You are on page 1of 16

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA

1.0 PENGENALAN
Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan kata, kita dapat melihat kata
dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan
juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang
mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi
kata itulah yang dikenal sebagai morfologi.
Morfem terbahagi kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Sebenarnya morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata. Misalnya, kita
perhatikan kata pendidikan. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil iaitu pen,
didik, dan kan. Daripada ketiga-tiga unit ini, makna satu unit ialah didik. Bentuk didik
ialah sebuah morfem bebas dan juga kata serta boleh berdiri sendiri. Dua unit lagi iaitu
pen dan kan adalah morfem terikat kerana tidak boleh berdiri sendiri. Morfem bersifat
abstrak yang tidak boleh didengar atau diujarkan.
Kita menyoroti konsep kata berlandaskan aliran sistemik-fungsional sebagai
permulaan untuk membincangkan pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu.
Menurut Asmah Hj. Omar (2008), kata ditakrifkan sebagai unit nahu yang merupakan
unsur dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal.
Justeru , terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya,
aliran sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Omar, aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan
dan aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim. Dalam hal ini,
proses morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi
menjelas pembentukan kata dalam bahasa Melayu.

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


2.0 DEFINISI PEMBENTUKAN KATA
Menurut Abdullah Hassan (2006), kata didefinisikan sebagai unsur bahasa yang
digunakan untuk membentuk perkataan lain.
Menurut Asmah Hj.Omar (2009),definisi kata mempunyai berbagai-bagai pengertian
berdasarkan kepada pewujudannya. Ianya dibahagikan kepada 3 iaitu kata fonologis, kata
grafemis atau kata ejaan dan kata nahuan.
Justeru,kata boleh didefinisikan sebagai satu unit bahasa kecil yang mengandungi
makna yang lengkap dan dapat berdiri dengan sendiri dalam sesuatu ayat. Sesuatu kata
dibentuk daripada kata akar atau kata dasar tertentu. Kata akar pula ialah kata dasar yang
terdiri daripada satu morfem bebas, iaitu bentuk dasar belum diberi sebarang imbuhan. Kata
dasar pula ialah kata yang menjadi dasar untuk membentuk kata.
3.0 PROSES PEMBENTUKAN KATA
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi keempat (2011), terdapat empat bentuk kata asas dalam
bahasa Melayu iaitu:
3.1 Bentuk kata tunggal
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang
imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam
jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal
yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku
kata atau lebih. Walaupun terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa
imbuhan, seperti ini, itu, sini dan sana, namun kebanyakan kata tunggal dalam bahasa
Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk terbitan.
Jika dilihat dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi satu suku
kata atau beberapa suku kata. Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal(V)

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


sahaja, satu vokal disertai satu konsonan(K), atau satu vokal dengan beberapa konsonsan.
Konsonan-konsonan itu hadir di hadapan atau di belakang vokal

atau serentak di

hadapan dan di belakang. Ada konsonan yang boleh hadir secara bergugus(KK).
Kata tunggal dapat dibahagikan kepada perkara berikut :

3.1.1 Pembentukan Kata tunggal- Satu Suku Kata


Pola gabungan konsonan (K)-vokal (V) dalam kata tunggal Bahasa
Melayu adalah seperti berikut :
a.Pembentukan kata tunggal KV
Contohnya :
yu

ya

ru

b.Pembentukan kata tunggal VK


Contohnya :
am
c. Pembentukan kata tunggal KVK
Contohnya:
bah ,
lap ,
sen ,
roh
d. Pembentukan kata tunggal KKVK

dan ,
bin

tin .

