You are on page 1of 31

Alatan untuk membuat anyaman

• Parang - Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang dari pokoknya. Ia juga
digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun.
• Pisau – Digunakan semasa proses anyaman. Iaitu semasa proses terakhir anyaman untuk
membuang lebihan daun.
- Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang dan sekeping besi nipis
dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun.
• Jangka (sisir kayu) - digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan dan mengkuang
menjadi bilah-bilah atau helaian daun.
• Pelurut - digunakan sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah
diwarnakan perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan.
• Penyisip - digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses anyaman.
- Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan anyaman dari terburai
• Tempayan - digunakan untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang.
• Baldi - digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian pandan dan mengkuang yang
telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.
Pisau Jangka

Pelurut Penyisip
Bahan dari Bahan alam boleh
alam lentur

Daun pandan
Akar

Daun kelapa Pelepah


batang pisang
Daun
mengkuang

Buluh

Rotan
Teknik – Teknik anyaman
• Lagang – ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman.
• Pepeh / lepih – anyaman mati pada tepi tikar di akhir proses.
• Sisip – untuk mengelakkan anyaman terburai.
• Kerat – untuk mengerat lebihan akhir anyaman.
Alatan untuk membuat batik
• Canting - Alat ini diperbuat daripada tembaga dan digunakan untuk melakar lilin
cair ke atas permukaan kain putih.
• Pemidang kayu - Pemidang digunakan sebagai peregang kain dalam proses
mencanting dan mewarna
• Berus - Berus terdiri daripada beberapa saiz untuk menyapu bahan pewarna dan
juga lilin cair.
• Dapur atau plat pemanas - Dapur digunakan untuk memanas dan mencairkan
bahan campuran lilin
• Periuk - Periuk digunakan sebagai bekas untuk memasak bahan campuran lilin.
• Bekas besar - Beberapa bekas besar yang sesuai digunakan untuk mencelup,
merendam dan merebus kain.
Bahan untuk membuat batik
• Fabrik putih – (Jenis sutera, kain kapas, crepe, poplin, drill, lawn dan rayon.)
• Campuran lilin – (Lilin parafin, lilin lebah, damar (rosin) dan minyak kelapa.)
• Pewarna - (Jenis reactive dye seperti Remazol atau Primazin)
• Pemati warna – (Cecair natrium silikat (sodium silicate ) untuk proses
mematikan warna.  Fabrik direndam dalam natrium silikat untuk
mengekalkan corak serta warna.)
• Debu atau soda - (Debu soda digunakan untuk menanggalkan lilin yang
melekat pada fabrik dalam proses merebus.)
• Pelembut fabrik -  (Pelembut dicampurkan pada bilasan terakhir untuk
melembutkan fabrik.)
Teknik – Teknik menghasilkan batik
• Batik conteng - Lakaran corak batik pada kain menggunakan lilin
panas.Proses mewarna menggunakan berus cat mengikut kesesuaian
corak.
• Batik blok - Blok corak diperbuat sama ada dari logam atau kayu
dengan ukiran corak-corak tertentu. Blok akan dicelup dengan
pewarna sebelum diterap di atas kain.
• Batik skrin - Kain jenis polyester digunakan untuk membentuk corak
batik dan diterap pada kain putih. Proses pewarnaan pada kain pula
menggunakan sekuji.
Alatan untuk membuat tembikar
•Dawai pemotong - Alat ini untuk memotong tanah liat semasa menguli untuk memastikan tiada liang udara.
•Pinggan - Tempat membentuk tanah liat yang berfungsi sebagai meja.
•Papan gelek - papan untuk menggelek tanah liat dalam proses membentuk. Ia juga dipanggil papan rata.
•Pengukur - Kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan ketebalan yang dikehendaki, terutama bentuk tapak.
•Batu sungai - Digunakan untuk melicinkan dan mengilatkan permukaan tembikar yang telah siap.
•Pengukir kayu - digunakan untuk membentuk corak dengan menekannya pada tembikar yang tidak begitu keras dan
tidak begitu lembut.
•Span - Alat untuk mengemas dan melicinkan permukaan tembikar.
•Tong - Bekas untuk menyimpan tanah liat yang telah diproses.Tong perlu ditutup supaya tanah liat tidak mudah kering.
•Pengukir besi - digunakan untuk menghias permukaan tembikar dengan cara tekanan ,turisan, menakik atau
mengguris .
Bahan untuk membuat tembikar
• Tanah liat – bahan utama untuk membuat tembikar. Contohnya , tanah
liat drpd tanah busut , tanah berhampiran sungai / di sungai, tanah
sawah , berwarna kelabu dan kuning kemerah-merahan.
• Damar - Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang
digunakan sebagai bahan kalis air . Diperolehi daripada jenis pokok
damar laut, dan damar batu .
Teknik – Teknik untuk membuat tembikar
• Teknik picit - dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah.
Merupakan Teknik yang paling mudah.
• Teknik lingkaran - bahagian tapak disediakan terlebih dahulu . kemudian tanah liat digelek
dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti silinder dan dilingkar membentuk
sebuah tembikar .
• Teknik kepingan - dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong
mengikut saiz tertentu . Bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong
45 darjah bagi tujuan penyambungan . B ahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan
slip.
• Teknik putaran - menggunakan mesin pemutar . Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran.
bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja.
• Teknik acuan - dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam. bagi acuan plaster
paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan. digunakan untuk perusahaan komersial.
Alat untuk membuat tekat
• Pemidang kayu - digunakan untuk meregang kain dasar bagi memudahkan sulaman di
samping mengelakkan kedutan atau lipatan.
• Cuban (laola) - ialah jarum besar untuk melilit benang emas atau perak. 
• Benang - digunakan untuk menekat. Biasanya benang emas, benang perak, benang putih
