You are on page 1of 3

bank soalan

Bab
Pengkaryaan: Seni Halus
2
Soalan Struktur

1 Berikan perbezaan antara jenis lukisan yang dinyatakan di bawah.


(a) Lukisan figuratif
(b) Lukisan kajian
(c) Lukisan teknikal
2 Bandingkan perbezaan penampilan imej dalam penghasilan catan aliran:
(a) Impresionisme
(b) Ekspresionisme

Soalan Esei

1 Nyatakan perbezaan teknik cetakan.


2 Terdapat pelbagai teknik penghasilan arca yang menghasilkan jenis karya yang berbeza.
Bincangkan.

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
Jawapan Cadangan
Soalan Struktur

1 (a) Lukisan figuratif – penumpuan penghasilan lukisan pada bentuk tubuh badan/
anatomi manusia
(b) Lukisan kajian – merakam ketelitian pada bentuk sesuatu subjek yang dilukis secara
terperinci, contoh melukis jalinan sesuatu subjek secara realistik
(c) Lukisan teknikal – melukis menggunakan skala tertentu untuk memastikan kadar
banding/ukuran yang tepat
2 • Impresionisme – merakam imej alam semula jadi/kehidupan seharian/benda di
persekitaran dengan mementingkan rakaman bentuk/kesan cahaya/jalinan sesuatu
subjek yang dilukis yang membentuk suasana/mood
• Ekspresionis – imej yang dirakam adalah bebas, tidak terhad kepada sesuatu subjek.
Mementingkan perasaan/emosi dalaman pengkarya yang dilahirkan secara ekspresif
pada karya catan. Contohnya imej abstrak

Soalan Esei

1 Terdapat pelbagai jenis cetakan antaranya ialah cetakan timbulan, cetakan benaman dan
cetakan stensil.
• Cetakan timbulan melibatkan blok atau permukaan yang diukir. Ukiran yang
dihasilkan akan meninggalkan bahagian yang timbul untuk disapukan dakwat serta
dicetak. Jenis bahan yang digunakan untuk penghasilan cetakan timbulan antaranya
ialah getah lino atau blok kayu
• Cetakan benaman ialah cetakan yang memerlukan kesan benaman, iaitu dakwat
melekat pada permukaan yang terbenam/bahagian yang diukir. Contoh cetakan
benaman ialah cetakan turisan (engraving) atau gurisan asid (etching). Antara bahan
yang diperlukan untuk cetakan benaman ialah plat logam dan alat untuk mengguris
seperti paku atau alat tajam
• Cetakan stensil ialah cara cetakan yang menggunakan pindahan imej sedia ada ke
atas sesuatu permukaan lain. Stensil boleh diperbuat daripada plastik, kertas atau
emulsi. Contoh cetakan stensil ialah cetakan sutera saring yang menggunakan sekuji
untuk meratakan dakwat cetakan ke atas sesuatu permukaan
2 Penghasilan arca mempunyai pelbagai jenis teknik penghasilan yang menghasilkan jenis
karya dengan pelbagai olahan. Berikut adalah antara jenis teknik penghasilan arca:
• Arca binaan/arca tambahan. Arca binaan menggunakan sesuatu objek/bahan yang
dicantum/ditambah untuk membentuk sebuah arca. Antara bahan yang boleh
digunakan untuk membina arca jenis ini ialah kayu, besi atau tanah liat

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018
• Arca juga boleh dibentuk menggunakan teknik luakan. Penggunaan teknik luakan
dalam penghasilan arca menggunakan teknik mengurangkan sesuatu bahagian
untuk membentuk. Contoh bahan yang digunakan untuk penghasilan arca luakan
adalah seperti bongkah kayu atau batu marmar
• Penghasilan arca juga dapat dibentuk menggunakan teknik asemblaj. Arca asemblaj
diolah dengan cara lekatan sesuatu bahan atau objek pada sesuatu permukaan.
Contohnya melekatkan/menampal objek seperti kertas atau bahan terbuang pada
sesuatu permukaan dan diolah menjadi karya yang menarik

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 3

You might also like