You are on page 1of 2

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN

MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)


TRIMESTER OKTOBER 2020: TUGASAN INDIVIDU

PANDUAN TUGASAN INDIVIDU

PENGENALAN:
• Tugasan individu ini merupakan salah satu komponen penilaian berterusan bagi kursus ini dan
wajib dilakukan oleh setiap pelajar yang mendaftar kursus ini.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS:


• Tugasan kumpulan ini untuk mengukur hasil pembelajaran kursus berikut:
- CLO 1 - Menghuraikan peranan nilai ketamadunan dalam pembentukan sistem nilai
masyarakat Malaysia.
- CLO 3 - Membahaskan elemen ketamadunan dengan isu kemasyarakatan semasa.

PENGENALAN DAN ARAHAN:

Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, pelbagai isu ketamadunan yang berkaitan kehidupan manusia telah
dibincangkan secara meluas melalui forum, bual bicara (talk), seminar atas talian (webinar) dan
perbahasan (debate) sama ada di peringkat nasional atau di peringkat antarabangsa. Antara isu yang
dibincangkan ialah seperti isu keselamatan, pelarian, kesihatan, alam sekitar, politik, sains dan
teknologi, agama dan lain-lain lagi. Sejajar dengan peningkatan teknologi komunikasi, perbincangan
ini telah dilakukan secara langsung (live) dan telah direkodkan untuk dijadikan rujukan.

Arahan Soalan
1. Format tugasan individu berbentuk ulasan (review) kepada video sebuah forum / seminar /
debat / bual bicara.
2. Pelajar dikehendaki menonton 1 (SATU) video yang membincangkan perkara umum yang
berkaitan dengan ketamadunan manusia masa kini (di Malaysia atau antarabangsa).
3. Buat satu laporan bertulis yang mempunyai 2 bahagian penulisan. Bahagian A ialah latar
belakang program serta tiga isi penting kandungan perbincangan dalam video secara terperinci.
Bahagian B ialah pelajar perlu menulis refleksi atau pandangan sendiri tentang apakah signifikan
isu yang dibincangkan kepada kelestarian ketamadunan manusia masa kini.

1
Arahan Penulisan:
1. Tugasan harus ditaip dengan menggunakan Times New Roman bersaiz 12.
2. Pastikan maklumat-maklumat muka hadapan tugasan (cover page) dilengkapkan sepenuhnya
seperti mana soft copy yang dimuatnaikkan ke WBLE / etc.
3. Laporan tugasan mesti mempunyai perkara-perkara berikut:
i. Muka Hadapan dan Rubrik Pemarkahan.
ii. Bahagian A
iii. Bahagian B
4. Tugasan ini bermula pada minggu ke 5 dan dihantar pada minggu ke 7. Tugasan yang dihantar
tidak menepati masa tidak akan dilayan dan tidak diberi markah.
5. Tugasan ini mesti diserahkan secara atas talian ke platform (link) yang ditetapkan oleh pensyarah
masing-masing antara 11/12/2020-13/12/2020.
6. Sebarang penipuan atau plagiarism adalah menyalahi peraturan universiti dan akan dikenakan
tindakan tatatertib.
7. Penilaian tugasan adalah secara individu berdasarkan kepada skop-skop yang berikut:

Skop-Skop Tugasan Individu

BAHAGIAN A (20 MARKAH)


Pengenalan (5 markah)
Nyatakan latar belakang program - tajuk forum / seminar / debat / bual bicara, nama penganjur,
nama ahli-ahli panel dan moderator, tarikh dan tempat program.

Isi Penting dalam Perbincangan / dalam video (15 markah)


Berikan TIGA (3) isi kandungan yang jelas dan terperinci tentang apa yang dibincangkan oleh para
panel dalam program tersebut.

BAHAGIAN B (10 MARKAH)


Pelajar perlu menulis DUA (2) refleksi atau pandangan sendiri tentang apakah signifikan isu yang
dibincangkan kepada kelestarian ketamadunan manusia masa kini.

8. Tuliskan link video yang anda rujuk seperti berikut (contoh sahaja):
• COVID-19: The Great Reset https://www.youtube.com/watch?v=VHRkkeecg7c
• Does Mindfulness really work? - The Brain Forum Debates 2020
https://www.youtube.com/watch?v=E56Vr4kDzes
• Pendidikan Hibrid: Adakah Malaysia Sudah Bersedia? https://ms-
my.facebook.com/astroawani/posts/10157369870665965

You might also like