You are on page 1of 6

ISI KANDUNGAN FAIL EMIS (MPS)

BIL PERKARA
A Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah
(JPMS)
1 Standard Operasi Prosedur (SOP) Sistem Pengurusan
Sekolah (SPS)
2 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Maklumat
Sekolah (JPMS)
3 Carta Organisasi Jawatankuasa Kerja Pengurusan
Maklumat Sekolah (JPMS)
4 Minit Mesyuarat JPMS
5 Maklumbalas Mesyuarat JPMS
6 Lain-lain berkaitan JPMS
B Verfikasi Data MPS/EMIS
1 Verifikasi dan Ralat MPS/EMIS
2 Verifikasi dan Ralat Lain berkaitan MPS/EMIS
C Laporan dan Analisis Data MPS/EMIS
1 Laporan Pengesahan MPS/EMIS
2 Analisis Data
D Manual MPS/EMIS
1 Manual Definisi Variable MPS/EMIS

MINIT MESYUARAT JPMS BIL 1 SMKIE 2018


Keywords: JPMS BIL 1
SMK IMPIAN EMAS
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

BIL. 1/2018
Tarikh : 28 Januari 2018
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMK Impian Emas.
Pengerusi : Pn Hjh Nor Azizah Binti Brahim

Kehadiran Pengetua SMK Impian Emas


: 15 orang (Rujuk senarai kehadiran)

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua ahli jawatankuasa.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Mesyuarat JPMS ini merupakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2018. Ia
diadakan untuk menyampaikan maklumat mengenai hal-hal berkaitan pengurusan
data sekolah.
Makluman

2.0 PEMBENTANGAN PROSEDUR OPERASI STANDARD SISTEM PENGURUSAN


SEKOLAH VERSI 2.1 TAHUN 2018.
2.1 Guru data membuat pembentangan berdasarkan maklumat Garis Panduan dan
Prosedur Operasi Standard Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS).
2.2 Penerangan tiga modul yang terdapat dalam SPS iaitu Modul Pengurusan Sekolah,
Modul Pengurusan Guru dan Modul Pengurusan Murid.
2.3 Guru data memberi penerangan bidang tugas peranan dan tanggungjawab pengurus
Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) di peringkat sekolah bagi bahagian SPS, MPS,
MPG dan MPM.
2.4 Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah yang dikeluarkan
menerangkan tugas yang perlu dilaksanakan oleh semua ahli JPMS secara
terperinci mengikut standard yang telah digariskan. SOP SPS versi 2.1 ini
merupakan panduan utama pengurusan data sekolah.
2.5 Guru data memaparkan Struktur Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Maklumat
SMK Impian Emas bagi sesi 2018. (Rujuk Lampiran 1).
2.6 Carta alir proses kerja pengurusan data peringkat sekolah dimaklumkan kepada
semua ahli JPMS.
Makluman

2.7 Modul Pengurusan Sekolah menerangkan tugas yang perlu dilaksanakan oleh
Guru Data mengikut standard yang digariskan seperti Pengesahan Data dan
sebagainya. Pengesahan data perlu dilaksanakan pada minggu terakhir pada setiap
bulan. Pengesahan Data akan dilakukan menggunakan id Pengetua.
Tindakan:
Guru Data, Pengetua

3.0 PEMBENTANGAN MAKLUMAT SEKOLAH


3.1 MODUL PENGURUSAN MURID (MPM)
3.1.1 APDM
3.1.1.1 Setiausaha HEM membentangkan enrolmen terkini pelajar iaitu
seramai 1622 orang pelajar. Enrolmen penuh murid dalam helaian
lampiran. (Lampiran 2)
3.1.1.2 Setakat 28 Januari 2018, terdapat 3 orang murid bukan warganegara
belum menyelesaikan pembayaran pas pelajar. Murid-murid
tersebut juga belum hadir ke sekolah. Jumlah murid bukan
warganegara bagi tahun 2018 ialah 13 orang. (Lampiran 3).
Makluman
3.1.2 SSDM
3.1.2.1 Ketua guru disiplin melaporkan data SSDM bagi tahun 2018 belum
dikunci masuk untuk sesi 2018. Makluman pengisian nilai amalan
murid juga telah diwar-warkan untuk diisi oleh semua guru.
Makluman
3.1.3 SAPS
3.1.3.1 Setiausaha Peperiksaan melaporkan aplikasi SAPS bagi sesi 2018
belum dibuka.
3.1.3.2 Pengerusi mengingatkan agar pengisian nama dan no kad
pengenalan dalam APDM disemak berulang kali agar tidak
menimbulkan isu ketidaksahihan data yang akan dikeluarkan oleh
bahagian peperiksaan.
Tindakan:
Setiausaha HEM, Guru Tingkatan

3.1.3.3 PK Pentadbiran meminta guru tingkatan kenalpasti murid yang lahir


pada 1 Januari untuk mengelakkan kesilapan pendaftaran bagi
kohort persekolahan yang berbeza.
Tindakan:
Setiausaha HEM, Guru Tingkatan

3.1.4 BANTUAN
3.1.4.1 Setiausaha HEM membentangkan seorang murid penerima EMK

bagi tahun 2017 dan 2018.


