You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHANGKAT

(ABA8224) Tel : 05-376 2176


32600 BOTA Faks : 05-376 2176
PERAK DARUL RIDZUAN Email : ABA8224@moe.edu.my

”PENDIDIKAN BERKUALITI, SEKOLAH UNGGUL, MURID HOLISTIK”

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BIL. 1 SESI 2023 / 2024

TARIKH : 15 MAC 2023 ( RABU )


MASA : 9 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SK PADANG CHANGKAT
PENGERUSI : EN. AHMAD KAMAL BIN ABD KHALIP (GURU BESAR)

KEHADIRAN :

1. En. Ahmad Kamal bin Abd Khalip - Guru Besar


2. En. Ahmad Tarmimi bin Md. Hasan - Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn. Rushda bt. Ariffin - PK HEM
4. En. Fauzi bin Saaban @ Abdul Rahim - Penolong Kanan Kokurikulum
5. Pn. Nurul Syuhada Binti Abdullah - Setiausaha Kurikulum
6. En. Mohd. Hidayat bin Mokhtar
7. Pn. Junaidah bt Noh
8. Pn. Syafiah bt Salleh
9. Pn. Hajah Amal bt Wan Ahmad
10. Pn. Noor Faizah bt Wahab Zahari
11. Pn. Norziton bt Hamat @ Muhammad
12. Pn. Hasnawita bt Nawi
13. Pn. Noorbeti bt Ahmad Diah
14. Pn. Ketijah bt Sahudin
15. Pn. Isrizai Binti Mohamad

TIDAK HADIR : Tiada


AGENDA 1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Al-Fatihah
1.2 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat kurikulum kali
ke pertama bagi sesi 2023/2024 dengan ucapan ribuan terima kasih.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua guru.
Sesi Akademik tahun 2023/2024 bakal bermula pada hari Isnin, 20 Mac 2023.
1.4 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru kerana telah
memberikan kerjasama dan menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi.
1.5 Pengerusi menyatakan bahawa SK Padang Changkat masih kekurangan
seorang guru. Namun yang demikian, agihan masa jadual waktu mengajar guru
masih relevan dan tidak membebankan.
1.6 Enrolment murid bagi tahun 2023/2024 adalah 85 orang sahaja.
1.7 Perkongsian Dasar Terkini
1.7.1 Pengerusi membuat penerangan mengenai dasar kerajaan iaitu
Malaysia Madani.
1.7.2 Pengerusi juga memberi penjelasan mengenai Amalan ABC iaitu
Anak Yang Baik Lagi Cerdik yang diterapkan Kementerian
Pendidikan Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
1.7.3 Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah menggariskan 7 teras
bagi mengatasi beban guru. Teras ini akan dipraktikkan di peringkat
sekolah.
1.7.4 Pengerusi juga mengingatkan guru-guru tentang visi dan misi KPM
iaitu Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Madani.
1.8 Amanat Guru Besar
1.8.1 Pengerusi mengingatkan para guru tentang etika perguruan dan
menghayati tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat, murid dan
sekolah.
1.8.2 Pengerusi juga mengingatkan guru agar menggunakan media sosial
dengan berhemah dan bermanfaat.
1.8.3 SK Padang Changkat kini merupakan Sekolah TS25 Kohort 7.
Justeru itu, para guru hendaklah berusaha untuk mengamalkan
Elemen Kemenjadian Murid dan Sekolah Berkualiti iaitu Persekitaran
PDP yang menyeronokkan, Pemimpin Berkesan, Sokongan PIBG &
Komuniti serta Guru Berkualiti.
1.8.4 Pengerusi mengingatkan semua guru tentang budaya kerja sekolah
yang harus diamalkan oleh semua guru
1.8.5 Pengerusi membentangkan KPI sekolah bagi sesi akademik
2023/2024 yang akan diperincikan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran.
1.8.6 Pengerusi juga memberikan penerangan mengenai PBPPP serta
langkah mengisi borang keberhasilan dengan tepat.
Tindakan : Makluman

