You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN Menurut buku Tatabahasa Dewan, edisi ketiga, morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Morfologi (morphology) berasal daripada kata morphememxe yang bermaksud the minimal miningful unit of language. Ini bermakna unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan itulah yang dinamakan morfem. Dengan perkataan lain, morfem ialah unit bahasa yang terkecil, dan dapat melaksanakan tugas tatabahasa atau berfungsi gramatis. Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1, Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsurunsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata. Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu , 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Melalui tugasan ini, saya dapat mengenali dan menganalisis golongan kata dan proses pembentukan kata Bahasa Melayu dengan lebih teliti. Golongan kata Bahasa Melayu yang dianalisis termasuk kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Manakala proses pembentukan kata Bahasa Melayu merangkumi aspek dari segi pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan akronim. Dengan memahami huraian golongan kata dan proses pembentukan kata, saya dapat menganalisiskan penggunaan kata dan ayat dalam artikel dengan memberikan contoh yang bersesuaian dalam menyiapkan tugasan ini.

2.0 ANALISIS ARTIKEL KERATAN AKHBAR UTUSAN BORNEO PADA 23 NOVEMBER 2012 2.1 Golongan Kata Dan Jenis- Jenisnya Dalam Bahasa Melayu 2.1.1 Kata Nama

Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, (2004:97), Kata nama ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti bagi binaan frasa nama, dan lazimnya perkataan demikian menamakan orang, tempat, benda, atau konsep. Golongan Kata Nama boleh dikelompokkan kepada tiga kumpulan iaitu, a) Kata Nama Am Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Contoh: wang, ibu, anak, suruhanjaya, negara, jiran, pondok, ayah, tangki, bandar. b) Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar. Contoh: Pakistan, Bashiran, Oktober, India, Universiti New York, Keadilan Global, Pusat Hak Aksasi Manusia, Asia Selatan c) Kata Ganti Nama Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am. Kata ganti nama terbahagi kepada kata ganti nama tunjuk dan kata ganti nama diri. i) Kata ganti nama tunjuk ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama dan mendukung maksud menunjukkan benda atau perkara yang dirujuk itu. Contoh: ini, itu. ii) Kata ganti nama diri orang mengandungi perkataan yang merujuk diri orang tertentu iaitu orang pertama, kedua dan ketiga. Kata ganti nama pertama- contoh: saya, kami Kata ganti nama kedua- contoh: mereka Kata ganti nama ketiga- contoh: dia, beliau, -nya

2.1.2

Kata Kerja

Menurut Sulaiman Masri & Ahmad khair

Mohd Nor dalam buku

Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna, Kata Kerja ialah; perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Menurut mereka lagi,terdapat dua jenis kata kerja iaitu: a) Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama. b) Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif ialah

segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Kata kerja ini tidak memerlukan penyambut. Contoh penggunaan kata kerja transitif (KKT) dan kata kerja tak transitif (KKTT). i) Dia mulai meminta (KKT) sedekah di jalanan, namun tidak berhasil (KKTT). ii) Pengkritik menyatakan (KKT) usaha membanteras (KKT) kemiskinan tidak pernah menjadi (KKT) keutamaan kerajaan. iii) Dia kini meringkuk (KKTT) di dalam penjara di bandar terbesar Karachi di Pakistan.

2.1.3 Kata Adjektif atau Kata Sifat Definisi Kata Adjektif Merujuk buku Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk Guru dan Pelajar oleh Abdullah Hassan, kata sifat menceritakan sifat benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kalau kata sifat itu menceritakan kata nama, kata sifat itu disebut sifat nama atau adjektif. Kalau sifat itu menceritakan kata kerja, kata sifat itu disebut sifat kerja. Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan jenis iaitu: a) Kata adjektif sifatan Kata adjektif jenis ini terdiri daripada perkataan yang memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama. Contohnya : miskin, baik, kukuh, sukar, sengit. b) Kata adjektif ukuran
3

Kata adjektif ukuran ialah jenis perkataan yang memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan. Contohnya: tinggi, panjang. c) Kata adjektif waktu Kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. Contohnya : setiap hari, awal. d) Kata adjektif jarak Kata adjektif jarak ialah jenis perkataan yang memberi pengertian konsep ruang antara dua benda atau keadaan sebagai penerang kata nama. Contohnya : jauh.

2.1.4 Kata Tugas Menurut Nik Safiah Karim dan rakan- rakan dalam buku Tatabahasa Dewan ( 1989:199 ), kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir

dalam ayat, klausa atau frasa yang mendukung tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain. Jenis-jenis kata tugas: a) Kata Hubung Kata hubung terdiri daripada empat subjenis, iaitu kata hubung gabungan, kata hubung pancangan keterangan, kata hubung

pancangan relatif, dan kata hubung pancangan komplemen. Contoh: i) Isterinya, Aasia, kini bergelut menjual susu dan terpaksa melunaskan hutang dengan faedah membebankan. ii) Dalam bajet 2011-12, kerajaan Pakistan memperuntukkan 0.04 peratus untuk perbelanjaan bagi skim perlindungan sosial. b) Kata Bantu Kata bantu ialah perkataan yang hadir di hadapan kata kerja dan kata adjektif untuk memberikan maksud tertentu. Contoh : i) Pengkritik menyatakan usaha membanteras kemiskinan tidak pernah menjadi keutamaan kerajaaan. ii) Yayasan Edhi, badan swasta terbesar yang menyediakan

perkhidmatan social di Pakistan, menyatakan pada tahun lepas ia telah berjaya menyelamatkan 110 bayi yang dibuang. c) Kata Penguat

