You are on page 1of 12

2.2. Definisi Sintaksis.

2.2.1. Menurut kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat, sintaksis bermaksud sebagai
satu cabang ilmu linguistik yang mengkaji tentang peraturan dan susunan kata dalam sesuatu
ayat

2.2.2 : Menurut Nik Safiah Karimdalam Tatabahasa Dewan Edisi 3, sintaksis
adalah suatu kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mengkaji kaedah
pengabungan dan penyusunan perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Seperti pengkaji bahasa yang lain, beliau turut mendefinisikan sintaksis sebagai satu cabang
ilmu bahasa yang mengkaji secara mendalam bentuk, struktur dan binaan sesuatu ayat.
Sintaksis juga dimaksudkan sebagai susunan kata-kata dalam sesuatu rangkaikata atau ayat
yang membentuk klausa dan frasa.

2.2.3 : Syarifah Nor Syed merujuk kepada Bahasa Melayu Teks Rujukan Lengkap
STPM, sintaksis dijelaskan sebagai satu bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses
pembinaan ayat. Kajian yang dimaksudkan ialah merangkumi kajian tentang
hukum tatabahasa berkaitan kaedah pengabungan dan penyusunan perkataan untuk
menghasilkan sesuatu ayat yang gramatis dan bermakna.

2.2.4 : Dr Ali Mahmood dan Munsyi Zainal Abidin Kasimdalam buku Morfologi
Dan Sintaksis Bahasa Melayu menerangkan bahawa sintaksis ialah satu cabang ilmu yang
mengkaji bentuk, struktur dan konstruksi ayat. Sintaksis juga mengkaji proses pembinaan
ayat dan hukum-hukum atau peraturan bahasa yang menentukan bagaimana sesuatu
perkataan itu disusun dalam serangkai ayat yang bermakna.

2.2.5 : Menurut Samsu Yaacob dalam Senarai Semak Sistem Ejaan
dan Tatabahasa Bahasa Melayu ( Edisi Kemas Kini ), sintaksis adalah suatu bidang
linguistik yang mengkaji proses-proses pembinaan ayat. Unsur-unsur yang terdapat dalam
binaan sintaksis ialah frasa dan klausa. Gabungan frasa dan klausa akan menghasilkan ayat
yang dapat berfungsi dan bermakna.

Kesimpulannya, sintaksis boleh dijelaskan sebagai suatu bidang ilmu linguistik yang
mengkaji proses pembinaan ayat. Binaan sintaksis ini seharusnya terdiri daripada beberapa
unsur seperti frasa dan klausa atau subjek dan predikat. Proses pembinaan ayat ini didasari
hukum dan peraturan yang tertentu agar ayat-ayat yang dihasilkan mengandungi makna yang
lengkap dan difahami. Pembinaan ayat yang gramatis sewajarnya saling dilengkapi frasa
nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama yang digabungkan dengan klausa
bebas atau klausa tidak bebas.

Bentuk kata ialah bunyi ujaran atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa.
Perkataan terhasil apabila diucapkan atau ditulis dengan menggunakan lambang-lambang
huruf. Perkataan yang bermakna berfungsi untuk menyampaikan maksud . Setiap kata yang
gramatis memberikan makna yang tertentu. Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis
bentuk kata iaitu kata tunggal,kata terbitan/ pengimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda.

a) Bentuk Kata Tunggal :

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terhasil daripada satu morfem atau satu kata dasar. Kata
tunggal tidak menerima sebarang bentuk imbuhan serta tidak mengalami proses pengandaan
dan pemajmukan. Selain itu, bentuk kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau
lebih. Contohnya :

Satu suku
kata
Dua suku kata Tiga suku kata Empat suku
kata
Lima suku kata

Pun
Dan
Yang
Gus
Ia


Rendah
Sudah
Akan
Dengan
Sistem
Baru
Mahu
Pakai
Format
Segi
Bentuk
Subjek
Kira
Bidang
Sivik
Hanya

Ujian
Kelmarin
Timbalan
Perdana
Menteri
Bahawa
Sedikit
Kerana
Mulai
Prestasi
Pelajar
Selama
Soalan
Agensi
Sendiri
Sejajar

Sementara
Akademik
Integriti
Aktiviti
Komposisi
Pemarkahan
Kerajaan
Memadai
Pelajaran
Perubahan
Pentaksiran
Memastikan
Memuaskan
Berteraskan
Menggunakan
Keputusan

Peperiksaan
Penambahbaikan
Persekolahan
Kementerian

Aspek
Calon
Jika
Markah
Kita
Yakin
Dapat
Pihak
Sikap
Pilih
Kasih
Tidak
Mampu
Hati
Wakil
Sektor
Swasta
Ahli
Tokoh
Langsung
Satu
Saja
Ini
Anak
Pada
Insan
juga
atau
apa
namun
sahsiah
Supaya
Iaitu
Tiada
Malaysia
Pelbagai
Desakan
Dakwaan
Mengambil
Apatah
Teliti
Lagi
Adalah
Bersaing




Pencapaian
Pelajaran
Pemberian
Berteraskan
Beberapa
Utama
Ditangani
mekanisme



Bentuk kata ialah bunyi ujaran atau gabungan bunyi dalam sesuatu bahasa.
Perkataan terhasil apabila diucapkan atau ditulis dengan menggunakan lambang-lambang
huruf. Perkataan yang bermakna berfungsi untuk menyampaikan maksud . Setiap kata yang
gramatis memberikan makna yang tertentu. Bahasa Melayu mempunyai beberapa jenis
bentuk kata iaitu kata tunggal,kata terbitan/ pengimbuhan, kata majmuk dan juga kata ganda.

