You are on page 1of 3

TUGASAN 2 – ANALISIS ARTIKEL ‘RAKYAT’ SECARA BERKUMPULAN

1.0 PENGENALAN

Berdasarkan artikel ‘Rakyat’ yang dianalisis, terdapat 15 perenggan, 98 bilangan


baris, 47 ayat dan 893 perkataan. Artikel ini mengandungi pelbagai jenis golongan kata,
ragam ayat, jenis ayat dan jenis-jenis frasa.

2.0 GOLONGAN KATA

Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu kata nama, kata
kerja, kata adjektif dan kata tugas.

Golongan kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi
binaan frasa nama dan boleh dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu kata nama khas,
kata nama am dan kata ganti nama (Rujuk Lampiran A Rajah 1). Melalui artikel yang
dianalisis, kata nama am dalam setiap perenggan dianggarkan sebanyak dua hingga 25
manakala dua hingga 14 kata nama am dalam setiap ayat. Jumlah keseluruhan kata nama
am dalam artikel adalah sebanyak 192. Kebanyakan kata nama am yang terdapat dalam
artikel ini adalah kata nama am yang bersifat abstrak iaitu bukan benda yang nyata seperti
budaya, warisan, kebijaksanaan dan sebagainya. Selain itu, terdapat 74 kata nama khas
yang dianalisis dalam artikel ini. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kata
nama khas hidup dan kata nama khas tak hidup. Antara kata nama khas hidup ialah Orang
Asli, Melayu Proto, Orang Ulu manakala kata nama khas tak hidup ialah Malaysia, Sarawak,
Sabah dan sebagainya. Disamping itu, melalui artikel ini, kata ganti nama diri orang kedua
iaitu anda dan kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka serta ia digunakan dalam ayat bagi
merujuk manusia. Penggunaan kata ganti nama diri ketiga iaitu mereka digunakan secara
meluas dalam perenggan ketiga, keempat, kelima dan sebagainya manakala kata ganti
nama diri kedua iaitu anda hanya digunakan dalam perenggan satu sahaja. Kata ganti nama
tunjuk umum iaitu ini yang merujuk sesuatu yang dekat digunakan dalam ayat pada
perenggan kedua, keenam, kesepuluh dan ketiga belas. Secara keseluruhannya, kata nama
yang terdapat dalam artikel ini adalah sebanyak 269 (Rujuk Lampiran A Jadual 1).

Selain itu, golongan kata kerja ialah sejumlah perkataan yang menjadi inti bagi
binaan atau konstruksi frasa kerja. Pembahagian golongan kata kerja boleh dilihat Lampiran
B Rajah 2. KKTT berpelengkap terdiri daripada tiga unsur yang menjadi pelengkap iaitu kata
adjektif, frasa sendi nama dan kata nama. Terdapat 35 kata KKTT berpelengkap yang
dianalisis dalam artikel ini. Jadual 1 menunjukkan KKTT berpelengkap yang dianalisis dalam
perenggan kedua dan kesembilan.
PERENGGAN AYAT KKTT PELENGKAP
Perenggan kedua Rakyat berbangsa Melayu, Cina berbangsa Melayu
dan India. (Kata nama)
Perenggan Kadazan biasanya tinggal di tinggal di delta
kesembilan delta lembah tanah rendah yang (Frasa sendi nama)
sesuai untuk menanam padi.
Jadual 1 menunjukkan contoh KKTT berpelengkap yang dianalisis dalam perenggan
kedua dan kesembilan.

KKT aktif ialah kata kerja yang perlu menerima awalan ‘meN-‘ dengan atau tanpa
akhiran ‘–kan’ atau ‘–i’ manakala KKT pasif pula ialah kata kerja hasil daripada perubahan
ayat aktif kepada ayat pasif. Terdapat 30 KKT aktif yang dianalisis dalam artikel seperti
memaparkan, memahami, mengenali dan sebagainya manakala 17 KKT pasif iaitu
dikumpulkan, digunakan dan sebagainya. Secara keseluruhannya, terdapat 85 kata kerja
dalam artikel tersebut.

