You are on page 1of 23

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBMT 3103_V2
PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH BAHAGIAN III

TAJUK TUGASAN
STRATEGI PENGAJARAN TOPIK WANG SEKOLAH RENDAH

NAMA
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
NOMBOR MATRIK
830714045204001
NOMBOR KAD PENGENALAN
830714045204
NOMBOR TELEFON
017-6091843
ALAMAT EMEL
Ila_sharif83@yahoo.com

PENSYARAH
MADAM CHOOI YU WEN

PUSAT PEMBELAJARAN SANDAKAN

SEMESTER MEI 2016


NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN ............................................................................................................. 2

2.0 CARIAN ARTIKEL JURNAL ...................................................................................... 4

2.1 ARTIKEL PERTAMA ............................................................................................... 4

2.2 ARTIKEL KEDUA .................................................................................................. 10

2.3 ARTIKEL KETIGA ................................................................................................. 12

3.0 ANALISIS KRITIKAL ................................................................................................ 16

4.0 CADANGAN MEMPERTINGKATKAN STRATEGI DALAM PENGAJARAN

TOPIK WANG SEKOLAH RENDAH ....................................................................... 18

5.0 JUSTIFIKASI CADANGAN ...................................................................................... 20

6.0 KESIMPULAN ............................................................................................................ 21

7.0 RUJUKAN ................................................................................................................... 22

1
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

1.0 PENGENALAN

Kemahiran mengenal wang amat penting kerana ianya adalah salah sau kemahiran yang
digunakan dalam kehidupan kita seharian. Topik Wang telah didedahkan daripada pelajar
Tahun 1 hingga Tahun 6 bagi Pendidikan Sekolah Rendah di Malaysia khasnya. Topik ini
diajar berperingkat-peringkat dari mudah kepada sukar mengikut tahap pelajar. Bermula
daripada Tahun 1, mereka diperkenalkan dengan mengenalpasti wang dalam bentuk ringgit
dan sen, serta menambah dan menolak wang. Bagi tahun 1, pembelajaran topik wang hanya
sehingga RM 10 sahaja. Pembelajarannya disambung ke Tahun 2 dengan menaikkan sedikit
tahap kesukarannya iaitu wang sehingga RM 100. Mereka diajar nilai mata wang Malaysia,
menambah dan menolak nilai wang serta menyelesaikan masalah harian yang melibatkan
wang. Sama seperti tahun 2, pembelajaran topik wang bagi Tahun 3 juga dinaikkan lagi
tahap kesukarannya dengan meninggikan nilai wang iaitu sehingga RM 1000. Operasi asas
juga ditambah daripada menambah dan menolak wang kepada mendarab dan membahagi
wang. Begitu juga pembelajaran wang topik wang bagi tahun 4,5,6. Semua silibus ini telah
ditetapkan di dalam silibus Pendidikan Matematik Sekolah Rendah oleh Bahagian
Perkembangan Kurikulum.

Pembelajaran mengenai topik Wang dalam Pendidikan Matematik sekolah rendah boleh
dikaitkan dengan banyak contoh di dalam kehidupan seharian murid-murid dan salah
satunya adalah menggunakan wang dalam membeli makanan di kantin, . Perkara ini
membuktikan bahawa pembelajaran topik Wang adalah penting kerana ianya akan
digunakan bukan sahaja untuk menjawab peperiksaan semata-mata malahan akan digunakan
di dalam kehidupan seharian mereka.

Kepentingan murid-murid didedahkan dengan topik Wang ini sangat meluas. Ianya bukan
sahaja mencakupi di peringkat sekolah rendah sahaja, malahan topik ini akan diteruskan ke
peringkat sekolah Menengah pula. Maka, penting untuk pelajar sekolah rendah mempunyai
asas yang kukuh dan menguasai konsep-konsep yang ada dalam topik ini supaya mereka
bersedia untuk mengkaji topik ini di peringkat yang lebih tinggi lagi apabila melangkah ke
alam pendidikan sekolah menengah. Topik ini merupakan topik yang mengandungi
pelbagai ilmu yang sangat cantik dan sempurna.

