You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan
Teori Transformasi-Generatif diperkenalkan oleh Noam Chomsky untuk digunakan dalam
Rancangan Pengajaran Harian. Noam Chomsky ialah ahli psikolinguistik dari Amerika
Syarikat. Chomsky berpendapat bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan
bahasa yang dikenali sebagai LAD (Language Acquisition Devise). Menurut beliau, secara
semula jadi, sewaktu dalam lingkungan umur tiga tahun, kanak-kanak sudah boleh bercakap
dengan menggunakan tatabahasa transformasi-generatif. Tatabahasa transformasi-generatif
(iaitu kebolehan kanak-kanak membentuk dan memanipulasi ayat-ayat) tidak dipelajarinya
secara formal.

Kebolehan itu “dipelajari” kanak-kanak melalui komunikasi lisan dengan orang dewasa.
Chomsky telah membezakan antara “kebolehan bahasa” dengan “pengetahuan bahasa”.
Menurutnya, kebolehan bahasa bermaksud kebolehan kanak-kanak menggunakan bahasa.
Pengetahuan bahasa bermaksud pengetahuan kanak-kanak tentang bahasa, iaitu tentang
bentuk ayat, sistem makna dan sistem bunyi yang didengar dalam bahasa yang
digunakannya. Pengetahuan tersebut tidak diajar secara formal tetapi ditiru, dipelajari dan
difahami iaitu dengan mendengar dan bertutur.

Menurut Chomsky, sungguhpun kanak-kanak memang tidak dapat menerangkan rumus-


rumus tatabahasa yang telah diserapinya, dia bagaimanapun dapat menggunakannya
dengan betul. Dengan kata lain, daripada perlakuan bahasa kanak-kanak, kita boleh menilai
sejauh mana dia telah memahami dan mempunyai pengetahuan tentang bahasa yang
dituturnya. Menurut Chomsky, kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan semulajadi untuk
menyerap pengetahuan tersebut, termasuk pengetahuan tentang tatabahasa bahasa yang
didengar atau dituturnya.

Alat pemerolehan bahasa atau LAD yang dikatakan oleh Chomsky itu dipercayai
berada di dalam otak manusia. Alat dan kebolehan semulajadi untuk mempelajari dan
memahami bahasa itu dinamakan language universals, yang terdapat pda semua manusia
dan boleh digunakan untuk mempelajari semua bahasa di dunia. Misalnya, semua bahasa
memerlukan subjek dan predikat dalam sebaris ayat. Bentuk ayat itu mungkin berbeza. Ada
yang berbentuk biasa dan ada yang berbentuk songsang. Ada kata adjektif yang terletak
sebelum kata nama dan ada yang terletak selepas kata nama. Sungguhpun demikian,
manusia boleh mempelajari pelbagai bahasa, dan ini boleh berlaku pada peringkat awal lagi,
iaitu pada peringkat kanak-kanak sebelum mereka masuk ke alam persekolahan dan belajar
secara formal.

Maka oleh itu, Chomsky pernah mengatakan bahawa “Grammar is caught and not
taught”. Maksudnya, aspek tatabahasa itu diserap oleh kanak-kanak dan tidak diajarkan
kepada mereka secara formal. Teori Ciri-ciri Penutur jati berupaya menggunakan bahasa
apabila berhadapan dengan pelbagai keadaan. Bahasa adalah sistem tentang rumus-rumus
bahasa. Ayat mempunyai struktur dalaman dan permukaan. Pengetahuan bahasa
merupakan suatu fenomena mental. Bahasa bersifat sejagat dan kreatif. Penutur dilahirkan
dengan kecekapan semulajadi.

Kesimpulannya, teori Chomsky yang tergolong dalam kumpulan mentalis cuba


menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Chomsky telah mengaitkan
pemerolehan bahasa itu dengan alat pemerolehan bahasa semulajadi (LAD). Teori
Chomsky juga dinamakan sebagai teori nativistik kerana teorinya menekankan sifat
semulajadi atau keaslian yang terdapat hanya dalam diri manusia. Sifat asli itu ialah potensi
berbahasa yang secara semulajadinya sudah pun wujud apabila kanak-kanak dilahirkan dan
pembelajaran bahasa itu boleh berlaku tanpa pengajaran formal yang terdapat di sekolah.

2.0 Refleksi
Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Chomsky memberi
impak kepada arus perkembangan tatabahasa sejagat. Aliran tersebut telah memberi satu
dimensi baru dalam suatu kesatuan tatabahasa dunia. Teori ini telah mengisi ruang kosong
yang ditinggalkan oleh aliran-aliran tatabahasa sebelumnya. Pendekatan tatabahasa
transformasi generatif telah pun diterapkan ke dalam pengajaran bahasa Melayu di
Malaysia. Penerapan ini dilakukan dengan beberapa pengubahsuaian dengan kehendak
dan kriteria bahasa Melayu.
Tokoh-tokoh bahasa di Malaysia seperti Nik Safiah Karim, Arbak Othman, Asmah Hj
Omar dan Hashim Hj Musa telah menggunakan pendekatan Tatabahasa Transformasi
Generatif dalam penulisan buku teks dan pengajaran bahasa Melayu di peringkat universiti.
Kemunculan Tatabahasa Transformasi Generatif telah mempengaruhi senario penyelidikan
bahasa dan merancakkan lagi perkembangan tatabahasa Melayu di Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, tatabahasa bahasa melayu ialah sistem atau peraturan
ataupun undang-undang bahasa melayu yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa
melayu itu sendiri . Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan
menghasilkan rumus-rumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu
sifastnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.
Terdapat 12 kategori tatabahasa yang diperkenalkan oleh pakar-pakar bahasa. Hanya 4
kategori tatabahasa yang akan kami huraikan. Antaranya ialah tatabahasa transformasi
generatif, tatabahasa tradisional, tatabahasa structural dan tatabahasa fungsional.
1.0 PENGENALAN
Aliran Transformasi Generatif muncul selepas aliran struktural pada tahun lima puluhan.
Teori Transformasi Generatif ini dipelopori oleh Noam Chomsky. Noam Chomsky
merupakan seorang ahli psikolinguistik yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau telah
dilahirkan di Philadelphian, Pennsylvania. Chomsky mendapat ijazah pertamanya pada
1945 dan sarjana pada 1955 di Universiti Pennsylvania. Chomsky kemudianya menjadi
pensyarah bahasa Perancis dan bahasa Jerman di Massachusetts Institute of
Technology (MIT) pada 1955 dan kemudiannya menjadi professor dalam bidang bahasa
asing dan linguistik pada 1976 di MIT.

