You are on page 1of 9

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERSARAAN, PERTUKARAN

SERTA JAMUAN AKHIR TAHUN


PERINGKAT SK DENDANG 2021

ATURCARA PENGUMUMAN CATATAN


Persiapan 1 Hadirin yang dikasihi, Umum 15 minit sebelum
Majlis menjemput semua hadirin mengambil tempat masing- majlis bermula.
masing kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi.
Kerjasama siding hadirin amatlah dihargai.
Terima kasih.

Perarakan Mengumumkan ketibaan Pegawai Pembimbing Sekolah, Sekolah Muzik iringan masuk
Masuk Kebangsaan Dendang mengiringi guru dan AKP yang diraikan,
bersama-sama Tuan Guru Besar, Naib Yang DiPertua PIBG,
barisan pengurusan sekolah sderta Pengerusi KEGUKAS
melangkah masuk ke dalam dewan.

Semua hadirin dipersilakan berdiri.

Nyanyian Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan nyanyian Lagu AJK muzik bersedia
Lagu Negaraku dan Lagu Sekolah. dengan lagu
Negaraku
dan Lagu Hadirin dipersilakan duduk.
Sekolah
Ucapan Yang Berusaha,
Pengerusi Tuan Haji Ahmad Soffe Bin Mahmud
Majlis Guru Besar SK Dendang

Yang Dihormati,
Cikgu Mohd Hilmi Bin Mohd Zin
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah
Unit Pemulihan Khas Pejabat pendidikan Daerah Dungun,
merangkap Pegawai Pembimbing Sekolah,
Sekolah Kebangsaan Dendang

Yang Dihormati,
Puan Hasnah Binti Kadir,
Naib Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan guru

Yang Dihormati,
Barisan Pengurusan Sekolah

Yang Diraikan,
Cikgu Hazliza Binti Mat
Yang Turut Sama Diraikan,
Puan Nor Hidayah Binti Mohd Ashari

Yang Dikasihi,
Tetamu-tetamu jemputan, wakil PIBG, guru-guru, guru-guru
KAFA dan kakitangan sekolah yang disayangi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t

Selamat datang ke Majlis Persaraan dan Pertukaran serta Jamuan


Akhir Tahun Peringkat SK Dendang bagi tahun 2021.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin dan limpah kurniaNya


kita dapat sama-sama berhimpun dalam majlis yang penuh
bermakna pada pagi ini untuk meraikan Majlis Persaraan Cikgu
Hazliza Binti Mat yang akan bersara wajib pada 2 Januari 2021
serta Majlis Pertukaran 2 orang AKP SK Dendang iaitu Pn
Norhidayah Binti Mohd Ashari dan Pn Noor Fatihah Binti Che Ya.

Bacaan Doa Hadirin hadirat yang dikasihi,

Duduk bersama satu tujuan,


Indah majlis gilang gemilang,
Mohon doa kepada Tuhan,
Semoga majlis beroleh keberkatan.

Majlis seterusnya menjemput Al Fadhil Ustaz Rosman Bin Mat


Taib untuk memimpin bacaan doa selamat seterusnya
membacakan doa makan.

Majlis mempersilakan.

Aaamiiin….aaamiiin ya Rabbal Alamin.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al Fdhil Ustaz
Rosman Bin Mat Taib atas bacaan doa sebentar tadi.

Tayangan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, *20 minit selepas majlis
Video makan bermula
Selayang Tiap pertemuan pasti ada perpisahan
Pandang Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan


Tapi kaki tetap mengorak langkah
Selagi hayat dikandung badan
Sambil kita menikmati juadah yang disediakan, marilah sama-
sama kita saksikan persembahan multimedia yang telah
disediakan.

Demikianlah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia


sempena majlis yang dirakam. Mudah-mudahan ianya dapat
menggamit kenangan-kenangan manis selama mereka
berkhidmat di SK Dendang.

Ucapan Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,


Pengerusi
KEGUKAS Tirai majlis hari ini dibuka dengan mepersilakan Cikgu Hafizul Bin
Ahmad, Pengerusi Kelab Guru dan Kakitangan Sekolah (KEGUKAS)
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya dipsersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan itu sebentar


tadi.

Ucapan Guru Pergi ke Kota Beli Selasih,


Besar Sayang Si Dara Buat Halwa,
Berilah Kata Simpulan Kasih,
Sulamkan Mesra Satukan Jiwa.

Hadirin yang dikasihi sekalian, majlis kita diteruskan lagi dengan


menjemput dan mempersilakan Tuan Haji Ahmad Soffe Bin
Mahmud, Guru Besar SK Dendang untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang telah


disampaikan sebentar tadi.

