You are on page 1of 8

TUGASAN 5 : PENULISAN AKADEMIK

“PLC adalah satu pembudayaan sekolah yang menggalakkan pembelajaran guru


secara kolaboratif untuk melaksanakan penambahbaikan”

Bincangkan reflektif dialog atau lain-lain strategi PLC bagi menambah baik
pengajaran guru Pendidikan Seni Visual.

Umum mengetahui Profesional Learning Communities yang merujuk kepada para


pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam usaha
membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-
murid mereka, (Rosenholtz, 1989; Little & McLaughlin, 1993; DuFour, Eaker, & Many,
2006,). PLC berteraskan lima strategi utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki
pencapaian murid dan sekolah. Di samping itu, menjadi satu trend yang menarik dalam
perkembangan pendidikan di negara-negara maju ialah pemantapan komuniti pembelajaran
profesional dalam kalangan pendidik sebagai usaha meningkatkan profesionalisme guru.
Aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar komuniti sekolah
merupak salah satu konsep komuniti pembelajaran professional. Contohnya, pihak sekolah
boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke dalam bilik darjah untuk
menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, dan aktiviti kolaboratif antara pihak
berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi
meningkatkan pencapaian pelajar.

Pelbagai aktiviti dalam pendekatan Komuniti Pembelajaran Profesional telah


digunakan oleh masyarakat guru di negara-negara maju. Antaranya ialah :

1. Pengajaran bersama rakan guru (team teaching)


2. Tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration)
3. Sistem sokongan rakan sekerja (buddy support system)
4. Perkongsian pintar antara komuniti sekolah dengan komuniti di luar sekolah
5. Pengajaran secara kolaboratif (collaborative teaching)
6. (Lesson Study)sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara
kolaboratif .

Walau bagaimanapun,terdapat lima teras Elemen Kritikal PLC dimana boleh dilakukan oleh
mana-mana guru dan mempunyai pendekatan yang hampir sama iaitu:

1. Dialog Reflektif
2. Penswastaan Amalan
3. Fokus Secara Kolektif Terhadap Pembelajaran Murid
4. Kolaborasi

1
w
A
v
p
jfD
J
L
W
B
y
b
/m
ItlC
k
)P
o
s
g
in
S
h
c
a
e
(T
r
u
G
z
R
5. Norma dan Nilai Dikongsi Bersama

Jelajah
Sehubungan itu , Elemen Kritikal PLC yang dapat menambahbaik proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual salah
satunya ialah dengan menggunakan elemen Penswastaan Amalan ataupun dikenali sebagai
(Deprivatization of Practice). Elemen ini mempunyai empat strategi iaitu(RAJAH 1: Strategi
Amalan Penswastaan) :

SesiRakan
Bimbingan
Amalan
Perkongsian
Pembelajar
Sebaya
Penswastaan
an
Guru

(Learning
Guru
/Pembimbing
Instruksi
(Teacher
(Deprivatizatio
(Peeer Coaching/
(RAJAH 1: Strategi Amalan Penswastaan)

Strategi pertama ialah Jelajah Pembelajaran (Learning Walks). Konsepnya telah diambil
daripada amalan pengurusan eksekutif Hewlett-Packard yakni memastikan mereka tahu apa
yang berlaku dalam syarikat dengan mengamalkan sesuatu yang dikatakan mereka sebagai

Sharing
n of Practice)
“pengurusan secara berjalan”. Jelajah Pembelajaran dalam erti kata yang mudah ialah

Instructional
berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan pengajaran guru lain dan aktiviti
pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan peraturan dan fokus yang spesifik..
Hal ini dapat dikaitkan bagaiman guru PSV khususnya melaksanakan strategi ini dengan

Coaches)
memerhati pengajaran guru lain bagi membantu meningkatkan gaya pembelajaran yang

Session)
Walks)
sedia ada. Antara langkah pelaksanaan strategi ini ialah guru tersebut perlulah menetapkan
fokus terhadap pemerhatian yang dilakukan. Sebagai contoh, guru tersebut telah
menetapkan apakah topik ataupun bidang seni yang hendak diberi fokus agar dapat
membantu peningkatan penguasaan guru di dalam sesuatu topik tersebut.

