You are on page 1of 26

MORFOLOGI KATA KERJA

1.0

Pengenalan
Kata kerja dalam bahasa Melayu ialah perkataan yang menunjukkan perbuatan,

seperti menulis, berlari, berfikir dan tidur. Menurut Abdullah dan Ainon (1994 ) , kata kerja
terbahagi kepada dua jenis yang besar,iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif .
Menurut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ( 2011 ) golongan kata kerja
merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja.
Golongan kata kerja dapat dibahagikan kepada dua kumpulan,iaitu kata kerja tak transitif dan
kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif terbahagi kepada kata kerja tak transitif tak
berpelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Kata kerja transitif dapat pula
dibahagikan kepada kata kerja transitif yang wujud dalam ayat aktif dan kata kerja transitif yang
wujud dalam ayat pasif.
Selain itu , terdapat empat bentuk pembentukan kata kerja dalam morfologi bahasa
Melayu. Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007 ) menjelaskan bahawa terdapat terdapat empat bentuk
kata kerja, iaitu kata kerja tunggal,kata kerja terbitan,kata kerja majmuk dan kata kerja ganda. Ini
adalah sama sebagaimana dalam Kamus Tatabahasa Dewan ( 2011 ). Menurut Safiah Karim et
al. ( 2008 ) , kata kerja tunggal ialah kata yang terbentuk tanpa imbuhan yang mana boleh hadir
sebagai predikat tanpa imbuhan manakala Ahmad Khair Mohd Nor ( 2007 ) mendefinisikan kata
kerja tunggal sebagai kata kerja yang tidak terikat pada sebarang imbuhan dan dapat berdiri
sendiri dengan makna sepenuhnya untuk bertugas sebagai predikat dalam ayat. Kata kerja
terbitan pula ialah kata kerja yang menerima imbuhan . Mengikut Ahmad Khair Mahd Nor
( 2007 ) menyatakan bahawa kata kerja ganda boleh menghasilkan bentuk kata ganda penuh,kata
ganda berentak,kata ganda separa. Pernyataan ini sama dengan Kamus Tatabahasa Dewan

MORFOLOGI KATA KERJA


( 2008 ). Selain daripada itu , menurut Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994 ) pula
menyatakan bahawa kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif boleh digandakan dan ia
berlaku pada bentuk akarnya sahaja. Kata kerja majmuk pula terdiri daripada rangkaian dua
morfem bebas atau lebih ( Safiah Karim et al. 2008 ).
Justeru , pernyataan ini menjelaskan dan menyatakan bahawa kata kerja merupakan kata
yang menunjukkan sesuatu perbuatan yang dilakukan.
2.0

Definisi
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, kata kerja adalah perkataan yang
menjadi inti bagi binaan atau kontruksi frasa kerja . ini menjelaskan bahawa golongan
kata kerja adalah merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam
binaan frasa kerja .
Selain itu , menurut Asraf di dalam buku Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu
(2012), kata kerja didefinisikan sebagai kata yang menyatakan makna perbuatan atau
perlakuan . Kata kerja pada umumnya ditandai oleh imbuhan-imbuhan seperti ber-, ber
an, berkan, me-, mekan dan memperi.
Di samping itu , menurut Abdullah Hasan dan Ainon Mohd (1994), kata kerja
dalam Bahasa Melayu merujuk kepada perkataan yang menunjukkan perbuatan seperti
berlari , menulis, tidur dan menyanyi. Selain daripada itu , Menurut Nik Safiah Karim
et.al, (1996), kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau kontruksi frasa
kerja . Frasa kerja ini terdiri pula daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur
lain seperti kata bantu , objek , pelengkap , ayat komplemen dan ayat keterangan .
Menurut Zaba (1965 ) pula , mendefinisikan kata kerja ini sebagai perbuatan . Beliau
menyatakan sekiranya kita menyebut perkara membuat atau mengerjakan sesuatu
perbuatan , terpaksalah memakai perkataan yang dinamakan perbuatan , kerana sebutan
menyatakan perbuatan .
2

