You are on page 1of 25

PERLEMBAGAAN

MALAYSIA
U N S U R- U N S U R T R A D I S I DA L AM
P ER L E M B AG A A N

SJH 1044 PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PENGENALAN
Unsur tradisi telah wujud beratus tahun sebelum perlembagaan

diwujudkan pada tahun 1957


Tanah Melayu mempunyai perlembagaan semasa penjajahan British
Perlembagaan yang asal digubal berikutan :

- penubuhan Malaysia Union 1946


- gagal memenuhi tuntutan rakyat
- menguntungkan British
- Nilai-nilai tradisi msyarakat diketepikan
satu perlembagaan dikaji dan digubal yang dapat memenuhi
kehendak rakyat
Nilai-nilai tradisi masyarakat peribumi diberi keutamaan dan
penekanan

PENGENALAN

Dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, terdapat 4 unsur


tradisi penting yang menjadi dasar dalam pembetukan
perlembagaan.
Unsur tradisi ini juga merupakan satu kontrak sosial yang
telah dipersetujui semasa menggubal Perlembagaan .
(Shamsul Amri Bharuddin, 2008)
Menurut Mohd Salleh Abas(1985), unsur-unsur tersebut ialah
Kesultanan atau pemerintahan Beraja, Agama Islam, Bahasa
Melayu dan Kedudukan Istimewa orang Melayu. Unsur-unsur
ini diperlukan untuk kestabilan serta kemajuan negara dan
memainkan peranan penting dalam perjalanan
Perlembagaan.
Mana- mana negara yang berdaulat mempunyai unsur tradisi yang menjadi
tunjang dan kekuatan kepada pembinaan negara

KEDUDUKAN
HAK ISTIMEWA
ORANG MELAYU
DAN
BUMIPUTERA

KEDUDUKAN
RAJA-RAJA
MELAYU

UNSURUNSUR
TRADISI
KEDUDUKAN
AGAMA ISLAM

KEDUDUKAN
BAHASA
MELAYU

PERANAN UNSUR TRADISI


Menstabilkan sistem politik negara
Prasyarat dan permuafakatan yang diterima
oleh orang Melayu dan bukan Melayu
Hak istimewa orang Melayu, Islam sebagai
agama persekutuan dan bahasa Melayu
diterima sebagai bahasa Kebangsaaan
sebagai prasyarat penerimaan hak
kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu
Konsep raja Melayu mengekalkan ketuanan Melayu
sebagai penduduk asal Malaysia

KEDUDUKAN BAHASA MELAYU


Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan

Malaysia
Termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Tetap melindungi bahasa lain

Fasal 1, bahasa Melayu ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang


diperuntukkan dengan undang-und ang oleh Parlimen dgn syarat :
Tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan daripada
menggunakan (bagi maksud, lain daripada maksud rasmi) atau daripada
mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain; dan
Tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menyentuh hak mana-mana
Kerajaan Negeri bagi memelihara dan meneruskan penggunaan dan
pengajian bahasa mana-mana kaum lain dalam Persekutuan.

Hashim Yeop(1974) menyatakan bahawa istilah kebangsaan

digunakan bertujuan untuk mewujudkan satu konsep kebangsaan


dalam penggunaan bahasa apabila negara ini mencapai
kemerdekaannya
Mohd Salleh Abas(1985) menyatakan bahawa konsep memberi taraf
kebangsaan kepada bahasa Melayu jauh lebih luas dan mempunyai
lebih banyak kesan daripada pengiktirafannya sebagai bahasa rasmi
semata-mata
Pada tahun 1956, bahasa Melayu telah disyorkan oleh penyata Razak

supaya diterima pakai dalam sistem pendidikan negara.


pada tahun 1961 - Akta Pelajaran mewajibkan bahasa Melayu sebagai
pengantar di sekolah-sekolah

RASIONAL
wadah komunikasi atau bahasa pertuturan
umum dan bahasa rasmi negara bagi
menyatupadukan rakyat.
bahasa Melayu menjadi lingua franca sejak
berabad lama di Nusantara dan mudah
dipelajari.
Sebelum Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu
digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi
Pegawai-pegawai Eropah yang memegang lebih
95% jawatan Kumpulan Bahagian 1 perlu
mempelajari bahasa Melayu dan lulus untuk
ditempatkan di Persekutuan Tanah Melayu.
bahasa perpaduan dan sebagai tolak ansur
antara kaum semasa mencapai kemerdekaan

