You are on page 1of 13

PKU3123

PEMULIHAN
DALAM KOMUNITI
LAPORAN LAWATAN KE PUSAT PEMULIHAN TANJUNG PUTERI
TAHUN 2016

NAMA PELAJAR : SHANTINI A/P RAMAN


AMBILAN

: JANUARI 2014

SEMESTER

:6

OPSYEN

: PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

TARIKH

: 28 / 01 / 2014

TEMPAT

: PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TANJUNG PUTERI,


JOHOR BAHRU

LAPORAN AKTIVITI
Pra Lawatan
Pada hari ini, kami seramai 17 orang pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong
Ibrahim dari Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran telah mengadakan mesyuarat bagi
memilih jawatan kuasa dan ajk-ajk bagi program Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti,
Johor Bahru di kelas DC 7. Kami mengadakan sistem undi untuk memilih jawatankuasa dan
ajk-ajk yang lain. Semua guru pelatih mencadangkan saya sebagai pengerusi untuk program
tersebut. Selepas pengundian, saya telah dipililh sebagai pengerusi, Livesha iaitu rakan sekelas
saya sebagai naib pengerusi dan Sumithra sebagai setiausaha program. Kami menerima
tugasan tersebut dengan sepenuh hatinya. Kami berjanji bahawa akan menjalankan tugas
dengan baik dan amanah. Sebagai pengerusi, saya perlu memainkan peranan penting dalam
program Lawatan ke PDK. Saya akan menjadi penggerak terhadap kemajuan perjalanan dan
perkembangan program tersebut.
Seterusnya, kami mengagihkan tugas kepada ajk-ajk yang lain untuk menjalankan program
tanpa sebarang perselisihan dan masalah. Semua ajk menerima tugasan mereka tanpa
bantahan dan memberi cadangan untuk merancang program Lawatan ke PDK. Saya menerima
kesemuanya dan memilih cadangan-cadangan yang terbaik daripada mereka untuk

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


PKU3123
menjayakan program ini. Sebagai seorang pengerusi saya perlu mengamalkan nilai amanah
dan tidak boleh berat sebelah. Saya juga perlu mengambil tindakan serta bertanggungjawab
menyelesaikan masalah yang akan berbangkit dalam program ini dengan adil dan berkesan.
Sebagai persediaan awal, penasihat kami iaitu Pn. Periakka Rengaya Chinaya
mencadangan untuk mengadakan pra Lawatan ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Tanjung
Puteri, Johor Bahru. Atas cadangan beliau, saya, Livesha dan Sumithra mengadakan pra
lawatan ke PDK. Pra lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal mengenai PDK
tersebut sebelum melaksanakan program selama 3 hari di PDK berkenaan setelah selesai fasa
praktikum 2 kelak iaitu pada bulan September. Kami mendapatkan maklumat tentang prosedurprosedur untuk menjalankam program di sana. Penyelia PDK iaitu Pn Fauziah memberi layanan
yang baik dan memberi penerangan tentang prosedur kepada kami. Kami berbincang tentang
tarikh program supaya pihak PDK dapat menguruskan jadual mereka agar tidak bertentang
dengan program lain mereka.
Seterusnya, kami telah mengadakan perbincangan mengenai hasil lawatan kami dan kami
telah merangka bakal aktiviti yang dijalankan kelak dan menentukan jumlah bajet yang
diperlukan di kelas DC 7. Sebagai pengerusi, saya telah mengemukan anggaran perbelanjaan
yang diperlukan. Semua guru pelatih telah bersetuju untuk mengutip sebanyak RM 30 setiap
seorang dan mengutip sebagai sumbangan kepada PDK berkenaan. Kami diagihkan dalam
beberapa kupulan dan setiap kumpulan mendapat aktiviti masing-masing seperti permainan,
memasak, kraf tangan, pergerakan kreatif dan perkebunan serta gotong-royong secara
bersama. Wakil dari setiap kumpulan membentang bakal aktiviti yang telah dibincang dan
anggaran perbelanjaan untuk aktiviti selama 3 hari tersebut kepada penasihat kami. Penasihat
kami menyemak dan memberi cadangan kepada semua aktiviti yang telah dibentang. Semua
guru pelatih berpuas hati dengan perancangan dan memberi sokongan.

