You are on page 1of 6

Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum 2023

Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum Bil.1/2023


Sekolah Kebangsaan Londah

Tarikh : 16.3.2023 (Khamis)


Masa : 8.00 pagi
Tempat : Bilik mesyuarat SK Londah
Pengerusi : Pn Siti Khadijah binti Norani
Kehadiran :
1. En Jasmin bin Hussain (GB)
2. Pn Siti Khadijah binti Norani (GPK1)
3. En Zamri bin Sulaiman (GPK HEM)
4. En Nasruddin bin Nayan (GPK KO)
5. En Mohd Sharifuddin bin Mohamad (Setiausaha)
6. Cik Jegatiswary A/P Murugan
7. En Ahmad Murtadha bin Muslim
8. En Mohd Fikry bin Adnan
9. En Wan Izham bin Wan Mohamed Mokhtaruddin
10. En Zainurul Izwan bin Zainal
11. Pn Ayu Liza binti A Aziz
12. Pn Maisarah binti Mahiyar
13. Pn Rosmawati binti Abdullah
14. Pn Saliza binti Ahmad Salleh
15. Pn Sanusa binti Yahya
16. Pn Siti Rafidah binti SH Othman

Tidak Hadir :
17. Pn Siti Najihah binti Azaman

1
Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum 2023

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Selamat Kembali bertugas. Terima kasih atas kehadiran guru.

1.2 Selamat datang cikgu Jegatiswary A/P Murugan dan Ustazah Sanusa binti
Yahya yang baru masuk melalui program redeployment guru sebelum cuti
sekolah sesi 2022/2023 yang lalu.

1.3 Terima kasih atas kerja guru sepanjang tahun pada sesi 2022/2023 yang
lalu.

1.4 Kita perlu bertanggungjawab terhadap pengajaran dan penguasaan


murid.

1.5 Tambah kemahiran dan kepakaran menggunakan pelbagai media,


pedagogi secara kreatif dan inovatif.

1.6 Guru perlu kenal murid. Tahu kekuatan dan kelemahan murid. Buat kajian
ke atas murid dan plan intervensi.
Tindakan : Makluman.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

Minit mesyuarat kurikulum bil.3/2022 pada 4 Januari 2023 disahkan tanpa


sebarang pindaan.

2.1 Cadang : Pn Saliza binti Ahmad Salleh


2.2 Sokong : Pn Rosmawati binti Abdullah

3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada

4.0 Isu yang dibincangkan


4.1 Hala tuju Unit Kurikulum

4.1.1 Pencapaian minima TP3 bagi semua mata pelajaran dalam PBD.

4.1.2 Bilangan murid yang capai TP6 melebihi 40% daripada bilangan murid
dalam kelas.

4.1.3 Mengurangkan bilangan murid yang tidak menguasai kemahiran


pemulihan supaya semua murid dapat belajar di kelas perdana.

4.1.4 JQAF. Murid menguasai Iqra’ bagi murid tahun 1 dan telah khatam Al-
Quran di tahun 6.

4.1.5 Disiplin Cemerlang Prestasi Gemilang.

4.1.6 Penerapan nilai kerohanian.

2
Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum 2023

4.1.7 Bijak sifir (gerak gempur matematik).

4.1.8 Pelaksanaan kelas PAK21 tahun 1 dan tahun 2 bagi tahun 2023/2024.
Tindakan : Makluman

4.2 Jawatankuasa Kurikulum tahun 2023/2024

4.2.1 Ahli mesyuarat diminta merujuk kepada Manual Pengurusan Sekolah


2023/2024.
Tindakan : Makluman.

4.3 Perancangan Pengurusan Panitia

4.3.1 Ahli mesyuarat dibentangkan peruntukkan kewangan semasa panitia


masing-masing.

4.3.2 Guru perlu mengikut prosedur yang betul untuk menggunakan duit yang
diperuntukkan.

4.3.3 Guru buat pesanan barang dengan mengisi nota minta.

4.3.4 Rancangkan belanjawan dalam mesyuarat panitia masing-masing


mengikut jumlah peruntukan yang ada.

4.3.5 Tinggalkan baki sebanyak 5% dari peruntukan yang diterima.

4.3.6 Sediakan buku stok dan rekodkan segala perbelanjaan.

4.3.7 Sebarang masalah boleh rujuk kepada PT kewangan, En Zaidi.

4.3.8 Ahli mesyuarat diingatkan tentang 14 perkara yang perlu dibincangkan


dalam mesyuarat panitia.

4.3.9 Panitia perlu jalankan mesyuarat panitia kali 1 dalam minggu 1 dan 2.
Tindakan : Ketua Panitia.

4.3.10 Hantar minit mesyuarat pada minggu ketiga persekolahan.


Tindakan : S/U Panitia.