2
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Dengan mempelajari topik wang dapat merangsang akal fikiran untuk menjana pemikiran
secara kritis dan terperinci. Kemahiran mengenal wang amat penting kerana ianya adalah
salah satu kemahiran yang digunakna dalam kehidupan seharian kita. Kita memerlukan
wang untuk mendapatkan keperluan harian kita seperti makanan, minuman, tempat tinggal
dan perkhidmatan. Oleh yang demikian, kemahiran mengenal wang adalah antara
kemahiran yang wajib dikuasai dari Tahap 1 lagi.

Tugasan HBMT3103 kali ini memerlukan saya melakukan carian internet dan sumber
elektronik yang lain untuk artikel jurnal berkaitan dengan pengajaran matematik sekolah
rendah bagi topik wang. Kemudian memilih TIGA artikel jurnal mengenai topik tersebut
dan melakukan satu analisis kritikal bagi ketiga-tiga artikel jurnal tersebut dengan memberi
tumpuan kepada strategi pengajaran topik wang dalam matematik sekolah rendah.
Kemudian saya akan memberi beberapa cadangan bagaimana untuk mempertingkatkan
strategi tersebut bagi pengajaran topik wang bagi suatu kelas matematik sekolah rendah.
Dan akhir sekali memberikan justifikasi bagi cadangan yang telah diberikan.

3
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

2.0 CARIAN ARTIKEL JURNAL

Dalam tugasan kali ini, saya telah membuat beberapa carian artikel jurnal yang berkaitan
dengan pengajaran matematik sekolah rendah bagi topik Wang. Dalam beberapa carian
yang dilakukan, saya telah memilih tiga artikel dan membuat analisis kritikal bagi ketiga-
tiga artikel yang dipilih. Berikut merupakan tiga artikel yang menjadi pilihan saya dalam
menyempurnakan tugasan HBMT 3103 ini.

2.1 ARTIKEL PERTAMA

Artikel pertama diambil daripada laman sesawang blogspot yang boleh didapati di
alamat web http://math-primary.blogspot.my/2011_04_01_archive.html . Artikel ini
adalah hasil penulisan Mohamad Hasrul Daud yang berasal dari Pulau Pinang. Artikel
yang bertajuk Permainan Simpan Wang yang dipilih ini memaparkan mengenai
penggunaan strategi permainan dalam mengajar topik wang sekolah rendah.

Rajah 1 : Keratan dari artikel pertama

Daripada rajah 1 di atas, penulis telah menyatakan objektif strategi permainan iaitu
memahami hubungan sen dan ringgit serta menukar sen kepada ringgit. Disamping itu,
penulis juga memaklumkan tentang pengetahuan sedia ada murid bagi topik wang
sebelum strategi permainan ini dilaksanakan dalam pembelajaran.

4
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Rajah 2: Kad simpanan Wang

Rajah 2 pula menunjukkan kad simpanan wang yang telah dicipta oleh penulis untuk
digunakan sebagai antara bahan-bahan dalam permainan ini.

5
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Rajah 3: Keratan artikel pertama (Langkah-langkan permainan simpanan wang)

Merujuk kepada Rajah 3, penulis telah menyatakan langkah demi langkah bagaimana
permainan tersebut dilaksanakan.

6
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Rajah 4: Keratan artikel pertama (Objektif Permainan)

Rajah 4 memaparkan objektif permainan tersebut iaitu hubungan antara ringgit dan sen.

7
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Rajah 5: Keratan Artikel pertama (Kesan Permainan terhadap pembelajaran)

Rajah 5 pula menunjukkan kesan permainan Simpan Wang ini terhadap


pembelajaran wang. Penulis juga telah memetik penyataan daripada Piaget iaitu
bermain bukan sahaja mencerminkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak tetapi
ia juga memberikan sumbangan terhadapt perkembangan kognitif itu sendiri. Penulis
menekankan iaitu menerusi permainan yang diciptanya itu, beliau yakin bahawa
permainan tersebut, murid dapat melihat hubungan antara beberapa nilai wang.

8
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Rajah 6: Keratan Artikel pertama (Kesan Permainan terhadap pembelajaran)


Rajah 6 menunjukkan keratia artikel dimana penulis telah menyatakan bahawa
permainan ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan kepada murid-murid
dengan beberapa kemahiran iaitu membanding beza, menambah dan menganggar.

