You are on page 1of 2

TRANSKRIP PENUH TEMU RAMAH

RESPONDEN 3

MAKLUMAT RESPONDEN
NAMA : NURUL AIN BINTI AHMAD
UMUR : 42 TAHUN
KAUM : MELAYU
SEKOLAH : SK
JAWATAN : GURU PANITIA BAHASA MELAYU
TEMPOH BERKHIDMAT : 20 TAHUN

KELAYAKAN : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DG44

Pengkaji : Assalamualaikum Wbt. Okay pada pagi ini saya akan membuat temu
ramah bersama cikgu Norsakinah untuk menyelesaikan tugasan
assigment saya yang bertajuk cabaran guru ketika pandemik Covid-19.
Sihat cikgu?

Responden : Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat.

Pengkaji : Pertama sekali, bolehkah cikgu kongsikan pandangan peribadi cikgu


terhadap perubahan sistem pendidikan dalam tempoh pandemik covic-
19?

Responden : Pada pandangan peribadi saya terdapat beberapa perubahan sistem


pendidikan dalam tempoh pandemik covic-19. Dalam tempoh pandemik
covic-19, penekanan pembelajaran lebih terarah kepada pembelajaran
secara digital seperti google classroom, web Binar, e classroom, cikgu
tube, edu web tv dan sebagainya.

Pengkaji : Semasa tempoh PKP akibat covic-19 melanda negara, apakah


pengalaman baru yang cikgu tempuhi dalam proses PdPc?

Responden : pengalaman baharu yang saya tempuhi dalam proses pdpc sepanjang
tempoh pkp akibat covid -19 yang melanda negara adalah pdpc melalui
dalam talian seperti whatsapp dan kuiz dalam talian seperti kahoot dan
juga google form.

Pengkaji : Bolehkah cikgu ceritakan cabaran-cabaran yang sedia ada yang dialami
sepanjang covic-19 khususnya dalam tempoh PKP ?

Responden : Antara cabaran sedia ada yang dialami sepanjang covic-19 khususnya
dalam tempoh pkp adalah masalah capaian internet dalam kalangan
murid-murid. Hanya 60 hingga 70% murid yang mempunyai akses atau
capaian internet yang baik dan boleh memberi respon semasa pdpc
maya. Selain itu, masalah peranti dalam kalangan B40 juga menjadi
cabaran kepada saya dalam melaksanakan pdpc sepanjang covic-19.
Pengkaji : seperti sedia maklum, sekolah sekarang dalam proses pembukaan
semula, apakah cabaran-cabaran baharu yang akan guru tempuhi ?

Responden : antara cabaran baharu yang akan ditempuhi oleh guru adalah
memastikan murid mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan dalam
melaksanakan norma baharu. Guru perlu memastikan murid sentiasa
mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak boleh berkongsi
alat tulis dan makanan dan tidak boleh merapatkan diri dengan rakan
lain. Pendekatan pdpc juga akan berubah kerana guru terpaksa
mengamalkan penjarakkan sosial iaitu mengajar murid membuat kerja
individu dan bukan lagi menjadi fasilitator untuk aktiviti kumpulan.

Pengkaji : Jika tidak keberatan, bolehkah cikgu berkongsi kemahiran yang cikgu
ada dalam mengendali proses pdpc sepanjang temph pkp?

Responden : sebenarnya tidak banyak kemahiran yang saya miliki dalam


mengendalikan proses pdpc sepanjang tempoh pkp. Kemahiran sedikit
yang saya ada adalah membuat soalan kuiz melalui aplikasi google form.

Pengkaji : pada pandangan cikgu, apakah kemahiran penting yang perlu ada dalam
diri seseorang guru dalam melaksanakan PdPc pada masa covic-19 ?

Responden : pada pendapat saya kemahiran yang perlu ada dalam diri seseorang
guru dalam melaksanakan pdpc semasa covic 19 adalah kemahiran
melaksanakan pdpc secara digital. Selain itu, guru juga perlu kreatif
dalam melaksanakan pentaksiran walaupun bukan di dalam bilik darjah
seperti projek dan kuiz. Pentaksiran yang pelbagai dan menarik minat
pelajar amat penting dalam menjayakan pdpc.

Pengkaji : di awal temu bual sebentar tadi, cikgu ada nyatakan beberapa cabaran
yang guru tempuhi dalam tempoh pandemic covic-19. Pada pandangan
cikgu, apakah kemahiran yang bersesuaian untuk mengatasi cabaran-
cabaran tersebut.

Responden : bagi mengatasi cabaran tersebut guru perlu berkerjasama dengan ibu
bapa bagi mendidik anak-anak supaya sentiasa mematuhi prosedur
standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan. Anak-anak juga
hendaklah diingatkan agar sentiasa membasuh tangan dan mematuhi
jarak sosial sekurang-kurangnya satu meter.

Pengkaji : ada apa-apa lagi yang cikgu ingin kongsikan ?

Responden : tidak ada yang saya ingin kongsikan. Cuma saya berharap agar pdpc
selepas covic 19 dapat berjalan dengan lancar mengikut norma baharu
yang telah ditetapkan.

Pengkaji : syukur alhamdulillah kerana cikgu sudi meluangkan masa untuk


membantu saya menyiapkan penyelidikan yang dijalankan. Terima kasih.

You might also like