You are on page 1of 7

Apresiasi

dan
Kritikan Seni

: Mohamad Haziq bin Mahmood : Muhammad Aiman bin Ishak : Mohd Azrie bin Nawawi
Tajuk : Potret diri
Tahun : 1982
Pelukis : Amron Omar
Media : Cat Minyak
Tema : Identiti Melayu...
Saiz : 160.5 x 170.5 cm
Deskripsi
Karya ini menggambarkan figura yang duduk di atas kerusi
malas rotan dan bilik yang kosong.
Menggunakan figura lelaki sebagai hal benda dalam karya
ini.
Turut menggambarkan lelaki tersebut memakai kain pelekat
bewarna merah dan putih serta mempunyai garisan bewarna
biru.
Tidak memakai baju bagi menonjolkan bentuk badan.
Mempunyai susuk tubuh yang agak berusia.
Rambut berkerinting panjang dan berserabut.
Kedudukan lutut kaki kiri naik, kaki kanan mencecah lantai
serta kepala menjenguk ke depan.
Arah cahaya yang berada di hadapan figura.
Kedudukan figura berada di hadapan pintu.
Analisis
Interpretasi
Makna tersurat yang terdapat dalam karya Potret Diri,
Amron Omar ialah pemakaian. Pemakaian yang terpapar
dalam karya ini jelas sekali menunjukan bahawa pemakaian
kaum Melayu. Kain pelikat yang dipakai jelas melambangkan
budaya Melayu.
Berdasarkan cahaya yang digunakan dalam karya ini
melambangkan suasana pada waktu petang. Warna
kekuningan melambangkan cahaya matahari terbenam dan
diwujudkan dengan bayang, seolah olah cahaya datangnya
daripada hadapan, jelas sekali bahawa pengkarya ingin
menyatakan situasi tersebut ialah pada waktu petang.
Makna tersirat yang dapat saya menginterpretasikan dalam
karya tersebut ialah keagamaan. Disini dapat kita kaitkan
bahawa pengkarya peka dengan pantang larang agama dari
segi aurat. Pemakaian yang dipakai dalam karya tersebut
jelas menutup aurat walaupun dilihat tidak berbaju.
Selain itu, makna tersirat lain dalam karya ini ialah
kebudayaan dan tradisi orang Melayu. Dalam karya tersebut,
pakaian serta bahan yang digunakan untuk dijadikan kerusi
iaitu rotan, menyifatkan keperibadian orang Melayu atau
dikenali sebagai tradisi orang Melayu. Jelas sekali dengan
perkara tersebut merupakan makna tersirat yang ingin
disampaikan oleh pengkarya dalam karyanya.
Penilaian
Mesej yang ingin disampaikan oleh pengkarya berjaya dengan
tema yang digunakan. Identiti melayu sinomin dengan
pemakaian yang digambarkan dalam karya iaitu berkait pelekat.
Tetapi, pengamatan pengkritik terhadap pergerakan figura agak
tidak jelas. Pengkritik perlu mengetahui terlebih dahulu
penceritaan sebenar karya ini kerana jika dilihat, karya yang
dihasilkan seakan-akan sedang bersantai, tetapi situasi sebenar
ialah figura tersebut berada dalam keadaan ingin bangun. Selain
itu, posisi yang dilakukan juga begitu baik kerana menampakkan
sebahagian besar anggota badan. Karya ini juga telah
menunjukkan kualiti hasilannya dari segi penggunaan warna
yang ekonomi iaitu coklat kekuningan. Karya ini juga berjaya
dalam penggunaan teknik yang sempurna dan mempunyai
ketelitian yang tinggi.

You might also like