You are on page 1of 38

Pentaksiran Kemahiran dalam Matematik

Kemahiran Matematik
Disediakan oleh: Balqis Raihana
Hidayati Nabilah
Nurul Fatihah
KEMAHIRAN ASAS PRA-
NOMBOR
Konsep Pra Nombor

• Konsep pra nombor perlu dipelajari oleh kanak-kanak sebelum


mereka boleh menggunakan konsep nombor keseluruhannya
dengan betul.
• Pendedahan awal konsep pra nombor pada seawal usia kanak_x0002_kanak
adalah penting bagi membina sikap positif terhadap
Matematik.
• Konsep ini penting untuk membolehkan kanak-kanak
memperoleh sebahagian gambaran yang berkesan tentang
nombor keseluruhannya.
• Pendekatan yang dirancang rapi sesuai untuk membantu
kanak-kanak untuk membina kemahiran numerasi.
• Konsep pranombor terbahagi kepada
beberapa bahagian iaitu :-

• i. Pengelasan
• ii. Perbandingan
• iii. Seriasi
• iv. Padanan satu dengan satu
• v. Pola
• vi. Keabadian
Pengelasan
• Pengelasan merupakan pengumpulan objek konkrit dan semi
konkrit berdasarkan ciri-ciri yang jelas.
• Tujuannya untuk memastikan murid dapat membezakan dan
mengumpul objek berdasarkan kesamaan dan perbezaan.
• Klasifikasi objek tersebut boleh dilakukan berdasarkan
kepada :-
• a) Satu ciri ( contohnya : warna, saiz, bentuk)
• b) Dua ciri ( contohnya : warna dan bentuk, warna dan saiz )
• c) Tiga ciri ( contohnya : warna, bentuk dan saiz )
• d) Negatif ( contohnya : objek yang tidak terdapat dalam
kumpulan tertentu )
Aktiviti pengelasan adalah proses yang penting bagi
membentuk konsep nombor. Oleh itu, proses
pengelasan perlu melalui
beberapa tahap iaitu :-

• a) Memilih dan membanding


• b) Mengumpul
• c) Memilih semula
• d) Mengasingkan kumpulan
•e) Memilih objek berdasarkan fungsi,
kegunaan atau konsep
Apakah contoh aktiviti?

• Pengkelasan
Murid akan didedahkan dengan kemahiran
mengkelaskan sesuatu benda konkrit dan semi
konkrit mengikut ciri-ciri yang ada padanya
seperti mengkelaskan mengikut saiz (besar/kecil,
panjang/pendek, tinggi/rendah), warna, bentuk
dan jenis.
• i) Warna
• - mengenal warna
• - menamakan warna
• - mencantumkan kad warna
• - mengasingkan warna
• - mengasingkan warna dengan benda-benda
• - mewarna mengikut arahan yang diberi
• ii) Saiz
• - membandingkan saiz benda konkrit yang ditunjukkan
• - mengenal saiz kecil/besar, tinggi/rendah, panjang/pendek
• - menamakan saiz
• - mengasingkan benda semi konkrit mengikut saiz
• - memadankan saiz yang sama
• - mewarnakan saiz yang sama
iii) Bentuk
• - mengasingkan benda mengikut bentuk
• - menamakan bentuk
• - memadankan bentuk yang sama dengan benda-benda konkrit
• - mewarnakan bentuk-bentuk yang sama
iv) Jenis
• - menamakan benda mengikut jenis
• - mengumpul benda mengikut jenis(semi maujud)
• - mengkelaskan benda mengikut jenis(gambar)
• - mewarna/melukis benda mengikut jenis
Kemahiran ini akan membantu murid membezakan sesuatu benda dan
secara tidak langsung akan membantu murid membezakan nombor dan
simbol-simbol matematik yang akan mereka temui dalam pelajaran
selanjutnya.
Perbandingan
• Proses mengaitkan antara dua benda menggunakan ciri
tertentu sebagai asas perbandingan (Gibbs dan Castadena,
1975).
• Perbandingan berlaku apabila kita membandingkan ciri- ciri
kuantitatif dan kualitatif dua objek.
• Tujuannya adalah untuk memastikan murid- murid menguasai
atau mengenal kuantiti iaitu konsep yang selalu digunakan
dalam perbandingan seperti banyak, lebih kurang dan lebih
tinggi, sama banyak atau tidak sama banyak dan lebih atau
kurang
• Contoh perbandingan digunakan ialah :-
• Ukuran ( Panjang : Pendek , Tinggi :
Rendah , Tebal : Nipis )
• Saiz ( Besar : Kecil )
• Berat ( Berat : Ringan )
• Bilangan ( Banyak : Sedikit )
Perbandingan kuantiti
• Kemahiran ini akan membolehkan murid menyatakan kuantiti
melalui perbandingan iaitu banyak atau sedikit, sama banyak
atau tidak sama banyak, lebih atau kurang. Antara aktiviti yang
boleh dilaksanakan ialah:
• i) mengasingkan kumpulan
• - yang banyak atau lebih
• - yang sedikit atau kurang
• - yang sama banyak
• - yang tidak sama banyak
• ii) mewarnakan kumpulan
• - yang banyak atau lebih
• - yang sedikit atau kurang
• - yang sama banyak
• - yang tidak sama banyak

