You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TO’ EMAN, NYABOR

d/a PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


TINGKAT 1, WISMA PERSEKUTUAN
JALAN SARATOK
95407 SARATOK YBA 2201

______________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL2/2017

Tarikh : 22 Mei 2017 Masa : 1400-1500

Tempat : Bilik Makmal Komputer

Agenda Mesyuarat :
1. Ucapan Pengerusi (Ketua Panitia)
2. Pengesahan minit mesyuarat 1/2017
3. Laporan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Zon
4. Aktiviti bulan Ramadhan Al Mubarak

5. Laporan Pendokumentasian PBS setiap kelas


6. Hal-hal lain
7. Penangguhan Mesyuarat

1.0 KATA-KATA ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua ke mesyuarat kali kedua
bagi sesi 2017. Ustazah Aini Hayati tidak dapat menghadirkan diri kerana masih dalam
cuti bersalin.
1.2 Beliau merakamkan syabas dan tahniah kepada penglibatan guru-guru Pendidikan Islam
dalam menjayakan aktiviti kerohanian di sekolah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat 1/2017 disahkan dengan cadangan Ustaz Yusof dan disokong oleh
Ustazah Mastura.
3.0 LAPORAN MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ZON KABONG
3.1 Ketua panitia meminta Ustazah Mastura membuat laporan MTQ yang telah disertai.
3.2 Peserta yang telah mewakili sekolah adalah seperti berikut :
Tilawah Al-Quran : Iqbal Abdullah Bin Zulkarnain
Nur Atheeya Sabarin Binti Abdullah
Hafazan Al-Quran : Mohamad Irfan Bin Teguh Mularso
Nurul Syafiqa Binti Kifli
Bercerita : Abdul Raziq Bin Abdullah
Zahirah Asilah bt Abdullah
3.3 Seramai 25 orang telah mewakili sekolah dalam pertandingan kalam jamae dan telah
mendapat tempat kedua.
3.4 Ketua panitia mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah melatih murid-murid.

Tindakan: guru-guru PAI dan Bahasa Arab

4.0 AKTIVITI SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


4.1 Ketua panitia dah ahli berbincang aktivti yang akan dijalankan. Dan aktiviti yang akan
dijalankan adalah seperti ketetapan dibawah:
- 12 hingga 23 Jun2017 : Tadarus Al-Quran pada setiap pagi sebelum ses pdpc
- 23 Jun 2017 : Majlis khatam Al-Quran sempena bulan Ramdhan
- 23 Jun 2017 : Penyerahan duit raya kepada murid prasekolah hingga
Murid Tahun 6

Tindakan: guru-guru PAI dan Bahasa Arab

5.0 LAPORAN PENDOKUMENTASIAN PBS


5.1 Ketua panitia meminta semua guru menyiapkan laporan PBS bagi penggal yang pertama
dan memastikan dokumen disimpan di dalam fail PBS panitia
5.2 Tugas dokumentasi PBS bagi setiap tahun adalah seperti berikut:
Tahun 1 dan Tahun 2 : Ustazah Mastura bt Panjai
Tahun 3 dan Tahun 4 : Ustazah Aini Hayati bt Mohammad
Tahun 5 dan Tahun 6 : Ustaz Mohd Yusup bin Zainudin

Tindakan: guru-guru PAI dan Bahasa Arab


6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Markah PKSR 1 mesti diisi di dalam portal SAPS sebelum tarikh yang ditetapkan.
6.2 KBS dan KCJ siri 1 telah berjalan dengan jayanya.
6.3 Pengerusi meminta setiap guru memasukkan 1 set soalan ke dalam fail panitia di
dalam pembahagian Bank Soalan.

Tindakan: Guru-guru PAI

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT


Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa panitia atas segala
usaha yang telah dijalankan dan berharap agar kejayaan akan dipertingkatkan lagi dari semasa ke
semasa.
Mesyuarat diakhiri dengan Tasbih Kaffarah dan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada
jam 15.00.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….. ………………………….
(USTAZ MOHD YUSUP BIN ZAINUDDIN) (USTAZ MOHD ANUWI BIN JUSOH)
Ahli Jawatankuasa Panitia PAI Ketua Panitia PAI
SK To’ Eman Nyabor SK To’ Eman Nyabor

You might also like