MORFOLOGI KATA KERJA


Kesimpulannya, kata kerja bolehlah didefinisikan sebagai kata yang menunjukkan
3.0

sesuatu perbuatan yang dilakukan sama ada oleh manusia atau pun binatang .
Penggolongan Kata Kerja
Kata kerja merupakan salah satu golongan kata yang digunakan untuk menunjukkan
sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu. Kata kerja ini terbahagi kepada dua
,iaitu :
3.1
Kata kerja transitif
Kata kerja transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek yang terdiri
daripada frasa nama untuk menyempurnakan maksudnya . Menuruf Asraf (2012),
kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk menjadi frasa
kerja yang dapat bertugas sebagai predikatnya . Objek yang menyertai kata kerja
transitif itu pula mestilah frasa nama . Ini bermakna kata kerja transitif tidak boleh
berdiri dengan sendiri . Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (2008), kata
transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa
nama untuk melengkapkan maksudnya .
Selain itu , menurut Abdullah Hassan (2003) , kata kerja transitif ialah
perbuatan itu terkena kepada orang lain atau pun benda lain . Ini dikuatkan lagi
dengan Pendeta Zaba yang menyatakannya sebagai perbuatan melampau .
Malahan , menurut Nik Safiah Karim et.al (1996 ) , menjelaskan bahawa kata
kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada trasa
nama untuk melengkapkan maksudnya .
Kata kerja transitif ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu :
3.1.1 Kata kerja transitif berfungsi dalam ayat aktif
Kata kerja transitif aktif ialah kata kerja yang menerima awalan me-N
dengan atau tanpa akhiran - kan atau - i.
Contoh kata kerja transitif aktif :
a. Mahali menampan bola itu .
b. Abang sedang melakar gambar kereta .
c. Kakak menbasuh kasut sekolah .
3

MORFOLOGI KATA KERJA


d. Datuk membaca tafsiran Al-Quran.
3.1.2 Kata kerja transitif berfungsi dalam ayat pasif
Kata kerja transitif pasif pula ialah kata kerja hasil daripada proses
transformasi atau perubahan ayat aktif menjadi ayat pasif .
Contoh kata kerja transitif pasif :
a. Bola itu disepak oleh Safee Sali .
b. Gambar sawah padi itu sedang dilukis oleh Amiruddin .
c. Baju kurung itu dicuci oleh emak .
d. Novel itu dibaca oleh Salina .

3.2

Kata kerja tak transitif


Kata kerja tak transitif merupakan kata kerja yang dapat berdiri dengan sendirinya
dalam sesuatu ayat tanpa memerlukan objek lagi . Kata kerja tak trasitif ini
terbahagi kepada dua iaitu :
3.2.1 Kata kerja Tak Transitif Berpelengkap
Menurut Nik Safiah ( 2004) , kata kerja tak trasitif berpelengkap ialah kata
kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud
ayat . Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif .
Selain itu , ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan .
Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ini terdiri daripada tiga jenis iaitu :
3.2.1.1 Kata kerja tak transitif berpelengkap- kata adjektif
Kata kerja tak transitif berpelengkap kata adjektif biasanya akan
diikuti oleh kata adjektif di dalam ayat yang digunakan .
Contohnya :
a. Mesyuarat itu menjadi tegang .
b. Kesihatan Azman beransur baik .
3.2.1.2 Kata kerja tak transitif berpelengkap kata nama .
Kata nama boleh menjadi pelengkap pada kata kerja tak transitif
yang berbentuk : ber kan dan kata kerja yang mempunyai unsur
menjadi dan ada .
Contohnya :
a. Cikgu Sufian ada kereta besar .
b. Lelaki gelandangan itu tidur berbantalkan kertas kad bod .
3.2.1.3 Kata kerja tak transitif berpelengkap frasa sendi nama.
Frasa sendi nama juga digunakan dalam kata kerja tak transitif
4

MORFOLOGI KATA KERJA


berpelengkap untuk memberikan pengertian tempat .
Contohnya :
a. Wak Karno tinggal di Bandar Baru Uda .
b. Bas persiaran itu berhenti di hadapan rumah .
Selain itu, menurut Tatabahasa Dewan ( 2011 ), kata kerja tak
transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap
untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah
dibezakan daripada objek atau penyambut , kerana objek atau penyambut
hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh pula mengalami proses
pasif . Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif
untuk menyempurnakan ayat . Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif
3.2.2

yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan .


Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
Menurut Nik Safiah Karim et.( 2004 ), kata kerja tak transitif tanpa
pelengkap adalah kata kerja yang boleh berdiri dengan sendiri tanpa objek
atau penyambut .
Contohnya :
a. tidur
b. makan
e. berlari
f. belajar

c. belajar

d. bermain

Selain itu ,kata kerja tak transitif tanpa pelengkap juga boleh
diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberikan maklumat
tambahan .
Contohnya :
a. Zikri berdiri di sana .
b. Farizal telah pergi ke padang .
c. Emak duduk di depan pintu.
d. Abdul Aziz menyikat rambut di hadapan cermin .

