You are on page 1of 9

Perancangan Akademik

JUH 101
HUBUNGAN
ETNIK

Sidang Akademik 2019/2020

2
KOD KURSUS : JUH 101-HUBUNGAN ETNIK

(ETHNIC RELATIONSHIP)

PENGURUS KURSUS : DR. SHAIK ABDULLAH BIN HASSAN MYDIN

E-MAIL : abdullah@usm.my

TELEFON : 04-6534577

SINOPSIS KURSUS

Kursus ini membincangkan konsep asas, latar belakang dan realiti sosial masa kini
hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial. Tujuan kursus ini ialah
memberikan kesedaran dan penghayatan dalam mengurus kepelbagaian ke arah
pengukuhan negara bangsa. Pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dalam bentuk
pembelajaran berasaskan pengalaman melalui aktiviti individu, berpasukan dan semangat
kesukarelaan. Pada akhir kursus ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan nilai-nilai
murni, mempunyai jati diri kebangsaan dan menerima kepelbagaian sosio-budaya etnik di
Malaysia.

HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

1.Mengenalpasti konsep asas, latar belakang dan realiti sosial masa dalam konteks
hubungan etnik di Malaysia dari perspektif kesepaduan sosial.

2. Membincangkan isu dan cabaran dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

3. Membina hubungan dan interaksi sosial pelbagai etnik

ke arah mewujudkan warganegara yang bertanggungjawab

3
SILIBUS KURSUS

Bil Tajuk

1 Konsep Asas dan Potret Hubungan Etnik Di Malaysia: Kesepaduan dalam


Kepelbagaian

2 Kepelbagaian Agama: Mencari Titik Pertemuan

3 Perlembagaan Persekutuan: Tiang Seri Hubungan Etnik

4
Permuafakatan Politik dalam konteks hubungan etnik di Malaysia

5 Limpahan Kemakmuran Merentasi Hubungan Etnik

6 Pemerkasaan Pendidikan Ke Arah Kesepaduan Sosial

7 Dari Segregasi Ke Intergrasi dalam menjalin kesepaduan dan melahirkan


keharmonian.

KAEDAH PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Bahan pengajaran disampaikan melalui sistem WEBEX yang berjadual dan bahan
bacaan dalam bentuk power point. Rujukan tambahan yang dicadangkan juga
disenaraikan. Anda boleh akses rakaman kuliah ini melalui web e-learning PPPJJ. Pelajar

4
dapat mengikuti kuliah secara lebih dekat kerana setiap pelajar boleh belajar secara
berasingan dan mengikut kesesuaian masa anda sendiri.

Pastikan anda sentiasa mengikuti maklumat terkini di portal e-learning PPPJJ


terutamanya berhubung dengan tugasan, projek dan peperiksaan akhir. Sebarang alasan
terlepas maklumat di portal e-learning PPPJJ yang anda berikan TIDAK akan diterima.

PENILAIAN KURSUS

Sumbangan Penilaian:

(a) Peperiksaan : 30 % (b) Kerja Kursus : 70 %

(c) Penilaian kerja kursus :

Jenis %

(i) Tugasan 20

(ii) Projek 50

A) TUGASAN - kumpulan ( 2-4 orang sahaja) 20%

Ulasan Buku atau Video


Maklumat tentang buku atau video
Softcopy sahaja Hantar ke -
hubunganetnik@gmail.com
Tak perlu hantar ke Pejabat Pejabat PPPJJ USM

5
B) PROJEK - kumpulan (2-4 orang sahaja) 50%
Bahagian 1 dan 2 Mesti Hantar Ke Pejabat PPPJJ USM dan

Cover Page sahaja Hantar ke -


hubunganetnik@gmail.com

i. Kerja Lapangan Lawatan atau Temubual-kumpulan (2-4 orang sahaja) 30%

ii. Pembentangan Projek Lawatan atau Temubual- kumpulan (2-4 orang 20%
sahaja)

TUGASAN (20%)-Soft copy sahaja hantar ke hubunganetnik@gmail.com

1. Sediakan satu tugasan yang berbentuk perbincangan tentang buku atau


video atau filem yang ditonton berkaitan isu hubungan etnik seperti etnik,
pendidikan, perpaduan, sosial, ekonomi, politik ataupun mana-mana isu yang
menarik yang dapat dihubungkan dengan hubungan etnik baik di Malaysia ataupun
luar negara.

2. Tugasan mesti membincangkan tentang latar belakang dari segi nama


penulis, tahun, tajuk dan nama penerbit.