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


PKU3123
Lawatan Ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

Pada 20 September 2016, seramai 17 orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus
Temenggong Ibrahim dari Pendidikan Khas Ambilan Januari 2014 telah mengadakan lawatan
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Tanjung Puteri, Johor Bahru. Rombongan ini telah
diiring oleh dua orang pensyarah iaitu Pn Salinah Binti Omar selaku ketua jabatan Ilmu
Pendidikan dan Pn. Periakka Rengaya Chinaya mentor kami. Tujuan lawatan ini adalah untuk
memberi pendedahan awal kepada para guru pelatih mengenai pengurusan dan pentadbiran di
PDK. Guru pelatih juga dapat melihat sendiri realiti kehidupan di PDK dan secara tidak
langsung dapat membuat banding beza antara PDK dengan Program Pendidikan Khas yang
dilaksanakan di sekolah. Kami seramai 17 orang guru pelatih telah berkumpul di depan Blok I
pada jam 7.20 pagi sebelum bertolak ke PDK berkenaan. Sebaik tiba pada jam 8.00 pagi, kami
disambut oleh para petugas dan pelatih PDK berkenaan dengan mesra. Walaubagaimanapun,
tidak ramai pelatih PDK yang hadir pada waktu itu kerana menurut penyelia PDK tersebut,
kebanyakkan pelatih akan tiba sekitar jam 8.30 pagi.

Saya memberi arahan kepada Shanmuga Priya dan S.Kalaivaani untuk menjalankan
tugas mereka sebagai pengerusi majlis. Mereka bersiap sedia dengan skrip mereka untuk
melancarkan majlis tersebut. Ketua jabatan kami iaitu Pn. Salinah Binti Omar memberi ucapan
rasmi beliau. Kemudian, Pn. Periakka Rengaya Chinaya sebagai penasihat dan mentor kami
memberi ucapan. Mereka berkata bahawa lawatan ini adalah kerja kursus bagi semester 6 yang
perlu melaksanakan lawatan ke pusat pemulihan dalam komuniti.

PKU3123

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Kami kemudiannya diberikan penerangan mengenai latar belakang PDK Tanjung Puteri
oleh penyelia PDK tersebut. Penerangan yang disampaikan meliputi aspek sejarah PDK
tersebut, jumlah pelatih dan petugas yang terdapat di PDK dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
Penyelia PDK ini telah menerangkan serba sedikit mengenai sejarah penubuhan PDK Tanjung
Puteri ini serta beberapa maklumat penting berkaitan PDK tersebut. PDK Tanjung Puteri
merupakan yang pertama di daerah Johor Bahru dan yang ke-59 di negeri ini. Seramai 45
orang pelatih di sana dalam lingkungan umur 8 hingga 55 tahun. Kami juga berpeluang untuk
mengemukakan soalan bagi mendapatkan kefahaman yang lebih lanjut berkaitan PDK ini.
Menurut penyelia PDK tersebut, Pusat PDK Tanjung Puteri ini terdiri daripada satu unit rumah
yang disewa oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) bagi tujuan memberi perkhidmatan dan
kemudahan kepada OKU dan masyarakat setempat untuk mendapatkan maklumat, khidmat
nasihat dan keperluan semasa serta latihan yang bersesuaian.

DALAM KOMUNITI
PKU3123Ia PEMULIHAN
juga bertujuan untuk membantu para pelatih agar dapat berdikari dengan mengajar
kemahiran-kemahiran asas kepada pelatih serta menggilap bakat dan kebolehan yang dimiliki
oleh setiap pelatih. Selain itu, pusat ini juga berfungsi untuk memberi kesedaran, menggalakkan
sikap prihatin dan tanggungjawab komuniti setempat untuk sedia memberi perkhidmatan
kepada golongan istimewa ini. Menurut Pn. Fauziah lagi, tujuan penubuhan PDK ini adalah
untuk mengajar para pelatih agar dapat mengurus diri, bersosial dan bergaul dengan orang lain.
Tambahan pula, PDK Tanjung Puteri mempunyai pelatih-pelatih yang bermasalah serius
seperti cerebral palsi, sindrom down, terencat akal dan juga masalah pembelajaran. Pihak PDK
tersebut, melatih semua dan mengadakan pelbagai aktiviti mengikut kemampuan mereka.
Yuran makanan akan dikutip daripada ibu bapa atau penjaga pelatih PDK sebanyak RM 20
untuk menyediakan makanan sahaja kepada semua pelatih yang terdapat di sana. Mereka
hendak menjadikan pelatih-pelatih PDK yang boleh mengurus diri tanpa bergantung pada orang
lain dan boleh hidup berdikari dalam kehidupan seharian mereka. Pihak PDK tidak terlalu fokus
kepada akademik kerana kecacatan pelatih yang sangat teruk menjadi punca kepadanya.
Pelatih-pelatih ini akan dilatihkan untuk bekerja di tempat seperti kedai kasut, Macdonald dan
Tesco.
PDK Tanjung Puteri kekurangan petugas untuk mendidik dan menjaga pelatih-pelatih di
sana. Pn. Fauziah juga berkata petugas-petugas tidak perlu berkelayakan tinggi untuk
berkhidmat di PDK. Setaraf SPM juga boleh memberi perkhidmatan sebagai petugas di PDK.
Pihak PDK akan menghantar petugas baru ke kursus-kursus seperti intervensi awal, cara
menangani pelatih PDK dan kemahiran kepada pelatih PDK. Petugas tersebut akan menerima
elaun

