You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

SAMBUTAN HARI GURU 2019


SK SETIAWANGSA
JUMAAT, 17 MEI 2019
1. Murid berkumpul

2. Ketibaan tetamu kehormat

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia
Puan Hajah Asiah bt Haji Husin,
Timbalan Pengarah
Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat

Diiringi bersama dif dif jemputan masuk ke dewan.


3. Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Bismilahhirrahmanirrahim.

Luas sungguh sawah di sana


Cantik terlihat diwaktu senja
Engkaulah guru insan bijaksana
Gigih mendidik berhati waja

Yang Berbahagia
Puan Hajah Asiah bt Haji Husin,
Timbalan Pengarah
Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat

Yang Berusaha,
Puan Norhayati bt Haron,
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang Dihormati,
Encik Shahpandi b Abdul Manan
Yang diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang Dihormati,
Encik Mohd Nizam b Morad
Naib Yang diPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Yang Berbahagia,
Datuk Haji Ruslan b Madon
Mantan Guru Besar SK Setiawangsa
Yang Berbahagia,
Datin Hajah Siti Rokiah bt Salleh
Mantan Guru Besar SK Setiawangsa

Yang dihormati,
Puan Hajah Jasniza bt Mohamed
Guru Penolong Kanan Tadbiran dan Kurikulum
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Puan Jamiatun bt Ahmad


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Puan Mastura bt Omar


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Setiawangsa

Barisan Ahli Jawatankuasa BKGK, Ahli Jawatankuasa pelaksana, guru-guru wacana kegemilangan, dan
para murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.

Setinggi tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi atas limpahan taufik dan perlindunganNya
dapat kita berkumpul pada pagi Jumaat yang penuh indah ini tanggal 17 Mei 2019 untuk Majlis Bakti
Disanjung Budi Dijunjung sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi tahun 2019. Pihak
sekolah melahirkan salam sanjungan budi atas kesudian tetamu kehormat kita melapangkan masa
beliau pada hari ini demi bersama2 kita meraikan hari guru, hari kita pada pagi nan permai ini.

Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi; itulah tema hari guru pada tahun ini yang menyingkap makna
sebuah pengorbanan seorang guru demi anak bangsa.

Warga dewan yang dihormati sekalian,

Sambutan hari guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar ’cikgu’..semoga dengan
pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana
dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas
seorang guru.
4. Bacaan doa
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan juga bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Memulakan acara pada pagi ini, bagi memohon restu dan keberkatan, marilah bersama2 kita menadah
tangan mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Safiq bin Sulor.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Setinggi tinggi terima kasih diucapkan kepada Al Fadhil Ustaz Mohd Safiq bin Sulor atas bacaan doa itu
tadi.
5. Ucapan Aluan Guru Besar
Kain batik cantik berseri
Dibawa dari pulau jawa
Guru mendidik ilmu diberi
Keikhlasan guru menyentuh jiwa

Meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Norhayati bt Haron,
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menyampaikan ucapan aluan. Dengan hormatnya
dipersilakan.
****************************************************************************
Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Puan Norhayati bt Haron, Guru Besar, Sekolah
Kebangsaan Setiawangsa atas ucapan itu tadi.

6. Ucapan Tetamu Kehormat


Jalan beriringan berpegangan tangan
Kalau terjatuh sama merasa
Guru dan murid mencipta kemerlangan
Sama-sama menabur jasa

Tibalah masa kita mendengar amanat daripada tetamu hehormat yang kita sanjungi. Majlis dengan
penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hajah Asiah bt Haji
Husin,Timbalan Pengarah, Pejabat Pendidikan Wilayah Keramat untuk menitipkan secebis nasihat dan
panduan buat kita. Dipersilakan.
******************************************************************************
Seuntai kata terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Hajah Asiah bt Haji Husin,atas titipan
pedoman sebentar tadi.

Sebagai tanda kenang kenangan daripada pihak sekolah, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Puan
Norhayati bt Haron, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menyampaikan tanda ingatan
dan penghargaan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia Puan Hajah Asiah bt Haji Husin hadir ke
majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Terima kasih atas penyempurnaan acara sebentar tadi.

7. Bacaan Perutusan Hari Guru


Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang,
Tanpa guru siapalah kita,
Ibarat malam tanpa bintang.

Sidang majlis sekalian,


Agenda seterusnya adalah bacaan perutusan daripada Pengarah Pendidikan Malaysia. Dengan itu,
majlis mempersilakan En Wan Rosli b Wan Ahmad untuk membacakan perutusan tersebut. Dengan
segala sukacitanya dipersilakan.
Demikanlah tadi teks ucapan daripada Pengarah Pendidikan Malaysia . Pastinya segala nasihat dan
amanat akan menjadi ingatan dan pedoman untuk semua. Sekalung penghargaan buat En Wan Rosli b
Wan Ahmad atas kesudian membacakan teks perutusan tersebut.
8. Lafaz Ikrar
Pegang kaca harus beringat
Bimbang terluka susah nanti
Ikrar dibaca penuh semangat
Janji terpatri disudut hati

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu lafaz ikrar Hari Guru yang akan diketuai oleh En Mohamad Rashid
b Othman. Dan sebagai kemuncak acara ,kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para
guru dengan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia. Guru2 dipersilakan berdiri untuk bacaan ikrar.

Terima kasih diucapkan kepada En Mohamad Rashid b Othman atas pimpinan lafaz ikrar sebentar tadi.
12 Nyanyian Kami Guru Malaysia
~~~~~~~~~~~~~autoplay~~~~~~~~~~~~~~

13. Perasmian bilik SBT (Mini Galeri SBT)


Dengan berakhirnya nyanyian lagu guru malaysia itu tadi, maka berakhirlah acara rasmi kita pada hari
ini. Semoga Allah menganugerahkan ilham kpd semua guru utk menjadi pendidik yang gemilang.
Semoga benih2 keikhlasan berjaya ditanam dalam setiap batas hati para guru,kerana dengan
keikhlasan,akan terpancar kejernihan dan kejayaan anak didik yang mutlak,insyaallah.

Untuk agenda seterusnya, majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha, Puan Norhayati bt Haron, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Setiawangsa untuk menjemput
dan mengiringi tetamu kehormat kita bersama dif-dif jemputan bergerak ke Bilik SBT SK Setiawangsa
untuk majlis perasmian Mini Galeri SBT SK Setiawangsa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

14. Bagi meneruskan agenda, saya dengan ini menyerahkan majlis kepada Ustaz Fakhrurrazi.
Dipersilakan.

You might also like