You are on page 1of 15

KARYA 1

Pengkarya : Jaime Jasso


Jenis karya : Surealisme



DESKRIPSI
Karya ini ialah sebuah karya seni digital yang dihasilkan melalui media baru iaitu
komputer.Pengkarya bagi karya ini ialah Jaime jasso.
ANALISIS
Karya ini adalah sebuah karya yang memanipulasi imej untuk menjadikan sebuah karya
yang unik menggunakan media baru iaitu komputer sebagai media menghasilkan karya
ini.karya ini terdapat sebatang rokok yang masih menyala dan mengeluarkan abu yang
banyak.selain itu terdapat juga imej 10 figura manusia yang di tampilkan dalam bentuk
abu.Unsur-unsur seni yang terdapat di dalam karya ini ialah bentuk,keseimbangan,harmoni
dan jalinan.
INTERPRETASI
Karya ini cuba mengangkat seni digital dengan memaparkan gambar sebatang rokok
dan figura manusia dengan menyelitkan mesej yang mempunyai maksud yang tersirat iaitu
mengenai bahaya merokok.Mesej yang disampaikan mudah difahami oleh setiap penonton
iaitu rokok adalah pembunuh senyap kepada manusia kerana rokok mengandungi bahan-
bahan yang sangat berbahaya di dalam setip batang rokok yang dihisap oleh para
perokok.selain itu,mesej yang ingin disampaikan adalah rokok bukan sahaja menjadi
pembunuh kepada penghisapnya malahan rokok juga boleh membunuh manusia lain
disekelilingnya kerana asap rokok yang dihidu oleh orang juga berbahaya melalui imej
figura manusia yang dihasilkan yang terdiri daripada kanak-kanak sehingga ke golongan
dewasa.Unsur seni bentuk yang terdapat dalam karya adalah seperti bentuk sebatang
rokok,bentuk figura manusia dan bentuk asap rokok.Terdapat unsur keseimbangan iaitu
susunan figura manusia diatas abu rokok tersebut.Keharmonian juga terdapat dalam karya
ini iaitu warna-warna yang neutral banyak digunakan dan unsure jalinan juga terdapat
dalam imej abu yang dikaryakan.Kepelbagainan unsur seni ini menguatkan lagi karya ini.
PERTIMBANGAN
Karya seni digital yang dihasilkan oleh Jaime jasso ini mengupas isu-isu tentang bahaya
merokok yang mempunyai maksud yang mudah difahami oleh para penonton dan
pengkarya ini mampu meningkatkan lagi martabat seni digital.





KARYA 2
Pengkarya : Derek Gores
Jenis karya : Surealisme




DESKRIPSI
Karya ini ialah sebuah karya seni digital yang dihasilkan melalui media baru iaitu
komputer.Pengkarya bagi karya ini ialah Derek Gores.
ANALISIS
Karya ini adalah sebuah karya yang memanipulasi imej untuk menjadikan sebuah karya
yang unik menggunakan media baru iaitu komputer sebagai media menghasilkan karya
ini.karya ini terdapat sehelai daun maple yang mengandungi wajah figura seorang lelaki
didalamnya.selain itu terdapat juga latar belakang yang dihiasi oleh sepohon pokok.Antara
unsur seni yang terdapat dalam karya ini ialah warna,penegasan,keseimbangan dan
jalinan.
INTERPRETASI
Pengkarya cuba mengangkat seni digital dengan memaparkan gambar sehelai daun
yang ditampilkan wajah figura manusi didalamnya dengan menyelitkan maksud tersirat
iaitu tentang emosi manusia yang rapuh yang di gambarkan seperti rapuhnya sehelai
daun.Mesej yang ingin disampaikan adalah mengenai tentang emosi manusia seperti
emosi sedih yang dipaparkan dalam karya tersebut.Ini menunjukkan emosi manusia sangat
rapuh seperti sehelai daun.Dalam karya ini terdapat unsur seni seperti warna,pengkarya
menggunakan warna-warna panas seperti merah,hitam,kuning untuk membangkitkan
emosi para penonton.selain itu,terdapat juga keseimbangan iatu keseimbangan corak daun
yang dihasilakan dan terdapat juga unsur jalinan yang terdapat dalam urat-urat daun maple
yang dihasilkan. .Kepelbagainan unsur seni ini menguatkan lagi karya ini.
PERTIMBANGAN
Karya seni digital yang dihasilkan oleh Derek Gores ini memaparkan tentang emosi
manusia yang mudah rapuh dan sensitif dan pengkarya ini mampu meningkatkan lagi
martabat seni digital.