3.1.4.2 Bagi KWAMP kecemasan, tiada permohonan yang diterima.

Manakala untuk permohonan tingkatan 1, guru tingkatan telah


mengambil tindakan mengemaskini pendapatan penjaga.
3.1.4.3 Untuk makluman ahli mesyuarat, mulai 2017, penerima biasiswa
BKP tidak tertanggung. Murid-murid perlu membuat permohonan
bagi pada setiap tahun

Makluman
3.1.4.4 Untuk proses pengagihan Bantuan Awal Persekolahan (BAP),

pengerusi memaklumkan bahawa sekolah telah bersedia untuk


membuat pengagihan kepada murid-murid bermula 30 Januari 2018.
Urusan untuk kerjasama iringan polis juga telah dilakukan. Guru
tingkatan diminta untuk bersedia pada hari kejadian bersama senarai
nama penuh murid yang layak menerima bantuan.

Tindakan:
Setiausaha HEM, Guru Tingkatan

3.2 MODUL PENGURUSAN GURU (MPG)

3.2.1 Penolong kanan pentadbiran membentangkan maklumat guru dan AKP

untuk disahkan dalam mesyuarat.

3.2.2 Status perjawatan guru dan AKP setakat 28 Januari 2018

Guru berkhidmat di sekolah : 111 orang

Guru cuti bersalin : 1 orang(sehingga 11 Feb)


Jumlah guru berkhidmat di sekolah : 112 orang

AKP : 11 orang

3.2.3 Semua guru telah diminta untuk mengemaskini maklumat dalam aplikasi
Eoperasi menggunakan login id masing-masing. Tarikh akhir proses
pengemaskinian adalah pada 22 Januari 2018. Berikut adalah status
pengesahan sehingga 28 Januari 2018:

Pengesahan guru dan staf : 112 orang + 11 orang (100%)

Pengesahan oleh PK Pentadbiran: 100%

Pengesahan oleh Pengetua : 100% (kemaskini 28Januari 2018)

3.2.4 Keperluan guru merujuk BSKG ialah 115 orang.

Pengisian guru sedia ada ialah 112 orang.

3.2.5 Penolong kanan pentadbiran memaklumkan, pada awal Januari 2018,

berdasarkan perancangan pihak sekolah, jumlah kelas yang dibuka untuk

tahun 2018 ialah 56 kelas. Walau bagaimanapun, oleh kerana Waran

Perjawatan yang dibida pada awal tahun 2017 untuk pembukaan kelas 2018

ialah untuk 57 kelas, maka pada 22 Januari 2018,

perubahan bilangan kelas tingkatan 3 daripada 11 kelas kepada 12 kelas.

Maka jumlah kelas yang dibuka untuk tahun 2018 ialah 57 kelas.

Makluman

3.3 MODUL PENGURUSAN SEKOLAH (MPS)


3.3.1 Guru data membentangkan maklumat sekolah dalam EMIS online. Guru
data memaklumkan semua maklumat sekolah dikemaskini dan dihantar ke
PPD seperti pada tarikh yang ditetapkan.
3.3.2 Sebarang perubahan dan pengesahan maklumat EMIS Online adalah di
bawah pengetahuan semua ahli JPMS untuk memudahkan penyampaian
data maklumat sekolah.
Makluman
3.3.3 Semakan bersama ahli JPMS mengenai maklumat sekolah, menyatakan
semua maklumat sekolah adalah dibawah pengawasan guru data yang
akan dilaksanakan oleh penyelaras masing-masing.
Tindakan:
Semua Ahli JPMS

4.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MAKLUMAT ASAS SEKOLAH bagi


SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH
4.1 Guru data memaparkan Maklumat Asas Sekolah secara keseluruhan untuk
makluman dan pengesahan ahli JPMS. (Lampiran Pengesahan Maklumat Sekolah
dilampirkan)
4.2 Pengerusi mengesahkan profil am sekolah secara keseluruhan.
4.3 PK Pentadbiran mengesahkan statistik guru dan staf yang dipaparkan.
4.4 PK HEM mengesahkan maklumat enrolmen dan kelas adalah betul.
4.5 PK Petang menyemak maklumat bangunan dan bilik dan mengesahkan maklumat
yang dipaparkan adalah betul.
Makluman
4.6 Pengetua mengesahkan maklumat SPS atas talian dalam mesyuarat.
Tindakan:
Pengetua

4 HAL-HAL LAIN
4.1. Pengerusi meminta semua ahli JPMS sentiasa membekalkan maklumat terkini
dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan semasa.
Tindakan:
Semua Ahli JPMS

5.0 PENUTUP
5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada 3.00 petang

Disediakan oleh
(Nur Faizah binti Zainal Abiden)
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah,
SMK Impian Emas,
Johor Bahru.
Tarikh: 30 Januari 2018
Semua Guru Sk Junjong,Tuan/Puan,
PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH
(JPMS) BIL 1/2018
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di
atas.2. Adalah dimaklumkan Mesyuarat JPMS Kali pertama 2018 akan diadakan seperti berik
ut:2.1 Tarikh : 15 Januari 20182.2 Hari : Isnin2.3 Masa : 2.00 petang2.4 Tempat : Makmal IC
T Sk Junjong3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:3.1 Perutusan Pengerusi3.2
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat lalu3.3 Perkara-perkara berbangkit3.4
Laporan AHLI JPMS3.4.1 laporan Pentadbiran (e-operasi)3.4.2 Laporan HEM ( APDM)3.4.4

Laporan Guru Data (EMIS)3.4.5


Laporan penyelaras ICT (kewangan,frog vle, jadual ict )3.5
Hal-hal lain3.6 Ucapan
penangguhan4. Kehadiran semua guru adalah diwajibkan.Sekian. Terima kasih.Saya yang me
nurut perintah,
……………………………..
NORWATI BINTI SALLEHGURU BESARSEKOLAH KEBANGSAAN JUNJONG

You might also like