You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK 2016


Program : PISMP Nama Siswa Pendidik:

Kod : EDUP 3063 Semester / Tahun : Semester 2 Tahun 2 (20

Ambilan: Jun 2016


Kumpulan: R
Nama Kursus :Pentaksiran dalam Pendidikan
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan akademik 9 Mac 2018 5 April 20
2. Kuiz 12 April 2018 12 April 20

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Membincangkan konsep asas pentaksiran, tujuan dan prinsip pentaksiran dalam pendidikan
(C3, LO1)
2. Merancang pentaksiran berdasarkan proses merungkai standard dan penjajaran konstruktif
dalam pendidikan (C6, LO1, LO3, CTPS2)
3. Membina pelbagai jenis alat pentaksiran dalam bilik darjah berdasarkan maklumat terkini
daripada pelbagai sumber (C6, A2, LO3, LO6, CTPS3, LL1)
4. Mengaplikasi kriteria pentaksiran yang sesuai, interpretasi data dan melapor prestasi murid
dalam pendidikan (C3,LO6, LL3)
5. Menganalisis isu tentang pentaksiran dalam konteks sekolah rendah di Malaysia.
(C4,LO3,CTPS2)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Mengetahui konsep asas pentaksiran, tujuan dan prinsip pentaksiran dalam pendidikan.
2. Mencari maklumat berkaitan sukatan pelajaran (Dokumen Std Pembelajaran dan Pentaksiran
/DKSP) daripada pelbagai sumber.
3. Membina JSU berdasarkan sukatan pelajaran dan kemahiran yang hendak diuji.
4. Membina item objektif dan esei pelbagai aras kesukaran (merujuk Taksonomi Bloom yang
disemak semula, 2001) berdasarkan JSU yang digubal.
5. Membuat interpretasi terhadap skor pelajar dengan merujuk analisis item.

Anda dikehendaki melaksanakan tugasan-tugasan berikut secara individu.


A. Penulisan akademik (40%)

Tugasan 1

Tugasan ini mengandungi dua bahagian. Dalam bahagian pertama, anda dikehendaki membina satu
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dan seterusnya membina 20 item ujian aneka pilihan serta 2 item subjektif
(Esei). Dalam bahagian kedua pula anda dihendaki membuat analisis item terhadap set data markah
pelajar bagi 20 item.

Anda perlu mengikut langkah-langkah seperti berikut:

KUMPULAN

1. Cari maklumat berkaitan sukatan pelajaran (DKSP) sama ada tahun 3, 4 dan 5 dari pelbagai
sumber yang releven. Sertakan sukatan pelajaran bagi semester yang anda telah pilih untuk
membina Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

2. Bina JSU mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan berdasarkan Kursus Teras/ Elektif anda.
Huraikan langkah-langkah yang patut diambil dalam membina JSU berkenaan.

(INDIVIDU)

3. Bina item ujian formatif berdasarkan JSU yang memenuhi aspek-aspek berikut:
-pelbagai aras Taksonomi Bloom yg disemak (2001)
-menjustifikasikan rasional aras bagi setiap item tersebut.

a. Membina 20 soalan Aneka Pilihan pelbagai aras berdasarkan Taksonomi Bloom. Anda juga
dikehendaki membina dua item esei (subjektif) Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mengikut
KPM.

b. Rubrik perlu disediakan untuk item-item (subjektif). Rubrik yang dibina mestilah memenuhi 5
tahap pencapaian berikut:
-Amat cemerlang - Lulus
-Cemerlang - Gagal
-Kepujian

4. Ujian yang dibina perlu ditadbirkan di dalam sebuah kelas semasa PBS dijalankan.

Bahagian 2 (INDIVIDU)

Selepas PBS, pelajar dikehendaki membuat analisis dan interpretasi soalan aneka pilihan berkaitan
perkara berikut:
- Indeks Kesukaran

Tugasan 2
Kuiz ( 10%)
Anda akan menduduki suatu ujian yang terdiri daripada 20 item beranika pilihan. Ujian ini
menguji penguasaan anda tentang topik-topik berikut pada aras aplikasi, menganalisis dan
mencipta.

i. Konsep Asas Pentaksiran Bilik Darjah


ii. Peranan dan tujuan Pentaksiran dalam Pendidikan
iii. Ciri dan Prinsip Pentaksiran
iv. Jenis Alat Pentaksiran
v. Merungkai Standard dan Penjajaran Konstruktif
vi. Rekabentuk, Pembinaan dan Pentadbiran Ujian

Arahan Pelaksanaan Tugasan

1. Kedua-dua tugasan 1 dan 2 dilaksanakan secara individu.


2. Panjang penulisan akademik adalah 1300 patah perkataan dan tidak melebihi 6 muka surat. Ini
tidak termasuk rujukan dan lampiran. Esei bertaip dengan saiz fon arial 11, dan langkau 1.5 baris.
3. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan dan sumber internet.
4. Penulisan rujukan mengikut format dan gaya APA( American Psychological Association)
5. Esei harus menunjukkan keaslian,kematangan dan bermutu ilmiah.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.
7. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
a. Nama Pelajar
b. Angka Giliran
c. No. Kad Pengenalan
d. Kumpulan/Unit
e. Kod dan Nama Kursus
f. Tajuk Tugasan Projek
g. Nama Pensyarah Akademik
h. Tarikh hantar
8. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar
lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjelaskan gred kerja kursus anda.
9. Tugasan yang baik harus mengandungi butir- butir berikut:
a. Kefahaman yang menyeluruh terhadap isi kandungan kursus EDUP3063
b. Rumusan yang ringkas,padat dan komprenhensif
c. Rujukan sumber yang terdiri buku, jurnal dan laman web
d. Liputan isi kandungan yang menyeluruh,konsisten dan terperinci berserta bukti-bukti
dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah hujah anda.
e. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan
ilmiah.
f. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
g. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa,kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

10. Markah penuh tugasan ini ialah 50%


11. Tugasan akan disemak berdasarkan Rubrik Pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:


______________________ ___________________
(Nama: Dr.Kanthasamy Sundara Rajoo) (Nama: Dr. Mior Ahmad Termizi b. Mior Idris)
Pensyarah/Penyelaras Kursus Pakar Bidang (SME)/ Penyelaras Kursus/
Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

__________________________
(Nama: Zulkufli Bin Mahayuddin )
Ketua Jabatan

You might also like