9
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

2.2 ARTIKEL KEDUA

Artikel kedua diambil daripada laman sesawang Slideshare yang boleh didapati di
alamat web http://www.slideshare.net/cikguwongyickyim/teknik-pengajaran-dan-
pembelajaran-matematik-tahap-2 . Artikel ini adalah hasil penulisan Cecilia Wong
Yick Yim. Beliau merupakan seorang guru Matenatik sekolah Rendah. Artikel yang
bertajuk Catatan Teknik Pengajaran Matematik Kepada Murid Lemah oleh Cikgu
Wong Yick Yim yang dipilih ini memaparkan mengenai teknik-teknik pengajaran bagi
beberapa topik yang disusun mengikut kes-kes kesilapan yang sering dilakukan murid-
murid terutamany murid-murid lemah. Kes ke-9 merupakan kes yang melibatkan topik
wang iaitu penukaran wang dari ringgit ke sen.

Penulis menggunakan strategi melukis kotak RM dan Kotak sen yang dipanggil
teknik kotak-kotak . Berikut merupakan keratan-keratan daripada artikel tersebut yang
menunjukkan langkah-langkah pelaksanaan teknik/strategi yang digunakan. Penulis
menggunakan slaid power point dalam menerangkan kepada murid-murid dalam
penukaran nilai wang kertas kepada wang syiling dan sebaliknya.

Rajah 7: Keratan artikel kedua ( Langkah penukaran nilai wang kertas kepada wang
syiling)

10
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Rajah 8: Keratan artikel kedua ( Langkah penukaran nilai wang kertas kepada wang
syiling)

Rajah 9: Keratan artikel kedua ( Langkah penukaran nilai wang syiling kepada wang
kertas)

Rajah 10: Keratan artikel kedua ( Langkah penukaran nilai wang syiling kepada wang
kertas)

11
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

2.3 ARTIKEL KETIGA

Artikel ketiga diambil daripada laman sesawang SCRIBD yang boleh didapati di alamat
web https://www.scribd.com/doc/114330505/Miskonsepsi-Dalam-Wang-2 . Artikel ini
adalah hasil penulisan Rebekah George. Artikel yang bertajuk Miskonsepsi Topik
Wang juga menyentuk tentang mengenai kesilapan-kesilapan yang sering murid-urid
lakukan dalam topik wang. Penulis juga mencadangkan beberapa teknik-teknik
pengajaran bagi menyelesaikan masalah yang sering murid lakukan dalam topik Wang
seperti penolakan wang yang melibatkan ringgit dan sen, penambahan duit sen yang
melibatkan 5 sen serta kuantiti kepingan wang kertas disalah anggap menjadi nilai yang
besar dan akhir sekali kesukaran menulis nilai mata wang dengan tempat perpuluhan
yang betul semasa membuat operasi tambah mahupun tolak.

Bagi masalah yang melibatkan penolakan wang yang melibatkan ringgit dan sen serta
teknik yang digunakan untuk menyelesaikan masalah tersebut dapat dilihat di rajah 11
dan 12 berikut.

Rajah 11: Keratan Artikel ketiga (Kesilapan yang silakukan murid dalam penolakan
ringgit dengan sen)

12
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Rajah 12: Keratan Artikel ketiga (Strategi pertama penyelesaian masalah penolakan
ringgit dan sen)

Rajah 13: Keratan Artikel ketiga (Strategi kedua penyelesaian masalah penolakan ringgit
dan sen)

13
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Bagi masalah yang melibatkan penambahan duit sen yang melibatkan 5 sen dapat dilihat
di Rajah 14 berikut.

Rajah 14: Keratan Artikel ketiga (Kesilapan yang silakukan murid dalam penambahan
duit sen yang melibatkan 5 sen)

Rajah 15 berikut merupakan taknik/strategi yang digunakan dalam menyelesaikan


masalah tersebut.

Rajah 15: Keratan Artikel ketiga (Strategi kedua penyelesaian masalah penambahan sen
melibatkan 5 sen)

14
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Rajah 15 menunjukkan bahawa penulis menggunakan strategi penggunaan bahan


manipulatif iaitu duit syiling sebenar atau duit syiling contoh bagi memberi kefahaman
yang lebih jelas tentang perbezaan 5 sen dengan 50 sen.