draf
gred

dram
stor

Contohnya :
krim
skor

trak
brek
3

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


e. Pembentukan kata tunggal KVKK
Contohnya :
bank
zink
teks
volt
f. Pembentukan kata tunggal KKKV

golf
port

Contohnya :
skru
g.Pembentukan kata tunggal KKKVK
Contohnya :
straw
skrip
spring
3.1.2 Pembentukan Kata Tunggal Dua Suku Kata
Antara pola kata tunggal dengan dua suku kata adalah seperti berikut :
a. Pembentukan kata tunggal V+KV
Contohnya :
ibu
iri

ubi
uda

ela
apa

esa
aku

izin
ulat

ikan
adik

asli
angka
unta
abdi
inti
ufti
e. Pembentukan kata tunggal VK + KVK
Contohnya :

undi
impi

umbut
undang
umpan
empat
f. Pembentukan kata tunggal KV + V

iblis
ambil

b. Pembentukan kata tunggal V+VK


Contohnya :
ais
aib
aur
air
c.Pembentukan kata tunggal V+KVK
Contohnya :
ekor
emas
ubat
usang
d. Pembentukan kata tunggal VK+KV
Contohnya :

ombak
embun

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


Contohnya :
dia
tua
ria
sia
bau
dua
g. Pembentukan kata tunggal KV +VK
Contohnya :

jua
sua

buih
kuil
liat
buah
h. Pembentukan kata tunggal KV +KV
Contohnya :

kuih
tuah

jauh
liar

bisu
kita
beta
rata
leka
kita
i. Pembentukan kata tunggal KV + KVK
Contohnya :

jala
buka

pasung
mulut
bakul
sikat
hiris
telur
j. Pembentukan kata tunggal KVK +KV
Contohnya :

parang
kapal

sendi
tinggi
bangsa
senda
tunggu
bangku
3.1.3 Pembentukan Kata Tunggal Tiga Suku Kata

binti
sunti

Kata tunggal dengan tiga suku kata agak kecil bilangannya. Walau
bagaimanapun, pola-pola susunan konsonan vokalnya agak banyak
banyak. Kebanyakan perkataan tiga suku kata ini terdiri daripada kata-kata
pinjaman. Antara polanya adalah seperti berikut :
a. Pembentukan kata tunggal KV +V + KV
Contohnya :
niaga
biasa

tuala
buaya

tiada
biola

buaya
suara

b. Pembentukan kata tunggal KV+V+KVK


Contohnya :
piutang
kiamat
buapak
siamang
siuman
kaedah
c.Pembentukan kata tunggal V + KV + V
Contohnya :
5

ziarah
biawak

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


idea
urea
usia
anoa
d. Pembentukan kata tunggal KV +KV + V
Contohnya :
barua
mulia
peria
petua
belia
boria
e. Pembentukan kata tunggal KVK + KV +V
Contohnya :

benua
setia

mentyua
tempua
f. Pembentukan kata tunggal KV + KV + VK
Contohnya :
maruah
seluar
keruan
rasuah
seluang
sekian
g. Pembentukan kata tunggal KVK + KV + VK
Contohnya :

beruang
ketiak

lengkuas
mengkuang
tempias
sengkuang
mendiang
manfaat
h. Pembentukan kata tunggal V + KV + KV
Contohnya :

berlian
bankuet

azali
udara
aroma
asasi
usaha
agama
i. Pembentukan kata tunggal V + KV + KVK
Contohnya :

utara
utama

ibarat
amatur
alamat
akibat
amanah
amaran
j. Pembentukan kata tunggal VK + KV +KV
Contohnya :

akidah
ijazah

istana
asrama
angkasa
isteri
asmara
angsana
k. Pembentukan kata tunggal KV +KV + KV
Contohnya :

almari
antara

teruna
terima

berita
delima

keliru
seteru

sutera
putera

l. Pembentukan kata tunggal KVK + KV + KV


Contohnya :
bendera

kemboja
6

misteri

mentega

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


jendela

kembara

menteri

soldadu

m.Pembentukan kata tunggal VK + KV + VK


Contohnya :
ilmiah
ikhtiar
n. Pembentukan kata tunggal V + KV +VK
Contohnya :
amaun
akaun
elaun
o. Pembentukan kata tunggal KV + KV + KVK
Contohnya :