iii) menamakan kumpulan
• - yang banyak atau lebih
• - yang sedikit atau kurang
• - yang sama banyak
• - yang tidak sama banyak
Seriasi (Turutan)
• Seriasi merupakan susunan lebih daripada dua
objek mengikut turutan berdasarkan kriteria yang
jelas.
• Tujuannya adalah untuk membolehkan murid
mencari pertalian antara satu objek dengan objek
yang lain atau antara konsep matematik yang lain.
• Kebolehan menyusun dan menertib adalah
mengikut perkembangan konservasi dan
pengelasan.
• Ini menjadikan proses pembelajaran yang mereka
lalui akan lebih bermakna.
• Contoh seriasi yang biasa dilakukan
adalah seperti berikut:
•i) Menyusun mengikut pola urutan
• Kecil Besar , Nipis Tebal , Rendah
Tinggi Pendek Panjang , Sempit Luas
•ii) Menyusun objek mengikut ciri ,
bentuk, saiz, warna dan sebagainya
Padanan Satu Dengan Satu
• Padanan satu dengan satu adalah hubungan
perkaitan satu dengan satu antara objek yang
sama atau berbeza.
• Proses memadan bermula daripada :
• i) konsep memadan objek dengan objek
mengikut warna, saiz, bentuk,
• bilangan, pasangan dan sebagainya.
• ii) konsep objek dengan nombor.
• iii) konsep nombor dengan nombor.
• Contoh padanan satu dengan satu adalah
seperti berikut:
• a. Memadan benda yang berpasangan
yang sama (kasut)
• b. Memadan benda yang berpasangan
tetapi tidak sama (sudu dan garpu)
• c. Memadan bilangan yang sama
• d. Memadan bilangan objek dengan
simbol nombor
Pola
• Salah satu aspek dalam Matematik adalah mengkaji pola.
Contohnya dalam kehidupan seharian kita, ada waktu siang
dan ada waktu malam.
• Terdapat empat cara bagaimana konsep pola boleh
dikembangkan dalam diri murid:
• a) Meniru pola
• b) Menyambung pola
• c) Melengkapkan pola
• d) Membina pola sendiri
Keabadian
• Ketekalan (consistency) merupakan satu
aspek yang boleh dikaitkan dengan jisim,
isipadu dan keluasan.
• Tujuan konsep keabadian diperkenalkan
adalah untuk memastikan murid- murid
memahami ketekalan jisim dan isipadu
walaupun diletakkan, disusun atau diatur
di tempat atau keadaan yang berbeza.
KesedaranNombor (Number sense)
• Keupayaan seseorang individu memahami dan mengguna
nombor
• Mengetahui nilai yang relatif (knowing their relative values)
• Bagaimana menggunakan nombor untuk membuat penilaian
(how to use them to make judgments)
• Bagaimana menggunakannya secara fleksibel apabila
melakukan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi
(how to use them in flexible ways when adding, subtracting,
multiplying or dividing)
• Bagaimana memperkembangkan strategi yang bermakna
dalam menghitung, mengukur dan mengangar
(how to develop useful strategies when counting, measuring
or estimating.)
Nilai nombor
• Konsep nilai tempat merupakan suatu aspek penting dalam
sistem penomboran kerana kedudukan digit dalam sesuatu
nombor mempunyai nilai tertentu.
• Murid diperkenalkan kepada konsep nilai tempat apabila mereka
sudah boleh membaca dan menulis angka bagi nombor 0 hingga
9 serta boleh membilang dengan mengumpul secara
sepuluh_x0002_sepuluh.
• Antara pendekatan yang boleh digunakan untuk
memperkenalkan konsep nilai tempat melalui pengumpulan
bahan berkadaran seperti menggunakan lidi, dan rod biji kacang.
• Untuk mengukuhkan konsep ini dalam kalangan murid, guru
boleh juga menggunakan kaedah permainan bingo dan kad lipat.
AH IRA
KE M
N
Kemahiran komputasi merujuk
kepada pengiraan dalam matematik.

