You are on page 1of 20

1.

0 PENDAHULUAN

Projek inovasi ini dijalankan berdasarkan kepada masalah pembelajaran yang


dihadapi oleh kanak-kanak khas masalah pembelajaran. Saya mula mengenal pasti
masalah ini ketika saya mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
Ipoh pada tahun 2008. Masalah yang selalu saya hadapi ialah murid yang
mempunyai aras intelek tinggi dan sederhana kerap kali mempunyai masalah dalam
menguasai kemahiran mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10 dalam
Matematik. Jika murid itu boleh mengenal tetapi hanya mengenal secara langkauan
iaitu tidak secara teratur sama ada susunan nombor secara menaik atau menurun.

Kemahiran Matematik yang hendak dikuasai boleh dijalankan dengan


menggunakan beberapa jenis pendekatan. Salah satunya kaedah belajar melalui
bermain. Murid akan belajar melalui bermain kerana daya imaginasi mereka yang
tinggi. Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada
kanak-kanak , aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya.
Ibu bapa , guru dan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam
memastikan persekitaran permainan itu selamat dan kondusif.

Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah kanak-kanak


dimana mereka meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui
pengalaman langsung secara semula jadi.

“ Bermain adalah kerja kanak-kanak dan akan menolong perkembangan


kanak-kanak dalam pendidikan “ – Hassan Langgulung (1991)

Pendekatan ini turut disokong oleh Smitha Guha dalam bukunya bertajuk –
“ Intergrating Mathematicians for Young Children Through Play” – an article in
the NAEYC journal, Young Children.

1
Kaedah permainan dianggap sebagai salah satu strategi instruksional yang efektif
dalam pembelajaran terutamanya kanak-kanak. Permainan juga boleh diintegrasikan
dalam aktiviti pengajaran untuk meningkatkan motivasi dan minat murid.

2.0 REFELKSI PENGALAMAN YANG LALU.

Pengalaman mengajar di Kelas Pelbagai Kecacatan (Multiple Disabilities)


SKPK Ipoh selama 6 tahun telah menemukan saya dengan beberapa masalah di
kalangan kanak-kanak dalam menguasai konsep nombor 1 hingga 10.
Permasalahan ini telah saya temui ketika saya menjalakan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi subjek Matematik. Masalah ini dapat saya kesan apabila saya
menunjukkan kad simbol nombor dan beberapa orang murid keliru dengan simbol
nombor yang terdapat pada kad.

Saya juga melakukan aktiviti mengenal nilai di mana saya meletakkan kad
simbol nombor dan meminta agar murid menyusun pemadam mengikut nilai nombor
yang diberi. Bagi aktiviti ini juga saya melihat beberapa orang murid keliru dengan
nilai yang besar iaitu lingkungan 6 hingga 10.

Saya juga pernah menggunakan perisian komputer salah satunya ialah


perisian Sebran. Sebran merupakan satu perisian interaktif yang digunakan untuk
membaca, menulis dan mengira dalam bentuk permainan. Dengan menggunakan
perisian ini kanak-kanak perlu mengenal simbol nombor terlebih dahulu seterusnya
mengenal nilai yang ditunjukkan di dalam permainan tersebut. Namun terdapat
beberapa orang murid yang tidak dapat mengecam dan menjawab soalan dengan
betul akibat tidak mengecam dan mengenal nombor 1 hingga 10 dengan baik.

2
Aktiviti ketiga yang telah dijalankan oleh saya pada murid-murid ialah menggunakan
komputer bagi mengenal simbol nombor dan menggunakan bongkah kayu bagi
mengenal nilai nombor. Hasil pemerhatian ketiga ini, saya dapati beberapa orang
murid memberikan jawapan yang berlainan dari nombor yang ditunjukkan. Terdapat
juga segelintir murid yang memberikan jawapan berdasarkan jawapan kawan tanpa
memahami nilai atau nombor tersebut.

Ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan ini secara tidak langsung menjadi ujian
lisan bagi kanak-kanak bagi tujuan memperkukuhkan maklumat berkaitan subjek
kajian. Hasil tinjauan awal mendapati, beberapa orang murid-murid perlu bimbingan
dan kaedah yang diaplikasikan harus berlainan daripada kaedah biasa, iaitu kaedah
belajar melalui bermain. Selain melihat perkembangan aktiviti ketika pengajaran dan
pembelajaran berlaku, saya juga melihat kepada faktor lain yang menyumbang
kepada masalah menguasai kemahiran mengenal simbol dan nilai nombor
1 hingga 10. Kemungkinan lain yang diperhatikan menyumbang kepada masalah ini
ialah faktor gangguan kawan sekelas. Gangguan rakan sekelas kerap berlaku
apabila murid ini ingin menjawab soalan tetapi terpengaruh dengan jawapan rakan
sekelas yang lain.

Selain itu, persekitaran kelas yang tidak kondusif juga menyumbang kepada
masalah ini. Keadaan kelas yang tidak dapat dikawal dengan baik oleh guru juga
menyebabkan proses pembelajaran murid terganggu. Di sini timbul masalah
kekeliruan penguasaan konsep nombor dalam diri murid.

Berdasarkan maklumat di atas, kajian saya akan memfokuskan kepada


kemahiran mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10 menggunakan kaedah
belajar melalui bermain. Kajian ini akan memfokuskan kepada kemahiran mengenal
simbol dan nilai nombor 1 hingga 10 menggunakan bahan bantu mengajar yang
dihasilkan.

3
Saya memilih cadangan untuk mengaplikasikan kaedah ini kerana ditahap
perkembangan mental kanak-kanak khas ini adalah di antara 5 hingga 6 tahun
walaupun umur sebenar mereka ialah 11 tahun , di tahap ini mereka lebih
memahami sesuatu ilmu itu jika diselitkan dengan unsur permainan berbanding
kaedah “chalk and talk” sahaja.

Ini bersesuaian dengan pandangan tokoh Edmud Burke ( 1968 ) , beliau


mengakui tentang kepentingan permainan dalam pengajaran yang menggunakan
kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ini kerana
pengajaran yang menggunakan kaedah permainan sebagai medium pengajaran dan
menjadikan kanak-kanak belajar dan faham dengan lebih cepat dan seronok.

3.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya berdepan dengan banyak masalah murid dalam penguasaan


kemahiran matematik, namun untuk kajian tindakan ini saya akan memfokuskan
kepada masalah dalam mengenal simbol dan nilai 1 hingga 10. Berdasarkan
pemerhatian yang telah dilaksanakan di kelas MD 2, seorang murid telah dipilih
sebagai subjek bagi kajian ini.

Saya mencadangkan agar beberapa aktiviti yang akan dijalankan


menggunakan kad simbol nombor dan bergambar, permainan interaktif seterusnya
menggunakan komputer dan bongkah kayu. Aktiviti ini mungkin dapat membantu
guru dalam mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan subjek.

4
Setelah mengenal pasti subjek, saya akan mengumpul maklumat mengenai subjek
seperti nama, umur, jantina, rekod perubatan, kecacatan dan sebagainya. Oleh
kerana masalah yang timbul adalah berpunca daripada ketidaksesuaian medium
yang digunakan dalam sesi pengajaran dengan daya intelektual dan fokus terhad
murid, maka saya bercadang untuk memilih pendekatan belajar melalui bermain
menggunakan Jigsaw Puzzle yang akan dihasilkan sendiri oleh saya berdasarkan
kesesuaian intelek murid dan minat murid. Jigsaw Puzzle ini diharap akan berfungsi
sebagai intervensi menggantikan aktiviti dalam bentuk lembaran kerja yang amat
membosankan murid.

Sebelum ke peringkat intervensi, saya mencadangkan untuk membuat satu


ujian awal iaitu ujian lisan dan bertulis. Ujian ini akan dijalankan untuk mengenal
pasti tahap penguasaan dan kemajuan subjek dan seterusnya mengambil tindakan
susulan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud. Ujian ini akan dijalankan secara
individu. Jawapan yang betul akan dikira dan dianalisis menggunakan borang
markah untuk menentukan sejauh mana pencapaian subjek, juga kelemahan subjek
dalam kemahiran yang difokuskan.