Kata penguat ialah perkataan yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya. Kadang-kadang, kata penguat boleh juga hadir di belakang kata adjektif. Contoh : Bashiran memberitahu saya malam sebelumnya lebih baik mereka semua mati, kata ibu mentuanya Barkat. d) Kata Nafi Kata nafi hadir di hadapan frasa predikat untuk menafikan maksud yang terkandung dalam frasa tersebut. Contoh: Dia mulai meminta sedekah di jalanan, namun tidak berhasil. e) Kata Pemeri Kata pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat. Contoh: Sebahagian punca masalah adalah pemimpin Pakistan terlalu taksub dengan perebutan kuasa. f) Kata Sendi Nama Kata sendi nama ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama. Contoh: Membunuh diri kerana miskin bukanlah gejela khusus di Pakistan. g) Kata Bilangan Kata bilangan pula ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah kepada frasa nama. Contoh: Pada tahun sebelumnya, 2399 orang membunuh diri dan kemiskinan menjadi faktor signifikan. h) Kata Arah Sejumlah perkataan yang hadir sblm frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Contoh: Di luar rumah anak yatim, organisasi meletakkan katil bayi dengan notis. i) Kata Penekan Satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yg bergabung dengannya. Contoh: Walaupun pakar menganggarkan jumlahnya mencecah 26 peratus. j) Kata Pembenda Bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yg bukan dari kata nama sebagai kata nama. Contoh:
5

Orang seperti Talib Hussain, 45, bagaimanapun nampaknya tidak mendapat sebarang manfaat.

2.2

Proses Pembentukan Kata Bahasa Melayu 2.2.1 Pengimbuhan

Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. Imbuhan tergolong dalam empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan. (i) Contoh imbuhan pada awalan ayat-(ber...) bertengkar, berusaha (ii) Contoh imbuhan pada akhiran ayat- (..an) tangisan, pecahan, sendirian, tinggalkan

(iii) Contoh imbuhan pada apitan ayat- (men..kan) membuatkan, memberikan (men..i) menangani (peran) perbandingan, perlindungan (di.kan) diperuntukkan, dipedulikan

2.2.2 Penggandaan Menurut Prof. Abdullah Hassan dalam bukunya yang bertajuk MORFOLOGI, (2006); MS 247. Ada 4 jenis penggandaan kata nama yang boleh berlaku, iaitu: penggandaan penuh, penggandaan menyaling (Asmah Hj. Omar, 1980), penggandaan konsonan, iaitu hanya bunyi konsonan yang diulang tetapi bunyi vokal berubah, dan penggandaan suku kata. (i) Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh melibatkan seluruh kata dasar nama digandakan tanpa sebarang perubahan bentuk. Kata dasar yang digandakan boleh terdiri daripada kesemua jenis bentuk, iaitu kata nama tunggal, kata nama terbitan, kata nama majmuk. Contoh: anak-anak, baru-baru, satu-satu, lebih-lebih, kira-kira (ii) Gandaan Separa

Penggandaan separa kata nama melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang
6

digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contoh: lelaki, berjuta-juta, berbulan-bulan, tertanya-tanya

2.2.3 Kata Terbitan Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat bentuk kata terbitan Contoh: bertengkar, kekurangan, meminta, berdepan, terbesar

2.2.4 Kata Majmuk Dua atau lebih daripada dua patah dasar dapat digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. Contoh: jangka panjang

3.0 Refleksi Setelah membuat tugasan ini, saya lebih memahami golongan kata nama, golongan kata kerja, dan kata tugas serta proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu meliputi pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan akronim berbanding dengan sebelum ini. Saya telah banyak mempelajari aspek tatabahasa. Jadi, saya dapat

menganalisis sebuah artikel keratan akhbar bahasa Melayu iaitu Utusan Borneo. Apabila menghadapi sebarang masalah dalam menganalisis artikel, saya akan mendapat tunjuk ajar daripada kawan-kawan saya. Mereka sedia membantu saya dalam menangani keraguan saya.

4.0 Penutup

5.0 Rujukan Abdullah Hassan. (2008).Tabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTSPublishing Sdn. Bhd. Nik Safiah Karim et.al. (2008). Tatabahasa Dewan. (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka. Alisjahbana, S.T. (1964). Tatabahasa Baru Bahasa Melayu/Indonesia 1 &2. KualaLumpur: Zaman Baru Limited.2. Arbak Othman (1984). Tatabahasa Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbitan Sarjana. Asmah Hj. Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa danPustaka. Asraf Abdul Wahab (1985). Tatabahasa Bahasa Melayu Baku. Kuala Lumpur: Sasbadi.

10

You might also like