You are on page 1of 9

TEKS PENGACARA

MAJLIS JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG

PERSARAAN CIKGU HJH AZANIAH BT HASHIM


23 NOVEMBER 2018

PENGUMUMAN :
- Pelajar diminta duduk dalam keadaan senyap dan teratur sepanjang majlis berlangsung
- Pelajar dilarang meninggalkan majlis sepanjang tempoh majlis berlangsung.
- Apabila yang diraikan tiba,kita semua akan bangun dan menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama

PERKARA/ BUTIRAN CATATAN


PEMBACA
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ketibaan
Tetamu Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita
-Ketibaan yg
akan bermula sebentar lagi. diraikan
-perarakan
bunga
manggar dan
kompang
Zilali Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan CIKGU HJH -gimik
AZANIAH BT HASHIM beserta suami diiringi dif-dif
kehormat dan guru-guru masuk ke Dewan Dato’ Maharajalela.

(Negara ku)

(Tarian selamat datang)

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Mencari timba si anak dara


Di bawah sarang burung tempua
Ucapan alu- Salam sembah pembuka bicara
aluan Selamat datang untuk semua

Sebagai tanda bermulanya majlis kita pada hari ini, majlis


dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha Ustazah
Hasfizah Bt Abu Seman GB SK Matang untuk memakaikan
tiara kepada Cikgu Hjh Azaniah bt Hashim sebagai simboloik
bermulanya majlis kita pada hari ini...

Majlis merakamkan terima kasih kepada Yang Berusaha


Ustazah Hasfizah Bt Abu Seman GB SK Matang.
Bismillahhirrohmanirrohim.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Yang Berusaha
Cikgu Hj Aminudin bin Mhd Nor
Pegawai Pendidikan Daerah ,
Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.

Yang Berusaha
Cikgu Zairul Shafiz bin Shadin,
Penyelia Pendidikan Swasta ,
Unit Pengurusan Sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama.

Yang Berusaha
Ustzh Hasfizah bt Abu Seman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Matang

Yang Dikasihi dan Diraikan


CIKGU HJH AZANIAH BT HASHIM
Guru Sekolah Kebangsaan  Matang

Yang Berusaha
Cikgu Mohammad Fuad bin Abd Malek
Penolong Kanan Pentadbiran SK Matang

Yang Berusaha
Cikgu Siti Faizurin bt Ismail
Penolong Kanan Hal-ehwal Murid SK Matang

Yang Berusaha
Cikgu Shamsiah bt Mohd Jais
Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Matang

Yang Dihormati En. Mohd Zuraimi bin Zulkaply


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SK Matang

Yang Dihormati
Encik Yaziz bin Othman
Suami CIKGU HJH AZANIAH BT HASHIM
Ahli keluarga serta jemputan CIKGU HJH
AZANIAH BT HASHIM

Seterusnya
Barisan guru, pembantu pengurusan murid, Ahli jawatankuasa
PIBG , murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah
sekalian.

Selamat Datang ke Majlis “Jasamu dikenang, Budimu


disanjung” sempena persaraan CIKGU HJH AZANIAH BT
HASHIM.

Kompang bergema pusaka bangsa


Dipalu oleh si anak muda
Hadir tuan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

Lebat kemiri pohonnya rendah


Bacaan Doa Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Raudhah Mohon berkat yang maha Esa

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna


ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dilafazkan oleh: Al Fadil Ustaz Nasrul
Hadi bin Jamil. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

*********** (Doa)

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Al Fadil Ustaz Nasrul Hadi bin Jamil atas
bacaan doa itu tadi.

Persembahan Majlis diteruskan dengan persembahan tarian dari murid


Tarian tahun 6. Majlis mempersilakan.
Zilali
.........

Terima kasih diatas persembahan murid murid tahun 6 itu


tadi. Untuk makluman semua,persembahan tahun 6 itu tadi di
bawah bimbingan Cikgu Noraini bt Mat Rojin.
Pergi ke kota beli selasih
Ucapan Ketua Sayang si dara buat halwa
Murid Berilah kata simpulan kasih
Sulamkan mesra satukan jiwa
Raudhah

Hadirin dan hadirat sekalian

Majlis diteruskan dengan menjemput adik MOHD DANISH


FARHAN BIN MOHD ZURAIMI, Ketua Murid SK Matang
dan
NUR AIMI FARHANA BINTI ZULKIFLEE, Penolong Ketua
Murid Sekolah Kebangsaan Matang bagi mewakili murid-murid
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik MOHD DANISH


FARHAN BIN MOHD ZURAIMI dan
NUR AIMI FARHANA BINTI ZULKIFLEE atas ucapan sebentar
Ucapan YDP tadi.

Zilali
Para hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan


Yang Berusaha Ustazah Hasfizah bt Abu Seman
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Matang untuk menyampaikan
Ucapan GB ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Raudhah

Terima Kasih diucapkan kepada Yang Berusaha


Ustazah Hasfizah bt Abu Seman . Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Matang
atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Ucapan PPD Emas tempawan buatmu puteri


Zilali Busana indah buat rupawan
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan

Majlis diteruskan lagi dengan  menjemput dan mempersilakan


Yang Berusaha Cikgu Hj Aminudin bin Mhd Nor
Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan .
Terima kasih diucapkan kepada  Yang Berusaha
Cikgu Hj Aminudin bin Mhd Nor
Pegawai Pedidikan Daerah Larut Matang dan Selama
atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian

Jasamu dikenang
Budimu di sanjung
Semangatmu dijulang
Tayangan Kepimpinanmu gemilang
Montaj

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala jasa dan


Raudhah bakti yang dilakukan oleh CIKGU HJH AZANIAH BT
HASHIM sepanjang 19 tahun perkhidmatan beliau di
Sekolah Kebangsaan Matang dan selama 30 tahun dalam dunia
pendidikan.