4.3.11 Kenalpasti murid TP1, TP2, TP3 dan murid baharu.

4.3.12 Rancang dan jalankan strategi mengikut kaedah dan keupayaan guru
masing-masing.

4.3.13 Fokus kepada kemahiran asas yang masih belum dikuasai.

4.3.14 Bincangkan perjalanan dan program panitia yang melibatkan


pembangunan guru serta murid sepanjang tahun 2023/2024.

4.3.15 Budayakan PLC. Guru berkongsi kepakaran.

3
Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum 2023

4.3.16 Meningkatkan penggunaan ICT sebagai sumber pembelajaran.

4.3.17 Rancang program pembelajaran berasaskan projek (PBL) bagi setiap


panitia.

4.3.18 Kemaskini fail masing-masing mengikut senarai semak yang dinyatakan.

4.3.19 Takwim pentaksiran untuk pentaksiran pertengahan tahun adalah pada


bulan Ogos 2023.
Tindakan : Makluman.

4.4 Analisa UASA 2022.

4.4.1 Analisa UASA tahun 1 hingga tahun 6 dibentangkan kepada ahli


mesyuarat.

4.4.2 Antara sebab yang dikenalpasti menjadi kemerosotan dalam prestasi


murid adalah kerana soalan yang berbentuk subjektif dan tiada
pendedahan format soalan kepada murid.
Tindakan : Makluman.

4.5 Program transisi tahun 1

4.5.1 Program transisi dibentangkan oleh En Wan Izham.

4.5.2 Program dijalankan selama tempoh 4 minggu. Dua minggu untuk fasa
penyesuaian dan dua minggu lagi untuk fasa kesediaan.
Tindakan : Makluman.

4.6 Isu-isu Kurikulum

4.6.1 Ahli mesyuarat dibentangkan mata pelajaran dan peruntukan masa


minimum jam setahun KSSR (semakan 2017).

4.6.2 Ahli mesyuarat dibentangkan berkaitan PBD, perlaksanaannya, dan


kaedah / intrumen pentaksiran yang digunakan.

4.6.3 Guru perlu dapatkan borang pelaporan DSKP subjek yang di ajar.

4.6.4 Sediakan borang transit.

4.6.5 KPI minima TP3 bagi semua murid. 40% murid dapat TP6 bagi setiap mata
pelajaran.

4.6.6 Catat tahap penguasaan murid setiap kali Pdpc selesai.

4.6.7 Masukkan data setengah tahun dan akhir tahun PBD 2023 dalam tapak
gabungan PBD yang disediakan S/U dan IDME online.

4
Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum 2023

4.6.8 Penyerahan dan maklumkan pencapaian PBD dua kali setahun kepada
murid atau ibu bapa / penjaga.

4.6.9 Pusat sumber sekolah adalah penting. Sediakan jadual untuk subjek BM
dan BI. Tanda dalam buku rekod guru masing-masing.

4.6.10 Perkasakan program NILAM dan penggredan PSS.

4.6.11 Penglibatan semua panitia. Hantar pelaporan aktiviti kepada penyelaras


PSS.

4.6.12 Rekod penggunaan Pusat Sumber dan buat kolaborasi dengan agensi
luar.

4.6.13 Pemulihan khas terkini adalah di bawah jagaan Cik Jegatiswary.

4.6.14 Murid pemulihan adalah tahun 2 dan tahun 3 melibatkan subjek BM dan
MT.

4.6.15 Tahun 4 akan terlibat melalui subjek BM sahaja untuk membantu mereka
dapat membaca.
Tindakan : Makluman.

5.0 Hal-hal lain

5.1 PBPPP sebanyak dua kali setahun.

5.2 Cikgu akan dimaklumkan siapa PP1 dan PP2.

5.3 Guru perlu sentiasa berbincang dengan pegawai penilai masing-masing


tentang keberhasilan.

5.4 Ahli mesyuarat dimaklumkan PBD yang dibuat guru perlu memenuhi
standard penjaminan kualiti PBD.
Tindakan : Makluman.

6.0 Penutup

6.1 Guru masuk kelas mengikut jadual waktu dan jadual waktu ganti.

6.2 Bantu murid dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai topik.

6.3 Pastikan ‘kehadiran murid’ sewaktu cikgu mengajar.

6.4 Jadikan bilik darjah kondusif, bermaklumat, dan bermanfaat.

6.5 Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik dalam menjalankan
tugas.

6.6 Mohon maaf atas keterlanjuran bicara.

5
Minit Mesyuarat Pengurusan Kurikulum 2023

6.7 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.10 tengahari.

Disediakan oleh:

Setiausaha
Pengurusan Kurikulum
SK Londah

22 Mac 2023

You might also like