Pengiraan dalam matematik ini


melibatkan empat operasi asas iaitu
tambah, tolak, darab dan bahagi.
• Kemahiran komputasi ini terdapat dalam
setiap bidang pembelajaran matematik
yang utama iaitu :

1. Nombor – nombor bulat, pecahan,


perpuluhan, wang, peratus
2. Ukuran – masa dan waktu, panjang,
timbangan berat, isipadu cecair
3. Bentuk dan ruang – bentuk dua matra,
bentuk tiga matra
4. Statistik – purata, perwakilan data
Komputasi pula bertujuan untuk :

 menilai kebolehan daripada operasi-operasi


arithmatik secara tradisi seperti
penambahan, penolakan, pendaraban dan
pembahagian kepada operasi yang
memerlukan kepakaran melibatkan
keempat-empatnya secara serentak di
dalam sesuatu penyelesaian.
Kemahiran Aplikasi dan Penyelesaian
Masalah
• Digunakan dalam kehidupan seharian.
• Kegunaan aplikasi dalam kehidupan
 Ukuran (penggunaan unit biasa seperti panjang,
berat,suhu)
 Pembacaan Graf & Jadual
 Masa (perbezaan masa, percutian, musim- musim)
 Belanjawan
 Kewangan

                                                                                               
                  
MASALAH DALAM
MATEMATIK
PENGUASAAN KONSEP
NOMBOR
• Kebolehan matematik adalah asas kemahiran yang diperlukan bagi
menjalani  kehidupan seharian. ( Nor Azlan. 1987).
• Asas perkembangan matematik kanak-kanak bermula daripada
pengalaman kanak-kanak  berkaitan benda-benda konkrit atau objek yang
mengandungi kuantiti dan kualiti objek seperti warna, saiz, dan bentuk
yang berbeza-beza serta memanipulasikan nombor-nombor yang ada
disekeliling mereka.
• Ia berlaku secara sepontan dan semula jadi kerana kanak-kanak secara
semula jadinya mempunyai kebolehan ingin tahu yang tinggi.
•  Jean Piaget menyatakan setiap kanak-kanak normal berupaya memahami
matematik dengan baik apabila aktiviti dan kaedah yang diberikan
menarik minat mereka.
• Matematik adalah contoh pemikiran logik yang membentuk konsep
nombor kanak-kanak yang memerlukan pengalaman, interaksi sosial,
masa, bahasa dan kefahaman berkenanan pemikiran kanak-kanak.
• Kanak-kanak peringkat ini perlu diberi
pengalaman dengan benda maujud apabila
mempelajari konsep nombor. Urutan
perkembangan pembelajaran matematik
melalui tiga tahap seperti berikut:
• 1.Peringkat konkrit
• 2.Peringkat menggambar
• 3.Peringkat simbol
OBJEKTIF PENDIDIKAN
MATEMATIK.
1. Mengambil bahagian dalam aktiviti matematik bermula daripada aktiviti
menggunakan bahan konkrit kepada abstrak. ( Kurikulum Prasekolah Kebangsaan,
2003)
2. Memberi peluang memegang, ,emeroka bahan, mengubahsuai bahan yang
berkaitan dengan idea matematik.
3. Menyedari konsep ruang, masa dan menggunakan simbol.
4. Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan,
menyukat, graf, membilang dan operasi nombor.