5
4.0 TINJAUAN MASALAH

Tujuan utama saya menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi
mengatasi masalah mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10. Masalah ini
dikenalpasti di kelas MD 2. Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini,
saya bercadang untuk menggunakan beberapa alat kajian yang dapat membantu
saya membuktikan masalah ini benar-benar wujud. Alat kajian yang akan saya
gunakan dalam kajian ini ialah :

Langkah Cadangan Cara Cadangan Kanak- Tujuan


Tinjauan Masalah kanak yang terlibat
Langkah 1 Temu bual :
a) Temu bual a) 5 orang a) Mendapatkan
bersama guru murid yang maklumat
mata pelajaran terlibat berkaitan
lain kelemahan murid
menggunakan dalam konsep
transkripsi awal Matematik.
temubual.
b) Mengenalpasti
murid yang
mengalami
masalah
pembelajaran.

Langkah 2 Ujian lisan :

6
a)Ujian Lisan A a)5 orang murid a)Melihat sejauh mana
(Rujuk lampiran A) yang terlibat pemahaman kanak-
kanak dalam
b)1 orang murid penguasaan
terlibat. kemahiran mengenal
simbol nombor 1
hingga 10.

b)Ujian Lisan 2 a)1 orang murid


(Rujuk Lampiran B) terlibat

Langkah 3 Ujian Lisan & Bertulis / a)1 orang murid a) Menilai setakat
Ujian Awal terlibat mana kefahaman
(rujuk lampiran c) mereka tentang
kemahiran yang
ingin difokuskan.

Cadangan alat kajian pertama yang akan saya gunakan ialah temu bual.
Temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan ,
perasaan, kehendak, mengikut kepada persoalan kajian .Semua data temu bual ini
akan dikumpul menggunakan transkripsi temu bual iaitu penulisan semula hasil temu
bual melalui rakaman menggunakan perakam video.

Cadangan alat kajian kedua yang akan saya gunakan ialah ujian lisan. Ujian lisan ini
akan dijalankan dalam aktiviti yang berbeza-beza dan dilakukan dalam 2 aktiviti

7
lisan. Tujuan aktiviti lisan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti secara
terperinci subjek dalam kajian ini. Ujian sebelum intervensi akan dilakukan dalam
bentuk ujian lisan dan bertulis. Kedua –dua jenis ujian ini akan dilakukan secara
individu. Ujian akan dilaksanakan dalam 4 subjek teras yang dikenalpasti daripada
temubual dan ujian lisan yang dijalankan pada sesi awal. Setiap murid akan
diberikan 1 set soalan mengikut kemahiran yang ingin dilihat.

5.0 ANALISIS MASALAH

Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, saya akan menggunakan dua alat kajian
iaitu temu bual bersama guru dan ujian lisan. Terdapat empat orang murid yang
dikenal pasti mengalami masalah dalam menguasai kemahiran mengenal simbol
dan nilai nombor 1 hingga 10. Namun saya hanya akan memilih seorang sahaja
sebagai subjek. Langkah pertama saya ialah menemubual guru bagi mata pelajaran
Matematik pada tahun lepas dan sebelumnya untuk mendapatkan maklumat dan
gambaran untuk mengetahui kemahiran yang sukar dikuasai oleh subjek.

Berdasarkan transkripsi temu bual yang bakal diperolehi, kesimpulan awal


akan dapat dibuat dan sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan
untuk langkah seterusnya. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan
dilaksanakan sebanyak tiga kali ini juga akan dijadikan sebagai ujian lisan bagi
mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan subjek kajian.

Cadangan transkripsi temu bual dipaparkan seperti di jadual di bawah.

8
Bil Soalan temu bual Pandangan guru Refleksi
pengkaji
1 Semasa cikgu menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran
bagaimana perkembangan murid ini?
2 Bagaimana pencapaian murid ini dalam
latihan dan ujian ?
3 Apakah jenis konsep Matematik yang
kurang dikuasai oleh murid?
4. Apakah cadangan pendekatan yang
sesuai untuk diaplikasikan kepada
murid bagi mengatasi masalah murid
ini ?

Berdasarkan temu bual yang akan dilakukan ini, jawapan yang diberikan oleh guru
akan dianalisis dan dirumuskan secara ringkas.

Bagi mengesahkan dapatan berdasarkan temubual yang akan dijalankan, saya akan
menjalankan ujian lisan sebanyak tiga kali dengan aktiviti yang berbeza-beza untuk
menyokong maklumat sedia ada.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

9
Secara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana
keberkesanan penggunaan kaedah belajar melalui bermain ini melalui tiga objektif
iaitu :

a) Membantu dalam penguasaan murid-murid khas terhadap konsep nombor


1 hingga 10 menggunakan kaedah bemain.

b) Permainan Jigsaw Puzzle membantu murid mengenal simbol nombor


1 hingga 10.

c) Permainan Jigsaw Puzzle membantu murid mengenal nilai nombor


1 hingga 10.