KEDUDUKAN RAJA-RAJA MELAYU


Sistem Beraja merupakan sistem sosial sejak berabad lamanya
Raja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan

pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang


dilantik
Perjanjian Persekutuan tanah Melayu 1948 dibentuk hasil tentangan
orang Melayu terhadap pembentukan Malayan Union 1946

- Mengekalkan kedudukan raja dan menggantikan jawatan gabenor


kepada Pesuruhjaya Tinggi Inggeris ke Tanah Melayu
Institusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja

berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasi


Raja Berperlembagaan raja bertindak mengikut lunas-lunas
perlembagaan yang telah ditetapkan

Tiada undang-undang yang menyentuh secara langsung

mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran


raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Rajaraja
Yang di-Pertuan Agong disertai oleh Perdana Menteri dan rajaraja lain semasa Majlis Raja-raja membincangkan perkaraperkara mengenai dasar negara
Perkara 38(6) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan
Raja-raja boleh bertindak mengikut budi bicara mereka dalam
membincangkan beberapa perkara.
Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned(2005) menyatakan bahawa
kedudukan Yang di-Pertuan Agong ialah seakan-akan Baginda
Queen di England

KEDUDUKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN


BUMIPUTERA
Perkara 153 hak istimewa ini meliputi jawatan dalam perkhidmatan

awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yang


diberikan.
Perkara 86 dan 90 melindungi tanah rizab orang Melayu
Perkara 8 (5) kemasukan perkhidmatan orang Melayu dengan
pengecualian orang bukan Melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu
Perkara 153 tidak boleh dipinda, diubah atau dilucutkan tanpa mendapat

persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu


Setelah Sabah dan Sarawak memasuki Persekutuan pada tahun 1963,
kedudukan istimewa bumiputera kedua-dua negeri ini turut berada di
bawah tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong.
Bumiputera di Sabah dan Sarawak ( temasuk bukan Melayu) tergolong
menerima keistimewaan seperti orang Melayu di tanah Melayu

Kepentingan kaum lain dilindungi

SIAPA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA?


Perkara 160 (2) : Orang Melayu ertinya seseorang yang menganuti
agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu
dan yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura
atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah
lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau pada hari Merdeka
tinggal di Persekutuan atau di Singapura; atau

Manakala Bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah:


i. Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan,
Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan,
Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian,
Tagal dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum
tersebut; dan
ii. Di Sabah pula, anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum
asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah

HAK KEISTIMEWAAN
PERKHIDMATAN AWAM
Rasional merizabkan suatu kadar bilangan dalam perkhidmatan
persekutuan untuk Bumiputera - pada zaman penjajah dan pada
awal kemerdekaan sedikit sangat bilangan yang bekerja dengan
kerajaan Cth pada 1968, jumlah Melayu (1,422) dan bukan Melayu
(2,497) terutamanya pegawai dalam bidang sains dan profesional.
EKONOMI
YDPA mengarahkan pihak berkuasa menegeluarkan permit dan lesen

perniagaan bagi menentukan kadar perizaban kepada orang Melayu


DEB diperkenalkan untuk menghapuskan pengenalan bangsa
mengikut pekerjaan dengan memberi peluang orang Melayu
melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perindustrian negara

PENDIDIKAN
Perkara 153 (2) - perizaban kepada orang Melayu dan bumiputera

seperti biasiswa, bantuan, dan keistimewaan-keistimewaan pelajaran


dan laim-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh Kerajaan
Persekutuan
Peruntukan untuk melindungi hak dan kepentingankaum lain:
Perkara 153 (4) tidak boleh memeberhentikan apa-apa biasiswa,
bantuan dan keistimewaan pelajaran kepada mana-mana orang
selain orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak

RASIONAL
Perkhidmata
n Awam

Semasa penjajahan dan di awal


kemerdekaan, terlalu sedikit orang Melayu
yang bekerja dengan kerajaan

Ekonomi

Orang melayu hanya jadi pemerhati


kepada kepesatan ekonomi di Tanah
Melayu

Pendidikan

Majoriti orang Melayu adalah miskin


terutama di luar bandar, sukar mendapat
peluang pendidikan

Perniaagaan

Orang Melayu kurang menceburi


perniagaan dan perlu dibantu dan
dibimbing

Kerakyatan

Orang Melayu prinsip Jus Soli dan bukan


Melayu menerima hakikat hak istimewa
orang Melayu

KEDUDUKAN AGAMA ISLAM


Agama Islam ialah agama rasmi bagi persekutuan
Termaktub dalam perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan

malaysia
Majlis Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam di negeri masingmasing
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam ditubuhkan oleh
Majlis Raja-raja
YDPA Ketua Agama Islam hanya di negerinya sahaja, Melaka,
Pulau Pinang, dan wilayah Persekutuan termasuk Sabah dan
Sarawak
Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan
mengamalkan agamanya

KEDUDUKAN AGAMA ISLAM


Perkara 3 (1) Agama Islam ialah agama rasmi bagi Persekutuan; tetapi agama-agama

lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Perkara 11 (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak
a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
b) menubuh dan menyenggara institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat;
dan
c) memperolehi dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya
mengikut undang-undang.
Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam ialah:
Perkara 11 (4) tentang kebatasan kebebasan agama orang Islam.
Perkara 12 (2) peranan Persekutuan dan suatu negeri dalam memajukan

pendidikan Islam.
Perkara 121 (1A) Mahkamah Tinggi (Negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak) tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan dengan apa-apa perkara dalam
bidang kuasa mahkamah Syariah.

RASIONAL
Islam sebagai agama persekutuan tetapi kebebsan

beragama dijamin
Islam diterima sejak zaman kesulatanan Mleayu
Melaka sehingga ke zaman penjajah
Pengiktirafan agama Islam sebelum penjajahan
inggeris
Semasa penjajahan inggeris, agama Islam tidak
diganggu oleh pemerintahan ketika itu
Sesuai dengan takrif Melayu dalam perkara 160

KEPENTINGAN UNSUR TRADISI


Mewujudkan identiti Malaysia
Memupuk persefahamn ke arah perpaduan
Satu kontrak sosial yang telah dipersetujui menjamin

kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap lagi


adil
Telah wujud beratus tahun sebelum perlembagaan digubal
Dalam Laporan Suruhanjaya Reidsendiri menekankan
betapapentingnya perlembagan mengambilfaktor sejarah,
tradisi, ekonomi dan sosial yang wujud sebelum
pengggubalan pelembagaan
Kepentingan unsur-unsur tradisi dapat dilihat dengan jelas
dilindungi di bawah Akta Hasutan dan dianggap sebagai isuisu sensitif yang dilarang dalam perbincangan awam

KESIMPULAN
Setiap warganegara hendaklah memahami bahawa
perlembagaan yang diwujudkan adalah bertujuan :
Untuk melahirkan masyarakat yang mampu

membudayakan perpaduan
Saling memhami hak masing-masing yang telah dipersetuji

bersama tanpa ada perasaaan hasad dengki dan sifat-sifat


boleh memecah belah kaum di negara ini
Mencerminkan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat

di mana rakyat hidup bersatu padu, aman dan makmur

RUJUKAN
Mohd Salleh Abas. 1985. Unsur-unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka


Hashim Yeop A. Sani. 1974. Bagaimana Undang-undang Kita Diperbuat. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Shamsul Amri Baharuddin. 2008. Modul Hubungan Etnik. Kuala Lumpur:
Maskha Sdn. Bhd.
Ahmad Ibrahim & Ahilemah Joned. 2005. Sistem Undang-undang di Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
http://pi2ipda.blogspot.com/2013/05/hubungan-etnik-unsur-tradisi-dalam.html
http://yonegaring.blogspot.com/2010/12/aku-kembali.html
http://yushazwani.blogspot.com/2010/10/unsur-unsur-dalamperlembagaan.html
http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-perlembagaanmalaysia.html

You might also like