2
Seterusnya, ialah mengumpul bahan-bahan bukti berdasarkan pemerhatian
yang dilakukan iaitu dengan guru PSV tersebut perlulah mengumpul bukti-bukti tertentu
seperti melihat teknik penyolan, kaedah simulasi, penggunaan bahan bantu
mengajar,penggunaan ICT serta suasana fizikal bilik darjah yang gunakan oleh guru
tersebut. Dengan adanya bukti-bukti tyersebut sedikit sebanyak dapat membantu guru PSV
dalam merangka pengajaran yang berkesan. Manakala langkah yang terakhir ialah segala
maklumat dan rumusan yang diperoleh melalui Jelajah Pembelajaran tersebut akan dikongsi
dengan guru PSV yang lain dalam tempoh masa seminggu selepas pemerhatian
dilaksanakan. Namun begitu, pelaksanaan strategi ini perlu dilampirkan dengan penggunaan
borang seperti Borang Penetapan Fokus, Borang Pemerhatian dan Borang Dapatan
Keseluruhan.

Strategi kedua ialah Pembimbing Instruksi(Peer Coaching) iaitu merujuk kepada


strategi secara sistematik untuk memerhatikan pengajaran guru lain dengan menggunakan
kitaran prakonferensi, pemerhatian dan pascakonferensi. Menurut Hasbrouck(1997)Peer
Coaching (PC) merupakan strategi untuk memperbaiki pelaksanaan kurikulum terhadap
strategi, teknik dan kemampuan guru dalam pembelajaran. Terdapat tiga cara
melaksanakan Peer Coaching iaitu:

I. Guru mengajar model pembelajaran


II. Coach sebagai guru yang mengajar model pengajaran
III. Merancang Pengajaran dan Co-Teaching

Sekiranya guru menggunakan model pertama iaitu Guru mengajar model pembelajaran iaitu
salah seorang guru PSV perlu mengajar model pembelajaran yang telah ditetapkan
manakala coach atau guru-guru PSV yang lain akan memerhati. Sebagai contoh contoh
guru tersebut telah mengajar bidang Menggambar. Pada fasa prakonferensi guru-guru akan
membincang terhadapt topik yang diajar, matlmat , fokus dan sebagainya. Bagi fasa
pemerhatian, guru-guru tersebut perlu mengumpul data dan bukti-bukti secara mencatat dan
sebagainya. Fasa yang terakkhir ialah coach meminta pengajar membuat penilaian
berdasarkan sepanjang P&P, berkongsi maklumat dan memberi komen serta cadangan
berdasarkan pemerhatian yang dilakukan dan membuat rumusan. Oleh itu,sekiranya guru
PSV khususnya mengaplikasikan model ini secara tidak langsung dapat membantu
meningkatkan mutu gaya pembelajaran guru PSV agar dapat menarik minat murid yang
tidak menyukai PSV.

Belajar menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)


merupakan strategi yang amat membantu guru di dalam proses pengajaran yang efektif.
Lesson Study ialah kajian, penyelidikan atau penelitian terhadap pengajaran guru dalam bilik

3
darjah. Strategi ini menggalakan guru-guru sekolah secara kolaboratif berusaha
menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran
murid. Dalam pelaksanaan Lesson Study sebagai guru PSV, pertama sekali perlulah
membentuk kumpulan Lesson Study dan menentukan matlamat. Pada langkah ini, guru
perlu bersama-sam mengkaji matlamat kurikulum dan sukatan pelajaran agar (RPH) yang
akan dibina selaras dengan sukatan pelajaran. Guru juga perlulah mengkaji serta
berbincang isu-isu PSV yang dihadapi oleh murid sebagai contoh murid cara mengatasi
murid yang tidak dapat menguasai bahasa seni. Dengan ini, guru dapat tentukan matlamat
yang hendak dicapai.