3.1.4

ideal

kelamin
belalang
senangin
senapang
kelawar
belukar
teratak
selaput
Pembentukan Kata Tunggal Empat Suku Kata Dan Lebih
Hanya terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat
suku kata dan lebih. Kebanyakannya adalah kata pinjaman. Antaranya
adalah seperti berikut :
a. Pembentukan kata tunggal KV+KV+VK+KV
Contohnya :
keluarga
keluangsa
biduanda
b. Pembentukan kata tunggal KV+KVK+KV+KV
Contohnya :
sejahtera
sayembara
peristiwa
belantara
sementara
bijaksana
c. Pembentukan kata tunggal KVK+KV+V+KV
Contohnya :
bendahari
harmonika
manjakani
bendahara
sangkakala
mandalika
d. Pembentukan kata tunggal KVK + KV + KV
Contohnya :
sentiasa
e.Pembentukan kata tunggal KV+KV+KV+KVK
Contohnya :

sandiwara
laksamana

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


samudera
sanubari
bidadari
serigala
selesema
panorama
f. Pembentukan kata tunggal KV+KV+KV+KVK
Contohnya :

dinihari
peterana

muzakarah
perajurit
munasabah
musyawarah
hulubalang
generator
g. Pembentukan kata tunggal KVK+KV+KV+KVK
Contohnya :

kapitalis
kelemumur

sentimeter
h. Pembentukan kata tunggal KVK+KVK+KV+KV
Contohnya :
dispensari
singgahsana
i. Pembentukan kata tunggal KV+KV+V+KVK
Contohnya :
nasional

mesyuarat

j. Pembentukan kata tunggal V+KV+KVK+KV+KV


Contohnya :
universiti
k. Pembentukan kata tunggal KVK+KV+KV+KV+KVK
Contohnya :
kosmopolitan

cenderawasih
l. Pembentukan kata tunggal KV+KV+KV+KV+KV+KV

Contohnya :
3.1.5

maharajalela
Pembentukan kata tunggal- Akronim
Menurut Md.Sidin Ahmad Ishak dan Mohd.Saleeh Rahaamad
(1999), akronim ialah kata singkatan yang terbentuk daripada gabungan
huruf awal suku kata atau gabungan kombinasi huruf dan suku kata
daripada rangkai kata, ditulis serta dilafazkan sebagai kata yang wajar.
8

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


Menurut Abdullah Hassan (2006), proses membentuk perkataan
baru ini berlaku dengan mencantumkan sama ada suku kata atau huruf
pangkal setiap perkataan yang digabungkan. Perkataan baru ini adalah
pemendekan nama atau ungkapan yang lebih panjang.
Justeru, kesimpulan yang boleh dibuat ialah, akronim adalah
gabungan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal
dan suku kata daripada rangkai kata, dan ditulis serta dilafazkan sebagai
perkataan yang utuh.
Perkataan akronim boleh ditulis dengan 3 cara iaitu :
i.

Terbentuk daripada gabungan beberapa huruf awal rangkai kata


yang lazimnya terdiri daripada kata nama khas dan ditulis dengan
huruf besar keseluruhannya.
Contoh:

ii.

ABIM
ADUN
IKIM
LUTH
Terbentuk daripada

Angkatan Belia Islam Malaysia


Ahli Dewan Undangan Negeri
Institut Kefahaman Islam Malaysia
Lembaga Urusan dan Tabung Haji
gabungan suku kata dengan huruf awal atau

gabungan suku kata dengan suku kata .Oleh kerana yang


terbentukadalah kata nama khas, huruf pertamanya dieja dengan
huruf besar.
Contoh :
Mara
Petronas
Bernas
Bernama
Perkeso

Majlis Amanah Rakyat


Petroleum Nasional
Beras Nasional
Berita Nasional Malaysia
Pertubuhan Keselamatan Sosial

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


iii.

Terbentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata , dan


ditulis dengan huruf kecil keseluruhannya kerana perkataan yang
terbentuk bukan kata nama khas.
Contoh :
tabika
cerpen
kugiran
pawagam

taman bimbingan kanak-kanak


cerita pendek
kumpulan gitar rancak
panggung wayang gambar

3.2 Bentuk kata terbitan


Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan
ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
Imbuhan terdiri daripada morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk
morfem bebas yang dapat menerima imbuhan. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak
boleh hadir bersendirian dalam ayat. Berdasarkan kedudukannya pada kata dasar,
imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
i.
ii.
iii.

