You are on page 1of 2

AJK (KESELAMATAN & KEBAJIKAN)

NAMA AHLI : CHEAH BEE TING


LEE WEI YI
OBJEKTIF :
1. Menjaga keselamatan setiap ahli
2. Menyediakan peraturan perkhemahan
3. Memastikan keselamatan tapak perkhemahan
4. Menyediakan jadual bertugas malam
5. Menetapkan kata laluan perkhemahan

Pada 19 hingga 22 Mac 2018, IPG Kampus Ipoh telah mengadakan perkhemahan unit beruniform
[Perkhemahan Pemimpin Baru Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)] bagi kesemua pelajar PDPLI /
KDC Ambilan Jun 2017, majar Bahasa Cina. Seramai 32 orang peserta menyertai perkhemahan
tersebut. Perkhemahan tersebut dilakukan di Kem Maktab Rendah Sains MARA Lenggong Changkat
Berangan 33400 Lenggong, Perak Darul Ridzuan. Tempat ini merupakan Pusat Kepimpinan Pelajar
Mara (PUSKEP). Walau bagaimanpun, keselamatan dan kebajikan perkhemahan haruslah dijaga
dengan baik untuk memastikan keselamatan murid. Di samping itu, ahli jawatankuasa kebajikan dan
keselamatan perlu memastikan kawasan aktiviti sentiasa berada dalam keadaan bagi mengelakkan
sebarang perkara buruk daripada berlaku.
Saya dan rakan sebaya saya, Lee Wei Yi selaku ahli jawatankuasa keselamatan dan
kebajikan bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan kebajikan murid. Oleh itu, saya
bekerjasama dengan Lee Wei Yi. Sebelum perkhemahan bermula, kami diberi arahan untuk mendapat
surat pengesahan diri pelajar IPG Kampus Ipoh untuk mendapat rawatan semasa peserta cedera di
kawasan perkhemahan. Kami juga perlu memeriksa kit kecemasan. Kit kecemasan perlu dikemaskini
dan memastikan kandungannya lengkap. Kami juga mengatur jadual bagi semua ahli BSMM menjaga
malam selama empat hari tiga malam di khemah mengikut masa. Kami juga mencipta kata rahsia
untuk peserta semasa menjaga malam.
Semasa perkhemahan dijalankan, perseta menjaga malam di khemah mengikut senarai nama
yang telah diatur oleh AJK keselamatan dan kebajikan. Peserta dibahagi kepada 9 kumpulan dan
bertugas mengikut masa iaitu 12 a.m hingga 2 a.m, 2 a.m. hingga 4 a.m, 4 a.m hingga 6 a.m, dalam
masa empat hari tiga malam semasa perkhemahan. Semasa peserta bertugas, mereka harus
menggunakan kata rahsia untuk memastikan ahli-ahli jaga malam. Di samping itu, ahli jawatankuasa
keselamatan dan kebajikan memastikan keselamatan peserta dalam keadaan baik dan selamat. AJK
keselamatan dan kebajikan selalu bersedia untuk menjalankan tugas dengan merawat peserta yang
cedera.
Selepas perkhemahan tamat, AJK keselamatan dan kebajikan perlu menyediakan laporan
untuk makluman setiausaha. AJK perlu melaporkan perkara yang berlaku dan masalah yang dihadapi
kepada pengarah program.
Masalah yang kami hadapi ialah semasa menyusan jadual jaga malam perlu menitiberat
tentang kesihatan dan keselamatan ahli yang menjaga malam. Cara penambahbaikan ialah bilangan
ahli yang menjaga malam dalam bilangan empat hingga lima orang pada setiap masa supaya mereka
boleh saling tolong-menolong.
Sebagai kesimpulannya, keseluruhan perkhemahan ini boleh dikatakan selamat dan baik
kerana masalah berlaku kurang. Peserta memainkan peranan yang penting dalan menjaga
keselamatan semua ahli semasa menjaga malam.

You might also like