KARYA 3
Pengkarya : Mark James
Jenis karya : Surealisme



DESKRIPSI
Karya ini ialah sebuah karya seni digital yang dihasilkan melalui media baru iaitu
komputer.Karya ini adalah bertajuk flora human yang dihasilkan oleh Mark James
ANALISIS
.Karya ini adalah sebuah karya yang memanipulasi imej untuk menjadikan sebuah karya
yang unik menggunakan media baru iaitu komputer sebagai media menghasilkan karya
ini.karya ini terdapat figura muka wanita yang diatas kepalanya terdapat pelbagai sepsis
flora dan fauna dan disebelah kiri atas kepala wanita tersebut terdapat bangunan-
bangunan dan kepulan asap hitam.Unsur seni yang digunakan dalam karya ini adalah
rupa,kontra,warna dan keseimbangan.
INTERPRETASI
Gambar figura wajah wanita yang menceritakan kisah mengenai bumi yang kian
diancam oleh kerakusan tangan manusia.Mesej yang ingin disampaikan adalah mengenai
ancaman kepupusan flora dan fauna yang disebabkan oleh pembangunan yang pesat dia
atas muka bumi ini,ini dapat dilihat melalui titisan air mata yang dihasilkan menunjukkan
bahawa kesediahan akan kepupusan flora dan fauna di atas dunia ini dan pengkarya juga
mengajak manusia semua memulihara flora dan fauna yang digambarkan dengan begitu
indah diatas kepala sebelah kanan figura muka wanita tersebut.Selain itu,karya tersebut
juga memaparkan mengenai pencemaran yang digambarkan dengan kepulan asap hitam
di udara.Unsur seni seperti rupa iaitu rupa wajah figura wanita.Terdapat juga unsure kontra
iaitu kontara disebelah kiri wajah wanita tersebut terdapat pembangunan dan di sebelah
kanan pula terdapat keindahan flora dan fauna.Warna yang digunakan dalam
menghasilkan karya ini adalah gabungan warna-warna sejuk dan panas dan unsure
keseimbangan seperti bentuk muka figura wanita tersebut juga dipaparkan.
PERTIMBANGAN
Karya seni digital yang dihasilkan oleh Mark James ini memaparkan tentang kepupusan
flora dan fauna di atas bumi ini dan pengkarya juga mengajak kita semua memelihara dan
memulihara flora dan fauna di bumi .




KARYA 4
Pengkarya : Pek Thong
Jenis karya : Surealisme

DESKRIPSI
Karya ini ialah sebuah karya seni digital yang dihasilkan melalui media baru iaitu
komputer.Karya ini adalah bertajuk serenityyang dihasilkan oleh Pek thong.
ANALISIS
Karya ini adalah sebuah karya yang memanipulasikan imej menggunakan media seperti
komputer untuk menghasilkanya.Dalam karya ini terdapat imej figura seorang manusia
yang sedang duduk diatas sebuah kerusi dan kelihatan figura tersebut dibaluti oleh surat
khabar dibadannya,selain itu terdapat sebuah buku yang dipegang oleh figura tersebut dan
kelihatan kepala figura tersebut berkecai seperti air.Antara unsur seni yang terdapat dalam
karya ini adalah seperti unsur penegasan,warna,harmoni dan rupa.
INTERPRETASI
Pengkarya cuba mengangkat seni digital dengan memaparkan imej figura manusia
sedang duduk di sebuah kerusi dan kelihatan seperti figura tersebut sedang membaca
sebuah buku dan kelihatan kepala figura tersebut berkecai seperti air.Mesej tersirat yang
ingin disampaikan oleh pengkarya adalah mengenai perkara biasa yang dihadapi oleh
setiap pelajar iaitu masalah tekanan pembelajaran.Pengkarya cuba menyampaikan mesej
dalam bentuk tersirat supaya ia dapat dihayati oleh penonton untuk mendapatkan mesej
yang terkandung didalam karya ini.Mesej yang disampaikan oleh pengkarya begitu
mendalam dan ia mempunyai mesej yang begitu mendalam terutama kepada para pelajar
yang menghidapi masalah yang sama seperti yang terdapat didalam karya tersebut.Ia juga
mempunyai mesej yang berguna kepada para penonton terutama para pelajar iaitu perkara
seperti masalah tekanan pembelajaran ini dapat dihadapi dengan cuba mengambil sikap
tenang semasa proses pembelajaran.Antara unsur seni yang terdapat dalam karya ini
adalah unsur penegasan iaitu penegasan terhadap figura manusia yang terdapat dalam
karya tersebut,selain itu unsur warna juga terdapat iaitu pengkarya menggunakan warna-
warna kelam iaitu warna kelabu dan hitam supaya ia dapat menimbulkan suasana
kelam.Unsur harmoni juga terdapat iaitu keharmonian suasana yang ditimbulkan oleh
pengkarya dan unsur rupa iaitu rupa sebuah buku,rupa figura manusia dan rupa sebuah
kerusi.
PERTIMBANGAN
Karya seni digital yang dihasilkan oleh Pek Thong ini memaparkan tentang situasi yang
dihadapi oleh seorang pelajar iaitu tekanan pembelajaran.Karya ini telah berjaya
memaparkan mesej yang berguna kepada para penonton.


