You are on page 1of 3

1.2.2.

1 Proses Pengguguran Proses pengguguran ialah proses penerbitan ayat terbaharu yang terbentuk daripada dua atau lebih ayat dasar yang mempunyai unsur yang sama atau serupa baik pada bahagian subjek, mahupun bahagian predikat. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga jenis pengguguran utama iaitu pengguguran frasa nama sebagai subjek, pengguguran frasa predikat dan pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif. Pengguguran Frasa Nama Sebagai Subjek adalah pengguguran frasa nama sebagai subjek,melalui dua proses iaitu pengguguran subjek dalam ayat perintah dan pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Pengguguran Subjek Dalam Ayat Perintah adalah subjek yang digugurkan dalam ayat perintah ialah subjek yang terdiri daripada kata ganti diri orang kedua, seperti kamu, awak, anda dan seumpamanya. Contohnya, Kamu sila lapor diri di sini Sila lapor diri di sini. Kamu merupakan ganti diri kedua dan boleh digugurkan daripada ayat. Pengguguran Subjek Yang Serupa Dalam Ayat Majmuk adalah proses membina ayat majmuk melalui penggabungan dua ayat dasar atau lebih terdapat subjek yang sama dan berulang. Contohnya, (1) Aminah mengemas rumah. (2) Aminah membasuh kain. Aminah sebagai subjek yang sama dan boleh

digugurkan dan menjadi Aminah mengemas rumah kemudian membasuh kain. Pengguguran Frasa Predikat pula berlaku melalui dua cara iaitu pengguguran seluruh frasa predikat dan pengguguran bahagian-bahagian frasa predikat. Pengguguran seluruh frasa predikat dimaksudkan pengguguran sebarang frasa predikat yang sama atau serupa dalam ayat majmuk. Maksudnya, jika terdapat mana-mana frasa, baik frasa nama atau frasa kerja atau frasa adjektif ataupun frasa sendi nama yang sama atau serupa dalam ayat majmuk, maka satu daripadanya perlu digugurkan supaya tidak berulang dalam ayat. Pengguguran Bahagian-Bahagian Frasa Predikat pula melibatkan beberapa jenis iaitu pengguguran oleh + FN dalam ayat pasif, pengguguran kata bantu yang serupa, pengguguran frasa nama sebagai objek yang serupa dan pengguguran frasa nama sebagai objek selepas kata kerja yang membawa makna adjektif. Pengguguran Frasa Nama Yang Mendahului Frasa Relatif pula dua ayat digabungkan dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh, (1)Rumah Ali besar.(2)Rumah Ali terletak di atas bukit (3) Rumah besar yang terletak di atas bukit itu rumah Ali.

1.2.2.2 Proses Penyusunan Semula Dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu penyusunan semula frasa nama sebagai subjek, penyusunan semula frasa nama sebagai objek dan penyusunan semula menjadi ayat songsang. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh berlaku melaui proses transformasi pasif.Contohnya, Ibu memasak ayam itu. -- Ayam itu dimasak oleh ibu. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek boleh terjadi pada ayatayat yang mengandungi dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi.Contoh:Ayah menghadiahi kakak seutas jam tangan. --- Ayah menghadiahkan seutas jam tangan

kepada kakak. Penyusunan semula ayat boleh dilakukan dengan cara menyongsangkan ayat. Maksudnya, ayat biasa disusun semula menjadi ayat songsang. Contoh : Orang itu sangat rajin. -- Sangat rajin orang itu.

1.2.2.3 Proses Peluasan Ayat yang mengalami proses peluasan merupakan ayat terbitan daripada ayat dasar yang ditambah dengan unsur-unsur yang baharu atau perkataan lain. Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa jenis proses peluasan, iaitu peluasan frasa nama sebagai subjek, peluasan frasa predikat, peluasan dengan kata hubung dan peluasan melalui proses komplementasi. Peluasan frasa nama sebagai subjek dilakukan melalui proses relativasi, iaitu dengan cara memancangkan ayat baharu yang menggunakan frasa relatif yang ke dalam satu ayat lain. Contohnya, (1) Lelaki itu pegawai polis.(2) Lelaki itu membaca surat

khabar.(3) Lelaki yang membaca surat khabar itu pegawai polis. Ayat 3 mengalami proses peluasan frasa nama subjek dengan cara memancangkan frasa relatif yang bagi menggantikan frasa subjek lelaki itu yang sama atau serupa yang sepatutnya berulang dalam ayat, tetapi digugurkan. Peluasan frasa predikat boleh dilakukan dengan cara memancangkan frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau serupa dengan frasa nama predikat yang digugurkan.Contohnya, (1) Sarah menunggang basikal itu.(2) Basikal itu kepunyaan Hadi.(3) Sarah menunggang basikal kepunyaan Hadi itu. Ayat 3 mengalami proses perluasan predikat dengan cara memancangkan frasa relatif yang bagi menggantikan frasa nama yang sama atau berulang dalam predikat, tetapi digugurkan iaitu basikal itu. Peluasan ayat melalui penggunaan kata hubung boleh dilakukan dengan cara menggabungkan dua ayat atau lebih dengan menggunakan kata hubung seperti dan, serta, tetapi, lalu, jika, walaupun, sungguhpun, kerana dan sebagainya.Contoh nya,(1) Ahmad

tidak hadir ke sekolah.(2) Ahmad demam panas. ---(3) Ahmad tidak hadir ke sekolah kerana demam panas. Peluasan ayat boleh juga dilakukan melalui proses komplementasi, iaitu proses mengubah ayat menjadi satu frasa nama dan memancangkannya pada satu ayat lain sebagai ayat komplemen atau pelengkap. Ayat yang melalui proses komplementasi ini lazimnya didahului oleh kata komplemen bahawa. Contoh nya,(1) Zaidi membuat laporan.(2) Rumahnya dimasuki pencuri. --(3) Zaidi membuat laporan bahawa rumahnya dimasuki pencuri.

Ayat dasar: Mereka menangis Dia sedar Jeha menurut Lahuma ketawa Mereka sibuk Muka lahuma Milah terkejut Lahuma menanam Jeha bangun Dia tidur

You might also like