7.0 PERSOALAN KAJIAN

a) Adakah permainan Jigsaw Puzzle dapat membantu murid mengenal simbol


1 hingga 10?

b) Adakah permainan Jigsaw Puzzle dapat membantu murid mengenal nilai


nombor 1 hingga 10 ?

8.0 SAMPEL KAJIAN ( KUMPULAN SASARAN )

10
Kumpulan sasaran ini akan diperoleh hasil daripada tinjauan awal yang dilakukan
oleh saya menggunakan beberapa alat kajian. Subjek kajian terdiri daripada
murid-murid kelas bermasalah pembelajaran MD2 di Sekolah Kebangsaan
Pendidikan Khas Ipoh. Seramai 5 orang murid yang berusia 10 hingga 14 tahun
akan terlibat pada peringkat permulaan. Kemudian saya akan menjalankan tinjauan
awal dan perlu mengenalpasti murid yang memerlukan bimbingan secara intensif.

Pemilihan subjek akan dibuat secara berperingkat iaitu berdasarkan temu


bual dengan guru serta ujian lisan yang akan dilakukan sebanyak dua kali. Hasil
tinjauan awal tersebut , saya akan dapat mengesan murid yang tidak dapat
mengenal simbol nombor dan nilai 1 hingga 10.

Cadangan bilangan sasaran : 1 orang murid

Cadangan nama sampel : Leong Wai Hong

Umur : 13 Tahun

Jantina : Lelaki

Masalah : Keliru dalam mengenal simbol dan nilai nombor 1


hingga 10.

Kecacatan :1. Kurang upaya pendengaran

2. Lewat perkembangan

Sampel kajian akan diperolehi daripada rujukan awal yang dilakukan oleh saya.
Subjek kajian terdiri daripada murid pendidikan khas masalah pembelajaran kelas
MD.

9.0 PERANCANGAN TINDAKAN

11
Selama beberapa bulan saya mengajar Matematik di kelas MD2, saya dapati empat
orang murid tidak dapat menguasai operasi matematik dengan baik. Namun sampel
kajian saya ini amat memerlukan bimbingan intensif bagi membantunya mengatasi
masalah tidak dapat mengenal simbol nombor dan nilai 1 hingga 10.

Menurut pendapat Fusan 1998 yang menyatakan bahawa proses mengira


yang sebenar hanya berlaku sekiranya murid atau kanak-kanak faham maksud satu
dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya.

Atas kesedaran ini, satu perancangan tindakan yang sesuai harus dirancang
agar mencapai sasarannya. Urutan perkembangan proses pembelajaran harus
serasi dengan kebolehan murid. Ini sejajar dengan pendapat Rohani Abdullah et al
( 2004), urutan perkembangan pembelajaran Matematik di dalam komponen kognitif
melalui tiga tahap iaitu yang pertama tahap konkrit di mana ia menggunakan bahan
maujud dan objek, kedua pula adalah tahap gambar iaitu penggunaan gambar dan
diagram, manakala tahap yang ketiga adalah tahap simbol iaitu penggunaan 1,2,3
dan seterusnya.

Maka ini jelas menunjukkan penguasaan tiga tahap ini penting dikuasai oleh
murid bagi menguasai konsep nombor seterusnya persediaan kaedah pembelajaran
matematik yang lebih tinggi.

Perancangan tindakan yang akan dijalankan merujuk kepada intervensi yang


akan dilaksanakan sebanyak 2 kali keatas subjek.

Cadangan tindakan yang akan dijalankan.

12
Pendekatan / teknik Langkah Bermain melalui belajar menggunakan
permainan Jigsaw Puzzle
Cara pelaksanaan 1 Guru meletakkan jigsaw puzzle nombor 1
hingga 10. Guru meminta kanak-kanak
memilih jigsaw puzzle nombor 1 dan
meminta murid membuat isyarat kod
tangan bagi nombor tersebut.

2 Seterusnya, murid memilih jigsaw puzzle


nombor 2 dan membuat isyarat kod tangan.
Kemudian mencantumkan jigsaw puzzle
nombor 2 itu. Murid akan mengira kepingan
jigsaw puzzle semasa mencantumkannya.

