You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TANJUNG PATI

23000 DUNGUN, TERENGGANU


NO. TEL: 098457342EMEL: TBA1039@moe.edu.my

MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 4 / 2022

Tarikh : 8 Januari 2023

Hari : Ahad

Masa : 1.45 Tengah hari

Tempat : Bilik Mesyuarat As-Sakeena

Kehadiran :

1. Cikgu Adnan bin Haji Awang


2. Cikgu Saidi bin Abdullah
3. Cikgu Malik Husin bin Mohd Said
4. Cikgu Zailina binti Hj Sepit
5. Cikgu Muharini binti Rozab
6. Cikgu Anisha binti Zakariya
7. Ust. Asmawi bin Sarifudin
8. Cikgu Che Mazlan bin Ab Rashid
9. Cikgu Cik Ku Norlizawani binti CW Husin
10. Ustzh. Fairuzzah binti Mamat
11. Ustzh. Fatimah binti Ramli
12. Cikgu Fatimah@Norlina binti Mustaffa
13. Cikgu Marina binti Abidin
14. Cikgu Mohamad Azri bin Reping
15. Cikgu Mohd Hanafie bin Mohd Junaidi
16. Cikgu Mohd Muhaimin bin Nur Anuar
17. Ustzh. Normariani binti Mohd Noor
18. Cikgu Norziana binti Mamat
19. Cikgu Anisah binti Osman
20. Cikgu Mohamad Jamil bin Yahya@Ja’afar
21. Ustzh. Rosmarina binti Hamzah
22. Cikgu Nor Asura binti Arsad
23. Cikgu Rosminzana binti Mohamed Wardapi
24. Cikgu Siti Khairiah binti Ismail
25. Cikgu Siti Nur Fatihah binti Harun
26. Ustzh. Salwa binti Abdul Haziz
27. Ustz. Yuhadli bin Mohd Yuznah
28. Cikgu Zalilah binti Abu Hassan
29. Cikgu Norhasyimah binti Mohd Noor
30. Ustzh. Zainab binti Ismail
31. Cikgu Zainon binti Awang
Tidak Hadir bersebab :

1. Cikgu Wahida binti Wahab (CTR)

AGENDA 1: Ucapan Aluan Pengerusi Mesyuarat

1.1 Dimulai dengan bacaan Ummul kitab.


1.2 Mengalu-alukan kehadiran guru-guru ke Mesyuarat JKS Bilangan 4 bagi sesi
2022/2023.
1.3 Berharap mesyuarat kali ini dapat memberi manfaat untuk melicinkan gerak kerja kita
pada masa akan datang.

AGENDA 2: Ucapan Guru Besar

2.1 Bersyukur kerana dapat mengadakan mesyuarat JKS kali keempat bagi sesi
2022/2023 seperti yang dirancangkan.

2.2 Memohon maaf kerana terpaksa mengambil sedikit masa guru untuk mengadakan
mesyuarat JKS meskipun masing-masing sibuk dengan PdP dan juga yang lain-lain.

2.3 Guru Besar mengucapkan tahniah kepada Cikgu Zalilah dan rakan-rakan yang berjaya
melaksanakan program “Collaborative Teaching “ dengan kerjasama SK Batu 7
bersama-sama pelajar UiTM Dungun.

2.4 Guru Besar memaklumkan bahawa Hari Apresiasi Sekolah akan diadakan pada
minggu terakhir sesi 2022 / 2023. Diharap Penyelaras majlis berkenaan bersedia
dengan melantik AJK Kerja yang difikirkan sesuai.

Tindakan: Makluman

2.5 Guru Besar menyarankan agar para guru menyertai kumpulan telegram pendidikan
supaya dijadikan panduan dalam melaksanakan PdP yang proaktif dan juga PAK21.

Tindakan: Semua Guru

AGENDA 3: Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

3.1 Minit mesyuarat Bil. 3 / 2022 telah dicadangkan untuk disahkan oleh Ustaz Yuhadli bin
Mohd Yuznah dan disokong oleh Cikgu Che Ku Norlizawani binti CW Husin.

Tindakan: Makluman
AGENDA 4: Perkara Berbangkit Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 / 2022

4.1 Tiada perkara berbangkit.

Tindakan: Makluman

AGENDA 5: Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA)

5.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustazah Fatimah kerana menyiapkan jadual
UASA dan jadual guru yang bertugas mengendalikan UASA sepanjang tempoh ujian.