daripada JKM dan juga SOCSO seperti biasa yang bekerja. Kerja mereka bertaraf

sukarelawan di PDK. Selepas sesi taklimat daripada Pn. Fauziah, saya sebagai pengerusi
program Lawatan Ke PDK memberi ucapan tentang motif dan objektik kami ke PDK tersebut.
Selain itu, saya juga memberi sedikit penerangan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan
semasa kami di PDK Tanjung Puteri selama tiga hari.
Selepas sesi taklimat itu, kami turut mengambil peluang untuk berkenalan dengan pelatih
pelatih yang terdapat di PDK tersebut. Kami turut bertanya mengenai jens-jenis kecacatan
yang ada pada pelatih-pelatih PDK tersebut. Kebanyakkan pelatih PDK ini tinggal di sekitar
perumahan dan Johor Bahru. Selepas sesi beramah mesra dengan pelatih, kami dibawa
melawat kemudahan di sekitar kawasan PDK tersebut. Kami diberi penerangan mengenai bilikbilik terapi yang disediakan. Antaranya ialah bilik terapi cara kerja, bilik terapi muzik dan

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


PKU3123
kawasan rehat. Di kawasan luar PDK ini pula terdapat kawasan kebun kecil dengan tanaman
sayur-sayuran yang telah ditanam dengan kaedah hidroponik. Dalam masa yang sama,
petugas turut memberi penerangan mengenai aktiviti perkebunan mereka. Banyak maklumat
yang saya telah mempelajari.

Kemudian, saya mengarahkan kumpulan guru pelatih yang pertama iaitu kumpulan Rahu
untuk menjalankan aktiviti mereka. Kumpulan Rahu merancang untuk menjalankan aktiviti
kemahiran motor kasar iaitu bermain. Mereka merancang tiga permainan untuk pelatih-pelatih
di sana. Kami turut serta untuk menjaga keselamatan pelatih PDK semasa bermain. Permainan
pertamanya ialah mengisi air dengan menggunakan span, membawa bola ping pong dalam
sudu dan teka objek melalui sentuhan. Setiap seorang daripada kami berpeluang untuk
memimpin tangan pelatih. Kami menggunakan peluang tersebut untuk beramah mesra dengan
pelatih serta mengenali mereka dengan lebih rapat. Berbagai reaksi yang ditunjukkan oleh
pelatih disebabkan perasaan teruja dengan kehadiran kami di pusat itu Semua pelatih PDK dan
guru pelatih bermain bersama dan berasa sangat gembira. Dalam aktiviti permainan, rahu dan
ahli kumpulan yang mengagihkan kami dan pelatih-pelatih PDK dalam lima kumpulan. Semua
kumpulan melibatkan diri dalam aktiviti permainan secara aktif. Penekanan diberikan kepada
latihan motor kasar dan motor halus untuk pelatih-pelatih PDK dalam aktiviti permainan ini.
Saya turut serta mereka sambil memantau semua. Aktiviti ini dijalankan sampai pukul 11.00
pagi.

PKU3123

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Selepas aktiviti permainan, saya mengarah ajk makanan untuk memainkan peranan
mereka. Ajk makanan iaitu Komathi dan Renu Priya mengurus makanan dan menjaga
kebersihan semasa makan. Pihak PDK menyediakan sarapan untuk kami semua. Pelatihpelatih PDK berehat dan makan sarapan dengan guru-guru pelatih. Sekitar jam 12.00 tengah
hari, kami bersiap sedia untuk pulang semula ke institut. Kami pulang ke kampus pada pukul
12.30 tengah hari.

