You are on page 1of 8

JELAJAH PEMBELAJARAN ( LEARNING WALKS )

1.0 PENGENALAN

Pada tugasan ini, saya perlu menggunakan salah satu strategi Komuniti Pembelajaran
Profesional / Profesional Learning Communities (PLC) dalam usaha memastikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan berkesan. Prinsip asas PLC ini berdasarkan
tiga idea utama iaitu memastikan pembelajaran murid, budaya kolaboratif dan fokus kepada
pencapaian bagi suatu pembelajaran.
Menurut Rosenholtz (1989), PLC merujuk kepada para pendidik yang monited dan
bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkiri atau kajian tindakan untuk
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid.
Terdapat lima aktiviti dalam pelaksanaan PLC

Perkongsian ini boleh dilaksanakan walaupun secara pemerhatian tidak formal yang
boleh merentas mata pelajaran. Apa yang penting, pada akhirnya amalan ini akan
menjurus kepada peningkatan profesionalisme keguruan di semua sekolah tanpa
mengira subjek, kategori dan lokasi sekolah serta kategori murid.

1
2.0 Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang dipilih
2.1 Jelajah Pembelajaran (Learning Walks)

Strategi Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) yang dipilih ialah Jejak Pembelajaran
(Learning Walks). Konsep Jejak Pembelajaran ( Learning walks ) diambil daripada amalan
pengurusan eksekutif Hewlett-packard yang memastikan mereka tahu apa yang berlaku
dalam syarikat dengan mengamalkan “pengurusan secara berjalan”.
Di sekolah, pengamalan Jelajah Pembelajaran mampu mengumpulkan bukti amalan terbaik
yang dilakukan dalam pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan dijadikan sebagai contoh.
Definisi Jelajah Pembelajaran (Learning Walks) itu sendiri bermaksud berjalan sekitar
sekolah untuk memerhati pengajaran guru dan aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah
dengan menggunakan aturan dan fokus yang spesifik.

Antara objektif utama pelaksanaan strategi ini termasuklah untuk mengumpulkan bahan
bukti bagaimana suatu aktiviti pembelajaran (learning in action) yang diperhatikan di dalam
bilik darjah. Seterusnya membuat perbincangan dengan ahli kumpulan berdasarkan bahan
bukti yang diperhatikan dan membuat refleksi amalan PdP yang baik daripada pemerhatian
tersebut untuk dipraktikkan oleh guru-guru lain.

2.2 Modus Operandi

Stategi ini dilakukan bermula dedngan membentuk kumpulan yang terdiri daripada ahli
panitia suatu subjek dan seorang ketua dilantik ‘Lead Walker’. Ahli kumpulan akan
membincangkan satu fokus yang perlu diperhatikan serta memilih kelas-kelas yang akan
dilawati dalam sesi Jelajah Pembelajaran tersebut Ketua Jejak Pembelajaran ini perlu
memainkan peranan penting dalam memastikan penglibatan semua ahli semasa sesi
perbincangan serta berfokus kepada objektif yang dinilai. Dalam pada itu, ketua juga perlu
memastikan perbincangan atau rumusan yang dibuat berdasarkan bukti yang diperolehi
semasa pemerhatian dilakukan dan tidak menganggu proses Pdp dalam bilik darjah.

Seterusnya, pelaksanaan sesi Pembelajaran ini terbahagi kepada 3 peringkat iaitu


perbincnagan pra-pemerhatian, lawatan ke bilik darjah dan perbincangan pasca—
pemerhatian. Semasa lawatan dilakukan, setiap ahli perlu membuat pemeratian dan
mengambil bukti-bukti seperti mana aspek yang difokuskan. Seterusnya pemerhati tidak
boleh membuat penghakiman terhadap apa yang dilakukan dan apa yang tidak dilakukan
oleh guru

2
Akhir sekali, dapatan dan rumusan yang diperolehi sewaktu sesi Jelajah Pembelajaran yang
dilakukan akan dikongsikan dengan semua guru yang berkaitan dalam jangka masa
seminggu selepas sesi pemerhatian.

2.3 Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks

Learning Walks dilaksanakan mengikut langkah-langkah yang berikut:

1. Penetapan fokus untuk pemerhatian.


2. Pengumpulan bahan bukti melalui pemerhatian terhadap kelas-kelas.
3. Perkongsian dapatan dengan semua guru di sekolah.

Rajah 1.0 : Carta Alir Perlaksanaan Strategi Learning Walks

2.4 Fokus yang dipilih


Penetapan fokus dibuat berdasarkan aspek-aspek berikut:

i. Fokus mestilah boleh diperhatikan di dalam bilik darjah (observable focus).


ii. Fokus mestilah dinyatakan dengan jelas (clearly articulated).
iii. Fokus mestilah berkait dengan peningkatan pembelajaran profesionalisme (linked to
professional learning).
iv. Fokus mestilah mempunyai kepentingan yang berkaitrapat dengan keutamaan
sekolah (linked to school priorities).