Ucapan PPS Tak molek jika ada alu tiada lesungnya,


SK Dendang Tak bermakna jika ada dayung tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika tiada madah bicaranya.

Untuk itu, bagi menyempurnakan majlis yang seterusnya, majlis


dengan segala hormat dan penuh takzimnya menjemput dan
mempersilakan Cikgu Mohd Hilmi Bin Mohd Zin, Penolong
Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pemulihan Khas PPD Dungun
merangkap Pegawai Pembimbing Sekolah, Sekolah Kebangsaan
Dendang untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih


kepad Cikgu Hilmi Bin Mohd Zin atas kesudian hadir di majlis
pada hari ini.

Ucapan Pn Hadirin hadirat yang disayangi sekalian, *Pesan kepada Pn


Nurhidayah Hidayah untuk stay atas
Sudah teradat si anak lelaki, pentas selepas berucap
Mati berjuang berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Majlis kita diteruskan lagi dengan mempersilakan Pn Nurhidayah


Binti Mohd Ashari yang telah bertukar ke SMK Balai Besar,
Dungun untuk menyampaikan ucapan bagi mengubat kerinduan
warga SK Dendang.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Nurhidayah


Binti Mohd Ashari atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi
dan mohon Pn Nurhidayah untuk berada di atas pentas bagi
acara penyampaian hadiah.

Penyampaian Bagi menyempurnakan sesi penyampaian hadiah kenang- KEGUKAS


hadiah Pn kenangan kepada yang bertukar, kita mulakan dengan PENGURUSAN
Hidayah mempersilakan Cikgu Hafizul Bin Ahmad, Pengerusi KEGUKAS. GURU LELAKI
GURU PEREMPUAN
Seterusnya dipersilakan Cikgu Azaizuddin Bin Ismail, mewakili AKP
barisan pengurusan sekolah.

Seterusnya dipersilakan Cikgu Mohd Shahrim Bin Hussin,


mewakili guru-guru lelaki.

Dipersilakan Cikgu Rahayu Binti Ismail, mewakili guru-guru


perempuan.

Dan yang terakhir, dipersilakan Pn Asmah Binti Abdullah,


mewakili Ahli Kakitangan Pelaksanaan Sekolah.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian


hadiah itu sebentar tadi.
Ucapan Guru Siding hadirin yang dikasihi, *Muzik instrumental
Bersara mengiringi bait-bait kata
Akar keladi melilit selasih, yang indah
Selasih tumbuh di dalam taman,
Junjungan budi kenangan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.

Seterusnya tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan


daripada yang diraikan, Cikgu Hasliza Binti Mat. Untuk itu, majlis
dengan segala hormat dan penuh takzim, mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan yang


disampaikan sebentar tadi.

Mohon Cikgu Hasliza untuk naik ke pentas, di kerusi singgah sana


yang indah yang telah disediakan.
Seterusnya dijemput pasangan Cikgu Hasliza, En. Ahmad Sabri
untuk menemani beliau naik ke atas pentas di kerusi singgah
sana yang indah yang telah disediakan.

Dipersilakan.

Bak air yang mengalir


Tiba juga kiranya di muara waktu
Pasti tersisa kenangan yang terindah
Berhias luka tidak berdarah
Kesementaraan waktu mengutus seribu makna
Kerana sekali dipanggil guru
Selamanya pun bergelar guru
Terima kasih Cikgu

Bacaan Bagi menyempurnakan majlis yang seterusnya, majlis dengan


Biodata / segala hormatnya mempersilakan Cikgu Azaizuddin Bin Ismail
Gimik untuk membacakan biodata yang diraikan.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Azaizuddin


Bin Ismail atas bacaan biodata itu sebentar tadi.

Selayang Hadirin sekalian,


Pandang Mari sama-sama kita saksikan video yang telah disediakan.
Video Kak Za
Terima kasih atas tayangan video sebentar tadi.

Bak kata pepatah,

Mengait rambutan menggunakan galah


Disimpan bersama buah berangan
Walau sezarah silap dan salah
Harap dimaafkan disimpan jangan.

Penyampaian Hadirin yang dikasihi, INDIVIDU KEGUKAS GURU


Hadiah Kak Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi penyampaian hadiah LELAKI
Za penghargaan. GURU PEREMPUAN
AKP
Untuk itu, majlis menjemput Cikgu Hasliza Binti Mat, bersama PENGURUSAN
pasangan tercinta untuk berada di tengah pentas untuk CIKGU HILMI
menerima hadiah.

Dipersilakan.

