha,
YS Pengarah PKPjB KHIRUDIN BIN DRAHMAN @ HUSSAINI,

Rakan-rakan guru dan para tenaga pengajar di bawah kelolaan unit latihan Jabatan Bomba dan
Penyelamat seterusnya hadirin hadirat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran
kepada Allah swt kerana dengan limpah kurniaNya, dihimpunkan kita di majlis yang sangat besar ertinya
kepada kita semua……………..
Majlis bertemakan kasual pada malam ini adalah atas permintaan YS Pengarah sendiri sebagai
menghargai usaha dan pengorbanan guru-guru penasihat Kadet Bomba dan Penyelamat WPKL dalam
kesungguhan menjalani kursus pengurusan asas dan lanjutan selama 3 hari di Balai Bomba dan
Penyelamat Seputeh dalam usaha memartabatkan Kadet Bomba dan Penyelamat dan menjadi salah
satu unit uniform yang disegani di peringkat sekolah, di peringkat daerah mahupun negeri.
Berat Sama di pikul Ringan sama dijinjing ,Kita umpama aur dengan tebing itulah yang
diibaratkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan guru kadet bomba saling perlu memerlukan. Pelbagai
usaha yang telah dicernakan dan yang bakal direncanakan sepanjang tahun ini oleh barisan
jawatankuasa secretariat yang diketuai oleh Pegawai Teknikal Negeri, Tuan Ismady Ismail. Semoga
Kejayaan pasti menjelma… bukan umpama dalam mimpi jika kita bersatu hati.

Ikan merah dijual di pekan,


Syukur gembira dapat sebaldi,
Cuaca nan elok turut mengizinkan,
Pohonlah restu ke hadrat Ilahi.
Bagi memberkati majlis ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan munajat kepada Allah, semoga
majlis ini berjalan dengan sempurna hingga ke akhirnya. Dengan ini, dipersilakan
Ustaz _________________________________untuk menitipkan doa dalam majlis kita pd malam ini ……
(Doa dibaca) Amin.. amin ya Rabbal Alamin.
Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis ini akan berjalan lancer, dipelihara, Dilimpahkan sepenuh
manfaat dan keceriaan, Menambah tautan kemesraan, Serta berpisahnya kita nanti, akan diiringi
dengan seribu kenangan.

Tuan2 dan puan2 sekalian…

Bukan keris tanpa ulunya , Bukan majlis tanpa ucapannya.

Seterusnya dipersilakan Pegawai Teknikal Kadet Bomba dan Penyelamat WP Kuala Lumpur , Tuan
Ismady Ismail untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam majlis yang penuh ertinya pada malam ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.. (….... )

Mekar melati diapit kejora,


Kuntuman tersemat, jadi pamitan,
Tersentuh hati mendengar bicara,
Ungkapan azimat jadi ingatan.

Terima kasih diucapkan…………. Tidak berseri rasanya majlis ini tanpa mendengar amanat dan ucapan
keramat daripada YS Pengarah yang kita kasihi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
………………………

Kain songket cantik kilauan,


Ditenun oleh orang kemaman,
Tak terbalas budimu tuan,
Kami merakam setinggi penghargaan

Ucapan sudah, pesanan pun sudah, Makan dan minum sahaja yang belum.

kalau tuan pikat cemara,


Buatlah bara bakar selasih,
Sudilah tuan jamu selera,
Hidangan mesra pengikat kasih.

Untuk itu, marilah kita sama-sama merasa kelazatan makanan dengan didahului membaca doa makan...
(Acara makan malam...)
Penutup majlis
Tuan-puan yang dimuliakan,

Andai berkayuh dah sampai ke seberang,


Andai memanjat dah sampai ke pucuk,
Andai mendaki dah sampai ke puncak,
Setiap yang bermula pasti akan berakhir,
Begitu juga dengan majlis kita pada malam ini. Sebagai penutup bicara...

Sisir pelepah meraut lidi,


Menganyam daun atap jerami,
Yang indah, yang berseri bawalah pergi,
Yang cacat, yang keji tinggalkan buat kami.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di bawah saji,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan dikutuk diumpat keji.

Pohon kuini dahannya patah


Di situ tempat bermain kenari,
Sampai di sini kata bernoktah,
Izinkan saya mengundur diri.

Demikianlah tadi selesai sudah Majlis Makan Malam dan Majlis Tautan Kasih sempena tamatnya siri
Kursus Pengurusan Guru Kadet Bomba Peringkat Negeri WP KL bagi tahun 2018 . Semoga ukhuwwah di
kalangan kita akan terus erat dan saling menggembling tenaga untuk terus menggapai kejayaan dalam
masa akan datang. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan
majlis kita pada hari ini. Semoga berjumpa di lain kali. Sekian, wassalamualaikum wbt...

You might also like