3. Tugasan mesti ada sinopsis ataupun ringkasan(setengah muka surat) dan


analisis(5 muka surat) dari segi keunikan dan pengajaran yang dipelajari yang
bermanfaat yang dapat membantu mengukuhkan hubungan etnik di Malaysia.

4. Tugasan mesti dihantar sebelum 30 MAC 2020.

6
PROJEK - 50%

Projek
Kerja Lapangan: Lawatan atau Temubual (30%)

1. Pilih satu tajuk sahaja daripada tajuk-tajuk berikut:

I) PROJEK GOTONG ROYONG DI KAWASAN ANDA ATAU MANA MANA


KAWASAN YANG SESUAI.

ii) PROJEK LAWATAN KE RUMAH ORANG TUA.

ii) PROJEK ANALISIS SUMBANGAN LIMA NILAI UTAMA DALAM AGAMA ISLAM
DAN MANA-MANA AGAMA YANG SESUAI.

Bahagian 1

FORMAT PENYEDIAAN PROJEK

1. TULIS SATU LAPORAN ESEI 15-20 HALAMAN.

2. PASTIKAN ESEI DISUSUN MENGIKUT FORMAT TUGASAN (Esei Yang Bertaip


Dan Di Print) Muka Hadapan (Cover Page) yang mempunyai maklumat pelajar
seperti Nama, No. Matrik, Pusat Wilayah dan No. Telefon.

3. Isi Kandungan

i) Pendahuluan (Kepentingan Projek tersebut)

ii) Kaedah Kajian (lokasi projek serta sedikit temubual tentang projek tersebut)

iii) Analisis (5 nilai besar yang dikenalpasti dalam projek tersebut dan dijelaskan
dari persepektif agama dan budaya)

7
iv) Cadangan (5 Cadangan Anda Untuk Menambahbaik Hubungan Etnik Di
Malaysia)

v) Kesimpulan

vi) Lampiran (Gambar- Gambar & Buku-buku Rujukan)

Projek
Bahagian 2

FORMAT PENYEDIAAN PROJEK

Pembentangan

1. Buat satu perbincangan dalam bentuk forum yang melibatkan ahli kumpulan
tentang projek tersebut (Bincangkan hasil dapatan daripada projek tersebut).

2. Rakam perbincangan forum tersebut dalam bentuk video dan simpan dalam
CD/Pendrive kemudian kepilkan sewaktu menghantar tugasan projek yang di cetak
dari bahagian 1.

Jadi kerja kursus melibatkan 2 bahagian iaitu esei tentang projek tersebut dan
rakaman video forum esei yang disiapkan.

RINGKASAN KERJA KURSUS

AKTIVITI MARKAH TARIKH SERAHAN

i. Tugasan -Perbincangan Buku & Video & Filem 20% 30 Mac 2020

ii. Projek Bahagia 1 -Lawatan atau Temubual 30% 27 Feb 2020

iii. Projek Bahagian 2-Pembentangan Hasil Dapatan 20% 27 Feb 2020

8
SENARAI BUKU RUJUKAN:

(a) Rujukan utama:

Samsul Amri Baharudin (ed). 2014. Modul Hubungan Etnik. Bangi, Selangor. Institut Kajian Etnik, UKM. (Edisi ke-2)

Baterah Alias, Huzaimah Ismail dan Najahudin Lateh. 2013. Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor. Oxford Fajar. (Edisi ke-2)

Samsul Amri Baharuddin (ed). 2006. Modul Hubungan Etnik. Jabatan Pengurusan Pengajian Tinggi, Penerbitan UPENA, 2006.

Miall, H. (1992), The Peacemakers: Peaceful Settlement of Disputes Since 1945, MacMillan, London.

Kamarulzaman Askandar. 2006. Budaya Perdamaian Budaya Kita. Research and Education for Peace, School of Social Sciences, Universiti
Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Oliver Ramsbotham, Tom Woodhouse, Hugh Miall. 2005. Contemporary Conflict Resolution. MacMillan, London.

Abdul Aziz Bari. 2000. Perlembagaan Malaysia: Asas-asas dan Masalah, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(b) Rujukan tambahan :

Nazri Muslim, Nik Yusri Musa dan Ahmad Hidayat Buang. 2011. Hubungan etnik di Malaysia dari perspektif Islam. Kajian Malaysia 29 (1): 1-28

Hamidah Ab Rahman, Muhammad bin Daud dan Norlin bin Ahmad. 2009. Pembangunan ekonomi dalam hubungan etnik. Google Scholar.
http://s3.amazonaws.com/academia.edu.documents/31994864/Hubungan_Etnik_dan_Pembangunan_Ekonomi_artikel.pdf? [akses 23 Jun 2016]

You might also like