AGENDA 2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4 SESI


2022/23
Dicadangkan oleh : Pn. Noorbeti binti Ahmad Diah
Disokong oleh : Pn. Hajah Amal binti Wan Ahmad

Tindakan : Makluman

AGENDA 3. PERKARA BERBANGKIT


3.1 IDME
Puan Noorbeti membangkitkan isu Tahap Penguasaan UASA murid tahun 6
yang telah dijana di dalam system IDME. Encik Ahmad Tarmimi bin Md. Hasan
menerangkan penjelasan dari PPD bahawa Tahap Penguasaan UASA
bukanlah ukuran muktamad murid di sekolah rendah. Ia merupakan salah satu
komponen dari Pentaksiran Bilik Darjah.
Tindakan : Makluman

AGENDA 4 KPI SK PADANG CHANGKAT 2023/2024


Encik Ahmad Tarmimi Bin Md. Hasan telah membentangkan sasaran unit
kurikulum bagi sesi akademik 2023/2024.
4.1 Memperkasakan pengurusan kurikulum pada tahap cemerlang
4.1.1 Mesyuarat dan taklimat JK Kurikulum mesti diadakan 4 kali setahun.
4.1.2 Pengurusan fail kurikulum mengikut sistem pengurusan fail yang
telah diluluskan oleh pihak JPN dan menggunakan system 5S
4.2 Pusat Sumber Sekolah

4.2.1 Menganugerahkan hadiah dan sijil kepada murid yang terbanyak


membaca dan merekodkan buku setiap bulan dan Majlis Anugerah
Kecemerlangan
4.2.2 Memastikan Program NILAM lebih berkesan dalam kalangan murid-
murid dan guru-guru
4.2.3 Memastikan tahap pencapaian IQ NILAM bertambah kepada 20%
daripada keseluruhan murid
4.2.4 Memastikan TOKOH NILAM sekolah dapat mewakili ke sekolah
Peringkat Zon setiap tahun.
4.3 Pengajaran Dan Pembelajaran Abad ke 21
4.3.1 Semua guru perlu mewujudkan kelas dan mengaplikasikan pedagogi
Abad ke 21.
4.3.2 En. Ahmad Tarmimi memaklumkan bahawa semua kelas akan
diberikan bahan-bahan bantuan mengajar PAK 21 pada minggu
kedua sesi persekolahan.
4.4. Program J-QAF
4.4.1 Meningkatkan bilangan murid SKPC celik JAWI dan QURAN
melalui Program J-QAF.
4.4.2 Memastikan murid – murid SKPC dapat memahami dan menunaikan
solat dengan sempurna.

4.5 Program Google Classroom/ICT


4.5.1 Semua guru perlu menggunakan ICT dalam PDPC sekurang-
kurangnya sekali seminggu.
4.5.2 Guru perlu membantu meningkatkan penggunakan Google
Classroom di kalangan murid.
4.6 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS)
4.6.1 Semua murid perlu ditaksir mengikut komponen masing-masing iaitu
PBD, psikometrik dan PAJSK serta direkodkan di dalam sistem yang
berkenaan.
4.6.2 Meningkatkan prestasi murid Tahap 1 dengan program atau aktiviti
yang sesuai bagi membantu murid yang belum menguasai
kemahiran membaca,menulis dan mengira.
4.6.3 Meningkatkan peratus pencapaian murid dalam PBD sekurang-
kurangnya TP 3. Guru juga perlu menyediakan intervensi bagi murid
yang masih belum mencapai TP 3.
4.7 Literasi dan Numerasi
4.7.1 100 % Murid tahun 3 mendapat sekurangnya TP 3 dalam subjek
Bahasa Melayu.
4.7.2 100 % Murid tahun 3 mendapat sekurangnya TP 3 dalam subjek
Matematik.