MORFOLOGI KATA KERJA

4.0

Pembentukan kata kerja


4.1 Kata kerja tunggal
Menurut Tatabahasa Dewan (2011), kata kerja ialah kata kerja yang terbentuk
tanpa imbuhan . Penggunaan kata kerja ini tidak sebanyak kata kerja yang terbentuk
dengan penggunaan imbuhan dan boleh hadir sebagai predikat tanpa imbuhan .
Kebanyakan kata kerja sebegini bersifat tak transitif .
Contoh perkataannya adalah seperti berikut :
a. ada
d.terbang
g.mara
b.hancur
e.gagal
h.hancur
c.keluar
f.jaga
i.datang
Contoh penggunaan kata kerja tunggal dalam ayat pula adalah seperti berikut :
a.Kanak-kanak itu pulang ke rumah .
b.Cikgu Zafie belum datang lagi.
c.Anie lahir di Batu Pahat , Johor.
d.Burung laying-layang itu terbang bebas di angkasa.
Selain itu , terdapat juga kata kerja tunggal berbentuk akronim . Dalam Bahasa
Melayu hanya terdapat satu sahaja iaitu berdikari yang terbentuk daripada singkatan
perkataan berdiri atas kaki sendiri .

4.2 Kata kerja terbitan


Menurut Abdullah Hasan dan Ainon Mohd ( 1994: ) , kata kerja terbitan ialah
kata sifat , kata kerja transitif,dan kata kerja sendi yang boleh menjadi kata dasar untuk
menerbitkan kata kerja transitif. Abdullah Hasan dan Ainon Mohd turut menyatakan
bahawa terdapat tiga imbuhan yang membentuk kata kerja transitif,iaitu per-.-kan,dan
-i. Setiap daripada satu itu boleh berlaku secara sendirian ataupun bergabung.
Manakala Kamus Tatabahasa Dewan ( 2008 ) medefinisikan sebagai kata
kerja yang terhasil daripada proses pengimbuhan,iaitu proses yang menggandingkan
imbuhan pada kata dasar dan melahirkan perkataan-perkataan terbitan.
6

MORFOLOGI KATA KERJA


Menurut Arbak Othman ( 1984:14 ), imbuhan kata kerja terdiri daripada
awalan ber-,me-,ter-,di-,ke-, kemudian imbuhan terbahagi ber-.....-an,ber-.....kan,me-......-kan,me-....-I,memper-...,memper-....-kan,memper-...-i,ke-....-an imbuhan
akhiran kan,-i dan an.
Kata kerja imbuhan adalah kata kerja yang menerima sebarang imbuhan
sama ada daripada kata nama,kata kerja,kata adjektif,kata tugas. Selepas imbuhan
kata-kata ini menjadi sifat kata kerja walaupun berasal bukan daripada kata kerja.
Kebanyakan kata kerja terbitan ialah kata kerja transitif namun ada juga yang
bertindak sebagai kata kerja terbitan pasif.
.

4.2.1

Kata kerja terbitan awalan


Kata kerja terbitan dengan imbuhan awalan terdiri daripada meN-,beR-.
teR-,di- ,mempeR-,dan dipeR-. Menurut Kamus Tatabahasa Dewan,
awalan meN- ialah awalah yang membentuk kata kerja aktif,sama ada
transitif atau tak transitif. Awalan ini mempunyai empat bentuk
varian,iaitu me-,mem-,mem-,dan meng- ( Nik Safiah Karim et al. 2008 ).
4.2.1.1 Imbuhan Awalan meNMengikut Kamus Tatabahasa Dewan Edisi Keempat ,imbuhan
meN- boleh dipecahkan kepada bahagian tertentu mengikut maksud
tertentu.
( a ) melakukan sesuatu,contohnya:
memasak - Ibu memasak nasi
menggaul - Kakak menggaul ulam dengan ikan untuk dibuat kerabu.
( b ) mengeluarkan bunyi, contohnya:

MORFOLOGI KATA KERJA


mengembek - Kambing itu dari tadi lagi mengembek.
( c ) membuang,mencari atau mengumpulkan sesuatu,contohnya :
mencandan - Ismail mencandan sebagai mata pencarian.
( d ) menuju sasaran, contohnya :
mendarat - Kapal terbang itu mendarat di landasan.
( e ) berlaku seperti atau menyerupai sesuatu,contohnya:
membelit - Soalan itu telah membelit fikirannya.
Akhir sekali yang memberi makna menyatakan keadaan. Ia terbahagi
kepada dua bahagian iaitu :
( a ) hidup sebagai,contohnya:
menjanda - Aisah telah lima tahun menjanda.
( b ) menjadi,contohnya:
membujur - Ali duduk dalam keadaan membujur untuk sembahyang.