atau benag kapas dan benag pelbagai warna. Benang yang digunakan ini adalah sama
dengan benaang untuk membuat songket.
• Irasan atau kain dasar - Kain yang sesuai untuk membuat kain dasar ialah yang berwarna
terang. Kain baldu berwarna merah dan biru paling banyak digunakan oleh para penekat di
sampin warna merah tua, merah pulasan, biru tua, ungu, hijau dan hitam. Kain baldu ini
dilapisi dengan sehelai kain kapas putih yang berfungsi untuk mengukuh dan mengemaskan
sulaman benang.
• Mempulur - digunakan sebagai bentuk atau struktur utama. Mempulur dibuat daripada
rotan sega, kertas tebal dan gam.
Teknik untuk membuat tekat
• Tekat timbul benang emas atau perak - Benang emas atau perak diuji berulang-ulang
dan berturut-turut di atas irasan baldu, melangkahi mempulur kertas yang digunakan
sehingga seluruh permukaan mempulur kertas diliputi benang emas atau perak.
• Tekat gubah - Benang ijuk urat daripada pelepah pokok Kabong atau enau berwarna
hitam dililit rapi dengan benang sutera merah (benang untina) sebagai bahan
membentuk motif. Beberapa benang emas atau perak boleh diatur di atas kain dan
ditindih ikat pada kain dengan menggunakan benang sutera berwarna.
• Tekat perada - Kertas yang agak tebal permukaannya diliputi perada emas tulen yan
ditebuk berkerawang, kemudian ditampal pada kain. Bahagian tepi kerawang disusuri
dengan empat lembar benang emas, ditindih ikat dengan benang sutera merah.
Kadangkala bahagian bawah kerawang yang bertepuk dilapikkan dengan kain
berwarna lain atau cermin untuk mengindahkannya lagi.
Alatan untuk membuat ukiran
• Pahat - menebuk, membentuk corak atau membuang bahagian yang tak diperlukan.
• Ketam kayu - melicin dan meratakan permukaan kayu.
• Cetar - membentuk asas kayu secara kasar.
• Tukul kayu - mengetuk pahat dalam proses mengukir.
• Gergaji kecil - memotong bahagian kayu yang tidak diperlukan.
• Kikir pari - meratakan corak yang dilukis.
• Daun mempelas - melicinkan permukaan corak yang telah diukir.
• Gergaji berhalang - memotong dan membentuk bahagian lengkung pada ukiran.
• Pisau wali - mengukir corak yang dikehendaki.
• Mesin gerudi - Menebuk lubang.
• Sesiku - mendapatkan ketepatan sudut.
• Pengapit - memegang atau mengapit kayu.
Bahan untuk membuat ukiran
• Kayu yang jenis halus dan liat uratnya.
• Kayu yang tua dan benar- benar kering.
• Jenis kayu ialah kayu cengal, sena, merbau, nyatoh dan jelutong
Teknik – Teknik untuk membuat ukiran
• Ukiran bunga timbul - tidak tembus seperti terdapat pada perabot, mimbar
masjid dan panel.
• Ukiran larik - berbentuk bulat. Terdapat pada tiang rumah dan tiang
pemegang tangga rumah tradisional.
• Ukiran tebuk tembus - dihasilkan pada sekeping papan yang ditebuk hingga
tembus. terbahagi kepada ukiran tanpa silat dan ukiran bersilat.
• Ukiran arca - berbentuk tiga dimensi. Terdapat pada kepala keris, hulu senjata,
senduk, kukur kelapa dan congkak.
• Ukiran layang - ukiran tidak tembus dan tidak mempunyai corak timbul pada
permukaan. Terdapat pada perabot almari, katil, bermotif ringkas dan
menggunakan teknik guris di permukaan kayu.
Alatan untuk membuat tenunan
• Benang dan pewarna
• Rahak
• Peleting buluh
• Lidi daun kelapa
• Anak kayu
• Dua belira
• Sikat dan jentera
• Cuban
• Torak
• Kek lantai
• Sumbi
Bahan untuk membuat tenunan
• Benang - Benang kapas, benang sutera, benang emas, benang kristal,
benang perak dan benang metalik.
• Pewarna - Samada pewarna asli atau pewarna moden.
Teknik untuk membuat tenunan
• Melerai - Benang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan
pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin
pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh
dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau
dawai kerana benang emas kasar dan berat.
• Menganing - untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. 
• Menggulung - Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan
panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. 
• Menyampuk - Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. 
• Menghubung - Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang
tertinggal pada jentera.
• Mengarak - mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk.
• Menyolek - menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. 
• Menenun - Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan
kain.
Alatan dan bahan untuk mebuat wau
• Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh
betong pula dijadikan tulang belakang.
• Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan
piau raut digunakan tujuan meraut.
• Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk
menerbangkan wau.
• Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna
pada badan wau.
• Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau
Teknik untuk membuat wau
• Penyimpanan buluh - Buluh akan disimpan dahulu sekurang-
kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Buluh
disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut. Buluh ditanam
di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
• Meraut buluh -Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun
api di atasnya selama satu jam.
• Membuat bingkai - Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian
utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan
rangka ekor. 
Alatan untuk membuat keris
• Musang
-Alat yang paling penting dalam kerja pertukangan besi. Ia diperbuat
daripada kayu dan berbentuk tong panjang. Berfungsi untuk
mengepam dan menghembuskan angin yang terperangkap masuk ke
dalam saluran dapur untuk menempa besi. Musang juga dikenali
dengan pelbagai nama, contohnya di Perak dikenali sebagai ‘kelubung’,
dan ‘hembusan’ di Kelantan.
Alatan untuk membuat keris
• Andas
-Landasan yang diperbuat daripada sekeping besi tebal dan
diletakkah di atas sebongkah kayu. Digunakan sebagai tempat untuk
mengetuk, menitik dan menempa besi yang panas.