Bagi masalah kuantiti kepingan wang kertas disalah anggap menjadi nilai yang besar
merupakan antara kesalahan yang sering dilakukan murid-murid. Rajah 16
menunjukkan penulisan penulis tentang masalah tersebut.

Rajah 16: Keratan Artikel ketiga (Kesalahan menentukan nilai wang mengikut kepingan
wang)

Bagi masalah tersebut, penulis menggunakan teknik penggunaan jadual . Rajah 17


menunjukkan langkah-langkah penggunaan strategi yang dinyatakan oleh penulis.

Rajah 17: Keratan Artikel ketiga (Penggunaan Jadual sebagai strategi pengajaran dan
pembelajaran)

15
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

3.0 ANALISIS KRITIKAL

Analisis kritikal merupakan amalan pemikiran kritikal melalui strategi metakognitif di mana
ianya boleh diaplikasikan ketika proses penilaian dijalankan. Berikut merupakan analisis
kritikal bagi setiap strategi yang telah dinyatakan dalam bahagian 2.0 Carian Artikel
Jurnal sebelum ini.

Dalam artikel pertama yang bertajuk Permainan Simpan Wang telah menggunakan
permainan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran topik wang. Permainan adalah satu
kaedah pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat
terhadap matematik. Permainan juga dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu dalam sesi
pembelajaran. Melalui kaedah permainan yang digunakan, penulis telah menggunakan
bahan bantu belajar iaitu kad simpanan wang (Rujuk Rajah 2). Kad tersebut dicipta supaya
memudahkan pelaksanaan permainan yang dirancang. Melalui penggunaan kad tersebut,
murid perlu mengetahui apa yang perlu diketahui dan membaca maklumat yang dikehendaki
sepeti nilai wang yang akan dihasilkan apabila kepingan 10 sen telah mencecah 10 keping.
Murid perlu peka dengan keadaan kerana kad simpanan wang tersebut memerlukan murid
menukar nilai wang kepada nilai yang sesuai seperti 10 keping 10 sen sama dengan 1 keping
RM1. Aktiviti tersebut mampu meningkatkan kecekapan ketika memproses maklumat.
Melalui permainan ini juga, murid didedahkan secara tidak langsung dengan kemahiran
membanding beza, menambah dan menganggar. Ianya dapat memperkembangkan kordinasi
motor halus mereka seperti pergerakan jari dan mata. Dalam aspek perkembangan social
pula, murid dapat belajar hidup bersosialisasi berkomunikasi, toleransi, kerjasama dan
hormat menghormati.

Dalam artikel kedua pula iaitu hasil penulisan Cecilia Wong Yick Yim yang bertajuk
Catatan Teknik Pengajaran Matematik Kepada Murid Lemah oleh Cikgu Wong Yick Yim
yang dipilih ini memaparkan mengenai teknik-teknik pengajaran bagi beberapa topik dan
antara topik yang terdapat dalam artikel itu termasuklah topik wang iaitu melibatkan
penukaran wang dari ringgit ke sen. Penulis menggunakan strategi kotak-kotak untuk
memudahkan murid menukarkan nilai ringgit kepada sen dan sebaliknya (Rujuk Rajah 7,8,9
dan 10). Melalui strategi ini, apa yang dapat saya rumuskan ialah ianya merupakan satu
strategi yang bagus terutamanya kepada murid lemah. Namun penerangan dan penekanan

16
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

terhadap konsepnya seperti tidak tercapai. Murid mungkin dapat menjawab soalan tersebut
dengan tepat dan betul namun murid tidak memahami konsep yang hendak disampaikan.
Pendekatan tersebut akan lebih bermakna jika disamping penggunaan strategi yang digelar
kotak-kotak, guru juga perlu menerangkan konsepnya dengan jelas iaitu Rm 1 bersamaan
100 sen. Hal ini demikian mampu memberikan murid rangsangan untuk berfikir dan
menghubungkaitkan dengan konsep yang dipelajari ketika menjawab setiap soalan
menggunakan strategi kotak-kotak tersebut.

