You are on page 1of 7

PENGENALAN

Anyaman merupakan seni yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan


masyarakat Melayu.Menganyam bermaksudproses menjaringkan atau
menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhanuntuk dijadikan satu
rumpun yang kuat dan boleh digunakan.Bahan tumbuh-tumbuhan yang boleh
dianyam ialah lidi,rotan,akar,bilah,pandan,mengkuang dan beberapa bahan
tumbuhan yang lain yang dikeringkan.

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN


Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari
luar.Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan seni perkembangan
seni tembikar.Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakkan adalah
dihasilkan tali,rumah dan keperluan kehidupan.Bahan daripada akar dan rotan
adalah bahan asas yang awal digunakan untuk meghasilkan anyaman.Menurut Siti
Zainun dalm buku Reka bentuk kraftangan melayu tradisi menyatakan pada
zaman pemerintahan Lonh Yunus (1756-94) di negeri Kelantan,penggunaan
anyaman digunakan oleh raja.Anyaman tersebut dipanggil ‘ Tikar Raja ’ yang
diperbuat daripada pohon bemban.

Sehigga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di
peringkat kampong.Antaranya di daerah Rusila,Dungun,Kampung Ru
Renggoh,Kampung Kijing,Cendering dan kuala Ibai di negeri Terengganu.Negeri-
negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri
Perlis,Kedah,Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Pahang,Melaka,Sarawak dan Sabah.
JENIS ANYAMAN DAN BAHAN

JENIS ANYAMAN BAHAN


Anyaman Mengkuang Daun mengkuang
Anyaman Pandan Daun pandan duri
Anyaman Buluh Jenis-jenis buluh yang sesuai
Anyaman Rotan Rotan yang telah diproses
Anyaman Lidi Lidi kelapa
Anyaman Ribu-ribu Paku-pakis beribu-ribu

HASIL ANYAMAN
Anyaman Mengkuang:*Tikar *Tudung saji *Bekas pakaian

Anyaman Pandan:*Tikar sembahyang *Hiasan dinding

Anyaman Buluh:*Bakul *Bekas pakaian *Nyiru *Beg

Anyaman Rotan:*Bakul *Bekas pakaian *Tempat buaian anak

Anyaman Lidi:*Lekar *Bekas Buah *Bekas telur

Anyaman RIbu-ribu:*Tempat tembakau *Bekas sirih terbus

*Bakul *Bakul serba guna


PROSES
MEMBUAT
ANYAMAN
SMK COCRANE
PEN.SENI VISUAL

KRAF TANGAN: ANYAMAN


DISEDIAKAN OLEH:FATIN NUR SYAMIMI
BTE KHAIRULAZHARI
DISEMAK OLEH:PN.DURAHIR BINTI
KAMARUDDIN
FALSAFAH OBJER DAN KARYA SENI
TERSEBUT DIHASILKAN
Budaya sesuatu bangsa bukan sahaja dicerminkan melalui
bahasa pertuturan dan adat resamnya tetapi juga dicerminkan
melalui kehalusan kerja tangannya.
>Pada zaman dahulu,kegiatan anyaman dilakukan oleh kaum
wanita sebagai mengisi masa lapang.
>Hasil anyaman adalah untuk kegunaan sendiri atau hadiah.
>Kemahiran menguasai seni anyaman menunujukkan
seseorang wanta itu sifat kewanitaan yang sempurna.
>Anyaman boleh dihasilkan dengan sendiri tanpa
mengeluarkan perbelanjaan yang besar.
>Hasil anyaman mudah disimpan dan mudah dibawa kemana-
mana sahaja kerana bersifat lembut dan boleh digulung.
>Dapat memperlihatkan kretivitidengan penghasilan pelbagai
kelarai.
>Menghargai unsur alam semula jadi dengan penggunaan
bahan dan motif.
TUJUAN DAN FUNGSI ANYAMAN
TIKAR
Tikar dalam kehidupan masyarakat lama Melayu luas
penggunaannya.betapapun bersihnya lantai atau telah sedia
ada alas lantai,namun bagi memenuhi adat resam apabila
sesuatu ruang atau tempat hendak digunakan sebagai tempat
duduk lazimnya dibentangnya tikar terlebih dahulu.
Selain berfungsi sebagai hamparan tempat duduk,ianya juga
digunakan untuk alas tidur,ada juga tikar yang dikhaskan
penggunaan iaitu:
@Tikar sembahyang-lazimnya tikar untuk digunakan ini
mengikut ukuran biasa bagi kegunaan seseorang mengerjakan
ibadatnya itu.
@Tikar parudan-tikar kecil digunakan sebagai tempat menadah
isi kelapa yang diparut.
@Tikar alas nikah-tikar yang dibuat khas sebagai tempat duduk
pengantin lelaki semasa upacara akad nikah.
@Tikar jemuran-sejenis tikar yang digunakan khas untuk
menjemur padi.
UNSUR DAN PRINSIP SENI
=Kelarai atau corak dalam proses anyaman tertumpu kepada
gubahan bentuk yang dijalinkan untuk menghasilkan sesuatu
gaya atau ragam hias yang menarik sebagai motif utama.
=Pembetukan kelarai dilakukan serentak semasa proses
anyaman.
=Anyaman kelarai biasanya dirancang terlebih dahulu bagi
mewujudkan pelbagai jenis kelarai.
=Dua warna kontras digunakan untuk mendapatkan hasil yang
menarik.
=Kebiasaannya kelarai didasarkan dari unsur-unsur alam
semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang tetapi
ada juga kelarai yang dihubungkaitkan dengan nama orang.

You might also like