Awalan, yang hadir sebelum kata dasar


Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata

iv.

dasar
Sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.

3.2.1 Kata terbitan berawalan


Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata
adjektif terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
i.
awalan kata nama pelari, pembawa, pendatang
ii.
awalan kata kerja melawan, membawa, mendaki
iii.
awalan kata adjektif terbesar, teruncing, secantik

3.2.2 Kata terbitan berakhiran


10

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


Akhiran dalam bahasa Melayu hanya dapat wujud dalam kata nama
terbitan dan kata kerja terbitan sahaja seperti yang berikut:
i.
Akhiran kata nama pakaian, sasterawan, budiman
ii.
Akhiran kata kerja buatkan, turuti
3.2.3 Kata terbitan berapitan
Apitan wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata kerja
terbitan seperti yang disenaraikan berikut:
i.
Apitan kata nama pelaksanaan, pembuatan
ii.
Apitan kata kerja memainkan, mendermakan
iii.
Apitan kata adjektif - keinggerisan
3.2.4 Kata terbitan bersisipan
Bentuk sisipan tidak produktif lagi dalam pembentukan kata terbitan
dengan maksud kata terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan.
Bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu
dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam
beberapa istilah yang baru dicipta. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud
dalam:
i.
Kata nama kelengkeng, keruping
ii.

Kata adjektif kelebak, serabut

3.3 Bentuk kata majmuk


Menurut Asmah Hj.Omar (2009), kata majmuk adalah kata yang
mempunyai unsur-unsur yang terdiri daripad morfem bebas, atau partikel, tetapi
yang pewujudan fonologinya berbeza antara satu sama lain, dan unsur-unsur itu
bertindak sebagai satu satuan (unit) dalam struktur ayat tertentu.
11

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


Menurut Asraf (2012), kata majmuk adalah dua atau lebih daripada kata
dasar digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati
maknanya.Setiap kata yang menjadi komponen kata majmuk mempunyai
maknanya sendiri-sendiri.
Menurut Nik Safiah Karim dan rakan-rakan (2011), proses pemajmukan
ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil
membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak satu unit,
iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.
Justeru, bolehlah disimpulkan bahawa pembentukan kata majmuk
terbentuk apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu maksud
tertentu. . Apabila sekali imbas, kata majmuk hampir menyerupai frasa. .
Ringkasnya , kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan
merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa
makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah.
Berdasarkan jenisnya, kata majmuk dapat dipisahkan kepada tiga kelompok
seperti yang berikut:
i.

Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas alat tulis,

ii.
iii.

Perdana Menteri
Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus mata pelajaran, segi tiga
Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan kaki ayam, anak emas

3.3.1 Bentuk yang telah mantap


Terdapat sebilangan kecil bentuk kata majmuk yang penggunaannya sudah
dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata
tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang demikian

12

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


tetap dieja sebagai satu perkataan contohnya, antarabangsa, beritahu dan
setiausaha.
Terdapat sejumlah perkataan yang tergolong dalam golongan kata tertentu
yang secara lazimnya dieja bercantum, contohnya:
i.
Kata nama peribadi, hulubalang
ii.
Kata adjektif sukacita, dukacita
iii.
Kata sendi nama kepada, daripada
iv.
Kata hubung apabila, darihal
v.
Kata Tanya bagaimana
3.3.2 Penggandaan kata majmuk
Penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata
sahaja. Contohnya, alat-alat tulis, balai-balai raya dan kapal-kapal
terbang.
Satu kecualian ialah penggandaan yang melibatkan bentuk yang telah
mantap, penggandaannya melibatkan keseluruhan unsur. Contohnya,
pesuruhjaya-pesuruhjaya dan setiausaha-setiausaha.
3.3.3 Pengimbuhan kata majmuk
Kata majmuk boleh menerima imbuhan untuk menghasilkan kata terbitan.
Pengimbuhan kata majmuk terdapat dalam dua bentuk iaitu:
i.
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan awalan
atau akhiran sahaja, ejaannya tetap terpisah.
Contohnya, campur aduk(bercampur aduk) dan daya serap(daya
ii.

serapan).
Apabila kata majmuk menerima imbuhan yang merupakan apitan,
ejaannya menjadi bercantum.
Contohnya, campur aduk (mencampuradukkan)
serap(kedayaserapan).

