You are on page 1of 13

2.

0 LANGKAH-LANGKAH PENGGUNAAN MODEL

2.1 Gambar Model

Model Integrasi PIE terdiri daripada empat komponen utama. Subkomponen pertama
terdiri daripada infranstruktur, sokongan pentadbiran, sokongan teknikal, sokongan
kurikulum dan kemahiran ICT adalah memainkan peranan penting dalam pengintegrasian.
Berbeza dengan tiga komponen lain iaitu perancangan, pelaksanaan dan peringkat penilaian.
Ketiga-tiga peringkat ini menunjukkan proses pelaksanaan. Rajah 2.1 berikut merupakan
kitaran proses pelaksanaan Model PIE.

Rajah 2.1 Kitaran Proses Pelaksanaan Model PIE

Terdapat tiga fasa penting dalam Model PIE iaitu fasa perancangan, fasa pelaksanaan
dan fasa penilaian.

2.1.1 Fasa Perancangan

Dalam peringkat perancangan ini, ia merujuk kepada persediaan isi kandungan.


Kandungan ini hendaklah disediakan dengan sewajarnya untuk tujuan proses pengajaran dan
pembelajaran. perancangan ini berfokus pada tiga peringkat kecil iaitu mengenal pasti isi
kandungan, pemilihan kaedah pengajaran dan pemilihan penggunaan bahan dan media yang
sesuai (Yıldız, B). Peringkat ini penting kerana ia dapat memastikan objektif pembelajaran
dapat dicapai dengan jayanya.
2.1.2 Fasa Pelaksanaan

Dalam peringkat ini, proses pelaksanaan kandungan perlu dijalankan secara tersusun.
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dirancang dalam tiga peringkat iaitu
sebelum kelas, semasa kelas dan selepas kelas.

2.1.3 Fasa Penilaian

Terdapat dua jenis penilaian dalam peringkat ini iaitu penilaian fasa perancangan dan
penilaian fasa pelaksanaan.

2.2 Perincian Langkah-Langkah Dalam Model PIE

2.2.1 Fasa Perancangan

Proses perancangan boleh dianalisiskan dalam beberapa persoalan iaitu apa, bila, di
mana, mengapa, siapa dan bagaimana (5W1H). Model PIE merealisasikan 5W1H dalam
merancang dan memilih isi kandungan, kaedah pengajaran dan penggunaan media ICT yang
sesuai dengan proses pengajaran dan pembelajaran (Yıldız, & Koçak, 2016).

i. Isi Kandungan

Kandungan pembelajaran perlu disesuaikan mengikut tahap murid supaya objektif


pembelajaran dapat dicapai. Terdapat empat kriteria yang perlu dianalisis dalam penyediaan
kandungan iaitu pengetahuan sedia ada murid, pengetahuan sedia ada guru, objektif
pencapaian dan hasil pembelajaran yang berpandukan standard kurikulum. Rajah 2.2.1
menggambarkan proses yang perlu dititikberatkan dalam merancang isi kandungan menurut
Yıldız, B.
Rajah 2.2.1 : Proses Merancang Isi Kandungan Dalam Fasa Perancangan

ii. Pemilihan Kaedah Pengajaran

Model kitaran pembelajaran 5E dipilih sebagai panduan dalam pemilihan kaedah


pengajaran iaitu Penglibatan (Engagement), Penerokaan (Exploration), Penerangan
(Explanation), Pengembangan (Elaboration) dan Penilaian (Evaluation). Jadual 2.2.1 berikut
merupakan penerangan model kitaran pembelajaran 5E.

Model Kitaran Keterangan


Pembelajaran 5E
Penglibatan Dalam peringkat ini, guru merangsang minda murid untuk
(Engagement) menimbulkan rasa ingin tahu murid. Selain itu, guru juga
memperkenalkan konteks dan mencungkil pengetahuan sedia ada
murid.