Seterusnya dalam artikel ketiga pula, terdapat beberapa strategi yang digunakan. Stratgei-
strategi tersebut ialah penggunaan bahan maujud/manipulatif seperti wang sebenar/ wang
contoh dan penggunaan jari serta penggunaan jadual. Penggunaan bahan maujud atau bahan
manipulatif ini merupakan kunci penting kepada pengajaran dan pembelajaran kepada
kanak-kanak khasnya. Ianya dapat menghasilkan pembelajaran yang kekal, membina
pemikiran yang berterusan disamping memberi pengalaman yang sebenar. Bahan
manipulatif juga dapat membantu guru dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-
murid. Ianya dapat menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis dan kreatif disamping
menjana idea-idea baru mengikut kesesuaian aktiviti. Pendekatan ini mampu memberikan
murid-murid satu pengalaman proses pembelajaran yang lebih interaktif kerana subjek
Matematik sebenarnya mudah dan menyeronokkan jika murid-murid menguasai konsep
dengan baik.

Manakala penggunaan jadual pula mampu meningkatkan kecekapan dalam memproses


maklumat.

17
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

4.0 CADANGAN MEMPERTINGKATKAN STRATEGI DALAM PENGAJARAN


TOPIK WANG SEKOLAH RENDAH

Strategi-strategi yang dinyatakan dalam 3.0 : Analisis Kritikal merupakan antara strategi-
strategi yang mampu meningkatkan pembelajaran murid-murid dalam topik wang
khususnya. Di sini, saya mencadangkan bagaimana mempertingkatkan antara strategi-
strategi yang terdapat dalam ketiga-tiga artikel untuk mengajar topik wang bagi suatu kelas
matematik sekolah rendah. Saya menggunakan dua strategi dalam satu sesi pengajarand an
pembelajaran tersebut. Strategi-strategi dan aktiviti-aktiviti tersebut diambil daripada
artikel-artikel yang dikaji tetapi diberi penambahbaikan sedikit.

Topik : Wang

Sub topik : Penambahan wang syiling dengan wang syiling.

Strategi/Pendekatan yang digunakan :

1. Penggunaan bahan maujud/bahan manipulatif ( wang syiling contoh)

2. Penggunaan jadual

Cadangan Penambahbaikan :

1. Penggunaan bahan maujud iaitu wang syiling contoh akan digunakan bagi memberikan
kefahaman yang lebih jelas serta pengalaman dalam mengendalikan wang sebenar dalam
kehidupan seharian murid-murid. Seperti artikel ketiga ini, penulis menggunakan syiling
sebenar dalam mengajar penambahan wang syiling dengan wang syiling.

Rajah 18: Keratan Artikel ketiga (Strategi kedua penyelesaian masalah penambahan sen
melibatkan 5 sen)

18
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

Strategi ini cukup berkesan daripada hanya menggunakan lisan atau gambar wang syiling
sahaja. Namun ianya mungkin boleh ditambahbaikkan dengan melaksanakan aktiviti
tersebut di dalam kumpulan. Guru boleh membahagikan murid-murid dalam beberapa
kumpulan kecil dan setiap kumpulan kecil diberikan beberapa wang syiling contoh
sebagai bahan bantu belajar. Pendekatan koperatif memerlukan murid berkerjasama ke
atas setiap satu ahli dalam kumpulannya. Maka murid bukan sahaja dapat mempelajari
konsep yang hendak disampaikan malahan dapat bergaul bersama rakan sebaya.

Disamping itu guru juga boleh menambah satu lagi pendekatan dalam pembelajaran yang
sama iaitu penggunaan jadual. Setiap kumpulan akan diberi jadual penambahan wang dan
wang syiling contoh. Setiap kali guru memberikan soalan (sebagai contoh penambahan),
setiap murid di dalam kumpulan masing-masing akan menyelesaikan soalan penambahan
syiling tersebut dengan menggunakan wang syiling contoh yang disediakan kemudia
melukis di dalam jadual penambahan wang. Penggunaan jadual membolehkan
pemprosesan maklumat dilakukan setiap kumpulan. Lebih banyak latihan dan aktiviti
sebeginai dilaksanakan semakin cekap murid memproses maklumat.

