You are on page 1of 3

SK LKTP BUKIT BADING Tel: 09-6872392


21810 AJIL, ” Faks: 09-6872390
E-mail : tba5041@yahoo.com
TERENGGANU DARUL IMAN. Website : www.sklktpbukitbading.webs.com

MINIT KOKURIKULUM 1 2022/2023

Tarikh : 17 Mac 2022


Hari : Khamis
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat

Kehadiran:

1. Ustaz Mohd Azam bin Kassim (Guru Besar)


2. Cikgu Megat Fandi bin Nik Zin (GPK Pentadbiran)
3. Cikgu Norshazwan bin Abdul Rashid (GPK Kokurikulum)
4. Cikgu Noor Fauziah bt Shamsuddin (GPK HEM)
4. Cikgu Abdul Nasir bin Nawi
5. Cikgu Suzainal bin Muhammad
6. Cikgu Azman bin Mustafa
7. Cikgu Fauzilawati bt Mohd Nawai
8. Cikgu Wan Ummu Aiman Binti Wan Azli
9. Cikgu Mohd Azrul bin Sulong
10. Cikgu Noor Azipah bt Salleh
11. Cikgu Noraini bt Adam
12. Cikgu Norazlina bt Mohamad Said Nodin
13. Cikgu Nor Sabarina bt Mat Salleh
14. Cikgu Nurul Azani bt Samsuddin
15. Cikgu Rusliza bt Omar
16. Cikgu Zaiton bt Mohamad
17. Cikgu Zalilayati bt Ghazali @ Mohamad
18. Cikgu Mohd Saripudin bin Abd Ghani
19. Cikgu Siti Rahayu bt Shamsuddin
20. Cikgu Maryam binti Mat Yasin
21. Cikgu Mohd Khairi Azuan bin Sopa’ai

TIDAK HADIR:
1.Cikgu Fatin Syazwani bt Othman (Tidak Sihat)
2.Cikgu Nor Juariah bt Osman (Kuarantin)
3.Cikgu Norazia bt Ali (Tidak Sihat)
4.Cikgu Nur Ar Zieyanti bt Alias (Kuarantin)
5.Cikgu Mohd Saripudin bin Abd Ghani (Tidak Sihat)

1. Agenda 1:Ucapan Aluan (Ustaz Azam bin Kassim – Guru Besar)


1.1 Ustaz Mohd Azam bin Kassim selaku guru besar memulakan mesyuarat dengan mengetuai bacaan ummul
kitab Al-Fatihah dan mengalu-alukan kedatangan semua guru.
1.2 Beliau melahirkan rasa syukur kerana dengan IzinNya semua guru dapat berkumpul di dalam mesyuarat pada
kali ini.

2. Agenda 2 : Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum (Cikgu Norshazwan bin Abdul Rashid)
2.1 Semua guru diminta untuk merujuk buku pengurusan sekolah sesi 2022/2023 yang telah diedarkan. Semua
guru terlibat dengan unit beruniform, kelab dan persatuan serta 1M1S.
2.2 Perjumpaan kokurikulum pada tahun ini mengikut SOP 3.0 iaitu secara atas talian.
2.3 Mesyuarat agung bagi unit beruniform, kelab dan persatuan serta 1M1S diadakan pada 10.05.2022.
2.4 Buku laporan aktiviti pada tahun lepas masih ada yang belum lengkap.
2.5 Penyelaras unit beruniform,kelab dan persatuan serta 1M1S perlu membuat agihan untuk murid tahun 4.
2.6 Ketua bagi setiap unit beruniform,kelab dan persatuan serta 1M1S perlu membuat rancangan aktiviti
sebanyak 12 kali perjumpaan bagi unit beruniform,kelab dan permainan serta 24 aktiviti perancangan untuk
1M1S.
2.7 Pemakaian uniform bagi guru perlu lengkap dan betul mengikut unit uniform masing-masing.
2.8 Semua aktiviti kokurikulum pada tahun ini akan dijalankan di bangunan lama.
Makluman: Semua Guru

3. Agenda 3 : Takwim Sukan ( Cikgu Norshazwan bin Abdul Rashid)


3.1 Pertandingan sukan dan permainan sesi 2022/2023 peringkat Hulu Terengganu akan diadakan selepas raya
iaitu untuk permainan catur,bola tampar dan merentas desa.
3.2 Kejohanan merentas desa peringkat sekolah akan diadakan pada 24.05.2022.
Makluman: Semua Guru

4. Agenda 4 : PAJSK
4.1 Cikgu Norshazwan bin Abdul Rashid mengucapkan terima kasih kepada semua guru kelas tahun 4,5 dan 6
yang telah mengisi PAJSK bagi sesi 2021/2022.
Makluman: Guru Kelas
Tahun 4,5,&6

5. Agenda 5 : Penutup
5.1 Pengerusi memohon semua guru dapat melakukan aktiviti mengikut perancangan.
5.2 Diharapkan semua guru peka dengan semua tarikh aktiviti dan pertandingan yang dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 pagi.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


………………………………………..… ………………………………………………….
(NOR SABARINA BT MAT SALLEH) (NORSHAZWAN BIN ABDUL RASHID)
Setiausaha Kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK LKTP Bukit Bading. SK LKTP Bukit Bading.

You might also like