a) Bentuk Kata Tunggal :

Kata tunggal ialah bentuk kata yang terhasil daripada satu morfem atau satu kata dasar. Kata
tunggal tidak menerima sebarang bentuk imbuhan serta tidak mengalami proses pengandaan
dan pemajmukan. Selain itu, bentuk kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata atau
lebih. Contohnya :



Bentuk Kata majmuk :

Bentuk kata majmuk boleh ditakrifkan sebagai bentuk kata yang mengalami proses
merangkaikan dua kata dasar atau lebih . Pembentukan kata majmuk akan membawa makna
yang baru jika dibandingkan dengan makna asal kata dasarnya. Ciri-ciri yang ada pada kata
majmuk ialah perkataan ini dieja terpisah tetapi berfungsi senagai satu unit. Kata majmuk
juga tidak boleh menerima sebarang imbuhan sisipan atau unsur-unsur lain. Pembentukan
kata majmuk terbahagi kepada 3 kelompok iaitu rangkaian kata bebas , istilah khusus dan
kiasan yang meliputi simpulan bahasa.

Hasil daripada analisis ke atas teks kajian ini, didapati tidak ada sebarang penggunaan
bentuk kata majmuk yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan isi kandungan teks.
Walau bagaimana pun, berikut adalah beberapa contoh yang boleh di terima sebagai bentuk
kata majmuk .

a) Rangkaian Kata Bebas = gambar rajah / jalan raya / alat tulis / terima kasih /

b) Istilah Khusus = lut sinar / garis pusat / tabung uji / cakera padat /

c) Kiasaan ( simpulan bahasa) = buah hati / anak emas / berat tulang / duit kopi /

3.1.3 : Pengolongan Kata menurut Nik Safiah KarimdalamTatabahasa Dewan
Edisi Ketiga, ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan
fungsinya. Pengolongan kata ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria seperti keserupaan dari
aspek fonologi atau bunyinya, struktur morfem, struktur sintaksis dan juga kriteria semantik.
Terdapat beberapa pemahaman yang telah dibuat oleh beberapa orang penahu bahasa yang
berbeza berkaitan dengan kelompok penggolongan kata. Tatabahasa Dewan ( 1996 ) telah
mengkategorikan bentuk golongan kata kepada 4 bahagian iaitu :

a) Golongan Kata Nama

b) Golongan Kata Kerja

c) Golongan Kata Adjektif

d) Golongan Kata Tugas.


Aspek Sintaksis

Dalam bahasa Melayu sintaksis merupakan peringkat pembentukan konstruksi ayat
yang melahirkan ayat-ayat gramatis. Setiap binaan ayat terhasil daripada satu gabungan dan
susunan unit-unit kecil rangkaikata yang terdiri daripada 2 unsur iaitu frasa dan klausa
ataupun dikenali sebagai subjek dan pradiket . Unsur-unsur yang terdapat dalam subjek ialah
Frasa Nama manakala unsur-unsur yang terdapat dalam pradiket ialah Frasa Kerja, Frasa
Sendi Nama, Frasa Adjektif atau Kata Tugas yang menjadi penerang kepada unsur subjek.

Contoh : Encik Ahmadi amat rajin dan cekap dalam tugasnya.

( Subjek=Frasa nama) ( Pradiket = keterangan )

3.2.1 Ragam Ayat

Binaan ayat yang lengkap dan gramatis adalah tertakluk kepada satu ayat dasar yang
menjadi sumber kepada pembentukan semua jenis ayat yang lain . Jenis ayat-ayat lain
ialah ayat terbitan iaitu pola ayat yang lebih kompleks dan panjang kerana ditambah dengan
unsur-unsur frasa pada subjek dan pradiketnya. Terdapat 2 jenis ragam ayat iaitu ayat aktif
dan ayat pasif. Ayat aktif ialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterang
dan menjadikan kata kerja sebagai penerang unsur subjek. Ayat pasif pula mengutamakan
subjek terbitan sebagai unsur diterang .

Hasil daripada analisis yang dibuat, teks ini tidak mengandungi ayat-ayat pasif. Walau
bagaimanapun, contoh-contoh ayat aktif yang masih boleh diperolehi daripada teks ini.

Ayat aktif :

a) Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran
mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan.

Subjek ( Frasa nama ) Kata Kerja Pradiket (Keterangan)
Timbalan Perdana Menteri,
Tan Sri Muhyiddin Yassin
merangkap Menteri Pelajaran
-mengumumkan


-bahawa UPSR akan
dikekalkan dengan
melakukan
sedikit penambahbaikan


b) Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memastikan aspek integriti
pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon
dalam pemberian markah.

Subjek Kata kerja Keterangan 1 Keterangan 2
Kementerian melalui
Lembaga
Peperiksaan
Malaysia
akan memastikan aspek integriti
pentaksiran
supaya tiada sekolah
mengamalkan sikap
pilih kasih terhadap
mana-mana calon
dalam pemberian
markah.


c) Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada
2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.

Subjek Kata kerja Keterangan 1 Keterangan 2
Kementerian
Pelajaran
turut melakukan ujian perintis
membabitkan 50
buah sekolah pada
2008 dan 500 lagi
tahun lalu
bagi melihat
kesesuaian
cadangan yang
bakal dilaksanakan
itu.


















































http://books.google.com.my/books?id=WhiTFhRQbTwC&pg=PA60&lpg=PP1&focus=viewpor
t&output=html_text

You might also like