You are on page 1of 4

TRANSKRIP PENUH TEMU RAMAH

RESPONDEN 1

MAKLUMAT RESPONDEN
NAMA : NORSAKINAH BINTI MOHD LASSIM
UMUR : 36 TAHUN
KAUM : MELAYU
SEKOLAH : SK PARIT PATAH
JAWATAN : GURU PENOLONG
TEMPOH BERKHIDMAT : 13 TAHUN

Pengkaji : Assalamualaikum Wbt. Okay pada pagi ini saya akan membuat temu ramah
bersama cikgu Norsakinah untuk menyelesaikan tugasan assigment saya yang
bertajuk cabaran guru ketika pandemik Covid-19. Sihat cikgu?
Responden : Waalaikumussalam.. Alhamdulillah sihat.
Pengkaji : Saya ada 16 soalan yang akan diutarakan. Harap cikgu dapat memberi maklum
balas dengan baik. Jawapan cikgu ni InShaaAllah saya akan gunakan sebagai
rujukan dalam menjawab persoalan kajian saya.
Responden : Okay baik faham.
Pengkaji : Berbalik kepada soalan pertama, apakah persediaan cikgu apabila kerajaan
mengumumkan Covid-19 ini telah merebak ke seluruh negara yang memberi
kesan dalam proses pembelajaran cikgu…. Atau dalam erti kata mudah, apakah
persediaan cikgu menghadapi situasi PKP seperti yang diumumkan oleh pihak
kerajaan.
Responden : Terima kasih kepada Cikgu Zahin. Ermmm… awalnya bila kerajaan
mengumumkan yang aaa semua sekolah perlu ditutup dan murid tidak
dibenarkan ke sekolah, saya menunggu arahan daripada pentadbir lah. Tapi
aaa sebelum dapat jadual daripada pihak pentadbir tu, saya sebagai guru kelas
tahun 3, saya memberikan juga tugasan kepada anak murid mengikut sillibus
yang ditetapkan oleh pihak KPM.
Pengkaji : Aaaa.. Okay cikgu.. Hal ini bermakna Cikgu tetap mengajar mengikut sillibus
dan membuat persiapan awal lah supaya dapat mengajar dengan terbaik lah.
Berbalik kepada soalan yang kedua, dimanakah cikgu melaksanakan Proses
Pengajaran dan Pembelajaran setelah kerajaan mengumumkan bahawa wabak
Covid-19 ini telah merebak ke seluruh negara.
Responden : Ermm… Saya menjalankan sesi PdP ini melalui group whatsapp kelas.
Pengkaji : Oooo… group whatsapp kelas. Hal ini bermakna cikgu kongsi atau share lah
maklumat atau soalan dalam group tersebut.
Responden : Ya betul! Saya berkongsi maklumat dan soalan mengikut sillibus yang
ditetapkan lah.
Pengkaji : Jelas faham… Baik cikgu, saya ingin bertanyakan soalan yang ketiga,
bagaimanakah proses cikgu melaksanakan sesi online tersebut dalam situasi
wabak covid-19 ini?
Responden : Ermm.. Saya sebagai guru kelas tahun 3, saya telah fokus kepada
pembelajaran online. Saya menggunakan sepenuhnya group whatsapp kelas
sebagai penyampaian sesi PdP. Saya juga mendapat aaaa kerjasama daripada
ibu bapa lah. Maksudnya sepanjang saya kasi tugasan tu, ibu bapa tolong anak
murid dengan menyemak buku teks dan sebagainya lah.
Pengkaji : Ooo faham. Maksudnya cikgu beritahu buku teks muka surat berapa dan berapa
jadi ibu bapa memainkan peranan lah dalam membantu proses pembelajaran
anak mereka.
Responden : Ya betul tu.
Pengkaji : Bagus tu cikgu. Baik, soalan seterusnya ialah sepanjang proses PdP ini
dijalankan secara atas talian, bagaimanakah reaksi yang diberikan oleh anak
murid terhadap PdP secara online tersebut.
Responden : Saya sangat terkejut lah. Ingatkan diorang macam tidak respond kan. Tapi aaa
mereka memberikan kerjasama dan komitmen dengan sangat baik. Ibu bapa
juga bekerjasama dengan baik misalnya mengajar anak mereka dalam
memahami sesuatu perkara.
Pengkaji : Okay cikgu.. jelas faham.. hal ini bermakna kerjasama yang sangat erat lah
antara guru dan ibu bapa.
Responden : Ya betul tu.
Pengkaji : Berbalik kepada soalan kelima, saya nak tanya cikgu, bagaimanakah
perkembangan pelajar cikgu sepanjang mengikuti pembelajaran secara online
tersebut. Adakah ia menurun, menaik ataupun sama seperti mengajar di dalam
kelas.
Responden : Hmm.. Saya rasa saya telah dapat feedbacks yang sangat positive.. sebab
