You are on page 1of 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBAE3103
KRAF TRADISIONAL

TAJUK
KRAF TRADISIONAL (KRAF BULUH)

NAMA
NUR JAZILAH BINTI HAJI MOHD SHARIF

NOMBOR MATRIK : 830714045204001

NO.KAD PENGENALAN : 830714-04-5204

NO.TELEFON : 017-6091843

E-MAIL : ila_sharif83@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SANDAKAN

TUTOR
ENCIK ARDJUNA BIN MARSIDI

SEMESTER
SEPTEMBER 2016
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN..............................................................................................................3

2.0 PERBINCANGAN TENTANG KRAF ANYAMAN.............................................5

2.1 ANYAMAN............................................................................................. 5

2.2 KRAF BULUH........................................................................................ 6

3.0 MAKLUMAT SOKONGAN........................................................................................10

4.0 KESIMPULAN..............................................................................................................12

5.0 RUJUKAN....................................................................................................................13

2
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001
1.0 PENGENALAN

Kraf tradisional merupakan satu kerja seni atau perusahaan seni yang melibatkan hasil
kerja tangan. Seni kraf tradisional ini memerlukan kemahiran daya cipta oleh masyarakat
yang diwarisi turun-temurun dari zaman dahulu lagi. Sudah menjadi kebiasaan bahawa
setiap insan menyukai sesuatu yang indah dan cantik dipandang. Tidak kita terfikir
bahawa seni kraf tradisional ini telah dimulai dari zaman nenek moyang kita lagi. Mereka
menghayati seni yang dihasilkan oleh mereka. Cetusan idea yang diluahkan terus menjadi
satu bentuk visual yang cantic dilihat dan boleh dugunakan.. Murid-murid telah
didedahkan dengan kraf tradisional semenjak bangku sekolah rendah lagi. Di sekolah
rendah, murid diperkenalkan dengan beberapa bentuk kraf tradisional antaranya alat
permainan, alat pertahanan diri, alat peralatan harian, alat perhiasan diri, batik, tekat,
ukiran, tenunan, anyaman, tembikar dan banyak lagi.

Rajah 1: Pelbagai Kraf tradisional

Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus tinggalan zaman berzaman
sebagai contoh tenunan, sulaman, tekat, ukiran, anyaman dan pelbagai lagi. Kreativiti dan
kehalusan hasil seni yang dihasilkan jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan
tradisional ini. Antara contohnya ialah seni anyaman. Seni anyaman merupakan satu
proses menyalin helaian daun pandang, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, paku pakis
ribu-ribu, bertam melalui teknik anyaman selang seli.

3
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

Anyaman memerlukan bahan-bahan dari tumbuh-tumbuhan disilang-silang untuk


dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan yang digunakan pula
ialah daripada tumbuh-tumbuhan seperti lidi, rotan, akar, buluh, mengkuang, daun pandan
dan banyak lagi. Tumbuh-tumbuhan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. Seni
anyaman juga memerlukan proses daun iaitu melayur, menjangka daun-sisir/belah,
melurut, merendam, serta mencelup warna. Warna-warna yang digunakan adalah daripada
sumber tumbuh-tumbuhan seperti kunyit nagi warna kuning, buah kesumber India bagi
warna jingga atau merah, daun mengkudu bagi warna biru tua, buah pokok arang bagi
warna hitam serta daun bemban bagi warna hijau.

Proses anyaman merupakan satu kerja yang mudah dan juga kerja yang rumit bergantung
kepada rekabentuk yang hendak dihasilkan. Anyaman yang asas dilakukan ialah seperti
anyaman kelarai. Proses anyaman memerlukan daun dibentuk V

Terdapat pelbagai jenis anyaman yang telah kita warisi dari zaman nenek moyang kita
dahulu. Antara contoh ialah anyaman mengkuang yang menggunakan daun mengkuang
untuk dijadikan tikar, tudung saji, bekas pakaian dan lain-lain. Manakala anyaman pandan
pula menggunakan daun pandan duri untuk menghasilkan tikar sembahyang serta hiasan
dinding. Anyaman buluh pula menggunakan beberapa jenis buluh yang sesuai untuk
menghasilkan bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain. Pelbagai lagi jenis anyaman
yang ada seperti anyaman rotan, anyaman lidi, anyaman ribu-ribu paku pakis dan banyak
lagi.

Rajah 2: Pelbagai contoh hasil anyaman


4
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

2.0 PERBINCANGAN TENTANG KRAF ANYAMAN

Kraf anyaman merupakan simbol nilai intelektual dalam kehidupan berbudaya masyarakat
melayu.