Penerokaan Dalam peringkat ini, murid membina pemahaman konsep


(Exploration) berdasarkan aktiviti hands-on. Mereka akan mencari maklumat
dengan menggunakan pelbagai sumber dan menjalankan
penyiasatan untuk menjana idea baharu atau menyelesai masalah.
Penerangan Dalam peringkat ini, murid menerangkan idea melalui refleksi
(Explanation) tentang penyiasatan yang telah dilaksanakan atau hasil maklumat
yang dicari. Guru pula memainkan peranan memberi input bagi
menyemak pemahaman hasil kerja atau konsep yang telah
dibentuk oleh murid.
Pengembangan Dalam peringkat ini, murid mengembangkan pemahaman konsep
(Elaboration) melalui pengakplikasian dalam situasi baharu.
Penilaian Dalam peringkat ini, penilaian berlaku di setiap fasa bagi
(Evaluation) mentaksir perkembangan murid dan menggalakkan murid untuk
menilai pemahaman dan kebolehan mereka. dalam model PIE
pula, penilaian dibuat dalam dua situasi iaitu murid semasa proses
pembelajaran dijalankan dan selepas hasil atau produk
pembelajaran yang diperolehi. Penilaian ini dapat diperolehi
melalui maklum balas yang dijalankan.

Jadual 2.2.1 : Penerangan Model Kitaran Pembelajaran 5E.


Sumber : KPM, 2016

iii. Pemilihan Media

Langkah ini merujuk kepada proses pemilihan media ICT yang sesuai dengan proses
pengajaran dan pembelajaran yang dirancang. Terdapat empat ciri-ciri yang perlu
dititikberatkan semasa pemilihan media ICT iaitu :

I. Pemilihan penggunaan media ICT haruslah bersesuaian dengan insfrastruktur yang


sedia ada. Misalnya dari segi persediaan perkakasan, perisisan laptop dan internet yang
lengkap.
II. Guru harus memastikan media ICT yang dipilih tersebut adalah mesra pengguna dan
mudah diakses oleh semua murid supaya pembelajaran dapat dijalankan dengan
berkesan.
III. Pemilihan media ICT juga perlu bersesuaian dengan isi kandungan dan tahap
penggunaan murid supaya murid mudah memahami dan mengikut pembelajaran.
IV. Pemilihan media ICT haruslah sesuai dengan tahap keupayaan murid menggunakannya.
Penggunaan ICT yang rumit cara penggunaannya akan menyebabkan murid berasa
tekanan dan bosan untuk belajar.

2.2.2 Fasa Pelaksanaan

Fasa pelaksanaan melibatkan tiga peringkat iaitu sebelum kelas, semasa kelas dan
selepas kelas.

i. Sebelum Kelas

Peringkat ini merujuk kepada penyediaan dan perancangan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru merancang dan membuat persediaan serta menentukan aktiviti yang
ingin dilaksanakan sebelum bermulanya suatu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah.

ii. Semasa Kelas

Peringkat ini merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam
bilik darjah. Kebanyakan proses pembelajaran ini dijalankan secara bersemuka. Proses
pengajaran ini dijalankan berdasarkan pemilihan kaedah dan media pengajaran yang telah
dirancang sebelum kelas.
iii. Selepas Kelas

Peringkat ini merupakan proses terakhir selepas selesai proses pengajaran dan
pembelajaran. Latih tubi bentuk lembaran kerja atau kuiz diberikan kepada murid bagi tujuan
pengukuhan dan pengayaan. Proses ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan sistem
pembelajaran MOODLE (Yıldız, B). Dengan ini, murid dapat membuat refleksi dan
menjalankan perbincangan bersama rakan sekelas dan gurunya. Fasa ini melibatkan penilaian
keseluruhan fasa iaitu fasa perancangan dan fasa pelaksanaan. Langkah penilaian menyerupai
langkah model pembelajaran 5E. Contohnya, penilaian dijalankan melalui borang semak atau
senarai semak supaya murid akan menilai diri mereka sendiri.

2.2.3 Fasa Penilaian

Fasa penilaian adalah komponen penting dalam setiap peringkat. Penilaian yang
cekap dapat memberikan maklumat tentang output pada akhir sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.
2.3 CONTOH AKTIVITI

2.3.1 FASA PERANCANGAN

Dalam fasa pelaksanaan PdP, ia bertujuan untuk mengubah kandungan pengajaran


terhadap keadaan pembelajaran yang paling sesuai untuk murid. Murid disasarkan untuk
menambahbaik terhadap subjek yang diajar. Oleh itu, guru haruslah mengorganisasi isi
pengajaran, mengetahui pengetahuan sedia ada murid dan tahap pemahaman murid
berdasarkan kurikulum, tanggapan konsep tentang topik pelajaran berdasarkan objektif
pembelajaran yang ditetapkan.