4.2.1.2 Imbuhan Awalan beRAwalan beR- juga boleh membentuk kata kerja. Perkataan yang
menerima awalan ini menjadi kata kerja yang bersifat tidak transitif. ( Nik
Safiah Karim et al. 2008: ). Manakala menurut Arbak Othman (1984),
kata kerja dengan awalan ber- boleh berupa kata kerja tak transitif atau kata
kerja yang menerima pencukup sesudahnya.Menurut Kamus Tatabahasa
Dewan, apabila awalan ber- bergabung dengan kata dasar yang bermula
dengan huruf r maka dua r tadi akan berubah menjadi satu r melalui proses
peleburan bunyi,contohnya:
ber + rantai = berantai
8

MORFOLOGI KATA KERJA


ber + ranjau = beranjau.
Awalan beR- boleh digabungkan pada kata dasar daripada kata
nama,kata kerja,kata adjektif,dan kata tugas. Awalan beR- mempunyai
banyak makna mengikut golongan kata yang bergabung dengannya.
Awalan beR- boleh membawa makna melakukan perbuatan,mengenai diri
sendiri, perbuatan bersalingan, keadaan yang sudah sedia
berlaku, membawa makna mempunyai,makna memakai,mengerjakan
sesuatu,membawa makna menghasilkan,meminta bantuan,berada dalam
keadaan,memperoleh,membawa pengertian menjadi,bersama-sama,dan
beroleh. Manakala pencukup yang dimaksudkan oleh Arbak Othman ialah
kata dasar yang berada sesudah imbuhan ber- tersebut,contohnya;
berlari. ber- merupakan imbuhan manakala lari itu merupakan pencukup.

4.2.1.3 Imbuhan Awalan teRMenurut Kamus Tatabahasa Dewan (2010) menyatakan bahawa hanya
terdapat satu bentuk awalan teR-,iaitu ter- yang digabungkan dengan kata
dasar.
Contohnya:
nampak ternampak
jatuh terjatuh
Bagi kata dasar yang bermula dengan huruf r maka satu daripada r
tersebut akan digugurkan. Terdapat dua jenis kata kerja awalan ter- ,iaitu
kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Kata kerja aktif pula terbahagi kepada

MORFOLOGI KATA KERJA


kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif.
( a ) kata kerja transitif
terlihat Ali terlihat kucing dilanggar.
( b ) kata kerja tak transitif
terjatuh - Ali terjatuh dari katil
Bagi kata kerja pasif pula ialah:
terlanggar- Kereta itu terlanggar oleh Ali.
Imbuhan teR- mempunyai makna tidak sengaja,keupayaan dan keadaan
tersedia.

4.2.1.4 Imbuhan Awalan diAwalan di- akan membentuk kata kerja pasif .
Contohnya :
jahit dijahit - Baju itu dijahit oleh Abu.
Mengikut Kamus Tatabahasa Dewan (2010) tidak terdapat makna
khusus untuk awalan di-.
4.2.1.5 Imbuhan Awalan mempeRAwalan mempeR- juga awalan pembentuk kata kerja wujud
dalam satu bentuk,iaitu memper-.Dalam bahasa Melayu bentuk ini
hanya dirujuk sebagai awalan per-.( Nik Safiah Karim et al. (2008 ).
Awalan per- bergabung dengan kata dasar bagi menerbitkan kata kerja
10

MORFOLOGI KATA KERJA


transitif. ( Abdullah Hasan dan Ainon Mohd (1994). Menurut Abdullah
Hasan lagi,bentuk ejaan awalan per- tidak berubah.
Contoh kata kerja imbuhan mempeR- ialah;
hamba memperhamba : Majikan itu memperhamba pekerja.
lebar - memperlebar.

: JKR telah memperlebar jalan raya itu.

Kata kerja berimbuhan mempeR- ini boleh membawa makna


menjadikan,menjadikan lebih atau bertambah,dan mendapat sesuatu.

4.2.1.6 Imbuhan Awalan dipeRAwalan dipeR- ialah awalan yang membentuk kata kerja
pasif. ( Nik Safiah Karim et al (2010). Awalan dipeR- wujud dalam
satu bentuk sahaja ,iaitu diperContohnya:
halus diperhalus :

Cadangan itu akan diperhalus oleh Menteri


Besar.

