You are on page 1of 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN KERJA KURSUS


TAHUN AKADEMIK 2019

Program : PISMP Nama Pelajar:

Kod: EDUP3013
Semester / Tahun: 1/1
Nama Kursus: Falsafah dan Pendidikan
di Malaysia Ambilan: Jun 2019

Kumpulan: PISMP 1.01 hingga 1.11

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Kuiz 17 Julai 2019 24 Julai 2019

2. Pembentangan 03 Sept 2019 10 Sept 2019

3. Penulisan Akademik 06 Ogos 2019 30 Ogos 2019

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan


sistem pendidikan di Malaysia. (C2, LO1)
2. Menghuraikan pandangan ahli falsafah Islam, barat dan timur terhadap ilmu dan
pendidikan serta cabang-cabang falsafah melalui tinjauan literatur (C2, A2, LO1, LO6,
LL1)
3. Menilai elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
dalam perkhidmatan perguruan. (C5, LO3, CTPS2)
4. Menganalisis model kurikulum dan pelaksanaan kurikulum di sekolah dalam aktiviti
pembentangan. (C4, A4, LO3, LO4, CTPS3, CS4)
5. Menganalisis isu-isu dalam pendidikan di Malaysia melalui sumber rujukan yang relevan.
(C4, LO3, LO6, CTPS3, LL1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 4 dan 5

Objektif Kerja kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menerangkan konsep asas falsafah, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan


pendidikan di Malaysia serta membincangkan elemen-elemen-elemen yang terdapat
dalam falsafah Islam, Barat dan Timur melalui soalan kuiz.
2. Membentangkan analisis model kurikulum dan pelaksanaannya di sekolah secara individu.
3. Menghasilkan satu penulisan akedemik yang menganalisis isu-isu terpilih dalam falsafah
pendidikan di Malaysia dengan memberi justifikasi berdasarkan sumber rujukan yang.
relevan.

1
Tugasan 1: Kuiz (10%)

Anda dikehendaki menjawab 4 soalan struktur dalam tempoh 30 minit.

• Soalan adalah berkaitan tajuk 1,2 dan 3 merujuk kepada tajuk-tajuk dalam RMK
EDUP3013.

Tugasan 2: Pembentangan (10%)

Proses pelaksanaan transformasi pendidikan bermula dengan pengenalan kepada Kurikulum


Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Pelbagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada telah di buat bagi
memastikan murid bersedia dengan keperluan pendidikan abad 21.

Sehubungan itu, anda dikehendaki membanding beza reka bentuk Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi matapelajaran
Pendidikan Islam.

Analisis perkaitan KBSR dan KSSR mata pelajaran Pendidikan Islam dengan ciri-ciri model
kurikulum yang terdapat dalam Model Objektif dan Model Proses

Hasil analisis perlu dibentangkan dalam jangka masa 30 minit.

Tugasan 3: Penulisan Akademik (30%)

“Pendidikan merupakan perkara utama yang berupaya mempengaruhi pembangunan diri


individu dan menyediakan pelbagai peluang dalam mencorakkan kehidupan masa depan”.

Y,Berbahagia Tan Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

Oleh yang demikian, sebarang isu yang wujud dalam dunia pendidikan, perlu dinilai secara
profesional dan ditangani dengan sistematik serta bijaksana.

Untuk itu, anda dikehendaki mengenalpasti 5 isu semasa, berkaitan Amalan Profesionalisme
Guru di Malaysia.

Berdasarkan isu yang dipilih, anda dikehendaki menganalisis dan membuat justifikasi
berdasarkan sumber rujukan serta memberi cadangan amalan profesion keguruan bagi
mengatasi isu yang dibincangkan.
Seterusnya hasilkan satu penulisan akademik yang panjangnya 1000 patah perkataan berkaitan
perbincangan di atas.

.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1, 2 dan 3 adalah tugasan individu .

2. Panjang tugasan adalah seperti yang dinyatakan. Penulisan perlu bertaip dengan saiz fon
Arial 11, dan langkau 1.5 baris.

3. Rujukan lebih daripada lima sumber yang pelbagai dan kajian-kajian lepas.

4. Penulisan rujukan mengikut format dan gaya APA (American Psychological Association)
2
5. Kesemua tugasan harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu.

6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali dan tindakan disiplin akan dikenakan jika
berlaku.

7. Muka depan penulisan akademik merangkumi :


 Nama pelajar
 Angka Giliran
 No. Kad Pengenalan
 Kumpulan/Unit
 Kod dan Nama Kursus
 Tajuk Tugasan Projek
 Nama Pensyarah Akademik

8. Tarikh menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar
lewat tanpa sebab yang kukuh akan ditolak markah sebanyak 5 markah sehari lewat.

9. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%.

10. Kepilkan bersama borang maklum balas projek semasa penghantaran kerja kursus.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(SHARIDAH BINTI ABDUL RASHID) (ABDUL HARIS BIN JOHARI)


Penyelaras Kursus EDUP3013 Pakar Bidang (SME)
Jabatan Ilmu Pendidikan Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Pendidikan Islam IPGK Pendidikan Islam

Disahkan oleh:

(DR MOHD AZMI BIN MAT YUSOFF)


Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPGK Pendidikan Islam.

You might also like