You are on page 1of 9

Ketibaan vip Mengumumkan ketibaan

Yg…………………………………………………
Diiringi oleh Pn. Nurhaidawati bt Ramli, Guru Besar SK RTBK Pondok
Tanjong, Bersama En. Ismail. B ………………………….. Yang dipertua PIBG
SK RTBK Pondok Tanjong,
Guru-guru penolong kanan dan AJK PIBG SK RTBK Pondok Tanjong.

Ucapan alu-aluan Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh dan selamat datang


ke kejohanan sukan olahraga SK RTBK Pondok Tanjong kali ke 23 bagi
tahun 2019.

Yang berbahagia…………………………………………………………………………..
Yang dihormati Pn. Norhaidawati bt Ramli, Guru besar SK RTBK
Pondok tanjong
Yang berusaha En. Ismail b. , yang dipertua PIBG SK
Pondok Tanjong
Yg dihormati, En. Syahrul Azwan b. Amir Hamzah, Guru Pen Kanan
PEntadbiran,
Pn. Suzana bt Sulaiman, Guru Pen. Kanan HEM
Pn. Mohanabal a/p V. Sundaram, Guru Pen. Kanan Kokurikulum.

Ahli jawatankuasa PIBG SK RTBK Pondok TAnjung, guru-guru, tuan-


tuan, puan-puan, seterusnya murid-murid SK RTBK yang dirahmati
Allah sekalian.

Kami mewakili barisan jawtankuasa pengelola kejohanan mengalu-


alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke kejohanan sukan
tahunan SK RTBK Pndok Tanjung kali ke 23.

Semoga dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan


menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit muda yang akan
beraksi dalam acara pada hari ini.

Perbarisan lintas Sebagai pembuka tirai kejohanan sukan tahunan ini, marilah kita
hormat sama-sama saksikan perbarisan lintas hormat semua kontijen yang
mengambil bahagian.

Menjemput VIP Dengan itu, kami dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
menerima tabik …………………………………….., Tuan ………………………………….. dipersilakan.
hormat dari
peserta MUZIK PERBARISAN

Perbarisan Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa bendera


bendera Malaysia yang diketuai oleh adik Ahmad Ikhwan Shauqi b. Ahmad
kejohanan Azhar, pembawa bendera negeri perak ialah adik Muhd Huzaifah dan
pembawa bendera sekolah ialah adik Nas Irfan. Sementara itu
pembawa bendera kejohanan pula terdiri daripada adik Akmar.

Perbarisan Rumah Menyusul di belakang adalah kontijen rumah merah dengan


merah mottonya Pendekar Takkan Mengalah. Kontijen ini diketuai oleh
adik Muhd Danish Ikhwan b. M Idris dan dianggotai seramai 24
orang peserta. Pembawa sepanduk bagi rumah merah ialah adik
FArisha . ketua bagi kontijen rumah merah ialah En. Izzat Syafiq b.
Idris.

Perbarisan Rumah Seterusnya ialah kontijen daripada rumah biru yang dianggotai
Biru seramai 24 orang peserta perbarisan dengan mottonya Once a
warrior always a warrior. Kontijen ini diketuai oleh adik Mohd Ifham
hafizi b. Abd Rahman. Pembawa sepanduk bagi rumah biru ialah nur
Amani irdina bt Shamsul azizi. Ketua bagi kontijen rumah biru ialah
en. Muhammad azlan b. che man.

Perbarisan rumah Kontijen seterusnya ialah rumah hijau dengan mottonya Panglima
hijau dipersada. Kontijen ini diketuai oleh adik Shahir b. Roshidi dan
disertai seramai 24 orang peserta. Pembawa sepanduk bagi kontijen
rumah hijau ialah adik Nur Arissa Qaisara bt Johari. Ketua kontijen
rumah hijau ialah pn. Hasnidar bt ramly.

prasekolah Kontinjen yang terakhir yang turut memeriahkan acara perbarisan


pagi ini adalah merupakan murid-murid Prasekolah yang terdiri
daripada Prasekolah seramai 25 orang murid di bawah bimbingan
Pn. Suhaili bt Shamsudin dan dibantu oleh pn. Fazilawati bt Othman.

Majlis merakamkan terima kasih kepada


_______________________________ _______________________
Kerana sudi menerima tabik hormat daripada kontijen perbarisan.

Nyanyian lagu Hadirin yang dihormati, mohon berdiri bagi menyanyikan lagu
Negaraku dan Negaraku dan lagu negeri perak.
ngeri perak.
Terima kasih kepada hadirin dan dipersilakan untuk duduk.

Lafaz ikrar Seterusnya, dipersilakan pembawa bendera kontinjen yang


kejohanan bertanding maju ke hadapan untuk bersama-sama mengiringi lafaz
ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh
adik Afiq…………………………………………….