PEMULIHAN
DALAM KOMUNITI
PKU3123Selanjutnya,
pada hari kedua pula, kami menaik bas sama seperti hari pertama ke PDK
Tanjung Puteri. Kami tiba di PDK Tanjung Puteri pada pukul 8.00 pagi. Pihak PDK Tanjung
Puteri telah menyediakan meja dan kerusi untuk aktiviti kami di kawasan luar. Tanpa membuang
masa, saya memberi arahan untuk kumpulan kedua iaitu kumpulan Sumithra untuk
menjalankan aktiviti memasak mereka. Mereka merancang aktiviti memasak untuk membuat
kuih popiah. Saya memantau dan turut serta dengan mereka untuk memasak dengan pelatihpelatih PDK. Pelatih-pelatih PDK membuat kuih popiah secara bersungguh-sungguh dengan
penyeliaan kumpulan Sumithra. Aktiviti ini dijalankan sampai pukul 9.30 pagi. Selepas aktiviti
memasak, sata tidak melengahkan masa dan menyuruh kumpulan komathi untuk mengambil
alih. Kumpulan Komathi mengajar beberapa kraf tangan kepada pelatih-pelatih PDK. Mereka
mengajar origami dan cara membuat rantai kunci dengan menggunakan dua utas tali yang
berwarna.

Pada hari ketiga pula, kami menaik bus di tempat dan masa yang sama seperti hari
pertama dan kedua. Kami tiba di sana pada pukul 8.00 pagi. Aktiviti untuk hari ketiga ialah
pergerakan kreatif, perkebunan dan gotong royong. Saya memberi tugas kepada kumpulan
Shalini dan S.Kalaivaani untuk menjalankan aktiviti-aktiviti ini. Kumpulan Shalini melaksanakan
aktiviti pergerakan kreatif sebagai aktiviti pertama pada hari itu. Kumpulan Shalini akan

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI


PKU3123
menunjukkan beberapa pergerakan dan membantu pelatih untuk melakukan pergerakanpergerakan tersebut diiringi oleh muzik. Kami turut berpeluang untuk membantu pelatih tersebut
melakukan pergerakan yang ditunjukkan oleh petugas. Walaupun pada awalnya

segelintir

pelatih-pelatih PDK tidak mahu melibatkatkan diri sebab berasa malu, namun mereka mengikuti
aktiviti yang dijalankan dengan seronok sekali.

Setelah penat melakukan aktiviti tersebut, pelatih duduk berehat sebentar selama 15 minit
sebelum aktiviti perkebunan dan gotong-royong bermula. Sebelum aktiviti gotong royong,
pelatih-pelatih PDK diasingkan mengikut tahap keupayaan mereka. Pelatih akan melakukan
aktiviti yang dapat mereka lakukan dengan bantuan guru-guru pelatih. Tepat jam 10.10 pagi,
sebagai wakil daripada kumpulan saya memberi sedikit penerangan tentang aktiviti-aktiviti
perkebunan kepada pelatih-pelatih PDK dan guru-guru pelatih. Saya sebagai wakil daripada
kumpulan saya untuk aktiviti perkebunan dan gotong royong, saya membahagikan mereka
dalam dua kumpulan untuk menyiapkan tugas dengan cara yang mudah. Kumpulan pertama
membuat aktiviti perkebunan dan kumpulan kedua untuk aktiviti gotong royong. Kami menanam
pokok bunga, membersihkan kawasan perkebunan dan menyiram semua pokok bunga yang
terdapat di sana. Kumpulan kedua pula, membersihkan bilik-bilik terapi, menyusun buku-buku di
rak dan mengelap semua tingkap yang terdapat di sana. Semasa aktiviti dijalankan, saya juga
memantau bahawa semua rajin bekerja dan tiada orang curi tulang. Guru-guru pelatih
menjalakan tugas mereka secara bersungguh-sungguh dan rajin bersama pelatih-pelatih PDK.
Saya rasa berpuas hati dengan kerja mereka semua.