2.1 ANYAMAN

Anyaman merupakan seni tradisi turun temurun yang masih tidak dipengaruhi oleh
pengaruh luar. Semenjak zaman Neolitik lagi, keturunan masyarakat melayu kita
telah menunjukkan symbol intelektual dalam menghasilkan pelbagai keperluan
hidup menerusi seni anyaman. Namun seringkali kita dengari bahawa seni
anyaman hanya mempamerkan budaya dan gaya hidup masyarakat melayu dahulu
kala dan digelar seni miskin kerana pelakunya hanyalah orang-orang kampung
semata-mata untuk memenuhi keperluan hidup seharian mereka seperti
menghasilkan anyaman rotan untuk dijadikan bakul bagi menyimpan beras mereka
sendiri, membuat anyaman rotan untuk menghasilkan perabot mereka sendiri.
Namun begitu, penghasilan sesuatu anyaman bukanlah mudah. Bahan-bahan yang
diperlukan perlu dicari di hutan belantara seperti akar dan rotan.

Antara barang yang dihasilkan melalui teknik menganyam ialah tali, bahagian
rumah serta keperluan hidup yang lain. Masyarakat melayu kita menngunakan
bahan-bahan disekeliling mereka untuk menghasilkan barang-barang keperluan
mereka. Nilai intelektual mereka sangat tinggi sehingga mampu mereka dan
menghasilkan bahan-bahan yang mereka perlukan. Akar dan rotan merupakan
bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti
Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu Tradisi ada menyatakan
bahawa pada zaman pemerintahan Long Yunus iaitu sekitar tahun 1756 hingga
1794 di Negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja yang dipanggil
sebagai Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban. Seni anyaman terus
aktif sehingga kini menjalankan kegiatan anyaman terutamanya di peringkat
kampung.

Barang-barang yang diperlukan untuk menganyam pula seperti parang, pisau,


pelurut, tempayan, bekas besar, periuk, dapur, jangka, penyisip dan pelbagai lagi.

5
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001
Parang digunakan untuk menetak pangkal daun, pisau pula untuk membuang
empulur dan duri, pelurut digunakan untuk melembutkan daun. Tempayan
digunakan untuk merendam daun. Bekas besar digunakan untuk mencuci, periuk
digunakan untuk merebus, dapur digunakan dalam proses mewarna, jangka pula
untuk membelah daun menjadi helaian yang dikehendaki manakala penyisip untuk
menyisip daun menjadi helaian yang dikehendaki.

Membuat anyaman bulanlah proses yang mudah, ianya mempunyai pelbagai


langkah-langkah dalam menghasilkan sesuatu produk itu. Lagang, pepeh, sisip,
kerat merupakan antara teknik-teknik dan proses anyaman.

2.2 KRAF BULUH

Alam sekeliling kita mampu membentuk tingkah laku manusia dalam memenuhi
keperluan hidup seharian. Buluh merupakan salah satu benda alam yang banyak
mempengaruhi keselesaan dan keperluan masyarakat serata dunia. Sinonim
dengan pembentukan pemikiran dan kreativiti manusia. Buluh adalah salah satu
tumbuhan liar yang hidup subur di serata dunia termasuklah negara kita sendiri.
Kesannya kewujudan buluh telah membentuk budaya yang mempunyai hubungan
secara langsung dengan corak pemikiran dan tingkah laku sosio budaya masyarakat
dunia.

Buluh memainkan peranan yang amat penting daripada sumber makanan


sehinggalah keperluan diri dan rumah. Desakan keperluan tersebut mewujudkan
kesenian yang membuktikan kecemerlangan sesuatu tamadun baik dari aspek
fizikal mahupun aspek pemikiran. Dalam masyarakat melayu pula, buluh banyak
merubah corak hidup masyarakat sejak dulu lagi sehinggalah diwarisi ke zaman
sekarang dimana ianya membentuk generasi masa hadapan serta merubah gaya
hidup anak-anak mereka.