KARYA 5
Pengkarya : Alexander Jansso
Jenis karya : Surealisme

DESKRIPSI
Karya ini ialah sebuah karya seni digital yang dihasilkan melalui media baru iaitu
komputer.Karya ini dihasilkan oleh pengkarya iaitu Alexander Jansso.
ANALISIS
Karya ini adalah sebuah karya yang memanipulasikan imej menggunakan media seperti
komputer untuk menghasilkanya.Dalam karya ini terdapat imej figura askar sedang
mengacu senapang yang digambarkan dalam imej seperti sebatang pokok dan terdapat 7
buah rumah yang terletak di atas senapang,bahu dan kepala figura askar tersebut.Antara
unsur seni yang terdapat di dalam karya ini adalah unsur warna,bentuk,penegasan dan
harmoni.
INTERPRETASI
Pengkarya cuba mengangkat Pengkarya cuba mengangkat seni digital dengan
memaparkan imej figura askar sedang mengacukan senapang dan terdapat beberapa
buah rumah diatas figura askar tersebut.Pengkarya cuba memaparkan mesej melalui karya
tersebut dengan memaparkan pengorbanan seorang askar mempertahankan keamanan
dan keselamatan tanah air dengan begitu tersirat.Imej figura askar yang diimejkan melalui
sepohon pokok itu menunjukkan betapa besarnya pengorbanan yang dilakukan oleh
seorang askar untuk mempertahankan tanah air daripada sebarang serangan dan imej 7
buah rumah yang terdapat diatas badan figura askar tersebut menunjukkan kawasan yang
harus dipertahankan oleh seorang askar.Antara unsure seni yang terdapat dalam karya ini
ialah unsure warna,pengkarya cuba menonjolkan warna-warna yang sejuk untuk
menimbulkan suasana yang harmoni.Selain itu unsure seni yang terdapat dalam karya ini
ialah unsure bentuk iaitu bentuk rumah dan bentuk figura seorang askar.Unsur seni yang
seterusnya ialah unsur penegasan iaitu pengkarya cuba menegaskan imej seorang askar
dan unsure seterusnya ialah unsure harmoni iaitu pengkarya cuba menerapkan unsure
harmoni melalui permainan warna dan reka letak imej tersebut.
PERTIMBANGAN
Karya seni digital yang dihasilkan oleh Alexander Jansso ini memaparkan tentang
pengorbanan yang dilakukan oleh seorang askar mempertahankan tanah air yang tercinta
berjaya memaparkan mesej kepada para penonton.karya seni ini telah mengangkat
martabat seni digital pada masa kini.


