You are on page 1of 2

bank soalan

Bab
Bentuk Seni Visual
7
Soalan Struktur

1 Jelaskan perbezaan antara dua aspek yang dinyatakan di bawah dalam aspek
pembentukan idea:
(a) Teknologi mekanikal
(b) Teknologi elektronik
2 Berikan penjelasan tentang dua aspek yang berikut:
(a) Pengalaman peribadi
(b) Pengalaman sosial

Soalan Esei

1 Jelaskan sumber idea yang boleh digunakan dalam proses penghasilan sebuah karya
yang bertemakan kritikan sosial.

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
Jawapan Cadangan
Soalan Struktur

1 (a) Teknologi mekanikal – pengetahuan sains yang menggunakan jentera atau mesin
untuk mengerakkan sesuatu. Contohnya, teknologi yang melibatkan mekanikal asas
seperti pergerakan enjin kereta dan permainan kanak-kanak yang boleh digerakkan.
(b) Teknologi elektronik – sesuatu aktiviti kajian yang berasaskan sains dengan
menggunakan teknologi elektrik. Contohnya, teknologi elektronik seperti televisyen,
radio dan komputer
2 (a) Pengalaman peribadi – sesuatu perkara yang dialami atau dirasai oleh seseorang
individu. Contohnya pengalaman bekerja, kejayaan, pencapaian dalam hidup dan
sebagainya
(b) Pengalaman sosial – sesuatu perkara yang melibatkan sesebuah masyarakat atau
sekumpulan manusia. Contohnya, pergaulan seharian atau apa sahaja aktiviti yang
dilakukan dalam masyarakat.

Soalan Esei

1 • Sumber idea yang boleh digunakan dalam sesebuah karya yang bertemakan kritikan
sosial ialah melalui media massa. Media massa berperanan sebagai alat atau
perhubungan antara manusia untuk memperoleh maklumat. Contohnya, media
massa elektronik ialah radio dan televisyen. Sumber idea tentang kritikan sosial
boleh diperoleh melalui mesej yang disampaikan dalam sesuatu rancangan yang
ditayangkan atau sesuatu peristiwa yang disampaikan melalui berita.
• Sumber idea yang bertemakan kritikan sosial boleh diperoleh melalui persekitaran.
Persekitaran ialah sesuatu keadaan yang wujud di sekitar kehidupan manusia.
Contohnya, persekitaran yang melibatkan kehidupan sosial masyarakat seharian,
seperti keruntuhan moral remaja atau semangat bekerjasama. Sesuatu yang berlaku
di persekitaran boleh dijadikan sumber idea dalam penghasilan karya.
• Idea berkaitan kritikan sosial juga boleh diperoleh melalui sesuatu peristiwa.
Peristiwa ialah sesuatu perkara yang berlaku pada sesuatu masa sama ada pada
masa kini atau masa lalu. Peristiwa masa lalu dikenali sebagai sejarah. Contohnya,
peristiwa tentang kemerdekaan Malaysia boleh memberi gambaran tentang
perpaduan yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia hingga dapat mewujudkan
suasana negara yang aman dan mencapai kemerdekaan

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018

You might also like