Para hadirin sekelian,

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia dan


bacaan ceritera mengisahkan tentang memori perjalanan
Yang Diraikan CIKGU HJH AZANIAH BT HASHIM.
Marilah sama-sama kita saksikan dan hayati persembahan
multimedia ini. Ceritera akan disampaikan Cikgu NOOr
Jamilah bt mad saad.

*** tayangan montaj****

Begitulah sebentar tadi dapat kita saksikan persembahan


multimedia dan bacaan ceritera sempena persaraan Yang
Diraikan CIKGU HJH AZANIAH BT HASHIM. Majlis
merakamkan terima kasih kepada Cikgu NOOr Jamilah bt
mad saad atas bacaan ceritera tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Ucapan Hadirin yang dihormati,


Diraikan
Kini tibalah waktu yang kita nanti-natikan iaitu ucapan
Zilali
daripada Yang Diraikan CIKGU HJH AZANIAH BT
HASHIM
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan.

...............................................

Sudah teradat si anak lelaki


Mati berjuang, berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Yang Diraikan CIKGU HJH AZANIAH BT
HASHIM di atas ucapan itu tadi .

Persembahan Seterusnya, marilah kita sama2 menyaksikan persembahan


guru nyanyian daripada guru guru SK Matang. Majlis mempersilakan.

Raudhah ..............

Terima kasih kepada guru –guru yang menjayakan


persembahan itu tadi.

Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Watikah
Inilah yang dikatakan,
Zilali umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat,

Majlis seterusnya ialah penyampaikan Watikah Persaraan


yang akan disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Larut
Matang dan Selama kepada Cikgu hajah Azaniah bt Hashim

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Ustazah


Hasfizah bt Abu Seman Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Matang bersama Cikgu Mohd Fuad bin Abdul Malek, Penolong
Kanan Pentadbiran menjemput dan mengiringi Yang Berusaha
Cikgu Hj Aminudin bin Mhd Nor
Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama
naik ke pentas untuk menyempunakan penyampaian watikah
tersebut. Dipersilakan.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Diraikan CIKGU


HJH AZANIAH BT HASHIM untuk menerima watikah
persaraan daripada Cikgu Haji Aminuddin bin Mhd Noor,
Pegawai Pendidikan Daerah Larut Matang dan Selama
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Berusaha Cikgu Hj Aminudin bin Mhd Nor
Pegawai Pedidikan Daerah Larut Matang atas penyampaian
watikah itu tadi.

Majlis juga menjemput Yang Berusaha Tuan Haji Aminuddin bin


Mhd Nor dan Yang Berusaha Pn Hasfizah bt Abu Seman untuk
bersama-sama mengiringi Yang Diraikan Pn Hjh Rozila Hanim
di atas pentas bagi acara penerimaan hadiah.

Hadirin yang dihormati sekalian


Penyampaian
Hadiah & Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan
cenderamata cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang
kita raikan pada hari ini Yang Diraikan CIKGU HJH
AZANIAH BT HASHIM

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan


mempersilakan
Raudhah
Ustazah Hasfizah bt Abu Seman, selaku wakil pentadbir
untuk menyampaikan cenderamata

Seterusnya,

1) Wakil ..................................
2) Wakil .................................
3)

Demikianlah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang


Penutup kenangan khusus untuk Yang Yang Diraikan CIKGU HJH
Zilali AZANIAH BT HASHIM

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan CIKGU HJH AZANIAH BT HASHIM atas
kesudian menerima cenderamata itu tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas


kesudian Yang Berusaha Cikgu. Hj Aminudin bin Mhd Nor 
dan Yang Berusaha Ustazah Hasfizah bt Abu Seman
mengiringi Yang Diraikan CIKGU HJH AZANIAH BT
HASHIM sebentar tadi.
Demikianlah tadi upacara penyampaian hadiah dan
cenderamata kenang kenangan khusus untuk Yang Diraikan
Yang Diraikan CIKGU HJH AZANIAH BT HASHIM
Majlis merakamkan ucapan jutaan penghargaan dan terima
kasih atas tanda ingatan,sumbangan dan tanda hati yang
diberikan dan semoga menjadi memori indah dalam dakapan
CIKGU HJH AZANIAH BT HASHIM

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.

Untuk Yang Diraikan CIKGU HJH AZANIAH BT


HASHIM
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Selamat berangkat dalam doa berkat,


Selamat istirehat,
Selamat bersara dengan senyuman mesra,
Senyumlah seindah suria
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredhaanNya

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Penutup Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


Diraikan CIKGU HJH AZANIAH BT HASHIM kerana
Raudhah sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini
dan kami semua mendoakan agar puan bertambah ceria dan
bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan MAJLIS JASAMU DIKENANG, BUDIMU
DISANJUNG

Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan


andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis
ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa bari
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah


Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

***** Majlis Tamat*****

Sebelum itu dijemput dif-dif jemputan naik ke pentas untuk sesi


fotografi bersama Yang Diraikan.

Guru-guru bertugas diminta menyusun murid sepanjang laluan ke pintu pagar utama
Murid-murid diminta beratur dari _____________________ bagi membuat lambaian perpisahan.

You might also like