KARYA 6
Pengkarya : Archan Nair
Jenis karya : Surealisme





















DESKRIPSI
Karya di atas adalah sebuah karya surealisme yang dicipta oleh Archan Nair yang
diciptakan menggunakan medium media baru iaitu komputer yang mengunakan perisian
adobe cs 5 sebagai media untuk menghasilkan sebuah karya ini.
ANALISIS
Karya ini adalah sebuah karya yang memanipulasikan imej menggunakan media seperti
komputer untuk menghasilkanya. Dalam karya ini terdapat imej sebiji botol minyak wangi
yang berjenama Hugo dan diatas botol tersebut terdapat imej beberapa bangunan yang
digambar seperti Bandar yang pesat dan terdapat juga imej kerusi,figura seorang manusia
dan terdapat juga imej beberapa figura 2 ekor kuda diatas botol minyak wangi
tersebut.Antara unsur seni yang terdapat dalam karya ini adalah
bentuk,rupa,penegasan,keseimbangan dan harmoni.
INTERPRETASI
Pengkarya cuba mengangkat seni digital dengan memaparkan imej sebiji botol minyak
wangi berjenama Hugo dan beberapa imej lain seperti imej bangunan-bangunan,figura
kuda,dan figura manusia. Pengkarya cuba memaparkan mesej mengenai kehidupan urban
masyarakat yang tinggal di bandar melalui imej sebotol minyak wangi berjenama Hugo
yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran.Ia mempunyai mesej tersirat iaitu mengenai
kehidupan di bandar yang mengutamakan jenama dan barang-barang yang mahal dalam
kehidupan mereka.unsur seni yang digunakan seperti bentuk iaitu terdapat sebiji botol
yang berbentuk silinder digunakan dalam karya ini.Selain itu terdapat unsure seni rupa iaitu
rupa botol dan objek-objek seperti bangunan didalam karya ini.unsur penegasan juga
terdapat dalam karya ini iaitu penegasan terhadap sebiji botol minyak wangi yang cuba
ditegaskan dalam karya ini.selain itu unsure seni keseimbangan iaitu keseimbangan imej
yang dihasilkan yang diletakkan di tengah-tengah karya.unsur yang terakhir adalah unsur
harmoni iaitu keharmonian warna asas yang digunakan dalam karya ini.
PERTIMBANGAN
Karya seni digital yang dihasilkan oleh Archan Nair ini memaparkan tentang kehidupan
urban masyarakat yang tinggal di bandar berjaya memaparkan mesej kepada para
penonton.karya seni ini telah mengangkat martabat seni digital pada masa kini.



KARYA 7
Pengkarya : Mark Caprio
Jenis karya : Surealisme




DESKRIPSI
Karya di atas adalah sebuah karya surealisme yang dicipta oleh Mark Caprio yang
diciptakan menggunakan medium media baru iaitu komputer yang mengunakan perisian
adobe cs 5 sebagai media untuk menghasilkan sebuah karya ini.
ANALISIS
Karya ini adalah sebuah karya yang memanipulasikan imej menggunakan media seperti
komputer untuk menghasilkanya. Dalam karya ini terdapat imej mata manusia dan imej
wayar-wayar yang terdapat pada imej mata tersebut.Antara unsur seni yang terdapat
dalam karya ini adalah rupa,warna,penegasan,kontra dan keseimbangan.
INTERPRETASI
Pengkarya cuba mengangkat seni digital dengan memaparkan imej figura mata manusia
dan wayar-wayar yang terdapat melalui mata tersebut.Pengkarya cuba memaparkan mesej
mengenai bagaimana mata manusia berfungsi yang digambarkan melalui wayar-wayar
tersebut yang diibaratkan wayar tersebut bersambung terus dari mata sehingga ke otak
manusia.Ia mengambarkan bahawa visual yang dilihat dari mata manusia terus dihantar ke
otak untuk memproseskan visual tersebut.Unsur-unsur seni yang terdapat dalam karya ini
adalah rupa yang digambarkan rupa mata manusia dan rupa wayar-wayar yang terdapat
pada mata manusia tersebut.Selain itu,terdapat penggunaan warna-warna sejuk dan panas
yang digabungkan dalam karya ini untuk menampakkan imej penegasan.Unsur penegasan
iaitu penegasan terhadap imej mata menunjukkan fokus yang ditekankan terhadap imej
mata yang ingin disampaikan.Unsur kontra juga terdapat iaitu kontra yang terdapat pada
imej mata dan wayar tersebut.unsur seterusnya ialah unsure keseimbangan.Unsur
keseimbangan ini terdapat pada imej bentuk mata yang dihasilkan.
PERTIMBANGAN
Karya seni digital yang dihasilkan oleh Mark Caprio ini memaparkan tentang bagaimana
pancaindera manusia iaitu mata manusia berfungsi ini berjaya memaparkan mesej kepada
para penonton.karya seni ini telah mengangkat martabat seni digital pada masa kini.








CFT1093
KOMPUTER DAN SENI
ASSIGMENT KRITIKAN SENI
ENCIK AHMAD TARMIZI BIN AZIZAN
(L1T1)

NAMA NO MATRIK
SITI FATIHAH BT AB.HAMID C12A395

You might also like