3
Fokus bagi setiap Jelajah Pembelajaran amat penting dan perlu dinyatakan dalam borang
pemerhatian. Hal ini bagi memastikan objektif dan pengumpulan bukti sewaktu pemerhatian
dilakukan tidak tersasar. Antara fokus yang boleh dipilih untuk diperhatikan dalam Jelajah
Pembelajaran ini termasuklah :
i. Teknik penyoalan dan tempoh masa untuk berfikir
ii. Penggunaan bahan bantu mengajar atau sumber yang berkesan dan
menyokong PdPC
iii. Suasana fizikal bilik darjah yang menyokong PdP
iv. Amalan penilaian yang berkesan
v. Penglibatan murid
vi. Arahan guru semasa PdP
vii. Penggunaan ICT semasa PdP
viii. Pengurusan papan hitam/putih.

3.0 Aplikasi Strategi Jelajah Pembelajaran (Learning Walks) dalam Aktiviti


Pembelajaran.

Bagi tugasan kali ini, fokus yang dipilih untuk dinilai dalam strategi Jelajah Pembelajaran ini
ialah berkaitan penglibatan murid sewaktu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.

Kelas Pertama

Kelas pertama yang dipilih ialah kelas murid tahun 4 dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran berkaitan tajuk penukaran perpuluhan kepada peratus.

4
Berdasarkan fokus yang diperhatikan, aktiviti pembelajaran yang dilakukan sangat
menekankan penglibatan murid-murid bermula daripada set induksi lagi. Penglibatan murid
semasa set induksi merupakan satu teknik berkesan menarik minat dan perhatian murid
terhadap aktiviti pembelajaran yang dilakukan. Pada set induksi aktiviti tersebut, dua orang
murid diminta mengambil barang yang terdapat didalam kotak yang dibawa oleh guru dan
ditunjukkan kepada murid-murid yang lain. Murid-murid melihat dan menyatakan nombor
perpuluhan dan peratus yang ditunjukkan. Guru bertanya perkaitan perpuluhan dan peratus
kepada murid-murid serta menyatakan objektif pembelajaran.

Penglibatan murid juga dilihat secara fokus individu sewaktu membuat lembaran kerja yang
diberikan oleh guru. Murid-murid dibimbing menyelesaikan lembaran kerja tersebut
menggunakan kod petak nombor dengan bimbingan guru.

Dalam aktiviti kumpulan pula, guru menggunakan teknik permainan dimana setiap kumpulan
bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan dengan cepat dan betul. Setiap kumpulan
diberikan fail yang mengandungi lima soalan. Murid-murid berbincang dan menuliskan
jawapan pada mini whiteboard setiap kumpulan. Wakil bagi setiap kumpulan menunjukkan
mini whiteboard kumpulan masing-masing. Guru menyemak jawapan bersama murid-murid.
Bintang diberikan kepada kumpulan yang berjaya menyeesaikan tugasan yang diberikan.

Kelas Kedua

Seterusnya, kelas kedua yang diperhatikan ialah kelas tahun 3 dengan aktiviti pembelajaran
bagi tajuk penolakkan dengan pengumpulan semula.

Pada permulaan kelas, guru menyatakan objektif pelajaran pada hari tersebut. Seorang
murid diminta membilang jumlah murid lelaki dan murid perempuan.

Penglibatan murid juga dapat dilihat dalam proses perkembangan dimana murid
menyelesaikan soalan bersama-sama dengan bimbingan guru. Melalui kaedah masteri ini,
setiap murid menunjukkan proses penolakan menggunakan jari masing-masing.

Setelah itu, murid dipilih untuk menyelesaikan soalan penolakan di papan putih dengan
menggunakan jadual nilai tempat. Jawapan yang dibuat disemak bersama-sama murid-
murid lain dengan membuat penolakan menggunakan jari.

5
Bagi aktiviti kumpaualn pula, setiap kumpulan diberikan soalan dan perlu diselesaikan
menggunakan jadual nilai tempat pada kertas majung. Hasil tugasan ditampal didalam
kelas.

Seterusnya, setiap murid diberikan lembaran kerja untuk diselesaikan secara individu. Murid
yang telah selesai akan mengangkat tangan. Jawapan murid akan disemak oleh rakan lain
dengan bimbingan guru. Tiga orang murid yang dapat menyelesaikan tugasan terawal
dengan betul dikira sebagai pemenang.

Kelas Ketiga

Kelas ketiga yang diperhatikan ialah kelas tahun 6 bagi pembelajaran tajuk masa dan waktu.
Kelas ini diklasifikasikan sebagai kelas murid berkeperluan khas dimana guru perlu
mengaplikasikan teknik bahasa isyarat kerana kelas tersebut terdiri daripada murid pekak
dan bisu.

Penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran bermula sejak set induksi lagi dimana murid
perlu meneka objek yang terdapat didalam beg yang dibawa oleh guru. Beberapa orang
murid dipilih untuk mengambil puzzle yang terdapat didalam beg tersebut sebelum
menyusun dan menampalnya di papan putih.

