You are on page 1of 3

DIFTONG

Diftong dapat ditafsirkan sebagai bunyi vokal yang menggeluncur. Maksudnya,


sebutan sebuah vokal menggeluncur dan bergabung dengan sebuah vokal yang lain.
Dalam penghasilan diftong, terdapat ciri geluncuran tetapi ada satu puncak
kelantangan. Diftong juga dapat dilihat dalam hal diftong [ai]. Bunyi yang dikeluarkan
ketika menyebut vokal itu bermula daripada [a], tetapi diteruskan kepada [i],
menyebabakan vokal [a] da [i] bergabung menjadi [ai]. Gabungan bunyi vokal
dinamakan diftong. Diftong terbentuk apabila berlaku pengeluncuran bunyi-bunyi
vokal. Satu vokal mengeluncur dari satu vokal kepada vokal yang lain. Terdapat 3
jenis diftong.

9.1.1 Rajah kedudukan diftong bahasa Melayu

DIFTONG [ai]

Diftong [ai] dihasilkan apabila bahagian depan lidah pada mulanya berada pada
kedudukan vokal [a] bergerak kepada kedudukan untuk vokal [i]. Walau
bagaimanapun bahagian hadapan lidah tidak berada pada kedudukan yang tinggi
ketika membunyikan [i]. Anak tekak atau lelangit lembut naik rapat ke arah dinding
rongga tekak supaya udara keluar melalui mulut. Pita suara direnggangkan dan
bergetar. Bibir kekal dalam keadaan terhampar. Contohnya, serai, aising, buai.
Kedudukan alat-alat
alat artikulasi semasa
menghasilkan diftong [ai]

DIFTONG[au]

Pada masa awal permulaan penghasilan [au], hadapan lidah berada pada
kedudukan untuk vokal [a], kemudian bergerak kepada kedudukan untuk vokal [u].
Anak tekak atau lelangit lembut naik rapat ke arah dinding rongga tekak supaya
udara dapat keluar melalui mulut. Pita suara direnggangkan dan bergetar. Bibir yang
pada mulanya dihamparkan kemudian dibundarkan. Contohnya, aurat, automatik
dan surau.

Kedudukan alat-alat
al artikulasi semasa
men
nghasilkan diftong [au]
DIFTONG [oi]

Kedudukan awal lidah ketika penghasilan diftong [oi] ialah belakang lidah berada
pada kedudukan vokal separuh sempit [o]. Kemudian lidah bergerak kepada
kedudukan vokal hadapan sempit [i]. Anak tekak atau lelangit lembut naik rapat ke
arah dinding rongga tekak supaya udara keluar melalui
melalui mulut. Pita suara
direnggangkan dan bergetar. Bibir yang pada mulanya bundar kemudian
berkeadaan hampar. Contohnya, boikot, amboi dan boroi.

Kedudukan alat-alat
al artikulasi semasa
menghasilkan diftong [oi]

You might also like