You are on page 1of 6

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN

TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN


TAHUN AKADEMIK SEMESTER III / 2022-2023
Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MPU 3122 Semester / Tahun : III/3


Ambilan : JUN 2020
Nama Kursus: HUBUNGAN ETNIK
Kumpulan : PISMP

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Kuiz (20%) 10 JULAI 2023 13 JULAI 2023

2. Penulisan Ilmiah (60%) 5 JUN 2023 21 JUN 2023

3. Pembentangan (20%) 3 JULAI 2023 6 JULAI 2023

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menerangkan pembinaan negara bangsa berasaskan konsep-konsep asas hubunganetnik. (C2,


A1, LO1)
2. Menjelaskan hubungan etnik dari perspektif ekonomi, politik dan kepelbagaianagama. (C2, A2,
LO1, LO3, CTPS1)
3. Menghuraikan masyarakat pluralistik di Alam Melayu, Sarawak danSabah, Kesultanan Melayu
Melaka dan penjajahan British serta selepas pembentukanMalaysia melalui rujukan daripada
pelbagai sumber. (C4, A2, LO1, LO3, LO6, CTPS1, LL1)
4. Membincangkan secara lisan dan bertulis konsep perlembagaan sebagai asaspembinaan jati diri
dan negara bangsa secara berkumpulan. (C5, A2, LO1, LO3, LO4, LO5, CTPS2, CS3, TS3)
5. Menilai usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik secara lisan dan
bertulis. (C5, A4, LO1, LO3, LO4, CTPS3, CS3)

Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai semua hasil pembelajaran di atas.

Objektif Pentaksiran Berterusan:

Pelajar dapat:

1. Menerangkan pembinaan negara bangsa dan konsep asas hubungan etnik.


2. Menjelaskan hubungan etnik dari sudut politik, ekonomi dan kepelbagaian agama.
3. Menghuraikan masyarakat pluralistik semasa Kesultanan Melayu Melaka ,penjajahan
British dan selepas pembentukan Malaysia.
4. Menilai usaha ke arah integrasi nasional dan cabaran dalam hubungan etnik

Stimulus:

Kemakmuran di Malaysia hari ini merupakan hasil daripada satu proses yang panjang. Perpaduan
yang wujud di Malaysia hari ini sesungguhnya merupakan sebuah kebahagiaan yang telah melalui
beberapa proses interaksi,intgrasi dan asimilasi antara masyarakat pribumi tempatan dengan
masyarakat bukan pribumi tempatan. Proses ini mengambil masa yang agak panjang dan turut
melalui zaman kedukaaan. Melalui proses sejarah yang dilalui oleh negara kita Malaysia maka hari
ini kita boleh lihat keutuhan perpaduan masyarakat yang bernama Malaysia

(Dipetik daripada Ishak Saat,Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Karisma Publication Sdn.Bhd.
2009,m.s.190)

TUGASAN 1: (20%)

Menjawab soalan kuiz secara online yang mengandungi 20 soalan objektif dalam tempoh
30 minit merangkumi pelbagai tajuk iaitu :
i. Hubungan etnik dalam pembinaan negara bangsa
ii. Konsep-konsep asas dalam hubungan etnik
iii.Sejarah Masyarakat Malaysia

iv.Pemupukan Integrasi Nasional

v.Hubungan Etnik dalam Alam Pendidikan

Arahan Pelaksanaan Tugasan 1:


 Menjawab soalan objektif berkaitan hubungan etnik dalam pembinaan negara bangsa.
 Menjawab soalan objektif berkaitan konsep-konsep asas dalam hubungan etnik.
 Menjawab soalan objektif berkaitan perlembagaan dalam konteks hubungan etnik.
 Menjawab soalan objektif berkaitan pemupukan integrasi nasional.

TUGASAN 2: (60%)

Secara individu,pilih satu tajuk di bawah dan hasilkan penulisan esei dengan 1500 patah
perkataan.

i. Huraikan bagaimana pembangunan ekonomi dapat mengukuhkan hubungan etnik di


Malaysia
ii. Perincikan pembentukan masyarakat pluralistik di Malaysia
iii. Bincangkan unsur-unsur tradisi yang terdapat dalam perlembagaan di Malaysia
iv. Nilaikan usaha-usaha ke arah integrasi nasional di Malaysia
v. Huraikan peranan yang dimainkan oleh golongan pendidik dalam membentuk hubungan
etnik di Malaysia

Arahan Pelaksanaan Tugasan 2:

 Sediakan penulisan berdasarkan isu perbincangan yang dikemukakan.


 Panjang tugasan tidak melebihi 1500 patah perkataan.
 Pelajar perlu mengemukakan bukti dalam menghuraikan fakta.
 Format penulisan:
a. Font : Arial
b. Saiz Huruf : 11 poin
c. Langkau 1.5 baris.
d. Rujukan mengikut format Publication Manual of the American Psychological
Association (APA).

TUGASAN 3: (20%)
Secara berkumpulan (berdua/bertiga) anda dikehendaki menyediakan satu pembentangan
dengan membincangkan salah satu tajuk berikut:

 Sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia


 Cabaran hubungan etnik dalam pemupukan integrasi nasional
 Pendidik sebagai agen sosiolisasi

Arahan Pelaksanaan Tugasan 3:


1. Tugasan perlu dilaksanakan secara berkumpulan. Kemukakan bukti pelaksanaan aktiviti
kumpulan.
2. Sediakan bahan pembentangan dalam bentuk powerpoint.
3. Pembentangan melibatkan semua ahli kumpulan.
4. Slaid pembentangan antara 8-10 slaid.
5. Penilaian dibuat berdasarkan rubrik yang disediakan secara berkumpulan.
6. Bahan pembentangan perlu diserahkan dalam bentuk hardcopy dan softcopy mengikut tarikh
yang telah ditetapkan.

Arahan Am:
1. Semua tugasan perlu disiapkan dalam tempoh yang dinyatakan.
2. Pelajar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keaslian karya dan hasil kerja yang
dikemukakan.
3. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali dan sekiranya dikesan, pelajar boleh
digagalkan daripada kursus ini atau ditarik balik kelulusannya.
4. Tugasan ini membawa markah ( 50 %) dan wajaran ( 50 %).
5. Sila pastikan anda mematuhi arahan-arahan pelaksanaan tugasan yang ditetapkan.
6. Sila pastikan anda menulis maklumat berikut di muka depan tugasan yang dihantar:
i. Nama Pelajar
ii. Angka Giliran
iii. No. Kad Pengenalan
iv. Kumpulan
v. Kod dan Nama Kursus / Mata Pelajaran
vi. Nama Pensyarah Kursus
vii. Tarikh Hantar
7. Pelajar perlu menghantar tugasan beserta dengan borang maklum balas yang telah
lengkap diisi dengan maklumat yang bersesuaian.

Disediakan oleh: Disemak oleh


.................................................................. ........................................
(PN. NORROLNADIA BINTI TAJUDIN) (DR. SIVARAJAN PONNIAH)
Penyelaras Kursus MPU 3122 Pakar Subjek (SME)
Unit JPTaK Unit Sejarah JPTaK
IPG Kampus Tuanku Bainun IPG Kampus Tuanku Bainun

Disahkan oleh:

..............................................................................

(EN. ABDUL SALIS BIN ABDUL HALIM)


Ketua JPTaK
IPG Kampus Tuanku Bainun
Tarikh:
6

You might also like