Subjek : Matematik

Kelas: Tahun 5A

Topik Pengajaran : 7.0 Nisbah dan Kadaran


Standard 7.2.1 Mewakilkan nisbah dua kuantiti dalam bentuk a : b yang melibatkan
Pembelajaran nisbah:
i. Bahagian kepada bahagian
ii. Bahagian kepada keseluruhan
iii. Keseluruhan kepada bahagian
Hasil Pembelajaran 1.
: Murid dapat menyebut nisbah yang diberi.
2. Murid dapat mewakilkan nisbah dua kuantiti dengan betul.
Pengetahuan Sedia 1. Murid mengetahui cara menulis nisbah.
Ada : 2. Murid dapat menentukan nilai berdasarkan nisbah yang diberi
Tanggapan salah : 1. Murid menganggap unit nisbah tidak perlu sama.
2. Murid menganggap perlu tulis unit berdasarkan soalan nisbah yang
diberikan.
Bahan Bantu Buku teks, aplikasi permainan nisbah, lembaran kerja Matematik, video
Mengajar
2.3.2 KAEDAH PENGAJARAN
Penggunaan kaedah pengajaran yang sesuai akan meningkatkan kualiti PdP. Dalam
contoh ini, model kitaran pembelajaran 5E dipilih sebagai kaedah pengajaran.

Model Kitaran Keterangan


Pembelajaran 5E
Penglibatan Pada permulaan proses PdP, permainan nisbah dijalankan untuk menyedari
(Engagement) kefahaman murid terhadap kadaran dan meneliti pengetahuan sedia ada dan
tanggapan salah terhadap topik pengajaran. Selepas sesi permainan, perbincangan
akan dijalankan supaya guru boleh memahami pengetahuan sedia ada dan
miskonsepsi murid terhadap topik pengajaran.

Penerokaan Langkah kedua akan membantu murid meneroka konsep nisbah yang akan diajar
(Exploration) dengan menjalankan aktiviti yang sesuai. Penggunaan contoh situasi dalam bentuk
slaid powerpoint berkaitan dengan topik kadaran akan digunakan.

Penerangan Dalam langkah penerangan, murid digalakkan untuk menyatakan konsep mengenai
(Explanation) topik pengajaran dengan perkataan sendiri dan berkongsi dengan rakan sekelas.
Guru harus menggalakkan pelajar berani meluahkan dan berkongsi pendapat
mereka. Selepas itu, konsep disampaikan secara formal oleh guru.
Contoh topik subjek tentang kandungan formal:
 Apakah itu nisbah ?
 Perlukah tulis unit dalam nisbah?
 Bagaimanakah mewakilkan nisbah antara dua kuantiti yang mempunyai
unit yang tidak sama?
Pengembangan Dalam langkah ini, guru perlu menyediakan aktiviti baharu dalam konteks
(Elaboration) pengajaran baharu dan aktiviti ini dikehendaki menggunakan pengetahuan,
kemahiran dan pengalaman yang murid peroleh daripada langkah sebelumnya.

Penilaian Pada langkah terakhir, penilaian dilaksanakan terhadap kefahaman murid mengenai
(Evaluation) topik yang diajar.
PEMILIHAN MEDIA

1. Akses
Pendekatan asas dalam Model PIE adalah untuk membolehkan pengguna menggunakan
kemudahan yang sedia ada dengan efektif dan berkesan. Infrastruktur ICT yang digunapakai
dalam proses pengajaran dan pembelajaran haruslah mudah diakses. Dalam contoh ini, murid
hanya menggunakan kemudahan komputer dan internet yang sedia ada. Mereka tidak perlu
memasang perisian komputer yang kompleks.

2. Kemahiran
Penggunaan ICT harus sesuai dengan tahap kemahiran pelajar dan guru. Oleh itu, pelajar
haruslah menguasai kemahiran ICT yang asas. Dalam contoh ini, infrastruktur yang dipilih
hanya memerlukan kemahiran komputer yang asas, iaitu kemahiran klik dan menyeret.

3. Kesesuaian kandungan dan tahap penguasaan murid :


Kandungan dan tahap penguasaan pelajar dijangka sebagai pembolehubah penting
dalam menjayakan proses PdP. ICT yang dipilih harus bersesuaian dengan kandungan dan
tahap penguasaan pelajar. Hal ini kerana sekiranya penggunaan ICT peringkat tinggi akan
menghalang pemahaman kandungan, manakala penggunaan ICT peringkat rendah akan
menyebabkan pelajar berasa bosan terhadap topik pembelajaran.
Pemilihan ICT dalam contoh ini adalah sesuai dengan kurikulum dan objektif
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan DSKP pengajaran Matematik.