• Kurikulum pengajaran matematik kanak-kanak memberi penekanan di atas proses


memahami konsep matematik, penaakulan dan penyelesaian masalah semasa
proses pembelajaran dengan menggunakan pelbagai rangsangan, media, kaedah
dan aktiviti.
KANDUNGAN KOMPONEN

1. Pengelasan objek
2.Seriasi
3.Padanan satu dengan satu
4.Konsep nombor
5.Operasi nombor
6.Pengukuran
7.Konsep masa
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

• Pendekatan yang dapat digunakan dalam pembelajaran


matematik kanak-kanak adalah berbentuk hafalan, aktiviti
dan bimbingan serta menerusi permainan.
• Menurut Skemp ( 1989), pembelajaran matematik
memerlukan 95 % pembelajaran bermakna dan 5 % sahaja
pembelajaran berbentuk hafalan.
• Sebelum kanak-kanak diberikan aktiviti yang berkaitan
dengan nombor ataupun diperkenalkan dengan nombor
yang sebaliknya mereka diberikan pengalaman yang cukup
dalam aktiviti pranombor.
Aktiviti pranombor melibatkan pengelasan objek,
seriasi dan padanan satu dengan satu. Berikut adalah
aktiviti yang berkaitan dengan aktiviti pranombor :-

1.Mengasing dan mengumpulkan objek sama jenis.


2.Mengasing dan mengumpulkan objek yang berbeza.
3.Mengelas dan menbanding objek mengikut saiz.
4.Mengelas dan membanding objek mengikut kuantiti.
5.Mengelas dan membandingkan objek mengikut warna.
6.Menyusun objek mengikut saiz besar ke kecil ataupun sebaliknya.
7.Menyusun objek mengikut saiz rendah ke tinggi ataupun sebaliknya.
8.Mengetahui bilangan objek mengikut kuantiti sedikit, sama banyak
dan lebih banyak.
9. Mencari pasangan objek.
• Pengenalan konsep nombor dan penggunaannya
perlu disertakan dengan aktiviti yang berkaitan bagi
mengukuhkan pengalaman.
• Apabila kanak-kanak didedahkan dengan
pengalaman awal dalam pengenalan nombor
( membilang dan memadan simbol dengan objek),
opersai nombor, iaitu konsep tambah dan tolak,
barulah kanak-kanak boleh didedahkan kepada
pembelajaran matematik yang lebih abstrak seperti
pengukuran masa, wang dan ruang.
Masalah dalam Mengenal pasti bentuk dan pola,
sukatan dan geometri
• Masalah kognitif murid masalah pembelajaran menyebabkan
mereka mempunyai pengamatan visual yang lemah
• Kecelaruan ini terjadi kerana ketidakupayaan untuk menjana
maklumat yang diperoleh dari mata. Ia melibatkan penglihatan atau
ketepatan penglihatan. Kesukaran dengan pemprosesan visual
mempengaruhi bagaimana maklumat visual diintepretasi atau
diproses oleh otak. Beberapa kesukaran yang dialami:

1. hubungan ruang
2. diskriminasi visual
3. visual closure
4. pengenal pastian objek (visual agnosia)
• Penggunaan model-model dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat memberi pengalaman konkrit kepada
murid untuk memahami konsep bentuk, pola, sukatan dan
geometri
• Dapat menarik minat murid-murid untuk belajar kerana
melibatkan penggunaan deria semasa memegang objek
sebenar
• Mengalakkan inkuiri penemuan dan dapat meningkatkan
kemahiran kognitif dan psikomotor

You might also like