Majlis merakamkan terima kasih di atas lafaz ikrar kejohanan itu tadi.
Bacaan doa Sebagai menyatakan kesyukuran serta memohon keberkatan marilah
kita sama-sama menadah tangan untuk mengaminkan doa yang akan
dibacakan oleh Ustaz Mohd azlan b. che man
Dipersilakan. ….
(Bacaan doa)………………..

Majlis merakamkan terima kasih kepada Ustaz Mohd azlan b. che


man. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan berjalan
dengan lancar serta diberkati oleh Allah s.w.t. Insya-Allah.

Ucapan aluan Majlis seterusnya menjemput Pn. Nurhaidawati bt Ramli, Guru besar
GURU BESAR SK RTBK Pondok Tanjong untuk menyampaikan ucapan alu-alauan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih kepada puan norhaidawati bt ramli


diatas ucapan alu-aluan tadi.

Ucapan perasmi Hadirin yang dihormati,


Tidak sempurna majlis kita pada hari ini tanpa mendengar ucapan
perasmian. Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput
__________________________________________________ untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan kejohanan sukan
olahraga SK RTBK Pondok Tanjong Kali ke 23.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan terima kasih diatas ucapan perasmian dan


setinggi-tinggi penghargaan kerana sudi merasmikan kejohanan
sukan olahraga SK RTBK kali ke 23 bagi tahun 2019.

Hadiah perasmi Dengan ini majlis menjemput Pn. Norhaidawati bt Ramli, Guru besar
SK RTBK Pondok Tanjong bagi menyampaikan sedikit cenderahati
kepada
________________________________________________________.

Gimik penerimaan
jersi Hadirin sekalian,
Untuk makluman
Penyampaian Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi acara yang telah
hadiah 1 dijalankan sebelum ini.

Dengan sukacitanya majlis menjemput Pn. Nuhaidawati bt Ramli,


Guru besar SK RTBK Pondok TAnjung mengiringi
___________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi acara lontar peluru

Pingat gangsa dimenangi oleh ______________________________


Dari rumah ________________________________________

Pingat perak dimenangi oleh ______________________________


Dari rumah _____________________________________________

Pingat emas dimenangi oleh ________________________________


Dari rumah ______________________________________________

Bagi acara lompat jauh

Pingat gangsa dimenangi oleh ______________________________


Dari rumah ________________________________________

Pingat perak dimenangi oleh ______________________________


Dari rumah _____________________________________________

Pingat emas dimenangi oleh ________________________________


Dari rumah ______________________________________________

Untuk makluman semua hadirin, SK RTBK Pondok Tanjung bertuah


kerana mempunyai seorang peserta cilik yang Berjaya mewakili
sekolah ke peringkat ______________________. Dengan ini
dijemput adik __________________________ untuk menerima
anugerah khas ____________________ dalam acara lontar peluru.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada


_______________________________________________________
kerana telah sudi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan perbarisan keluar padang oleh


Perbarisan keluar kontinjen yang mengambil bahagian untuk masuk ke khemah
masing-masing.

– MUZIK PERBARISAN
………….
Dengan itu maka sempurnalah sudah majlis perasmian Kejohanan
Sukan olahraga tahunan kali ke 23. Majlis merakamkan terima kasih
kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam perbarisan
lintas hormat.

Hadirin dan hadirat sekalian,


senamrobik Kejohanan Sukan Tahunan berehat sebentar untuk memberi laluan
kepada acara senamrobik.
Majlis menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama
menyertai senamrobik.
Semua peserta diminta untuk bersedia.

Penyampaian Terima kasih kepada ____________________________________ di


cenderahati atas senamrobik yg bertenaga tadi. Dengan ini majlis menjemput
kepada instructor ________________________________________ untuk
senamrobik meyampaikan sedikit cenderahati kepada
______________________________________ .

Acara sukan Hadirin dan hadirat sekalian, sebentar lagi akan dimulakan acara
Kejohanan Sukan Tahunan SK RTBK Pondok TAnjung kali ke 23.
prasekolah
Acara pertama pada hari ini ialah acara ___50 meter lelaki
___________________ pra sekolah

Peserta -peserta yang mengambil bahagian ialah

Di Lorong pertama ialah adik ____________________________

Peserta- peserta sedia untuk dilepaskan

Acara pertama pada hari ini ialah acara ___50 meter perempuan pra
sekolah

Peserta -peserta yang mengambil bahagian ialah

Di Lorong pertama ialah adik ____________________________

Peserta- peserta sedia untuk dilepaskan

Acara ketiga ialah acara Bersama ibubapa iaitu ikatan kasih. Diminta
semua peserta bersedia mengambil tempat.

Acara keempat ialah acara aiskrim gergasi.