2.2 FASA PELAKSANAAN

i. Sebelum kelas : Fasa ini digunakan untuk persediaan awal proses pengajaran dan
pembelajaran. Sebagai contoh, guru memesan pelajar untuk membuat persediaan awal
megenai topik pelajaran sebelum kelas Matematik melalui platform Google Classroom.

Contoh : Penyediaan bahan pengajaran seperti video mengenai nisbah Tahun 4 atau
permainan Quizziz boleh dimuatnaik pada Google Classroom. Hal ini supaya
memastikan murid mengulangkaji topik berkenaan terlebih dahulu.

ii. Semasa kelas : Kitaran 5E dikendalikan langkah demi langkah secara bersemuka di
dalam bilik darjah. Segala aktiviti yang akan dijalankan telah ditentukan dan
diaplikasikan mengikut kaedah pengajaran selepas proses pemilihan kaedah
dilaksanakan.

iii. Selepas kelas : Fasa ini bermula selepas proses PdP bersemuka tamat. Dalam fasa ini,
guru boleh melaksanakan beberapa aktiviti seperti memberi kerja rumah, membuat
refleksi tentang topik yang dipelajari, perbincangan dalam talian atau luar talian
melalui platform Google Classroom. Justeru, proses pembelajaran diteruskan supaya
membolehkan pelajar mengukuh kefahaman mengenai topik pengajaran dan juga
tidak tercicir daripada topik yang dipelajari.

Contoh :
 Guru boleh memuatnaik kerja rumah melalui Google Classroom. Hal ini membolehkan
pelajar menyiapkan kerja rumah yang diberi, seterusnya menyerahkan kerja rumah
dengan muatnaik kerja rumah dalam bentuk gambar atau PDF secara dalam talian.
 Penggunaan forum dalam Google Classroom membolehkan murid mengemukakan
soalan dan berbincang bersama dengan rakan sekelas.

2.3 FASA PENILAIAN

Dalam contoh rancangan pengajaran, data yang dikumpul berdasarkan refleksi PdP,
langkah penilaian kitaran pembelajaran 5E, pemerhatian murid dalam kelas, penglibatan
murid dalam aktiviti perbincangan dan hasil kerja rumah. Semua komponen yang ada dalam
fasa penilaian adalah digunakan untuk menilai proses pembelajaran dan keberkesanan PdP
terhadap kefahaman pelajar mengenai topik pembelajaran. Oleh itu, penggunaan cara
pelaksanaan penilaian yang berbeza dan pelbagai adalah bertujuan untuk meningkatkan
kebolehubahan data dan kebolehpercayaan penilaian. Sebagai contoh, penggunaan borang
semakan rakan sebaya boleh digunakan dalam bahagian refleksi pelajar. Dengan cara ini,
pelajar boleh menilai diri mereka

Rujukan :
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Berasaskan Inkuiri. Putrajaya : Bahagian Pembangunan Kurikulum
KPM

Yıldız, B., & Koçak Usluel, Y. (2016). A model proposal on ICT integration for effective
mathematics instruction.

Yıldız, B. Planning Implementation Evaluation (PIE) Integration Model. VARIOUS


ASPECTS OF ICT INTEGRATION IN EDUCATION FARKLI YANLARIYLA
EĞİTİMDE BİT, 1.
Guru Besar
SJKT Ladang Coalfields
Bandar Seri Coalfields,
47000 Sungai Buloh,Selangor. 1 Mei 2022

DR. PUVANITHA,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM KESIHATAN


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.SJKT Ladang Coalfields ingin menjemput pihak tuan untuk memberikan ceramah kesihatan

berkonsepkan Jom Hidup Sihat seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 03 Mei 2022

Hari : Rabu

Masa : 10.00 pagi

Tempat : Kantin sekolah SJKT Ladang Coalfields

Sehubungan dengan itu, kami dengan rendah hati menjemput pihak tuan untuk
menyampaikan ceramah tersebut . Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik. Tamil Arasi
Subrayan (Guru Kesihatan) di talian 0122472776.Kehadiran tuan/puan adalah diharapkan.

Sekian terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah


…………………………………..
( AMBUJAM KANNAN )

You might also like