Pada langkah kedua, guru perlu membina (RPH) berdasarkan tajuk dalam sesi
pengajaran dengan menentukan strategi pengajaran yang bersesuaian selaras dengan
tahap penguasaan murid. Guru juga perlu berbincang apakah masalah yang dihadapi murid
bagi setiap tajuk berkenaan agar langkah-langkah proses pengajaran yang dibina dapat
membantu murid belajar dengan lebih baik. Tambahan pula, guru juga perlu memikirkan
serta menjangkakan respon murid semasa proses pengajaran dengan ini guru akan lebih
bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Sebelum itu, Pakar Rujuk (PR) akan
membuat penambahbaikan dalam RPH tersebut. Ketika pelaksanaan pengajaran, salah
seorang guru akan melaksanakan pengajaran dan guru-guru lain akan membuat
pemerhatian serta mengumpul data-data berkaitan bagi sesi refleksi pengajaran. Sesi
refleksi, dimulakan dengan melihat semula matlamat pengajaran kemudian akan
dibincangkan mengenai komen hasil pembelajaran, kelemahan RPH dan sebagainya.
Langkah yang terakhir ialah penambahbaikan RPH dan pengajaran semula, sekiranya
masih mempunyai kelemahan langkah tiga dan empat akan diulang semula.

RAJAH 2 : KITARAN LESSON STUDY

4
Sehubungan itu, strategi ini amat diperlukan oleh guru-guru PSV dalam memastikan
proses P&P yang berjalan lancar. Tambahan pula,dapat membantu guru untuk membuat
persediakan bagi setiap sesi pengajaran serta dapat menguasai isi pengajaran dengan lebih
baik serta dapat menangani masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Strategi yang turut
terkandung di dalam elemen Amalan Penswastaan ialah Sesi Perkongsian Guru (Teacher
Sharing Session). Sesi ini merujuk kepada sekumpulan guru berkumpul secara formal untuk
berkongsi pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan amalan pedagogi yang
terbaik.Sebagai contoh, seorang guru A yang berpengalaman mencanting batik serta
mempunyai kemahiran di dalam bidang tersebut sudah semestinya beliau dapat menguasai
topik tersebut dengan lebih baik berbanding guru B yang hanya membaca teknik dan
langkah menghasilkannya di dalam buku tanpa mengalami sendiri. Melalui seni perkongsian
ini, secara tidak langsung guru A dapat berkongsi kemahiran, pengalaman serta
penguasaan beliau kepada guru B.

Hal ini turut di sokong oleh Carroll et al,(2003), menyatakan bahawa perkongsian ini
membolehkan ahli kumpulan belajar sesama sendiri bagi memahami dunia pengetahuan
dan persekitaran mereka. Perkongsian ini dapat diklasifikasikan sebagai dua jenis iaitu
perkongsian bahan maujud iaitu bahan bantu mengajar,laman sesawang dan lembaran
kerja. Manakala, perkongsian bahan bukan maujud seperti amalan P&P, pengurusan bilik
darjah dan sebagainya. Seterusnya, Eriksson & Dickson(2000) merumuskan bahawa
terdapat empat elemen utama dalam sesi perkongsian iaitu:

1. Proses perkongsian penciptaan ilmu: proses mencipta dan menyebarkan ilmu.


2. Prasarana teknologi maklumat: sistem dan alat yang menyokong penyebaran
maklumat.
3. Pemangkin:media yang mempermudah dan mengwar-warkan perkongsian
maklumat.
4. Nilai, piawaian dan prosedur: nilai sosial dan budaya yang mempengaruhi pemikiran
individu (kesanggupan atau kesediaan untuk berkongsi).