Awalan diper- mempunyai beberapa makna,iaitu


dijadikan,dijadikan lebih atau bertambah dan terdapat sesuatu
4.3 Kata kerja akhiran
Hanya terdapat dua akhiran yang membentuk kata kerja bahasa Melayu iaitu :
i. -kan
11

MORFOLOGI KATA KERJA


ii. i
4.3.1 Kata kerja akhiran kan.
Akhiran kan membentuk kata kerja transitif dan hanya wujud dalam dua jenis
ayat sahaja,iaitu :
( a ) dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan kedua
Contohnya:
tuliskan saya tolong tuliskan untuk artikel itu .
( b ) jenis yang kedua,iaitu dalam ayat suruhan.
Contohnya:
pastikan pastikan lampu dipadam.
Akhiran kan dikaitkan dengan dua makna khusus,iaitu menyebabkan jadi
dan melakukan sesuatu untuk manfaaat orang lain.
4.3.2 Kata kerja imbuhan akhiran -i.
Akhiran -i membentuk ayat transitif. Akhiran i wujud hanya dalam dua
bentuk iaitu :
( a ) dalam ayat pasif orang pertama dan kedua.
Contohnya:
sertai

Majlis itu akan saya sertai.

( b ) dalam ayat suruhan .


Contohnya:
Sayangi Tolonglah kasihani anak itu.
Akhiran i mempunyai dua makna khusus iaitu memberi makna
menyebabkan jadi dan juga menyatakan unsur tempat.

12

MORFOLOGI KATA KERJA


4.4 Kata kerja imbuhan apitan.
Menurut Nik Safiah Karim st al ( 2011 ) . imbuhan apitan ialah unsur imbuhan
yang hadir secara melingkungi kata dasar,iaitu dua bahagian imbuhan hadir pada
awal dan akhir perkataan secara serentak. Imbuhan apitan juga dikenali sebagai
imbuhan terbahagi .
Kata kerja imbuhan apitan terdiri daripada :
4.4.1 meN-...-kan
4.4.2 beR-...-kan
4.4.3 beR-...-an
4.4.4 di-...-kan
4.4.5 memper-...-kan
4.4.6 memper-...-i,
4.4.7 meN-...-I
4.4.8 di-...-i
4.4.9 ke-...-an
4.4.10 diper-...-kan
4.4.11 diper-...-i.
4.4.1 Kata kerja imbuhan apitan meN--kan
Imbuhan meN-...-kan terdiri daripada me-...-kan,mem-...-kan,men-...kan,meng-...-kan, dan menge-...-kan. Kebiasaannya,kata kerja yang bergabung
dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif. Kata kerja apitan meN-...kan terdiri daripada dua jenis, iaitu :
( a ) yang menerima satu objek,contohnya:

13

MORFOLOGI KATA KERJA


Abu melontarkan lembing kepada Ali.
( b ) yang menerima dua objek, contohnya:
Ibu menjahitkan baju untuk saya dan kakak.
Apitan meN-...-kan membawa beberapa makna,iaitu membuat sesuau ,
menyebabkan jadi , dan manfaat.
4.4.2 Kata kerja imbuhan apitan beR-kan
a. Imbuhan ber-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja dan
membentuk kata kerja tak transitif berpelengkap.
Contohnya:
( i ) beratapkan Rumah yang dibina itu beratapkan daun nipah.
Imbuhan apitan ber-...-kan memberi makna menjadikan sesuatu
Ini dijelaskan dengan perkataan beratapkan memberi makna
menjadikan atap.
b. Imbuhan beR--kan membentuk kata kerja tak transitif yang memerlukan
pelengkap .
Contohnya :
( i ) Lelaki itu tidur bertilamkan jerami padi .
( ii ) Pengemis itu berbantalkan lengan .
(iii ) Kabilah itu berjalan berpandukan arah bintang .
4.4.3 Kata kerja imbuhan apitan ber--an
a. Bentuk apitan beR--an
Hanya terdapat satu bentuk beR-an , iaitu ber--an , kecuali dalam kata
dasar yang bernula dengan huruf r . Kata dasar yang bermula dengan huruf r ,

14

MORFOLOGI KATA KERJA


dua r akan bergabung menjadi satu setelah melalui proses peleburan bunyi .
Contohnya :
i. ber + rebut + kan

berebutan

ii.ber + rendam + kan

berendam

iii. ber + ratapan + kan =

beratapan

b. Golongan kata yang boleh bergabung dengan beR--an


i. kata kerja transitif
contohnya :
sambut

bersambutan

tabur

bertaburan

tikam

bertikaman

ii. kata kerja tak transitif


lompat

berlompatan

gantung

bergantungan

terbang

berterbangan

iii. kata nama


salam

bersalaman

maaf

bermaafan

kelompok

berkelompokan

sedih

bersedihan

jauh

berjauhan

kilau

berkilauan

iv. kata adjektif

15

MORFOLOGI KATA KERJA


c. Jenis kata kerja yang berapitan beR--an
Kata kerja yang terbentuk melalui beR--an ialah kata kerja tak transitif.
Contohnya dalam ayat :
i.