Rajah 19: Contoh penggunaan Jadual

19
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

5.0 JUSTIFIKASI CADANGAN

Merujuk kepada 4.0 Cadangan penambahbaikan strategi. Berikut adalah justifikasi


mengapa saya mencadangkan penambahbaikan terhadap aktiviti dan strategi sedia ada yang
diambil daripada artikel pilihan di bahagian awal tugasan ini.

Pertama mengenai penggunaan bahan maujud/bahan manipulatif yang digunakan dalam


pembelajaran topik wang pada mulanya dilaksanakan secara individu. Saya
menambahbaikkan strategi tersebut dengan menggunakan pendekatan koperatif (secara
berkumpulan) . Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan bahan maujud dan pendekatan
koperatif mempunyai banyak kelebihan. Jika digabungkan kedua-dua pendekatan dan
strategi ini akan lebih memberikan impak positif kepada pembelajaran murid-murid dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran. Subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep asas
yang kukuh. Pemahaman konsep di dalam Matematik adalah amat penting dalam proses
pembelajaran. Walaupun kebolehan setiap murid untuk menguasai konsep-konsep yang
dipelajari tidak mudah untuk dipindahkan dari satu murid ke satu murid yang lain, namun
penggunaan pendekatan koperatif mampu membantu murid antara satu sama lain.
Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea
matematik dengan pengalaman harian.

Manakala penggunaan jadual pula ditambahkan dalam aktiviti berkumpulan tersebut sebagai
langkah mendedahkan murid-murid sekolah rendah dalam melakukan pemprosesan
maklumat. Kedua-dua strategi ini mampu memberikan pengalaman yang baik untuk murid
dalam meningkatkan kefahaman dan prestasi mereka terutamanya dalam tipik wang dan
subjek matematik khasnya.

20
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

6.0 KESIMPULAN

Pengajaran matematik sekolah rendah amat menekankan kepada penguasaan dalam


topik wang. Penekanan terhadap asas wang bukan sahaja memberi pengetahuan dan
kemahiran kepada murid-murid, malahan mewujudkan pengalaman bermakna kepada
murid-murid sehingga mereka mampu membina makna terhadap wang dan seterusnya
berupaya mengaplikasikannya dalam situasi yang baru dalam kehidupan mereka.

Topik wang dimasukkan ke dalam Kurikulum Sekolah Rendah kerana pakar pendidikan
merasakan ilmu ini perlu di ajar di peringkat awal (kanak-kanak) lagi supaya dapat
memberikan pendedahan awal.

Oleh itu, penguasaan pengetahuan isi kandungan pedagogi amat diutamakan demi
memastikan matlamat pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai..Seseorang guru
seharusnya bukan hanya menganggap pengetahuan isi kandungan atau konsep sahajalah
penting untuk pembelajaran berkesan, malah sama pentingnya ialah strategi atau kaedah
pengajaran yang sesuai. Konsep dan miskonsepsi dalam pengajaran perlu diambil kira
di samping pengetahuan isi kandungan pedagogi.

Guru perlulah sentiasa menambahbaikkan kaedah pengajaran matematik kerana tidak


semua strategi dan pendekatan yang digunakan bersesuai untuk setiap kategori murid.
Hal ini demikian teknik pengajaran perlulah sentiasa berubah mengikut situasai dan
kemahuan murid di dalam kelas.

( 2 513 patah perkataan)

21
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF
830714045204001

7.0 RUJUKAN

Daud, M. H. (2011, April 7). Retrieved Mei 20, 2016, from Laman Matematik:
http://math-primary.blogspot.my

George, R. (2012 , November 25). SCRIBD. Retrieved Mei 20, 2016, from
https://www.scribd.com

Hui, M. C. (2011, November 7). Retrieved Mei 20, 2016, from Moo Chuin Hui blogspot:
http://moochuinhui.blogspot.my

Mahmood Othman, & Goh Thian Hee. (2015). Modul OUM : HBMT3103 TEACHING OF
ELEMENTARY MATHEMATICS PAST 111 (Edisi Ketiga ed.). Selangor: Open
University Malaysia.

Rahman, D. S. (2008, November 19). Retrieved Mei 20, 2016, from Laman Analisis Blog:
http://ustazazhar.blogspot.my

Yim, C. W. (2012, November 15). Retrieved Mei 20, 2016, from Slideshare:
http://www.slideshare.net

22

You might also like