You are on page 1of 2

TEKS JURUACARA

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SEKOLAH SK Bukit Kuari, Parit Raja.

TAHUN 2013 8 FEBRUARI 2013/

OLEH :
SUZANA BINTI ABDULLAH

Teks Pengacara Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah SK BUKIT KUARI. 2013

BIL 1

PERKARA UPACARA PENGUMUMAN KETIBAAN TETAMU KEHORMAT DIUMUMKAN KETIBAAN YANG BERUSAHA PUAN HAJJAH SHAMSIAH BINTI HAJI SHAPIE GURU BESAR SK BUKIT KUARI, PARIT RAJA DIIRINGI TETAMU JEMPUTAN.

MC

2.

UCAPAN ALU-ALUAN Bismillahirahmanirrahim...Assalamualaikum...WBT. ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ) Yang Berusaha Puan Hajjah Shamsiah Binti Haji Shapie, Guru Besar SK Bukit Kuari, Parit Raja. ) Yang Berbahagia Ustaz Mohd Akmal Bin Hamid Penceramah Jemputan. ) Yang Berusaha En Harom Bin Haji Ikhsan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat ) Yang Dihormati En Fathul Rahman Ketua Kampung Semerik. ) Yang Dihormati En Gharif Jamal Bin Haji Shufaat Ketua Kg Parit Kuari ) Yang Berbahagia Ustaz Mohd Shahli Bin Mohd Said Imam 1 Masjid Parit Kuari ) Yang Berbahagia Tn Haji Mohamad Bin Yasin Imam 2 Masjid Parit Kuari ) Yang Dihormati Pn Saadiah Ketua Wanita UMNO Parit Kuari ) Yang Dihormati En Isham Bin Husni YDP PIBG ) Yang Dihormati En Mohd Kham Bin Khalid Naib YDP PIBG ) Yang Dihormati En Roslan Bin Uyub (Pengerusi Permuafakatan Kegemilangan) ) Yang Dihormati En Musa Bin Khalid Guru Penolong Kanan Pentadbiran ) Yang dihormati Puan Khalijah Binti Or Jamal Mohammed Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ) Yang dihormati En Kamaruddin Bin Salman Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Para Jemputan, Ibu Bapa, Guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai Dewan SK Bukit Kuari bagi satu majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah tahun 2013 bersamaan dengan 1434 tahun hijrah. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah dan masyarakat kejiranan

You might also like