Saleh dan Arman bermaafan antara satu sama lain .

ii.

Perselisihan faham itu berlanjutan sehingga berbulan lamanya .

iii.

Daun-daun kering di bawah pokok itu berterbangan ditiup angin .

iv.

Mak Jah sering bersedihan sejak suaminya meninggal dunia .

d. Aspek makna apitan beR--an


Penggunaan imbuhan apitan beR--an boleh menghasilkan kata kerja terbitan
yang membawa maksud perbutan yang menunjukkan jumlah subjek yang
banyak .
Contohnya :
i.

Burung helang itu berterbangan di angkasa .

ii.

Kanak-kanak itu berkejaran di padang permainan .

iii.

Bendera negeri-negeri di Malaysia berkibaran di sepanjang jalan .

iv.

Pada waktu malam , bintang bertaburan di langit .


Selain itu , konsep jamak boleh diluaskan untuk maksud

perbuatan yang berlaku antara dua pihak , iaitu bersalingan . atau


perbuatan yang berulangan , berterusan atau berpanjangan . Sebahagian
daripada bentuk ini juga boleh melalui proses penggandaan .
i.

perbutan antara dua pihak atau bersalingan .


bertembakan

bertembak-tembakan

bersalaman

bersalam-salaman

16

MORFOLOGI KATA KERJA

ii.

bermaafan

bermaaf-maafan

berkenalan

berkenal-kenalan

perbuatan yang berulangan , berterusan atau berpanjangan .


berpanjangan

berpanjang-panjangan

bersungutan

bersungut-sungutan

berlarian

berlari-larian

berkibaran

berkibar-kibaran

4.4.4 Kata kerja imbuhan apitan di--kan


Imbuhan apitan di--kan ialah bentuk bentuk pasif bagi meN--kan.
Contohnya :
i.

Sebatang pensel diberikan kepada abang oleh rakannya .

ii.

Kejadian rompakan itu digambarkan dengan jelas oleh saksi kejadian


tersebut.

iii.

Amalam rasuah cuba dihapuskan oleh pihak kerajaan .

4.4.5 Kata kerja imbuhan memper--kan


a. Golongan kata yang boleh bergabung dengan apitan memper--kan ialah kata
nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja .
Contohnya :
i.

kata nama
jodoh

memperjodohkan

isteri

memperisterikan

senda

mempersendakan

budak

memperbudakkan

17

MORFOLOGI KATA KERJA


b. Jenis kata kerja yang berapitan memper--kan
Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper--kan ini bersifat transitif ,
iaitu diikuti oleh objek .
Contoh ayatnya :
i.

Sultan Johor memperisterikan putera mahkota .

ii.
4.4.6 Kata kerja imbuhan memper--i
Kata kerja imbuhan mempeR-i , tidak banyak digunakan . Imbuhan apitan
ini wujud hasil daripada perkembangan bahasa , iaitu keperluan menyatakan makna
khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja . Antara contoh perkataan yang digunakan
adalah seperti berikut :

a.memperkawani
b.mempersuami
c.memperisteri
4.4.7 Kata kerja imbuhan apitan meN-i
Apitan meN-...-i boleh bergabung dengan kata nama,kata adjektif,kata tugas
dan kata tugas untuk membentuk kata kerja. Imbuhan meN-...-i membentuk kata kerja
transitif yang terdiri daripada dua jenis, iaitu:
( a ) ayat aktif yang menerima satu objek,contohnya:
Menjahiti

- Ibu menjahiti kami sepasang baju.

Membasahi - Hujan membasahi jemurannya .


Menjalani - Encik Hassan menjalani kursus selama 3 bulan .

