You are on page 1of 10

9

Soalan 21
BAHAGIAN B
[30 markah]
10

Pilih perkataan berimbuhan pinjaman yang paling sesuai untuk diisi tempat kosong dalam
ayat yang diberi.

a. Beberapa orang ____________________ membantu mangsa banjir berpindah ke tempat


yang lebih selamat.
( karyawan, usahawan, sukarelawan )

b. Pendakwa raya terpaksa menggunakan ____________________ kerana lelaki asing itu


tidak memahami Bahasa Melayu dan Inggeris.
( jurupandu, jurugambar, jurubahasa )

c. ____________________ dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memenangi


pertandingan syarahan.
( Seniwati, Mahasiswa, Bangsawan )

d. Murid-murid tahun lima rajin membuat latihan ____________________ pada masa


lapang.
( tatacara, tatasusila, tatabahasa )
[ 4 markah ]
11

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat tanya : ____________________________________________________________


____________________________________________________________
Jawapan : Cuti persekolahan kita akan bermula pada minggu hadapan.

[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

[ 2 markah

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

________________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
SULIT
2016 12 031

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Menabung ialah menyimpan sejumlah wang yang diperoleh untuk kegunaan


masa depan. Setiap orang perlu mengamalkan sikap suka menabung sejak kecil lagi. Hal
ini demikian kerana, banyak faedah jika mengamalkan sikap menabung.
Antara faedah menabung, kita mempunyai duit simpanan. Wang simpanan ini
boleh kita gunakan untuk menampung perbelanjaan sekolah dan membeli barang
keperluan kita. Ibu bapa pasti akan berasa bangga terhadap sikap kita yang pandai
berjimat cermat dan berdikari.
Selain itu, menabung dapat juga memupuk amalan jimat cermat. Dengan
menabung, kita akan merancang perbelanjaan agar sebahagian daripada wang
perbelanjaan dapat disimpan. Hal ini akan menjadikan kita berjimat cermat dan sentiasa
berwaspada agar wang tidak dibelanjakan sesuka hati.
Amalan menabung dapat juga mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung
akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat perancangan
awal menguruskan wang perbelanjaan. Pembaziran dapat dielakkan kerana mereka
hanya berbelanja untuk barang-barang yang perlu sahaja.
Sesungguhnya menabung merupakan amalan mulia dan banyak manfaatnya.
Oleh itu, kita perlu mengamalkan amalan baik ini sejak kecil lagi kerana “sedikit-sedikit
lama-lama jadi bukit”.

a. Amalan menabung dapat mengelakkan _______________________________________.


[ 1 markah ]

b. Perkataan faedah boleh digantikan dengan perkataan ____________________________.


[ 1 markah ]

c. Apakah faedah menabung berdasarkan petikan ?


__________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
SULIT
2016 13 031

d. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan.

Wang yang ditabung dapat menampung perbelanjaan


sekolah pelajar.

Pelajar yang boros selalu mengamalkan


sikap menabung. Betul

Perancangan awal dapat mengelakkan pembaziran.


Salah

Setiap murid harus mengamalkan sikap menabung


sejak kecil lagi

[ 2 markah ]
SULIT
2016 14 031

Soalan 24

Baca teks laporan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Laporan Temasya Sukan ke-15 Sekolah Kebangsaan Taman Indah

Pada 12 Jun 2016, Sekolah Kebangsaan Taman Indah telah mengadakan temasya
sukan kali yang ke-15. Pelbagai persiapan telah dijalankan supaya temasya sukan berjalan
dengan lancar. Khemah murid dan khemah tetamu telah didirikan. Kawasan sekeliling
padang telah dihiasi dengan bendera berwarna warni. Gerai-gerai jualan sementara turut
didirikan untuk para peniaga.
Pada pukul 2.30 petang, upacara perbarisan bermula. Para peserta berbaris mengikut
rumah sukan masing-masing. Seterusnya upacara lintas hormat dan upacara menaikkan
bendera diadakan. Ketua murid membaca ikrar sukan dan diikuti oleh semua peserta.
Tuan Haji Idris bin Che Muda, Pegawai Pelajaran Daerah telah menyampaikan
ucapan seterusnya merasmikan temasya sukan ini. Para peserta telah membuktikan
kehandalan masing-masing untuk merangkul gelaran juara bagi seiap acara yang
dipertandingkan serta mengutip mata kemenangan.
Pada pukul 5.30 petang, acara sukan berakhir. Rumah Temenggong muncul sebagai
johan. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah kepada para
pemenang.
Temasya sukan kali ini dianggap yang paling meriah sepanjang 15 tahun. Temasya
sukan ini juga diadakan untuk mendapat kerjasama daripada ibu bapa dan penduduk
setempat.

Disediakan oleh, 22 JUN 2016.

( ZARINA BT. HASAN )


Ketua Murid,
Sekolah Kebangsaan Taman Indah.
SULIT
2016 15 031
SULIT
2016 16 031

a. Laporan ini ditulis pada _________________________ .


[ 1 markah]

b. Siapakah yang telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang ?


_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Pada pendapat kamu, perlukah kita melibatkan diri dalam aktiviti sukan? Mengapa ?

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 25

Baca sajak di bawah, kemudian jawab soalan -soalan yang berikutnya.

Hari ini 16 Mei

Semua guru akan diraikan


Pelbagai persembahan diadakan
Ada tarian, lakonan dan nyanyian

Guruku,
Semuanya berwajah berseri
Berpakaian cantik berwarna-warni
Di atas pentas mereka menyanyi

Guruku,
Sungguh pandai menari zapin
Langkah teratur lemah gemalai
Guruku juga hebat berlakon
Cerita tanggang yang lupa diri
Setelah selesai persembahan guru
Hadiah diberikan tanda dihargai
SULIT
2016 17 031

a. Mengapakah guru berpakaian cantik pada hari itu ?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Apakah persembahan-persembahan yang dibuat oleh guru pada hari itu ?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Tandakan (  ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak tersebut.

16 Mei merupakan sambutan Hari Guru.

Murid-murid memberikan hadiah kepada guru selepas


persembahan guru.
.

[1 markah]

Hadiah diberikan tanda dihargai

d. Terangkan maksud baris sajak di atas.

____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________
[3 markah]
SULIT 9

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like