Penghasilan kraf buluh bukanlah satu perkara yang mudah. Tanpa kemahiran,
seseorang itu tidak mungkin dapat menghasilkan kraf buluh kerana ianya
memerlukan nilai kepakaran yang tinggi. Tidak hairanlah terdapat institusi yang
menwarkan pengajian di bidang ini sebagai contoh Institut Kraf Negara

6
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001
menawarkan pengajian jurusan seni kraf rotan dan buluh dengan matlamat agar
dapat melahirkan para lulusan yang berilmu dan berkemahiran tinggi, kreatif,
inovatif dan berketrampilan dalam bidang kraf rotan dan buluh bagi memenuhi
tenaga mahir yang professional dalam industri kraf. Usaha seperti ini
membuktikan kraf buluh membentuk simbol kepada nilai intelektual Melayu.
Terdapat pelbagai kategori buluh serta kegunaannya. Antara jenis buluh yang
digunakan untuk menghasilkan produk kraf buluh adalah seperti jadual dibawah
yang dirujuk dari buku Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi oleh Siti Zainon
Ismail (1986)

Nama
Jenis / Nama Saintifik Kegunaannya
Tempatan
Kayu penyepit, perabot, alat
Buluh Duri Bambusa blumeana
muzik, tiang sanggaran
Dijadikan galah, pencucuk sate,
Buluh Galah Bambusa heterostachya
bidal
Buluh Ornamental, pencucuk sate,
Bambusa vulgaris
Minyak kayu penyepit, rebung
Buluh
Dendrocalamus asper Barangan higo, rebung
Betong
Buluh
Dendrocalamus pendulus Bakul, lidisate, Almari
Akar/Tali
Barangan higo, raga kegunaan
Buluh Brang Gigantocholoa spp.(brang)
harian, rebung
Buluh Beting Gigantochloa levis Kerusi
Buluh
Gigantochloa ligulata Penyidai kain
Tumpat
Buluh
Gigantochloa wrayi Kraftangan, bidal , rebung
Semantan
Buluh Schizostachyum
Raga, Almari
Beti/raga branchycladum
Buluh
Schizostachyum grende Rak Kasut
Semeliang

Jadual 1 :Kategori Buluh dan kegunaannya

7
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Zaihidee
Bin Arshad dalam kajiannya yang bertajuk Kraf Buluh Kampung Jal Kechil :
Simbolisme minda dan watak dalam sosio budaya melayu ada menyatakan
bahawa buluh merupakan sumber alam yang banyak dan mudah didapati dalam
lingkungan kehidupan masyarakat melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Pokok
buluh hidup subur di Negara ini kerana kesesuaian iklim, jenis tanah dan keadaan
muka bumi serta sistem saliran yang baik. Seperti yang kita ketahui, buluh
dijadikan bahan keperluan dan kegunaan harian dalam kehidupan masyarakat
melayu sehingga membentuk satu budaya yang mempunyai falsafah dan nilai
tersendiri dan beridentiti bagi Masyarakat melayu. Aspek dan keperluan itu
berhubung kait dengan metafizik iaitu satu cabang pemikiran berhubung dengan
benda alam yang digunakan untuk memenuhi kehendak manusia. Ianya
mempunyai aksiologi iaitu nilai dan epistemologi iaitu memberi pengetahuan
melalui kepercayaan dan justifikasi kehidupan manusia yang berpadu membentuk
realiti kehidupan dalam lingkungan masyarakat melayu khususnya.

Rajah 3: Nilai Pemikiran Masyarakat Melayu terhadap buluh

Kepentingan buluh dalam kehidupan masyarakat melayu telah mendorong mereka


dari aspek corak pemikiran dan kreativiti yang tersendiri. Pelbagai objek seni dan
bukan seni dapat dihasilkan daripada kewujudan objek alam itu.

Buluh sering didapati di tepian sungai-sungai yang relevan dengan penempatan


masyarakat melayu zaman dahulu yang manjadikan sebagai penempatan awal
mereka. Sungai merupakan kawasan yang sering menjadi tumpuan sebagai
penempatan memandangkan kawasannya yang strategik dan mempunyai banyak
kemudahan seperti sumber makanan, kemudahan pengangkutan dan banyak lagi
8
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001
menjadikan masyarakat melayu banyak bergantung dengan objek-objek
disekeliling mereka. Buluh merupakan salah satu sumber ynag mudah didapati di
kawasan penempatan awal ini. Buluh merupakan salah satu sumber alam yang
banyak membantu dalam kehidupan seharian masyarakat melayu sejak dari dahulu
lagi. Desakan terhadap keperluan tersebut menghasilkan kreativiti yang
mempunyai nilai dan falsafah yang tinggi. Persekitaran sering mempengaruhi
kehidupan masyarakat melayu sehingga ianya mampu mendesak mereka
memikirkan dan menjana kreativiti diri masing-masing selaras dengan tuntutan
keperluan dan keselesaan dalam kehidupan seharian.