kadang-kadang kalau kita mengajar secara directs ada sesetangah murid susah
untuk terima dan faham. Tapi bila diorang buat di rumah, tak sangka mereka
dapat buat dengan betul dan tepat… mungkin dengan bimbingan daripada ibu
bapa kan. Dari situ saya nampak mereka memberikan kerjasama dengan
sangat baik aaa.
Pengkaji : Bermakna dengan pertolongan ibu bapa lah yang banyak memberikan galakan
dan memantau perkembangan pembelajaran anak-anak dalam menyelesaikan
tugasan tertentu.
Responden : Ya betul tu.
Pengkaji : Baik soalan seterusnya, apakah bahan atau bentuk pembelajaran yang cikgu
gunakan dan laksanakan dalam pembelajaran secara online dikala waktu covid-
19 ini berlaku.
Responden : Seperti yang saya katakan tadi lah iaitu menggunakan group whatsapp kelas.
Selain itu, saya juga menyediakan pautan link daripada Youtube yang berkaitan
dengan tajuk pelajaran saya kongsikan dalam group whatsapp tersebut. Jika
ada ibu bapa yang kata line internet tidak kuat ke, saya akan meminta mereka
rujuk dalam buku teks lah.
Pengkaji : Bermakna bahan-bahan adalah daripada bahan asal lah kan cikgu seperti buku
teks dan buku nota yang sekolah sediakan. Kemudian, dikongsikan dalam
group whatsapp.
Responden : Ya tepat sekali.
Pengkaji : Okay cikgu, merujuk soalan yang ketujuh, adakah cikgu menguasai kemahiran
dalam bidang teknologi untuk aaa memastikan proses pengajaran dilaksanakan
dengan lancar?
Responden : Saya menguasai secara sederhana hmm… sebab mungkin saya mengajar
sekolah rendah, jadi kalau kita nak terlampau advance pun, bimbang anak-anak
murid kita tidak dapat ikut. Selain itu, mereka juga tiada kelengkapan teknologi
yang baik di rumah seperti telefon sendiri, laptop sendiri dan internet yang kuat.
Contoh macam saya nak buat kelas online kan, perlu ada kelengkapan yang
baik tapi anak-anak murid tidak dapat malah perlu pinjam telefon daripada ibu
bapa mereka.
Pengkaji : Oooo.. maksudnya cikgu ada kemahiran yang asas lah kan. Walaupun cikgu-
cikgu lain yang berumur tetapi kemahiran asas dalam teknologi perlu tetap
dikuasai kan cikgu. Betul kan cikgu?
Responden : Ya betul tu.
Pengkaji : Okay cikgu, soalan yang kesembilan, bagaimanakah cikgu meningkatkan
kemahiran cikgu khususnya dalam bidang teknologi?
Responden : Sepanjang tempoh PKP, saya mengikuti aaa kursus dalam talian, saya join
kelas-kelas dalam talian berkaitan dengan pengajaran Google Classroom.
Selain itu, saya juga mengikuti kursus seperti Webinar dalam meningkatkan
kemahiran dalam bidang teknologi.
Pengkaji : Saya sebagai guru juga tidak menafikan bahawa sepanjang tempoh PKP
terdapat banyak kursus-kursus online yang ditawarkan kepada guru. Baik Cikgu,
berbalik kepada soalan yang kesepuluh, apakah cabaran yanxg cikgu hadapi
ketika melaksanakan proses PdP dikala Covid-19 melanda negara.
Responden : Antara cabaran yang utama adalah masalah capaian internet yang lemah.
Apabila kita melaksanakan sesi PdP secara online, internet lemah… maka kita
sebagai guru terjejas dalam menyediakan bahan dan soalan kepada anak
murid. Kadang-kadang kita nak buat live, tetapi line tersekat-sekat. Murid-murid
yang dapat sertai pun tidak semua. Cabaran utama disini adalah kekuatan
internet itu sendiri.
Pengkaji : Yaa jadi kelemahan pangkal pokoknya adalah internet. Internet bermasalah jadi
bermakna pengurusan pengajaran kita juga akan terbantut. Soalan seterusnya,
setelah sesi persekolahan bermula, apakah kekangan yang dihadapi oleh guru-
guru dalam menghadapi norma baharu sesi persekolahan.
Responden : Seperti sedia maklum lah, pertamanya ialah penjarakan sosial, iaitu macam
mana kita nak didik murid itu, tidak boleh buat itu, tidak boleh buat ini macam
bersentuhan, kena jarak meja daripada kawan, kena sentiasa pastikan tangan