• Lepa
-Sejenis alat pemotong besi. Bentuk mata lepa kelihatan seperti pahat
yang disepitkan di antara dua keping buluh dan diikat kemas.
Alatan untuk membuat keris
• Tukul
-Digunakan untuk menempa alat-alat besi yang matanya nipis.

• Tukul putting
-Berbentuk segiempat dan digunakan untuk mengasak masuk puting
parang atau keris ke dalam hulunya.
Alatan untuk membuat keris
• Kikir
-Mempunyai pelbagai saiz. Kikir digunakan untuk melicinkan dan
menghaluskan mata keris yang telah dibentuk.

• Penyepit
-Digunakan untuk memegang besi yang panas semasa kerja-kerja
menempa dijalankan.
Alatan untuk membuat keris
• Penyepuh
-Tong kayu berisi air. Alat ini digunakan sebagai bekas untuk menyepuh alat-alat besi
yang telah ditempa, diketuk, dan dikikir supaya sejuk, tajam, kukuh dan tahan lama.

• Ragum besar
-Berfungsi sebagai pemegang atau penyepit sesuatu bahan. Digunakan untuk
mengapit mata dan hulu keris bagi tujuan memudahkan kerja, terutamanya bagi
membentuk dan mengikir. Berfungsi sebagai pemegang atau penyepit sesuatu
bahan. Digunakan untuk mengapit mata dan hulu keris bagi tujuan memudahkan
kerja, terutamanya bagi membentuk dan mengikir.
Alatan untuk membuat keris
• Jara sila
-Jara sila digunakan untuk membuat lubang pada hulu.

• Temin
-Temin diperlukan untuk mengetatkan alat-alat besi di pangkal hulu.

• Arang
-Arang digunakan sebagai bahan api untuk membakar.
Alatan untuk membuat keris
• Pahat
-Merupakan alat besi yang mempunyai mata yang tajam. Digunakan
untuk membuat lubang dan mengukir. Terdapat dua jenis pahat yang
utama, iaitu pahat mata bulat dan pahat mata lintang.
Teknik pembuatan keris
• Mencampurkan Besi – Bahan campuran yang terdiri daripada pelbagai jenis besi seperti
besi waja, besi tawar dan besi melela diikat kemas sebelum dibakar untuk dimampatkan
menjadi satu kempingan logam aloi.
• Menempa - Besi dibakar dan diketuk secara bertalu-talu sebelum dipotong.
• Membuat lok keris - Apabila mata keris telah terbentuk nyata, mata keris akan dibakar
lagi dan seterusnya ditempa dengan cara mereng, hingga terbentuk seperti membengkok
le bawah. 
• Membentuk belalai gajah - yang menyerupai  belalai seekor gajah dengan kedudukan
belalainya di bahagian atas. 
• Mengikir - tujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata keris.
• Menyepuh - tujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata keris.
• Menimbulkan pamor

You might also like