Tindakan : Makluman
AGENDA 5 Pembentangan AJK Kurikulum 2023/2024
Encik Ahmad Tarmimi Bin Md. Hasan memaklumkan bahawa pembentukan
Jawatankuasa Kurikulum adalam sejajar dengan arahan SPI-SPI yang terkini.
5.1 Pembentangan Ahli Jawatankuasa Pengurusan dan Kurikulum.
5.1.1 Puan Nurul Syuhada Binti Abdullah dilantik sebagai Setiausaha
Kurikulum bagi sesi akademik 2023/2024.
5.1.2 Encik Ahmad Tarmimi Bin Md Hasan membentangkan AJK
Kurikulum 2023/2034 yang boleh dirujuk di dalam buku pengurusan.

AGENDA 6 Kalender Akademik 2023/2024


6.1 Encik Ahmad Tarmimi telah membentangkan kalender akademik bagi tahun
2023/2024.
6.2 Sekolah Kebangsaan Padang Changkat akan menjalankan minggu
persekolahan sebanyak 42 minggu iaitu bermula dari 20 Mac 2023 hingga 9
Februari 2024.
6.3 Sekolah akan mengguna pakai kalender akademik 40 minggu iaitu 1 minggu
untuk program Minggu Pertama dan 1 minggu untuk program sukan sekolah.

AGENDA 7 DSKP
7.1 Semua sekolah di Malaysia sekarang menggunakan Dokumen Standard
Kurikulum & Pentaksiran (DSKP) semakan 2017. Rancangan Pengajaran
Harian dan Tahunan haruslah berpandukan dokumen yang berkenaan.

AGENDA 8 Pengurusan Minggu Pertama Persekolahan sesi 2023/2024


8.1 Encik Ahmad Tarmimi membentangkan SPI berkaitan program minggu
pertama sekolah
8.2 Encik Ahmad Tarmimi membentangkan kertas kerja Program Minggu Pertama
dan membincangkan aktiviti yang berkaitan.
8.3 Pelbagai aktiviti perlu dirancang oleh guru-guru dan semua murid Tahun 2
hingga Tahun 6 terlibat.
8.4 Transisi Tahun 1 perlu diteruskan namun jika ada aktiviti yang sesuai, murid
Tahun 1 boleh menyertai aktiviti tersebut.
8.5 Guru Besar menerangkan bahawa program minggu pertama ini boleh
melibatkan ibu bapa. Guru Besar mencadangkan agar pihak sekolah
menjemput ibu bapa untuk acara senamrobik. Encik Ahmad Tarmimi bin Md
Hasan meminta Puan Noor Faizah binti Wahab Zahari untuk menyediakan
poster untuk mengwar-warkan aktiviti yang bakal dijalankan.
Tindakan : Makluman
AGENDA 9 Program Transisi Tahun 1
9.1 Program Transisi perlu dijalankan seperti biasa dengan sedikit
penambahbaikan. Pada tahun 2023, sekolah akan menggunakan modul
Transisi 2.0 Edisi 2.
9.2 Transisi akan diadakan selama 4 minggu, iaitu Fasa Penyesuaian dan Fasa
Kesediaan.
9.3 Murid akan diberikan buku untuk program Transisi dan boleh digunakan
sepanjang tempoh 4 minggu itu. Sebanyak RM10 telah dikutip dari semua
murid Tahun 1 untuk pembelian buku Transisi tersebut dan bakinya boleh
digunakan untuk membeli bahan yang diperlukan.
9.4 Puan Syafiah binti Salleh telah membentangkan aktiviti program Transisi 2023.
Kit Transisi telah dikongsi di dalam Telegram sekolah. Jadual transisi akan
diberikan kepada guru-guru Tahun 1.
9.4.1 Guru kelas perlu berada bersama murid Tahun 1 untuk sesi rutin
kelas, perbualan awal dan waktu rehat.
9.4.2 Puan Syafiah membentangkan contoh aktiviti harian yang boleh
dijalankan.
9.4.3 Guru mata pelajaran Tahun 1 perlu menulis RPH seperti biasa untuk
program transisi dengan menyertakan objektif, aktiviti dan impak.
9.4.4 Semua subjek perlu menjalankan aktiviti yang selari dengan tema
yang telah ditetapkan.
Tindakan : Guru Tahun 1