Rajah 4 : Contoh Kraf Buluh

9
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001
3.0 MAKLUMAT SOKONGAN

Merujuk kepada satu kajian yang telah diselitkan sedikit sebelum ini iaitu kajian mengenai
Kraf Buluh Kampung Jal Kechil : Simbolisme minda dan watak dalam sosio budaya
melayu oleh Profesor Madya Dr. Mohd Zaihidee Bin Arshad. Dapatlah saya huraikan
dengan lebih terperinci bagaimanakah kraf tradisional dikaitkan dengan symbol dan nilai
intelektual masyarakat melayu. Kajian ini menfokuskan kepada kaitan simbolisme dalam
kraf buluh dan hubungannya dengan minda watak masyarakat melayu dalam kata lain nilai
intelektual masyarakat melayu. Seperti yang kita ketahui, buluh telah banyak
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian masyarakat sejak zaman dahulu lagi.
Sebagai contoh masalah perhubungan, masyarakat dahulu menghasilkan rakit buluh
sebagai satu kenderaan untuk menyusuri dan menyeberangi sungai-sungai. Mereka juga
mencipta bubu atau lukah untuk mengatasi masalah tempat menyimpan ikan. Manakala
pesawah pula mencipta bakul daripada buluh sebagai mengatasi masalah bekas simpanan
padi dan beras yang telah dituai. Daripada hasil-hasil ciptaan tersebut membuktikan
bahawa masyarakat melayu telah membentuk hubungan antara nilai yang berkait dengan
tingkah laku dan pengetahuan yang berkaitan dengan ilmu dan kemahiran. Nilai-nilai
yang wujud ini merupakan satu budaya yang baik di kalangan masyarakat melayu kerana
mereka hidup saling berkerjasama, bantu membantu, hormat menghormati dan bertolak
ansur di antara satu sama lain dalam hubungan kekeluargaan dan kemasyarakat kerana
pembuatan kraf buluh ini.
Simbolisme yang terdapat di dalam kraf buluh dalam masyarakat melayu mempunyai
hubung kait antara budaya, masyarakat dan peribadi. Perhubungan yang disebutkan itu
merupakan perhubungan melalui corak dan reka bentuk kraf buluh yang dihasilkan mampu
mewujudkan simbolisme dalam kraf . Namun nilai lama masyarakat Melayu akan
terhapus kerana telah ketinggalan zaman tetapi nilai lama akan terus wujud menjadi
sejarah, seni dan sosiobudaya masyarakat Melayu apabila nilai ditingkatkan sebagai
pengetahuan dan menjadi ilmu. Kraf buluh sebagai ilmu yang wajar ditelaah, diselidiki dan
dibongkar isi kandungannya supaya menjadi satu sistem ilmu dan diperturunkan kepada
masyarakat Melayu kini dan generasi akan datang.

Sumber kedua rujukan saya ialah satu kajian kes oleh Marzita Puteh, Sadiah Baharom dan
Jamilah Omar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris yang bertajuk Pemikiran Saintifik
dan Matematik dalam Kraf Anyaman Buluh Melayu Tradisional: Satu Kajian Kes.
Melalui pembacaan saya dengan jurnal ini, mereka mempersoalkan kewujudan nilai

10
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001
intelektual dari aspek ilmu sains dan matematik dalam masyarakat melayu sejak dahulu
lagi tanpa mereka sedari. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan satu produk (kraf
buluh) memerlukan ilmu sains dan matematik. Sesuatu hasil kraf buluh tidk mungkin akan
sempurna jika tidakh dibuat tanpa panduan, ilmu dankemahiran. Pelbagai stigma yang
wujud menyatakan bahawa masyarakat melayu tidak mempunyai pemikiran sains dan
matematik seperti bangsa lain dan bangsa melayu sendiri yang mengiyakan pernyataan
tersebut. Namun hakikatnya, masyarakat melayu mempunyai nilai intelektual yang tinggi
tanpa mereka sedari. Malahan pemikiran saintifik dan matematik memang telah lama
berkembang dan digunakan oleh masyarakat melayu sejak dari dahulu lagi.

