You are on page 1of 2

BINAAN AYAT DASAR DAN AYAT TUNGGAL

Takrif ayat dasar Ayat yg menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Daripada pola ayat dasar terbit ayat lain seperti ayat tunggal dan ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif. Takrif ayat tunggal Ayat yang mengandungi satu klausa sahaja (yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat) Ayat-ayat tunggal terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat dasar / pola ayat dasar - 4 pola ayat dasar i) FN + FN ii) FN + FK iii) FN + FA iv) FN + FSN - konstituen di atas boleh terdiri drpd satu perkataan kecuali dalam pola ke-4 konstituen predikatnya tidak boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja (FSN) i) Emak / jururawat (pola i) ii) Adik / ke kedai (pola iv) - konstituen2 di atas boleh terdiri drpd satu perkataan atau lebih asalkan binaan-binaan itu masih lagi berbentuk frasa. i) Anak Cikgu Ali / belajar di luar negara (FN + FK) ii) Pasu bunga yang dibeli di Sarawak itu / di atas meja Ani (FN + FSN) Binaan ayat tunggal

- menyamai binaan ayat dasar iaitu di dalamnya terdapat satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat - perbezaan antara ayat dasar dan ayat tunggal I) tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti predikat sebaliknya predikat mendahului subjek (dalam ayat songsang aktif dan pasif)

i) ii)

a) Nenek / tidur nyenyak malam tadi. (ayat aktif) b) Tidur nyenyak / nenek malam tadi. (ayat aktif songsang) a) Ayah / membasuh kereta. (ayat pasif) b) Dibasuh / ayah kereta. (ayat pasif songsang) II) ayat dasar terdiri daripada ayat penyata. Manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada jenis-jenis lain seperti ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dsb.

- persamaan ayat dasar dan ayat tunggal I) kedua-duanya mengandungi satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Kedua-duanya sama jika terdiri daripada ayat penyata. Jika ayat tunggal yang berbentuk ayat penyata itu mengalami perubahan seperti pertukaran kedudukan subjek-predikatnya, maka ayat tunggal itu tidak lagi menjadi ayat dasar. Latihan (dalam kelas, rakan sendiri yang beri komen) i) buat satu ayat bagi setiap contoh ayat dasar ii) bezakan ayat dasar dengan ayat tunggal berdasarkan contoh ayatnya.

You might also like