Kita persilakan:

1.
2
3.
4.
5.
6.
7.

Seterusnya dipersilakan Cigu Hfizul Bin Ahmad mewakili


KEGUKAS

Seterusnya dipersilakan Cikgu Mohd Shahrim Bin Hussin mewakili


guru-guru lelaki.

Seterusnya dipersilakan Cikgu Siti Aminah Binti Omar mewakili


guru-guru perempuan.

Dipersilakan Pn Asmah Binti Abdullah mewakili Ahli Kakitangan


Pelaksanaan Sekolah.

Seterusnya dipersilakan Tn Guru Besar, Ustaz Haji Ahmad Soffe


Bin Mahmud diiringi Ustaz Suhaidi Bin Embong mewakili barisan
pengurusan sekolah untuk menyampaikan cenderahati kenang-
kenangan dan sijil penghargaan daripada pihak sekolah.
Dipersilakan.

Mohon Tuan Guru Besar untuk kekal sebentar di atas pentas.

Seterusnya majlis mempersilakan Cikgu Mohd Hilmi Bin Mohd


Zin, diiringi Cikgu Azaizuddin Bin Ismail untuk menyampaikan Sijil
Penghargaan daripada PPD Dungun serta Replika Kad Bersara
kepada Cikgu Hasliza Binti Mat.

Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas penyampaian


hadiah itu sebentar tadi.

Potong Kek Majlis kita diteruskan lagi dengan sesi pemotongan kek. Muzik Potong Kek
Untuk itu, dijemput semua warga SK Dendang untuk sama-sama
bergerak ke hadapan pentas untuk menyempurnakan majlis ini.
Dipersilakan.

Dipersilakan Cikgu Hasliza Binti Mat untuk memotong kek yang


telah disediakan.

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu rinduan

Kami mendoakan semoga Cikgu Hasliza Binti Mat terus diberikan


kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan
setiap urusan. Dan selamat melayari alam persaraan.

Hadirin dijemput untuk mengambil tempat masing-masing.

Cenderahati Buah berangan di tanjung jati


kepada PPS Jatuh berderai di tepi rusa
Budi tersemat di dalam hati
Di sanjung tinggi sepanjang masa
Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Hadirin yang dikasihi, sebagai tanda penghargaan terima kasih


dari pihak sekolah, majlis menjemput Cikgu Hafizul Bin Ahmad
untuk mengiringi dan mempersilakan Tn Guru Besar untuk naik
ke pentas bagi menyampaikan cenderahati kepada Cikgu Hilmi
Bin Mohd Zin.
Dipersilakan.

Dipersilakan Cikgu Hilmi Bin Mohd Zin untuk menerima


cenderahati. Terima kasih atas kesudian hadir memriahkan majlis
pada hari ini.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Penyampaian Sidang hadirin yang dikasihi.


Hadiah Ahli
Majlis kita diteruskan lagi denggan penyampaian hadiah kepada
ahli-ahli KEGUKAS.

Bagi menyempurnakan sesi penyampaian hadiah ini, dipersilakan


Cikgu Hafizul Bin Ahmad mengiringi dan menjemput Cikgu Mohd
Zamani Bin ABD latif, Penasihat KEGUKAS SK Dendang untuk naik
ke pentas bagi menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Dipersilakan 1 hingga 15

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Mohd


Zamani Bin ABD Latif atas kesudian menyampaikan hadiah itu
sebentar tadi.

Seterusnya majlis menjemput Cikgu Zaidi untuk mengiringi Puan


Hasnah Binti Kadir, Naib Yang DiPertua PIBG SK Dendang untuk
naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah.
Dipersilakan.

Dipersilakan 16 hingga 33

Penutup Hadirin yang dikasihi sekalian,


Majlis Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di
pelabuhan, umpama berkayuh telah sampai di muara, umpama
berjalan telah sampai ke destinasi.

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah sebentar tadi, majlis


bakal melabuhkan tirainya.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima


kasih kepada semua warga SK Dendang yang telah bertungkus
lumus dari mula hingga ke akhir bagi memastikan kelancaran
majlis ini.

Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua


tetamu yang hadir serta dif-dif jemputan atas kesudian
memberikan sumbangan masa dan tenaga secara langsung
mahupun tidak langsung sewaktu menjayakan majlis ini. Apa
yang kurang maaf jua dipinta.

Harum baunya si bunga cengkih


Dibawa orang dari Ambon
Buang yang keruh ambil yang jernih
Jari disusun maaf dipohon.

Sekian wabillahi taufik wal hidayah. Assalamualaikum w.b.t.


Majlis bersurai.

You might also like