3 Langkah 2 akan diulang dengan kepingan


jigsaw puzzle yang berlainan iaitu nombor 3
hingga 10. Jigsaw puzzle yang dipilih
adalah mengikut turutan nombor. Murid
akan memilih dan membuat isyarat kod
tangan bagi nombor tersebut sebelum
mencantumkannya. Kemudian murid perlu
mengira jumlah kepingan jigsaw puzzle
semasa mencantumkannya.

4 Setelah selesai mencantum, murid akan


memberitahu jumlah kepingan puzzle dan
menyebut semula nombor yang
dicantumknnya.
Bahan Bantu Belajar Kepingan Jigsaw Puzzle nombor
(BBB)

10.0 PENGUMPULAN DATA

13
Bahagian ini menerangkan alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data
bahawa membuktikan bahawa intervensi yang akan digunakan telah berjaya
membantu menyelesaikan masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Sebaik-baiknya alat kajian yang digunakan lebih daripada satu supaya setiap
keputusan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Jadual di bawah merupakan model Lewin 1948 & Laidlaw 1992 yang digunakan.

MENGENALPASTI ASPEK AMALAN

a) Mencari masalah yang memerlukan


penambahbaikan
b) Mengumpul data
c) Alat kajian : - temu bual
: - ujian lisan

MEMBUAT REFLEKSI MERANCANG TINDAKAN

a) Mencari masalah yang a) Menghasilkan bahan bantu


memerlukan penambahbaikan belajar untuk tujuan
dan mengumpul data intervensi
b) Melihat keberkesanan b) Menyediakan soalan kajian
intervensi yang dijalankan untuk tujuan intervensi

MENGUMPUL DAN MENGANALISIS


DATA MELAKSANAKAN TINDAKAN

a) Mengumpul data untuk soalan a) Melaksanakan ujian sebelum


kajian menggunakan alat intervensi
kajian b) Melaksanakan intervensi secara
b) Alat kajian : Pemerhatian berulang menggunakan bahan
: Ujian lisan bantu belajar yang dihasilkan

11.0 ANALISIS DATA

14
Saya akan menganalisa data yang dikutip dari pemerhatian menggunakan senarai
semak, ujian lisan dan penelitian dokumen. Data ujian pra akan dijadikan data asas
untuk dibuat perbandingan dengan data ujian pos. Tujuan alat ujian ini digunakan
secara trangulasi adalah untuk menunjukkan keesahan dan kebolehpercayaan data
yang diperoleh.

Cadangan cara mengumpul data.

1. Langkah 1 :
a) Alat kajian : Temu bual bersama guru.
Pelaksanaan : Digunakan semasa tinjauan awal
Cara mengumpul data : Jawapan soalan temubual guru dicatat.
Cara menganalisis data : Data dianalisis melauli penulisan deskriptif
berdasarkan jawapan yang diberikan.

2. Langkah 2 :
b) Alat kajian : Ujian lisan
Pelaksanaan : Digunakan semasa tinjauan awal dan dilaksanakan
sebanyak 2 kali.
Kali pertama : 1 kali : 5 orang
Kali kedua : 1 kali : 1 orang
Cara mengumpul data : Data akan dikumpul menggunakan borang
markah yang telah disediakan.
Cara menganalisis data : Data akan dianalisis menggunakan peratus
melalui borang markah yang disediakan.

3. Langkah 3 :
c) Alat kajian : Ujian sebelum intervensi
Pelaksanaan : Digunakan sebelum proses intervensi

15
Cara mengumpul data : Data akan dikumpul dengan melihat kepada
jumlah jawapan yang betul berdasarkan kepada
soalan.
Cara menganalisis data : Data akan dianalisis menggunakan peratusan
jawapan yang betul dan akan dipaparkan dalam bentuk graf bar.

4. Langkah 4 :
d) Alat kajian : Pemerhatian senarai semak
Pelaksanaan : Digunakan semasa menjalankan proses intervensi
Cara mengumpul data : Data akan dikumpul berdasarkan pemerhatian
yang dijalankan dengan menggunkanan borang
senarai semak
Cara menganalisis data : Data akan dianalisis menggunakan peratus
yang dikira berdasarkan daripada borang
senarai semak yang disediakan.