PKU3123

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Aktiviti perkebunan dan gotong-royong tamat pada pukul 11.40 pagi. Saya memberi arahan
kepada semua untuk berkumpul dan menyediakan cenderahati kepada AJK cenderahati. Majlis
penutup bermula dengan ucapan penyelia PDK iaitu Pn. Fauziah. Beliau berkata bahawa beliau
berasa gembira kerana kami sudi datang ke PDK mereka dan berkhidmat untuk mereka. Beliau
juga berterima kasih kepada kami dan memberi amanat untuk kami. Sebagai seorang guru
Pendidikan Khas kami perlu bersabar dan perlu bertolak ansur dengan karenah-karenah murid
berkeperluan khas. Selepas ucapan beliau, Pn. Salinah selaku ketua jabatan Ilmu Pendidikan
dan Penasihat dan mentor kami Pn. Periakka Rengaya Chinaya berucap dan berterima kasih
kepada pihak PDK yang memberi sokongan dan layanan yang baik kepada kami untuk
menjalankan program ini di PDK mereka. Seterusnya, Sumithra sebagai setiausaha program ini
memberi ucapan rasmi untuk majlis penutup tersebut. Selepas dia berucap, kami bertukar-tukar
cenderamata dengan pihak PDK sebelum dijamu dengan jamuan ringkas.

PKU3123

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Sekitar jam 12.00 tengah hari, kami bersiap sedia untuk pulang semula ke institut.
Sementara menunggu ketibaan bas institut, kami mengambil kesempatan untuk bergambar
kenangan bersama para petugas PDK Tanjung Puteri tersebut. Kami juga sempat bersalamsalaman sebelum mengucapkan selamat tinggal. Saya rasa berbangga kerana dapat
menjayakan program ini dan melakukan tugas saya sebagai pengerusi dengan sempurna.

PKU3123

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Kelebihan
Banyak maklumat dan pengalaman telah dikongsi oleh oleh kami dengan pihak PDK. Hal ini
menjadikan kami untuk lebih prihatin dan bertanggungjawab. Melalui perkongsian mereka, kami
dapat menyimpulkan bahawa berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Bukan senang untuk menjaga pelatih ini dari pagi sehinggalah petang. Segalanya bukan
sekadar perlu diperhatikan malah perlu diambil perhatian. Diharap pemerhatian dan
perkongsian pengalaman ini tidak akan disia-siakan oleh bakal guru yang menanggung harapan
tinggi para ibubapa untuk melihat anak masing-masing berjaya.
Selain itu, apabila melawat PDK, kami juga dapat memerhati secara langsung bagaimana
kehidupan mereka dalam sehari-harian, bagaimana mereka dilayan oleh pihak PDK, serta
aktiviti yang dibuat di pusat tersebut untuk menyokong perkembangan diri mereka.
Sesungguhnya telah banyak ilmu dan pengetahuan baharu yang diperolehi sepanjang berada
di PDK walaupun dalam masa yang agak singkat. Saya mengharap agar pengetahuan ini
dapat dijadikan panduan kepada para guru pelatih sebagai bakal guru Pendidikan Khas untuk
bersedia dari segi mental dan fizikal agar kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat
ditingkatkan. Semoga program seperti ini akan terus dilaksanakan pada masa akan datang.

PKU3123

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Penambahbaikan

Di dunia ini tiada benda yang sempurna. Walaupun sesuatu benda itu nampak sempurna,
mesti tetap ada kepincangannya. Aktiviti ini nampak mudah iaitu guru pelatih perlu menziarah
ke PDK, namun pada hakikatnya banyak yang kami perlu bersedia terutama daripada aspek
soalan. Sepatutnya, kami menggunakan sepenuhnya hari pertama untuk memperoleh
sebanyak mungkin maklumat. Maklumat yang diberi dalam sesi taklimat tidak terperinci dan
jelas.
PDK perlu memperbanyakkan aktiviti luar sekolah seperti lawatan sambil belajar,
perkelahan, lawatan ke tempat-tempat awam seperti ke pasar raya, ke taman bunga dan
sebagainya bagi mendedahkan pelajar kepada pengetahuan baru serta membiasakan diri
dengan orang ramai. Guru-guru pelatih mengalami kesukaran untuk bergaul dan menjelaskan
arahan untuk menjalankan aktiviti mereka. Sesetengah pelatih-pelatih PDK Tanjung Puteri tidak
hendak serta dalam aktiviti. Saya juga berharap ibu bapa sama-sama membantu memulihkan
anak mereka dengan memberi kerjasama apabila diperlukan. Misalnya membenarkan anak ikut
serta dalam program yang dijalankan di PDK atau pun di luar dan ibu bapa sendiri turut serta
untuk membiasakan mereka dengan orang ramai.
Saya juga berharap Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jawatankuasa mengadakan satu
kursus khas berkenaan dengan kraftangan yang boleh mendatangkan hasil kepada Pekerja
PDK supaya dapat diajar kepada pelajar PDK. Pusat Pemulihan Tanjung Puteri tiada dana
untuk meluaskan tempat mereka.

You might also like