murid itu bersih, memakai pelitup muka. Jadi saya rasa itu adalah kekangan dan
cabaran lah untuk bersekolah dikala covid-19. Makan pun tidak boleh dekat
kantin kan.
Pengkaji : Maksudnya persiapan murid itu yang kita utamakanlah. Soalan seterusnya,
apakah cara-cara yang terbaik untuk memastikan murid-murid cikgu terus
mengikuti sesi PdP secara berterusan?
Responden : Saya akan memberi reward macam ketika ujian ke, dengan memberi kata-kata
semangat, dan saya post dalam group watsapp senarai nama murid-murid yang
hantar tugasan supaya ia memberikan galakkan dan murid lain akan rasa
tercabar serta rasa ingin bersaing. Maksudnya saling berlumba-lumba untuk
mencapai kejayaan.
Pengkaji : Soalan seterusnya, sepanjang menjalankan proses PdP secara dalam talian ini,
apakah kriteria-kriteria untuk cikgu mengukur adakah murid-murid tersebut
sudah capai pada tahap yang terbaik.
Responden : Setelah saya memberikan tugasan tersebut, mereka akan menghantar jawapan
tersebut secara personal, dan apabila ada kesilapan, saya akan meminta
mereka membuat pembetulan melalui voice note supaya murid lebih faham.
Walaupun kita tidak mengajar secara direct, tetapi saya rasa objektif tersebut
tercapai. Apabila mereka betulkan balik jawapan yang salah tadi, kita akan
cakap tahniah dan puji lah.
Pengkaji : Baik soalan seterusnya, cikgu ada nyatakan bahawa capaian internet lemah.
Bagaimanakah cikgu memastikan bahawa tiada murid-murid yang tercicir
walaupun terdapat isu capaian internet lemah?
Responden : Sebenarnya bukan line cikgu sahaja yang lemah, malah line ibu bapa juga
lemah. Saya akan meminta mereka merujuk buku teks, sebab tugasan yang
cikgu berikan pun mestilah berpandukan kepada buku teks. Kemudian, kaedah
lain saya akan meletakkan buku aktiviti yang pihak KPM sediakan di pondok
pengawal serta meminta ibu bapa untuk datang ambik lah. Jadi selain daripada
telefon tu, mereka akan menggunakan buku aktiviti dan buku teks yang
disediakan.
Pengkaji : Okay cikgu, jelas dan faham. Soalan seterusnya apakah implikasi sekiranya
cikgu tidak melaksanakan sesi pengajaran ketika tempoh pandemik covid-19
ini?
Responden : Satu memang sedang maklumlah guru akan dikecam. Orang akan kata kita
makan gaji buta. Seterusnya murid itu sendiri akan tercicir. Kita sebagai guru
pun tidak mengajar kan, jadi kemahiran pengajaran kita tu akan hilang.
Walaupun berada di rumah, sebagai guru kita tetap juga mengajar dalam talian.
Pengkaji : Okay cikgu soalan yang terakhir, setelah cikgu rasa diri cikgu belum cukup
dengan kemahiran-kemahiran, cikgu mesti akan mencari kursus-kursus dan
latihan tambahan, boleh cikgu senaraikan kursus yang cikgu pernah ikuti?
Responden : Saya banyak mengikuti bengkel-bengkel dalam talian, dalam kalangan guru-
guru juga. Saya banyak joint group telegram yang mengandungi banyak info
untuk kita tingkatkan lagi ilmu kita dalam bidang ICT.
Pengkaji : Maksudnya cikgu gunakan medium Telegram lah untuk mendapatkan lagi
kursus-kursus atau cara-cara dan langkah untuk melaksanakan PdP secara
dalam talian
Responden : Ya betul, maksudnya perkongsian ilmu itu berterusan lah apabila kita
mempunyai kumpulan guru yang saling menyokong seperti group Telegram
tersebut.
Pengkaji : Yaa itu sahaja cikgu. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi
meluangkan masa untuk mengikuti temu bual bersama saya. Saya meminta
maaf sekiranya terdapat salah bicara dan tutur kata sepanjang saya
mengendalikan temu bual ini. Semoga perkongsian maklumat ini dapat saya
gunakan untuk menyiapkan tugasan saya.
Responden : Saya pun ingin mengucapkan semoga Cikgu terus maju jaya dan dapat
menyelesaikan tugasan kerja kursus dengan baik.
Pengkaji : Terima kasih cikgu.

You might also like