Seterusnya, interaksi dua hala berlaku antara guru dan murid dalam sesi soal jawab
berkaitan pengalaman berkaitan jam dan fungsinya. Murid-murid dapat memberikan
pandangan dan berkongsi pengalaman masing-masing.

Murid juga aktif mengambil bahagian dalam menyelesaikan soalan berkaitan penolakan jam
dan minit menggunakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang disediakan bersama-sama
guru. Pada langkah ini, fokus dan penglibatan murid amat penting bagi memastikan konsep
yang ingin ditanam benar-benar difahami oleh murid. Seorang wakil murid dipilih untuk
menyelesaikan soalan yang berkaitan tajuk dengan menggunakan BBM yang disediakan
oleh guru. Murid-murid lain pula akan mengambil bahagian dengan menyemak jawapan
bersama guru.

Dalam aktiviti kumpulan pula, murid-murid bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan yang
diberikan oleh guru. Hasil kerja yang dilakukan akan dibentangkan oleh wakil bagi setiap
kumpulan dan ahli kumpulan lain akan menyemak jawapan yang dilakukan.

6
Setelah tugasan kumplan selesai, aktiviti murid diteruskan dengan latihan pengukuhan
secara individu. Setiap murid menyelesaikan lembaran kerja yang diberikan oleh guru
dengan menggunakan teknik seperti yang diajarkan oleh guru.

Pada akhir pembelajaran pula, beberapa orang murid diminta menyatakan apa yag telah
dipelajari pada hari tersebut. Murid-murid lain menunjukkan tanda ‘tumbs up’ sebagai tanda
faham.

4.0 Dapatan Keseluruhan


Dapatan keseluruhan merujuk kepada perbandingan antara keseluruhan kelas-kelas
yang diperhatikan. Perbandingan yang dilakukan untuk mengenalpasti kekuatan yang
terdapat pada suatu sesi aktiviti pembelajaran yang dilakukan untuk dicontohi oleh guru-
guru yang lain.

4.1 Aspek yang dipelajari

Antara aspek yang dipelajari termasuklah kepentingan guru dalam memastikan penglibatan
murid bermula daripada set induksi suatu aktiviti pembelajaran. Hal ini baik dalam menarik
tumpuan murid dan menimbulkan sifat inkuiri dalam diri murid terhadap pembelajaran hari
tersebut.

Seterusnya, kepentingan memberi contoh yang dekat dengan murid. Contohnya mengaitkan
tajuk pembelajaran dengan pengalaman sedia ada murid. Hal ini akan memudahkan murid
memahami konsep yang dipelajari dan meningkatkan proses ingatan jangka panjang murid.

4.2 Tindakan yang perlu dilakukan

Guru perlu menerapkan aktiviti berkumpulan yang dapat memupuk semangat kerjasama
dan kepimpinan dalam diri murid-murid. Aktiviti berkumpulan juga lebih menyeronokkan
dalam proses pengenalan konsep bagi mencapai objektif pemebelajaran. Suasana seakan-
akan pertandingan mini berkumpulan akan melatih murid untuk bekerja secara cepat, tepat
dan sistematik dalam menyelesaikan tugasan.

Selain itu, guru perlu menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM) ynag bersesuaian dengan
tajuk pembelajaran. Hal ini bagi memenuhi kepelbagaian kecerdasan murid seperti yang
dinyatakan oleh Howard Gardner. Bahan konkrit yang disediakan membolehkan murid
menyentuh, memegang, lihat dan rasa akan memudahkan proses adaptasi dan asimilasi
minda murid terhadap pengetahuan baru yang diberikan oleh guru.

7
5.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, penggunaan strategi Komuniti Pembelejaran Profesional / Profesional Learning


Communities (PLC) ini mampu memberi impak positif dalam menilai dan menambahbaik
strtegi dan kedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan aktiviti yang dilakukan
berkesan dan berkualiti.

Namun begitu, perlu diingatkan bahawa setiap strategiPLC yang dijalankan adalah
bertujuan unutk menilai dan menambhbaik peddagogi dalam bilik darjah. PLC dilaksanakan
bukan unutk menilai guru yang mengajar dan ahli kumpulan PLC juga perlu bersikap terbuka
dan bekerjasama dalam memastikan tujuan pelaksanaannya tercapai.

Sehubungan dengan itu, bagi memastkan PLC menjadi lancar dan realiti, perlu ada
perubahan minda dan cara berfikir di setiap peringkat terutama para guru. Guru perlu kreatif
dan sentiasa inovatif dalam memikirkan kaedah pengajaran terbaik selaras dengan hasrat
pendidikan negara yang mahu menyediakan pembelajaran berpusatkan murid dalam
memastikan percambahan skema pemikiran mereka secara konstruktif dengan penerapan
nilai serta jati diri yang positif.

You might also like