5
Cara pelaksanaan Sesi Perkongsian yang berkesan adalah seperti (RAJAH 3 : Kitaran
Sesi Perkongsian) berikut :

RAJAH 3 : Kitaran Sesi Perkongsian

Di samping itu, Sesi Perkongsian ini boleh dilaksankan melalui pelbagai strategi contohnya
seperti Show, Tell, Share. Strategi ini melibat setiap guru PSV untuk membentangkan
kaedah atau amalan yang berjaya di hadapan semua orang secara bergilir-gilir. Kemudian,
pembentang tersebut perlu menggunkan pelbagai kaedah untuk menyampaikan maklumat
tersebut sama ada secara demonstrasi, slide dan sebagainya. Pembentang juga perlu
mengedarkan bahan-bahan yang digunakan (hard copy/ soft copy) kepada setiap ahli. Oleh
itu, strategi ini membolehkan guru menjana idea serta dapat bekerjasama untuk merangka
jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan yang wujud semasa sesi perkongsian.

Oleh sebab sesi perkongsian bersifat komunikasi verbal, elemen pertuturan


dan pendengaran menjadi fokus utama aktiviti ini. Oleh itu, sesi refleksi boleh digunakan
bagi membantu guru untuk mencatat isi-isi penting secara ringkas semasa sesi perkongsian
dijalankan agar dapat memberikan impak yang maksimum dalam sesi perkongsian ini.
Kesimpulnya, elemen Amalan Penswastaan ini mengandungi strategi yang holistik serta
amat relevan sekiranya diaplikasikan oleh guru-guru PSV di dalam memantapkan proses
pengajaran yang lebih efektif di samping dapat membantu guru-guru menguasai setiap topik
yang yang diajar.

6
RUJUKAN

Carroll, J.M, Choo, C. W., Dunlap, D. R., Isenhour, P. L.; et al. (2003) Knowledge

management support for teachers. Educational Technology, Research and

Development, 51, 4, 42-64. 3.

Carroll, J. M., Rosson, M. B., Dunlap, D., &Isenhour, P. (2005). Frameworks for Sharing

Teaching Practices. Educational Technology & Society, 8 (3), 162- 175. 4.

 DuFour, Richard & Eaker, Robert. (1998). Professional learning communities at work: Best

practices for enhancing student achievement. 1st ed. Solution Tree.

DuFour, R., Eaker, R., & Many. (2006). Learning by doing: A handbook for professional

learning communities at work. New York: Teachers College Press

Hasbrouck, J.E., & Christen, M. H. (1997). Providing peer coaching in inclusive classrooms:

A tool for consulting teachers. Intervension in school and clinic, 32(3), 172-177

Inprasitha, M., Isoda, M., Wang-Iverson, P., & Yeap, B. H. (2015). Lesson study:

Challenges in mathematics education. Singapore [u.a.: World Scientific.

Isoda, M. (2007). Where did lesson study come begin, and how far has it come? In M. Isoda,

M. Stephens, Y. Ohara & T. Miyakawa (Eds.), Japanese Lesson Study in

Mathematics: Its Impact, Diversity and Potential for Educational Improvement.

Singapore: World Scientific Publishing, 8- 15.

Modul komuniti pembelajaran profesional. (n.d.). Retrieved from

https://www.slideshare.net/beeeeth/modul-komuniti-pembelajaran-profesional

PdPc Berkesan dan Berkualiti | Cg Narzuki Online. (n.d.). Retrieved from

http://cgnarzuki.com/bicara-guru/pnp-berkesan-dan-berkualiti/

7
Professional Learning Communities (PLC) ~ Cikgu Kini. (n.d.). Retrieved from

http://www.cikgukini.com/2014/07/professional-learning-communities-plc.html

Rosenholtz, S. J. (1991). Teacher's workplace: The social organization of schools. New

York: Teachers College Press.

Schools as learning communities. (n.d.). Classrooms as Learning Communities, 174-198.

doi:10.4324/9780203390719_chapter_10

Zuraidah, A. (2016). Komuniti Pembelajaran Profesional di Malaysia: Amalan

Penambahbaikan Sekolah. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

You might also like