You are on page 1of 16

Tutorial M1

PENGENALAN SEJARAH SABAH &


SARAWAK
1.0 Sejarah awal kerajaan Sabah & Sarawak
 Raja-Raja Brooke di Sarawak (1841-1941)

 Syarikat Berpiagam di Sabah (1881-1941)


Sejarah negeri Sabah dan negeri Sarawak hingga ke
tahun 1963 boleh dibahagikan kepada empat era,
iaitu :
• Sejarah Zaman Kesultanan Brunei dan Sulu Tradisonal
hingga tahun 1840
• Sejarah Zaman Penjajahan Kuasa Asing (Inggeris dan
Jepun) hingga tahun 1945
• Sejarah Zaman Nasionalisme dan kemerdekaan daripada
tahun 1946 hingga 1963
• Sejarah Zaman Selepas merdeka (Dalam Malaysia) hingga
kini.
SEJARAH AWAL KERAJAAN SARAWAK

RAJA RAJA BROOKE DI SARAWAK


1841 - 1941
• Sarawak merupakan sebuah wilayah yang dikawal secara
tidak rasmi oleh Kesultanan Brunei pada awal abad ke-19.

• Sarawak pada masa itu dipimpin oleh Datu Patinggi Ali .

• Pada tahun 1937 berlaku penentangan yang diketuai oleh


Datu Patinggi Ali yang bermatlamatkan pembebasan
Sarawak daripada penguasaan Kesultanan Brunei.
• Berikutan itu, Sultan Brunei telah menghantar Pangeran
Muda Hashim ke Sarawak untuk menamatkan
pemberontakan dan mengembalikan keamanan Sarawak
namun tidak berjaya.

• Kemudian pada 1839, Muda Hasim menghantar surat


perutusan kepada James Brook.

• Beliau meminta bantuan James Brooke untuk membantu


menenangkan keadaan Sarawak yang kacau bilau pada masa
itu.
• James Brooke yang mempunyai angkatan
perang yang lengkap berjaya menamatkan
pemberontakan Datu Patinggi Ali dan sebagai
balasan James Brooke dilantik menjadi
gabenor Sarawak pada 24 September 1841,
dan seterusnya Raja pada 18 Ogos tahun
berikutnya.

• Sewaktu kematian James Brook pada 1868,


anak saudaranya iaitu Charles Anthoni Johnson
Brooke menjadi Raja dan seterusnya takhta
pemerintahan diwaris oleh anakandanya,
Charles Vyner Brooke.
• Wilayah Brooke diperluaskan dengan cepat di bawah
pemerintahan ketiga-tiga raja itu, kebanyakannya
melalui penjajahan kawasan dibawah kawalan
Kesultanan Brunei.

• Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus


tahun dan mencapai kemasyhuran sebagai “Raja Putih”
("White Rajahs"), dan diberi taraf yang serupa
dengan raja-raja India dalam Empayar British.
• Berbanding kebanyakan kawasan empayar yang lain,
keluarga Brooke mengamalan dasar paternalisme untuk
melindungi penduduk tempatan daripada eksploitasi
Kesultanan Brunei dan pendatang asing.

• Mereka memerintah dengan memberi bantuan kepada


pemimpin tempatan dan menggaji pahlawan Dayak
sebagai askarnya. Mereka juga menggalakkan imigrasi
kelas perdagangan Cina.
SBUB BERTAPAK DI SABAH
Sebelum abad ke-16, Sabah tidak mempunyai
pemerintahan beraja menyebabkan sistem pemerintahan
di Sabah terbahagi kepada tiga iaitu sistem politik
kesukuan, sistem politik kesultanan dan sistem politik
ketua babas.

Sabah telah ditakhluki oleh Kesultanan Brunei pada abad


ke-17. Bagaimanapun, apabila Brunei dilanda perebutan
kuasa dari tahun 1662. Sultan Muyiddin menyerahkan
kawasan timur laut Brunei kepada Sultan Sulu, akibatnya
Sabah diperintah oleh dua kuasa, Kesultanan Brunei dan
Kesultanan Sulu
SBUB BERTAPAK DI SABAH
Potensi ekonomi sabah telah menarik perhatian pelabur -
pelabur barat dari Amerika Syarikat, Britain, Belanda dan
Sepanyol. Carta aliran di bawah menjelaskan pertapakan
syarikat-syarikat asing di Sabah.

You might also like