Agak kurang dapat kita baca melalui dokumentasi-dokumentasi yang disediakan tentang
penghasilan kraf buluh dikaitkan dengan pemikiran saintifik dan matematik. Kecanggihan
menghasilkan objek seni jarang sekali dikaitan dengan pemikiran saintifik dan pemikiran
matematik sedangkan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif memerlukan pemikiran
ntelektual tersebut. Hasil kajian tersebut telah mendapati bahawa pemikiran saintifik dan
pemikiran matematik telah lama bersemai di kalangan ahli seni masyarakat melayu sejak
berzaman lagi tanpa mereka menyedarinya. Penulis kajian kes tersebut berharap agar
mereka dapat berkongsi dapatan kajian ini dan dibentangkan dibentangkan di mana-mana
seminar, konferen atau kolokium yang bersesuaian untuk di kongsi bersama dengan ahli
akademik dan masyarakat umum. Selain daripada itu sebuah buku juga akan dihasilkan
untuk mendokumentasikan dapatan kajian ini untuk dikongsi bersama dengan masyarakat
umum dengan meluasnya agar kebenaran yang sebenar terbukti. Kajian tersebut juga
mampu menyingkap kecerdikan dan kreativiti masyarakat melayu dalam penghasilan
anyaman serta ukiran tradisional yang menjadi kebanggaan masyarakat melayu turun
temurun.

11
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001
4.0 KESIMPULAN

Kesenian telah wujud berabad lama dan berkembang dari zaman ke zaman dengan ditun
temurunkan melalui tradisi-tradisi sosial atau masyarakat. Kesenian merupakan milik
masyarakat yang dilihat sebagai gaya hidup serta menjadi tunjang kepada kebudayaan
masyarakat melayu khususnya. Dengan adanya kesenian ini, identity masyarakat melayu
lebih terserlah dan dikenali di mata dunia.

Anyaman kraf buluh membentuk symbol kepada nilai intelektual Masyarakat Melayu
memang tidak boleh disangkalkan lagi. Anyaman merupakan satu seni yang bersifat
lahiriah serta mengandungi makna yang sangat mendalam. Kewujudan anyaman
memainkan peranan dalam menjadi wardah paparan idea yang melibatkan banyak
pancaindera, kemahiran dan ilmu pengetahuan secara seimbang. Menurut Peter Dolmer
(1997) telah mentafsirkan bahawa kraf meruapakan satu aktiviti kretaif berkemahiran dan
proses-proses penghasilannya perlu dilalui dengan teliti untuk menghasilkan seni anyaman
yang sempurna. Hal ini demikian memerlukan kemahiran dan pemikiran yang kompleks
dan rumit yang dianggap sebagai symbol tanda kepekaan yang asli terhadap hasil seni
tersebut.

Kraftangan dilihat sebagai satu simbol atau identiti negara Malaysia pada pandangan
negara luar kerana memiliki unsur-unsur tradisional dan keagamaan yang kuat yang
mencerminkan rakyat Malaysia sendiri.

Diharap usaha-usaha seperti Kementerian Kebudayaan dan Kesenian yang sering


menganjurkan program-program yang mampu memartabatkan kraf tradisional khususnya
kraf buluh mampu membuka minda masyarakat dunia mengenai nilai intelektual yang ada
dalam masyarakat melayu dalam penghasilan kraf buluh dan kraf tradisional yang lain.
Diharap kraf buluh akan lebih berkembang di masa hadapan selari dengan kepesatan
teknologi masa kini.

12
Nur Jazilah Binti Hj Mohd Sharif
830714045204001

5.0 RUJUKAN

Arshad, M. Z. (2009, Oktober). Retrieved November 2, 2016, from http://eprints.usm.my

Cinta, M. (2011, April 14). Retrieved November 2, 2016, from Muhasabah Cinta Blog:
http://soleymoley.blogspot.my

Ismail, S. Z. (1986). Reka Bentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pelajaran, Malaysia.

Jella, S. (n.d.). Retrieved November 2, 2016, from My Seni: http://myseni.weebly.com

Malaysia, K. P. (n.d.). Retrieved November 2, 2016, from http://www.ikn.gov.my

Marzitah Puter, Sadiah Baharom, & Jamilah Omar. (2007). Pemikiran Saintifik dan
Matematik dalam kraf Anyaman Buluh Melayu Tradisional:Satu kajian kes. Jurnal
Peradaban Melayu.

Murugan, K. (n.d.). Retrieved November 1, 2016, from Artzskill:


http://artzskill.blogspot.my

Slideshare. (n.d.). Retrieved November 2, 2016, from http://www.slideshare.net

Talib, K. (2007). HBAE3103 KRAF TRADISIONAL. Open University Malaysia: Open


Universuty Malaysia.

13

You might also like