You are on page 1of 4

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SEKOLAH KEBANGSAAN PIASAU, KOTA BELUD

MINIT MESYUARAT KALI KEEMPAT

TARIKH : 13 SEPTEMBER 2017

MASA : 10:00 PAGI

TEMPAT : BILIK GURU

PENGERUSI : SITI NURHAFIZA TIM (KETUA PANITIA)

KEHADIRAN : 1) SITI AISYAH AWANG

2) SITI SHARIHAH HASSAN

AGENDA :

1. Ucapan Aluan Pengerusi.

2. Pencapaian tasmik murid.

3. Pencapaian PAFA murid.

4. Program Kem Bestari Solat (KBS).

5. Penyediaan e-pelaporan.

6. Penyediaan Kem Cemerlang Jawi (KCJ).

7. Hal-hal lain.

1
1. UCAPAN ALUAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan surah al-Fatihah.

2. PENCAPAIAN TASMIK MURID

2.1 Ketua panitia berbincang dengan semua guru Pendidikan Islam mengenai rekod pencapaian
tasmik tahun 1 hingga 6.

2.2 Semua GPI di minta untuk membuat analisis rekod pencapaian tasmik murid sepanjang tahun
2017.

2.3 Pengerusi memaklumkan bahawa sekolah telah menerima beberapa buah buku Iqra’ baru
yang di edarkan oleh PPD. Semua GPI boleh menggunakan Iqra’ tersebut di dalam kelas dan
bertanggungjawab menjaganya dengan baik.

Tindakan : Semua GPI

3. PENCAPAIAN PAFA

3.1 Ketua panitia mengingatkan semua guru supaya sentiasa mengambil ruang untuk membuat
penilaian PAFA terhadap murid di dalam kelas.

3.2 Ketua panitia meminta semua GPI untuk melengkapkan penilaian PAFA tahun 1-6 sebelum
bulan Oktober mengikut rujukan agihan dalam buku PAFA yang telah di edarkan.

Tindakan: Semua GPI

4. PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

4.1 Semua ahli mesyuarat bersetuju untuk menyatakan semula tarikh yang sesuai untuk
melaksanakan KBS atas kekangan-kekangan yang tertentu.

4.2 Pengagihan tarikh dan waktu telah di tetapkan bagi tahun 1-6 bagi memudahkan guru
mengendalikan kem dan membuat penilaian dalam kem tersebut.

4.3 Peruntukan yang di beri oleh KPM untuk melaksanakan KBS setakat 13 September ini,
belum di terima. Semua GPI bersetuju untuk menggunakan peruntukan kegiatan untuk pelajar
Islam/Moral untuk melaksanakan KBS jika belum menerima peruntukan pada bulan Oktober nanti.

4.4 Pengagihan perbelanjaan KBS telah dibincangkan. Semua GPI bersetuju mengenai jadual

2
pengagihan perbelanjaan yang telah disediakan.

4.4 Perbincangan mengenai AJK KBS 2017 dan tentatif program. Jadual pengagihan AJK
program telah di bentangkan oleh pengerusi. Di minta semua GPI dapat melaksanakan tugas
masing-masing.

Tindakan: Semua GPI

5. PENYEDIAAN E-PELAPORAN

5.1 Pengerusi mengingatkan bahawa penghantaran e-pelaporan ialah pada bulan Oktober.

Semua guru Pendidikan Islam perlu bersedia mengemaskini data terakhir sebelum cuti seminggu
sempena Deepavali.

Tindakan : Semua GPI

6. KEM CEMERLANG JAWI (KCJ)

6.1 Penyelaras KCJ, Pn. Aisyah telah membentangkan hasil dapatan dan analisis KCJ pada bulan
Februari lepas.

6.2 Pembentangan dan perbincangan hasil dapatan daripada bengkel yang dianjurkan PPD Kota
Belud, yang di sampaikan oleh JU daerah, Ustazah Aidah Daud.

6.3 Perbincangan mengenai pelaksanaan KCJ untuk semester kedua.

7. UCAPAN PENANGGUHAN

7.1 Pengerusi mengucapakan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa panitia atas segala
usaha yang telah dijalankan dan berharap agar kejayaan akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke
semasa.

7.2 Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada
jam 11:45 am

3
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. ………………………….

(SITI NURHAFIZA TIM) ( PN. MAS BUN SUH BT MUHAMAD ABDULLAH)

Ketua Panitia PAI Penolong Kanan 1,


SK. Piasau, Kota Belud SK. Piasau, Kota Belud

You might also like