Golongan kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang menjadi unsur inti dalam
binaan frasa adjektif. Kata adjektif terbahagi kepada sembilan kumpulan iaitu sifatan, warna,
ukuran, bentuk, pancaindera, waktu, cara, perasaan dan jarak. Terdapat 10 kata adjektif
sifatan, satu kata adjektif pancaindera, dua kata adjektif waktu, 17 kata adjektif ukuran, 4
kata adjektif jarak, satu kata adjektif bentuk, satu kata adjektif cara dan satu kata adjektif
perasaan. Sebagai contoh, kata adjektif sifatan iaitu harmoni dan baik, kata adjektif
pancaindera iaitu cantik, kata adjektif bentuk iaitu bulat dan sebagainya.

Golongan kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang
bersifat pelbagai jenis dan heterogen iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa nama,
frasa kerja dan frasa adjektif. Kata tugas terbahagi kepada 17 jenis dan dikelompokkan
kepada empat kelompok yang tertentu (Rujuk Lampiran C Rajah 3).

Tiga kelompok iaitu kata penyambung ayat, kata prafrasa dan pascafrasa serta kata
pascakata digunakan dalam artikel ‘Rakyat’. Kata hubung gabungan berfungsi untuk
menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Kata hubung gabungan
dan digunakan secara meluas sebanyak 22 kemudian, diikuti atau iaitu 4 serta tetapi dalam
artikel ini. Kata hubung pancangan pula terbahagi kepada tiga jenis iaitu relatif, komplemen
dan keterangan. Kata hubung pancangan relatif yang digunakan sebanyak 24 dalam
perenggan pertama, kedua dan sebagainya bagi menghubungkan klausa utama dengan
klausa kecil yang lain. Artikel ini juga mempunyai lapan kata hubung pancangan keterangan
bagi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Penggunaan
kata hubung pancangan keterangan yang paling banyak dalam ayat adalah kerana iaitu
enam kali, kemudian semasa dan sewaktu hanya satu kali.
Selain itu, kata bantu hadir sebelum frasa bagi menimbulkan makna tambahan dari
segi aspek waktu atau ragam. Dua kata bantu aspek yang terdapat dalam artikel adalah
telah pada perenggan dua, ke-13, ke-14 dan masih pada perenggan 13 bagi menimbulkan
suasana perbezaan masa sama ada masa lampau, kini atau hadapan. Kata bantu ragam
pula iaitu boleh dan perlu digunakan bagi menerangkan ragam perasaan yang berkaitan
dengan perbuatan. Kata penguat hadapan iaitu paling dan kata penguat bebas sangat yang
digunakan dalam artikel berperanan untuk menguatkan maksud yang terdapat dalam kata.
Kata penegas lagi dan juga yang dikenalpasti dalam artikel memberi penekanan terhadap
kedua-dua bahagian ayat. Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama. Berdasarkan artikel yang dikaji, terdapat 60 kata sendi nama iaitu daripada, di,
antara, sejak, kepada, pada, dalam, ke, untuk, seperti dan oleh (Rujuk Lampiran B Jadual
2).

Selain itu, terdapat 10 kata pemeri adalah dalam artikel yang dianalisis. Kata pemeri
adalah menjadi pemerihal kepada predikat dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa
sendi nama. Kata arah utara, tengah, selatan, timur, atas dan dalam yang hadir selepas kata
sendi nama digunakan dalam ayat bagi menunjukkan hala atau jurusan. Kata bilangan yang
menjadi penerang jumlah pada frasa nama terdiri daripada 36 kata iaitu 22 bilangan
kardinal, lapan bilangan tak tentu, satu pisahan, empat pecahan dan satu himpunan. Kata
adverba pula ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama dan
frasa sendi nama dari segi cara, masa dan tempat. Tiga bentuk kata adverba yang
digunakan dalam artikel ini ialah kata adverba jati iaitu dahulu, kata adverba penggandaan
separa berawalan iaitu bersama-sama dan kata adveba penggandaan penuh iaitu kira-kira.
Kata pascakata yang mengandungi bentuk kata -nya berfungsi sebagai penekan dan
pembenda. Artikel ini mempunyai lima kata penekan sebagai contoh, sebenarnya, asalnya
dan empat kata pembenda seperti lamanya, binanya dan lain-lain.

You might also like