5. Langkah 5 :
e) Alat kajian : Ujian lisan
Pelaksanaan : Digunakan semasa menjalankan proses intervensi
Cara mengumpul data : Data akan dikumpul berdasarkan ujian lisan
yang dijalankan.
Cara menganalisis data : Data akan dianalisis berdasarkan kiraan
markah jawapan yang betul di dalam bentuk
peratus.
6. Langkah 6 :
f) Alat kajian : Penelitian dokumen melalui foto
Pelaksanaan : Dijalankan semasa menjalankan proses intervensi
Cara mengumpul data : Data daripada foto akan dikumpul dan catatan
dibuat menggunakan borang senarai semak
Cara menganalisis data : Data akan dianlisis berdasarkan kekerapan
melaksanakan intervensi dan seterusnya
ditukarkan kepada peratus.

16
Pada tinjuan awal , saya akan menggunakan dua alat kajian iaitu temu bual bersama
guru dan ujian lisan . Data temu bual akan dikumpul seterusnya dianalisis melalui
penulisan diskriptif berdasarkan jawapan yang diberikan . Bagi ujian lisan yang
dijalankan sebanyak dua kali untuk subjek kajian yang telah dikenalpasti. Markah
dikumpul menggunakan borang markah seterusnya dianalisis menjadi bentuk
peratus. Sebelum manjalankan intervensi satu ujian sebelum intervensi dilakukan
dan markah dikumpulkan menggunakan borang markah dan juga dianalisis menjadi
bentuk peratus.

Bagi menjawab soalan kajian 1 , pemerhatian dijalankan dan data dikumpul


menggunakan borang senarai semak . Seterusnya borang senarai semak dianalisis
dalam bentuk peratus. Soalan kajian dua pula menggunakan ujian lisan dan
penelitian dokumen melalui foto. Ujian lisan adalah menggunakan borang markah.
Manakala penelitian dokumen melalui foto menggunakan borang senarai semak
yang mengandungi item – item berkaitan kemahiran mengenal nilai nombor 1 hingga
10. Kadua-dua alat kajian ini dianalisis menggunakan peratus dan dipaparkan dalam
bentuk graf. Ujian selepas intervensi dijalankan dan markah dikumpul menggunakan
borang markah dan dianalisis dalam bentuk peratus.

12.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN


1 Pendahuluan Mac
2 Refleksi Pengalaman Yang Lalu Mac
3 Fokus Kajian Mac
4 Tinjauan Masalah Mac
5 Analisis Masalah April
6 Objektif Kajian April
7 Persoalan Kajian April
8 Sampel Kajian April
9 Perancangan Tindakan April
10 Pengumpulan Data April
11 Analisis Data April
12 Perancangan Pelaksanaan Kajian April
13 Kos Kajian April

17
14 Rujukan April
15 Lampiran April

13.0 KOS KAJIAN

BIL JENIS BAHAN KUANTITI x HARGA JUMLAH KOS


SEUNIT
1 Kertas A4 1 Rim x RM 12.00 RM 12.00
2 Dakwat pencetak 1 botol x RM 6.00 RM 6.00
3 Pen hitam 1 batang x RM 4.50 RM 4.50
4 Fotostat RM 50.00
5 Buku rujukan 3 unit x RM 70.00 RM 210.00
6 Kertas A4 warna 1 Rim x RM 12.50 RM 12.50

Jumlah RM 295.00

14.0 RUJUKAN

Amir Awang (1986). Teori – teori Pembelajaran. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

18
Feldman, Edmund Burke (1968), Some Adventures in Art Criticism, Art Education :

Journal of the National Art Education Association, 22 (3), 28 – 33.

Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi


dan Falsafah. Kuala Lumpur : DBP

Lowenfeld, Viktor and Brittain, Lambert (1975). Creativity and Mantal Growth.

London : Collier MacMillan Pub.

Raminah Haji Sabran.(1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia.


Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Mok Soon Sang.(2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kuala Lumpur.
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohammad Sahari Nordin.(2008). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan.


Selangor. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Muhad. Yusof Ibrahim (2000). Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah.
Kuala Lumpur : DBP

https://sites.google.com/site/madavannair89/

19
http://mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/

http://syedfazlialedroos.blogspot.com/p/proforma.html

pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/

20

You might also like