AGENDA 10 Pentaksiran PBD


10.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan dijalankan dalam 3 komponen,
iaitu PBD, PAJSK dan ujian psikometrik.
10.2 Encik Ahmad Tarmimi Bin Md. Hasan membentangkan takwim pentaksiran SK
Padang Changkat iaitu ujian SEGAK Fasa 1, modul pentaksiran 1, modul
pentaksiran 2, ujian psikometrik, ujian SEGAK Fasa 2, PBD, PAJSK, dialog
prestasi dan penyerahan pelaporan PBD kepada waris.
Tindakan : Makluman.

AGENDA 11 Pemulihan Khas


11.1 Puan Ketijah binti Sahudin merupakan guru Pemulihan Khas yang dipinjamkan
sementara ke arus perdana atas keperluan perkhidmatan. Jadi, aktiviti
pemulihan khas bagi subjek matematik dan Bahasa Melayu perlu dijalankan di
dalam kelas masing-masing.
11.2 Encik Ahmad Tarmimi Bin Md. Hasan menerangkan bahawa terdapat
perbezaan antara tahap penguasaan PBD dan kemahiran pemulihan khas
yang mempunyai konstruk yang berbeza. Terdapat 32 konstruk bagi Bahasa
Melayu dan 18 konstruk bagi Matematik.
11.3 Puan Ketijah binti Sahudin menerangkan bahawa pada bulan Mac, data baru
akan diisi untuk murid pemulihan khas Tahun 1, 2 dan 3.
11.4 Guru pemulihan khas perlu bersiap sedia dengan pelan intervensi untuk murid
pemulihan khas.
Tindakan : Makluman.

AGENDA 12 Pencerapan PDPC & Semakan Buku Tulis


12.1 Pencerapan PDPC akan dijalankan sebanyak 3 kali setahun.
12.2 Encik Ahmad Tarmimi Bin Md. Hasan membentangkan jadual pencerapan dan
semakan buku latihan.
12.3 Semakan buku tulis akan diadakan dalam dua fasa iaitu pada April dan
November 2023.
Tindakan : Makluman.

AGENDA 13 Pengurusan Panitia


13.1 Mesyuarat panitia kali pertama perlu diadakan apabila sesi persekolahan
dibuka. Guru-guru adalah dialu-alukan untuk menjemput pihak pentadbir bagi
menyertai mesyuarat panitia.
13.2 Setiap panitia perlu menjalankan sekurang-kurangnya 4 kali mesyuarat bagi
satu sesi persekolahan iaitu selepas mesyuarat kurikulum.
13.3 Encik Ahmad Tarmimi mengingatkan guru-guru untuk mengemaskini fail
panitia dalam tempoh tiga minggu selepas sesi persekolahan bermula.
Tindakan : Makluman.

AGENDA 14 Pengurusan Pra Sekolah


14.1 Pra Sekolah SK Padang Changkat beroperasi seperti biasa dan menggunakan
Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah 2.0.
14.2 Puan Junaidah binti Noh menerangkan bahawa di dalam Sistem Maklumat Pra
Sekolah Kebangsaan (SMPK), telah didaftarkan 16 orang murid, iaitu 4 orang
murid 5 tahun dan 12 orang murid 6 tahun.
14.3 Pembayaran sumbangan pra sekolah akan dijalankan pada 16 Mac 2023.
14.4 Orientasi pra sekolah akan diadakan selama 1 minggu.
Tindakan : Makluman.
AGENDA 15 Hal-hal lain
15.1 Jadual peribadi mengajar guru akan diberikan melalui telegram peribadi
masing-masing.
Tindakan : Makluman.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2:30 petang

Disediakan oleh :
Disahkan oleh :

……………….….……………
……………….…………..………………
(NURUL SYUHADA BINTI ABDULLAH)
(AHMAD KAMAL BIN ABD KHALIP)
Setiausaha Kokurikulum
Guru Besar
SK Padang Changkat, Bota
SK Padang Changkat, Bota

You might also like