You are on page 1of 24

PENGURUSAN

SISA PEPEJAL
Dibentang oleh:
Muhamad Amirullah bin Ibrahim (SJH)
Badruddin bin Marudin (SJH)
MUKADDIMAH
Pada tahun 2016, tapak sisa pepejal di Langkawi UNESCO
Global Geopark mengalami kebocoran sehingga mencemar
Sungai Kilim (Berita Harian Online, 2016).

Sejak awal tahun 1980-an, bandar raya utama negara,


termasuk Kuala Lumpur berdepan dengan isu kritikal
mengenai pengurusan pelupusan sampah.
WHY THIS SITUATION
OCCURRED?
 Sampah ditakrifkan sebagai suatu bahan buangan, termasuk semua bahan yang telah
ditetapkan sebagai bahan buangan terjadual, atau semua bahan sama ada dalam
bentuk pepejal, cecair atau dalam bentuk gas atau wap yang dilepaskan, dikeluarkan
atau diletakkan dalam alam sekeliling yang akan menyebabkan pencemaran (Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974).

tumbuh- klinikal
tumbuhan SAMPAH

pembinaan domestik
dan
perobohan

komersial industri
Jumlah penduduk kian bertambah

Kutipan PUNCA
Pengurusan sisa
sampah/sisa yang LAMBAKAN
pepejal yang
tidak tepat pada SISA
tidak sistematik
masa PEPEJAL

Masyarakat tidak prihatin


JUMLAH PENDUDUK KIAN BERTAMBAH

Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah sisa pepejal


yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan
metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada
2005.

Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada
tahun 2020.

Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan


sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari.
PENGURUSAN SISA PEPEJAL YANG TIDAK
SISTEMATIK

Kaedah pengurusan bahan buangan menggunakan kaedah open dumping


merupakan kaedah konvensional yang dilakukan secara meluas di
Malaysia dan masih dipraktikkan.

Kaedah ini adalah tidak teratur dan terdedah kepada pencemaran bau
serta membawa kepada pembiakan serangga dan makhluk perosak
seperti tikus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.
MASYARAKAT TIDAK PRIHATIN

Sikap masyarakat yang tidak ambil peduli terhadap alam sekitar


menyebabkan mereka membuang sampah sewenang-wenangnya.

Sikap malas masyarakat untuk mengitar semula menjadi penyumbang


utama pertambahan sisa pepejal isi rumah.
CONTOH YANG
TIDAK BAIK

DILARANG MENIRU
AKSI INI
KUTIPAN SAMPAH/SISA
YANG TIDAK TEPAT PADA MASA
Terdapat beberapa syarikat swasta yang bertanggungjawab melakukan
kutipan sisa dan bahan buangan ini dari rumah ke rumah telah gagal
menjalankan tugas mereka mengikut jadual.

Masalah ini sering berlaku di kawasan perumahan pangsa dan taman


perumahan.

Antara syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab menguruskan kutipan


sisa pepejal ialah Alam Flora Sdn Bhd, Southern Waste Management Sdn
Bhd dan Environment Idaman Sdn Bhd.
OMG!
Penggunaan kaedah baru
dalam pelupusan sisa pepejal

Penilaian Impak Alam PENYELESAIAN Menjalankan


Sekitar / BAGI MASALAH kaedah penstoran
Environmental LAMBAKAN dan kutipan yang
Impact Assessment SISA PEPEJAL
(EIA)
pelbagai

Penguatkuasaan
peraturan baru
PENGGUNAAN KAEDAH BARU
DALAM PELUPUSAN SISA PEPEJAL

Kaedah sandwich ialah kaedah penimbusan yang dibuat secara


berlapis-lapis dan mendatar yang mana setiap lapisan akan ditutup
dengan tanah.

Kaedah cell pula ialah kaedah penimbusan sisa buangan dengan lapisan
tanah pada setiap hari dengan ketebalan 20 cm, lapisan penutup
perantaraan pada ketebalan 30 cm dan lapisan akhir penutup pada
ketebalan 60 cm.
Pembinaan insinerator

Teknologi rawatan sisa yang melibatkan proses pembakaran bahan


organik.

Insinerator dan lain-lain rawatan sisa yang menggunakan suhu yang


tinggi dikenali dengan rawatan termal.

Kelebihan penggunaan insinerator ialah dapat memusnahkan bakteria


patogen secara keseluruhan, tiada masalah bau dan gangguan,
menghasilkan tenaga elektrik, tiada masalah air lelehan sisa pepejal
dan tidak menggunakan ruang yang luas.
MENJALANKAN KAEDAH PENSTORAN
DAN KUTIPAN YANG PELBAGAI

Bagi premis atas tanah seperti rumah kediaman, tong sampah


digunakan sebagai penstoran di setiap premis sebelum proses kutipan
dilakukan.

Tong communal digunakan di rumah bertingkat kos rendah dan


sederhana sebagai tempat penstoran berpusat di mana penghuni perlu
membawa sisa yang telah dikumpulkan ke tempat penstoran.

Bagi kondominium pula kebuk sampah disediakan di setiap tingkat.


PENGUATKUASAAN PERATURAN BARU

Kerajaan mengadakan peraturan yang mana setiap isi rumah kediaman


dan institusi wajib mengasingkan sisa buangan masing-masing kepada
beberapa kategori seperti sisa makanan, bahan yang boleh dikitar
semula, bahan yang tidak boleh dikitar semula dan sisa buangan taman
serta menghantar sisa yang boleh dikitar semula ke pusat kitar
semula.

Sistem pengasingan sisa ini telah berjaya diamalkan di negara-negara


seperti Jepun, Korea dan sebagainya.
PENILAIAN IMPAK ALAM SEKITAR /
ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT (EIA)

 Diperkenalkan di US pada tahun 1970 dan telah dipraktikkan oleh hampir seluruh
dunia yang memfokuskan impak-impak utama terhadap alam sekitar.

 Jabatan Alam Sekitar Malaysia mendefinisikan EIA sebagai suatu penyelidikan yang
dijalankan untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan menyampaikan maklumat
tentang impak setiap projek yang akan dijalankan terhadap alam sekitar.

 EIA juga membolehkan setiap masalah yang bakal timbul di masa hadapan akibat
daripada projek yang akan dijalankan dapat dipralihat dan dielakkan.
Sekian
Terima
Kasih

You might also like