18

MORFOLOGI KATA KERJA


( b ) ayat aktif yang menerima dua objek,contohnya:
menolongi Saya menolongi makcik membaiki motor.
4.4.8 Kata kerja imbuhan apitan di--i
Imbuhan apitan di--i ialah dalam bentuk pasif bagi meN--i .
Contoh perkataan di dalam ayat :
a. Selepas banjir rumah kami dikotori dengan tanah lumpur .
b. Afikah sangat dimanjai oleh neneknya .
c. Penduduk kampung Sri Wangi diyakini oleh wakil rakyat untuk berpindah ke
kawasan baru .
d, Penentangan menentangan pihak Inggeris dipelopori oleh golongan guru agama

4.4.9 Kata kerja imbuhan apitan ke--an


Golongan kata kerja , kata adjektif dan kata nama boleh bergabung dengan apitan
ke--an untuk membentuk kata kerja dalam ayat pasif .
Contoh ayat :
a. Malam tadi kedai runcit Samy kecurian .
b. Fateh kehujanan ketika pulang .
c. Nazri sering kesempitan wang apabila tiba hujung bulan .
4.4.10 Kata kerja imbuhan apitan diper--kan
Apitan ke--an membentuk makna kata kerja pasif , iaitu subjek ayat mengalami
perbuatan dalam kata dasar . Imbuhan dalam kata kerja ini wujud di dalam pembentiukan
ayat pasif .

19

MORFOLOGI KATA KERJA


Contoh ayat :
a. Anak sulungnya diperisterikan oleh hartawan itu .
b. Segala daya usaha pihak kami dipersendakan oleh mereka .
c. Lukisan yang baru disiapkan itu diperlihatkan oleh Jaafar Taib .
d. Tarian 1 Malaysia itu dipertunjukkan oleh penari kebudayaan Yayasan Johor .
4.4.11 Kata kerja imbuhan apitan diper-i
Kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak begitu banyak . Apitan
imbuhan diper--i , wujud akibat daripada perkembangan bahasa . Antara bentukbentuk lazim yang digunakan dengan apitan imbuhan ini adalah seperti berikut :
a. diperolehi
b. diperbaiki
c. diperkuasai
d. diperhalusi
e. diperakui
4.5 Kata kerja imbuhan sisipan.
Dalam bahasa Melayu tiada sisipan yang dapat membentuk kata kerja. Namun
demikian,bentuk perkataan yang terdiri daripada kata nama dan kata adjektif yang
mempunyai sisipan dapat dijadikan kata kerja dalam proses pengimbuhan
( Nik Safiah Karim et al. ( 2011 ) .
Mengikut Arbak Othman ( 1984 ) pula,sisipan adalah imbuhan yang tersisip
di tengah kata. Menurutnya lagi,imbuhan sisipan dianggap ditinggalkan oleh sejarah dan
pemakaian dalam bahasa Melayu tidak lagi produktif. Dalam kedua-dua buku tatabahasa
ini, imbuhan sisipan tidak dibincangkan secara mendalam kerana penggunaannya amat

20

MORFOLOGI KATA KERJA


jarang digunaklan. Bahkan Abdullah Hasan juga mengatakan bahawa imbuhan
sisipan tidak lagi produktif kerana bilangannya yang sedikit.
Dalam sisipan kata kerja terbitan hanya ada tiga sisipan yang membentuk kata
kerja terbitan,iaitu sisipan -el- ,-er- , dan em-.
Contohnya :
guruh gemuruh
sabut serabut
getar geletar
Contoh ayat :
Jantung Ahmad gemuruh dengan majlis pertunangan yang akan diadakan.

4.3 Kata kerja majmuk


Kata kerja majmuk merupakan rangkain dua morfem bebas atau lebih .
Kebanyakan kata majmuk dalam bahasa Melayu terdiri daripada kata nama . Antara
contoh kata majmuk yang tergolong sebagai kata kerja ialah ambil alih , campur aduk ,
lipat ganda dan kena pasti . Dalam bahasa Melayu kata majmuk jenis kata nama , yang
besar jumlahnya , boleh menjadi kata kerja melalui proses pengimbuhan . Kata majmuk
ini apabila menerima imbuhan awalan , kata dasarnya tetap dieja terpisah , tetapi apabila
menerima imbuhan apitan , kata dasarnya dieja bercantum .
Contohnya
Satu padu

bersatu padu , menyatupadukan

Anak tiri

beranak tiri

Urus niaga

, dianaktirikan

berurus niaga , mengurusniagakan


21

MORFOLOGI KATA KERJA


Selain itu , terdapat bentuk kata majmuk daripada kata nama yang menerima
imbuhan awalan dan dieja secara bercantum . Bentuk perkataan ini dianggap telah
mantap . Contohnya adalah seperti berikut .
Kerjasama

bekerjasama

Tanggungjawab

bertanggungjawab

Tandatangan

bertandatangan

Walau bagaimanapun hanya terdapat satu bentuk kata kerja majmuk yang
penggunaan nya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan , iaitu perkataan beritahu