Acara kelima ialah acara my sweet heart.

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati,


Sebentar lagi akan berlangsung
acara________________________________________________.

Peserta-peserta yang mengambil acara dalam bahagian ini ialah


Di Lorong yang pertama ialah adik _________________________

Peserta-peserta bagi acara _______________________________ sedia untuk


dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH

Tuan-tuan dan puan-puan


Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara
________________________________________________________________
___________

Untuk itu dengan segala hormatnya dipersilakan Encik /Puan / Cik untuk
menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Tempat ketiga dimenangi oleh _________________________ dari rumah


_____________.

Tempat kedua dimenangi oleh __________________________ dari rumah


___________.

Tempat pertama dimenangi oleh _____________________________ dari


rumah ______.

Tahniah kepada para pemenang.

Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Encik/Puan/Cik ________________________ atas kesudian menyampaikan
hadiah.
Teks pengacara majlis penutup kejohanan olahraga

Alu- aluan Dijemput semua peserta dari semua kontijen masuk ke padang dan
berada di hadapan pentas utama untuk acara penyampaian hadiah
dan majlis penutupan kejohanan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang dihormati Pn. Norhaidawati bt Ramli, Guru besar SK RTBK


Pondok tanjong
Yang berusaha En. Ismail b. , yang dipertua PIBG SK
Pondok Tanjong
Yg dihormati, En. Syahrul Azwan b. Amir Hamzah, Guru Pen Kanan
PEntadbiran,
Pn. Suzana bt Sulaiman, Guru Pen. Kanan HEM
Pn. Mohanabal a/p V. Sundaram, Guru Pen. Kanan Kokurikulum.

Ahli jawatankuasa PIBG SK RTBK Pondok TAnjung, guru-guru, tuan-


tuan, puan-puan, seterusnya murid-murid SK RTBK yang dirahmati
Allah sekalian.

Alhamdulillah kita selesai melaksanakan semua acara sukan pada


kejohanan olahraga pada tahun ini. Kepada atlet yang Berjaya,
tahniah diucapkan dan kepada yang tidak Berjaya tahun hadapan
cuba lagi.

Penyampaian
hadiah dan Para pelajar dan hadirin sekalian,
cenderamata
Bagi mengiktiraf para atlet yang telah Berjaya pihak majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan pn. Nurhaidawati bt ramli diiringi
En. Syahrul Azwan b. Amir Hamzah untuk menyampaikan hadiah.
Majlis dengan ini mempersilakan.

(NAMA ACARA DAN HADIAH)

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan


bagi kategori rumah sukan pada hari ini.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan rumah ______________.

Tempat kedua disandang oleh pasukan rumah ________________.

Dan johan bagi pertandingan perarakan perbarisan jatuh kepada


pasukan rumah ___________________.
Hadirin sekalian,

Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang olahragawan dan


olahragawati sekolah pada tahun ini.

Peserta yang Berjaya merangkul gelaran olahragawati sekolah pada


tahun ini ialah _____________________.

Untuk makluman hadirin sekalian, beliau telah memenangi acara


_________________________.

Kini diumumkan pula olahragawan sekolah pada tahun ini.


Olahragawan sekolah pada tahun ini ialah ____________________.

Beliau telah meraih pingat _____________ dalam acara__________.

Kini tibalah saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi
kedudukan bagi rumah-rumah sukan yang telah bertanding.

Tempat ketiga jatuh kepada pasukan rumahhh________________


dengan kutipan mata sebanyak _____________

Dipersilakan ketua rumah sukan untuk menerima hadiah.

Seterusnya naib johan Berjaya dirangkul oleh pasukan rumah


_____________ dengan mata sebanyak _______________.
Dipersilakan ketua rumah untuk menerima hadiah.

Dan johan keseluruhan rumah sukan bagi kejohanan sukan dan


olahraga kali ke 23 bagi tahun 2019 ialah rumah ____________
dengan mata sebanyak ___________.

Dipersilakan ketua rumah _________ tampil ke hadapan untuk


menerima hadiah.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada


_____________________________ atas kesudian menyempurnakan
majlis sebentar tadi.

Ucapan Hadirin dan hadirat sekalian,


perasmian Untuk menyempurnakan penutupan kejohanan sukan olahraga
penutup pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput
_________________________________________________ untuk memberikan
ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan
sukan olahraga Kali ke.23. Majlis dengan ini mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu,maka berakhirlah kejohanan sukan olahraga Kali


ke.23.
.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat


dalam menjayakan kejohanan pada tahun ini. Kami juga ingin
menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya sepanjang
Kejohanan ini terdapat salah dan silap tutur kata yang tidak kami
sedari. Semoga berjumpa lagi. MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH…
assalamualaikum wbt

You might also like