5.2 Memaklumkan soalan UASA tidak boleh diedarkan sewenangnya. Selepas disemak
mesti pungut semula.

5.3 Markah UASA mestilah diisi dalam sistem IDME. Tarikh akhir pengisian markah akan
dimaklumkan semula. Pengisian Tahap 1 hanyalah PBD manakala Tahap 2, PBD dan
UASA.

5.4 Memaklumkan agar segala urusan berkaitan dengan kertas ujian mestilah dibuat
dalam bilik pengumpulan soalan, tidak dibenarkan sama sekali membawa keluar
kertas soalan UASA.

Tindakan: Semua guru mata pelajaran

5.3 Berhubung dengan Program Profesional Learning Community (PLC) , Ketua Panitia
perlu menghantar laporan PLC kepada Cikgu Muharini binti Rozab setiap kali
melaksanakan PLC.

Tindakan: Semua Ketua Panitia

AGENDA 6: PBD

6.1 Memaklumkan semua markah perlu diisi dalam tapak yang telah disediakan oleh
Ustazah Salwa dengan kadar segera. Jangan menunggu hingga tarikh akhir.
Penyelaras PBD akan menganalisa semua data yang dimasukkan sebelum
diserahkan kepada PPD.
Tindakan: Makluman semua guru

6.2 Cikgu Muharini memaklumkan terdapat beberapa orang guru yang masih belum log
masuk ke sistem idMe. Mohon segerakan untuk pengisian markah UASA dan PBD.

6.3 Memaklumkan langkah yang kedua, guru kelas perlu klik pada bahagian pengurusan
institusi dan mendaftar nama-nama guru yang mengajar di kelasnya.

Tindakan: Makluman
AGENDA 7: Hari Apresiasi Sekolah

7.1 Memaklumkan Hari Apresiasi Sekolah adalah di bawah unit Hal Ehwal Murid,
penyelaras untuk program ini telah ditetapkan iaitu Cikgu Siti Khairiah binti Ismail dan
tarikh cadangan majlis tersebut pada 13.2.2023.

7.2 Pemilihan murid berdasarkan markah tertinggi UASA , Tahap 2 dan TP PBD bagi
Tahap 1 bagi menentukan kedudukan murid.

7.3 Memaklumkan matapelajaran terbaik bagi setiap tahap sebagaimana berikut :

CATATAN JUMLAH TAHAP


MATAPELAJARAN
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik 5 1
dan Pendidikan Islam.
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, 6 2
Pendidikan Islam dan Sejarah.

7.4 Taklimat susulan HAS akan dimaklumkan kemudian.

Tindakan: Makluman

AGENDA 8: Pengurusan Panitia

8.1 Memaklumkan kepada semua panitia agar memastikan mesyuarat yang dijalankan
panitia adalah cukup 4x untuk sesi ini.

8.2 Semua laporan aktiviti perlu dihantar sebelum berakhir sesi ini.

8.3 Meminta KP dan SU panitia sentiasa ambil perhatian tentang kertas kerja yang dibuat,
pastikan kertas kerja tersebut disemak oleh PKP dan disahkan Guru Besar.

Tindakan: Makluman semua guru

AGENDA 9: Hal-hal Lain

9.1 Guru besar memaklumkan ada beberapa perubahan yang akan dilaksanakan pada
sesi akan datang, iaitu menyelaraskan tugas guru-guru untuk penambahbaikan dan
keseimbangan organisasi sekolah.

9.2 PK HEM meminta semua guru kelas mengemaskini kehadiran murid setiap hari
sebelum pukul 9 pagi, mencetak laporan kehadiran kelas setiap bulan dan menghantar
kepada beliau untuk difailkan.
9.3 Cikgu Muhaimin selaku pemangku PKKO meminta semua ketua penasihat
persatuan / kelab, badan beruniform serta sukan dan permainan untuk mengemaskini
fail masing-masing dan menyerahkan kepada beliau sebelum sesi persekolahan
berakhir.

Tindakan: Makluman semua guru

AGENDA 10: Penutup

10.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat kerana
telah memberi kerjasama bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:

( MUHARINI BINTI ROZAB ) ( SAIDI BIN ABDULLAH )


Setiausaha Kurikulum Sekolah Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Dicatat oleh,
Urusetia Mesyuarat Kurikulum Bil. 4 2022
SK Tanjung Pati
Tarikh : 8 Januari 2023 (Ahad)

You might also like