3.4 Bentuk kata ganda

13

dan

daya

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata
dasar. Dalam proses demikian kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh
atau penggandaan separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu
berdasarkan rentak bunyi tertentu. Terdapat tiga jenis penggandaan iaitu:
i.
Penggandaan penuh
ii.
Penggandaan separa
iii.
Penggandaan berentak
3.4.1 Penggandaan penuh
Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata
dasar samada kata dasar itu mengandungi imbuhan atau tidak. Contohnya,
pulau-pulau, buku-buku, pelatih-pelatih dan persatuan-persatuan.
3.4.2 Penggandaan separa
Penggandaan separa ialah proses menggandakan sebahagian kata dasar
sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal atau kata terbitan.
Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar.
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar tunggal lazimnya
melibatkan pengulangan suku kata pertamanya, dan letak gandaannya
pada bahagian hadapan kata dasar. Vokal dalam bentuk gandaan itu
mengalami proses pelemahan menjadikannya vokal e pepet.
Contohnya:
- Laki lalaki lelaki
- Jari jajari- jejari
Penggandaan separa yang berlaku pada kata dasar yang berimbuhan hanya
menggandakan kata dasar utama dan tidak melibatkan imbuhannya sekali.
Contoh penggandaan separa di bahagian belakang kata dasar ialah berlarilari dan terdiri-diri. Contoh penggandaan separa di bahagian hadapan kata
dasar ialah kasih-mengasihi dan kejar-mengejar.
14

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA


3.4.3 Penggandaan berentak
Penggandaan berentak ialah proses menggandakan kata dasar mengikut
rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Dalam penggandaan berentak
seluruh kata dasar digandakan dan bunyi-bunyi tertentu diulang atau
diubah. Penggandaan berentak boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:
i.
Penggandaan berentak pengulangan vokal mempunyai ciri-ciri
persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu, iaitu terdapat ciri-ciri
keharmonian vokal. Contohnya, sayur-mayur, kuih-muih, selokii.

belok.
Penggandaan berentak pengulangan konsonan mempunyai ciriciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya,

iii.

gunung-ganang, bukit-bukau, kayu-kayan


Penggandaan berentak bebas tidak mengandungi ciri-ciri
persamaan pada bunyi vokal atau konsonan. Contohnya, anakpinak, saudara-mara, lintang-pukang.

4.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya ,terdapat empat bentuk kata dalam Bahasa Melayu iaitu kata tunggal ,
kata terbitan , kata majmuk dan kata ganda . Bentuk-bentuk kata ada dijelaskan dengan lengkap
di dalam buku Tatabahasa Dewan . Malah , proses bagaimana sesuatu kata itu dicipta, dibentuk,
atau diwujudkan dalam sesuatu bahasa, daripada tiada kata kepada ada kata. Pewujudannya
adalah melalui pembentukan kata melalui proses tertentu seperti penggandaan ,dan pengimbuhan
.

15

BAHASA MELAYU PEMBENTUKAN KATA

BIBLOGRAFI
Abdullah Hassan (2006 ). Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. PTS
Profesional Publishing Sdn.Bhd. Selangor.
Asmah Hj.Omar (2009). Nahu Melayu Mutakhir.Dewan Bahasa dan Pustaka .Kuala Lumpur
Asraf (2012) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu.Sasbadi Sdn.Bhd. Petaling Jaya.
Asraf ( 1990 ) Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM. Sasbadi Sdn.Bhd. Petaling Jaya.
Md.Sidin Ahmad Ishak dan Mohd Saleeh Rahamad (1999) . Strategi Bahasa. Panduan Nahu
dan Retorik untuk Penulisan. Universiti Malaya.. Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim dan rakan ( 2011 ), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Dewan Bahasa dan
Pustaka. Kuala Lumpur.

16

You might also like