4.7 Kata kerja ganda


Kata kerja boleh juga diterbitkan melalui proses penggandaan , iaitu proses yang
hanya menggandakan kata dasar tanpa melibatkan sebarang imbuhan . Biasanya , kata
dasar akan mengalami proses penggandaan penuh atau penggandaan separa . Kata dasar
juga boleh digandakan secara serentak , iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam
kata dasar .
Pembentukan kata kerja dalam bahasa Melayu ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis
penggandaannya , iaitu :
4.7.1 Kata kerja penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasarnya.
Contohnya :
Pusing
pusing-pusing
Geleng
geleng-geleng
Gelak
gelak-gelak
4.7.2 Kata kerja penggandaan separa
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan sebahagian daripada kata dasar.
Bagi golongan kata kerja ,penggandaan separa berlaku pada kata dasar yang
22

MORFOLOGI KATA KERJA


berimbuhan , dengan hanya sebahagian daripada kata dasar itu yang digandakan ,
iaitu bahagian yang bukan berimbuhan . Bentuk-bentuk ganda itu boleh diletakkan di
belakang atau di hadapan kata dasar .
Contohnya :
4.7.2.1 Penggandaan separa kata kerja berawalan
Imbuhan berberbisik-bisik , berkata-kata , berlari-lari
Imbuhan tertertanya-tanya , tercengang-cengang , tersenyumsenyum
Imbuhan didirisik-risik , ditanya-tanya , dimarah-marah
Imbuhan meNa.
mencari-cari , meronta-ronta ,menggali-gali
b.
tolong-menolong , cakar-mencakar , tamparmenampar
4.7.2.2 Penggandaan separa kata kerja berakhiran kan dan i
Contohnya :
Imbuhan kan
doa-doakan , tinggal-tinggalkan , risik-risikkan
Imbuhan i
amat-amati , siram-sirami , amat-amati
Penggandaan ini biasanya digunakan untuk menyatakan arahan atau
permintaan .
4.7.2.3 Pengandaan separa kata kerja berapitan
Contohnya :
Imbuhan ber-an
berkasih-kasihan , bertikam-tikaman , berpelukpelukan
Imbuhan meN-kan
menanya-nanyakan , menyorok-nyorokkan ,
mengaru-garukan

4.7.3 Kata kerja penggandaan berentak


Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar berdasarkan
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar . Penggandaan berentak bermakna seluruh
kata dasar itu digandakan tetapi perbezaan dan persamaan bunyi tertentu , iaitu sama
ada persamaan pada bunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu, atau penggandaan
yang tidak mempunyai persamaan pada bunyi-bunyi vokal atau konsonan .
23

MORFOLOGI KATA KERJA


Contohnya adalah seperti berikut :
4.7.3.1 Penggandaan berentak persamaan bunyi konsonan .
Contohnya :
Bolak balik
Mandi-manda
Susup-sasap
4.7.3.2 Penggandaan berentak persamaan bunyi vokal .
Contohnya :
Cerai- berai
Gotong-royong
4.7.3.3 Penggandaan berentak bebas
Contohnya :
Ulang- alik

5.0

Kesimpulan
Kata kerja ialah golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang

berlaku atau dilakukan. Lazimnya kata kerja menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan
melakukan sesuatu.Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja
terbahagi kepada, kata kerja transitif (perbuatan melampau) dan kata kerja tak transitif
(perbuatan tidak melampau). Justeru , bolehlah disimpulkan bahawa kata kerja ialah sejumlah

24

MORFOLOGI KATA KERJA


perkataan yang digunakan untuk menunjukkan perbuatan yang sering digunakan di dalam
pembinaan sesuatu ayat .

BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan (2006 ). Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. PTS
Profesional Publishing Sdn.Bhd. Selangor.
Asmah Hj.Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir.Dewan Bahasa dan Pustaka .Kuala Lumpur
Asraf (2012) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.Sasbadi Sdn.Bhd. Petaling Jaya.
Asraf ( 1990 ) Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM. Sasbadi Sdn.Bhd. Petaling Jaya.

25

MORFOLOGI KATA KERJA


Md.Sidin Ahmad Ishak dan Mohd Saleeh Rahamad (1999) . Strategi Bahasa. Panduan Nahu
dan Retorik untuk Penulisan. Universiti Malaya.. Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim dan rakan (2011 ), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

http://tatabahasabm.tripod.com/lamanbm/notatata/kkerja.htm
http://tunasbahasamelayu.blogspot.com/2011/04/kata-kerja.html
Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin. 2002. Bahasa Melayu STPM (Kertas 1 & 2). Shah
Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kata_kerja_tak_transitif

26

You might also like