Chomsky telah memperkenalkan satu bidang linguistik baharu yang diberi nama
tatabahasa generatif. Beliau telah menerbitkan buku yang bertajuk Syntactic Structures
(1957) dan Aspects of the Theory of Syntax pada 1965 yang mengandungi teorinya yang
dipanggil tatabahasa transformasi generatif.Analisis Transformasi Generatif bertujuan
untuk membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan
pengetahuan penutur natif sesuatu bahasa. Rumus-rumus yang disediakan itu akan
membolehkan orang lain yang tidak tahu mengenai bahasa itu membentuk ayat-ayat
dalam bahasa berkenaan. Rumus-rumus yang dimaksudkan itu ialah rumus-rumus
struktur frasa dan rumus-rumus transformasi.

Manusia dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa. Bagi penutur
asli, mereka mempunyai kecekapan berbahasa ini iaitu competense. Kecekapan ini
merupakan satu set implisit iaitu dinyatakan secara tidak langsung atau tidak secara
terang-terangan. Penguasaan bahasa berdasarkan penguasaan bahasa pertama
dahulu. Pengetahuan bahasa merupakan fenomena mental. Struktur dalaman penutur
asli membolehkan ayat berfrasa dan ayat yang mempunyai ketaksaan. Dua struktur
ayat dalam teori ini ialah struktur dalaman dan struktur permukaan.

Rumus-rumus transformasi berkuasa untuk menggugurkan unsur kata,


menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula. Pendekatan huraian
bersifat deduktif dan “kaji diri”. Teori ini juga menunjukkan kajian berbentuk hipotesis
tentang bagaimana bahasa bertugas. Kita juga dapat lihat dalam teori ini, bahasa
bersifat sejagat dan kreatif. Binaan ayat mempunyai hubungan erat dan menggunakan
simbol untuk menganalisis nahu.Menurut beliau, secara semula jadi, sewaktu dalam
lingkungan umur tiga tahun, kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan menggunakan
tatabahasa transformasi-generatif. Tatabahasa transformasi-generatif (iaitu kebolehan
kanak-kanak membentuk dan memanipulasi ayat-ayat) tidak dipelajarinya secara formal.
Kebolehan itu “dipelajari” kanak-kanak melalui komunikasi lisan dengan orang dewasa.
Chomsky telah membezakan antara “kebolehan bahasa” dengan “pengetahuan
bahasa”. Menurutnya, kebolehan bahasa bermaksud kebolehan kanak-kanak
menggunakan bahasa. Pengetahuan bahasa bermaksud pengetahuan kanak-kanak
tentang bahasa, iaitu tentang bentuk ayat, sistem makna dan sistem bunyi yang
didengar dalam bahasa yang digunakannya. Pengetahuan tersebut tidak diajar secara
formal tetapi ditiru, dipelajari dan difahami iaitu dengan mendengar dan bertutur.
2.0 REFLEKSI

Kesimpulannya, teori Chomsky yang tergolong dalam kumpulan mentalis cuba


menerangkan perkembangan bahasa kanak-kanak. Chomsky telah mengaitkan
pemerolehan bahasa itu dengan alat pemerolehan bahasa semulajadi (LAD). Teori
Chomsky juga dinamakan sebagai teori nativistik kerana teorinya menekankan sifat
semulajadi atau keaslian yang terdapat hanya dalam diri manusia. Sifat asli itu ialah potensi
berbahasa yang secara semulajadinya sudah pun wujud apabila kanak-kanak dilahirkan dan
pembelajaran bahasa itu boleh berlaku tanpa pengajaran formal yang terdapat di sekolah.

Selain itu, secara umumnya, Transformasi-Generatif mempunyai tiga proses


penerbitan ayat iaitu jenis pengguguran, perluasan dan penyusunan semula. Melalui
tatabahasa Transformasi-Generatif ayat yang mengalami proses penerbitan ayat akan dapat
dikembangkan dengan luas dan kita dapat membina ayat yang lebih kompleks. Sebenarnya,
kita sudah menggunakan proses penerbitan ayat atau Transformasi-Generatif sejak sekolah
rendah lagi. Walaubagaimanapun, kita hanya memahami konsep Transformasi-Generatif
apabila kita baru belajar konsep ini.

Tuntasnya, Transformasi-Generatif perlu dipelajari dan dikuasai khususnya golongan


pendidik kerana topik ini bukanlah topik yang senang dikuasai seperti ayat tunggal tetapi
topik ini membabitkan keseluruhan pembelajaran Bahasa Melayu. Guru-guru yang akan
bertugas di sekolah mestilah menguasai Transformasi-Generatif kerana sebagai guru, kita
mestilah sentiasa memastikan ilmu kita sentiasa ditambah kerana proses pembelajaran itu
tidal terhenti ketika waktu belajar sahaja bahkan ianya merupakan proses pembelajaran
yang dilakukan sepanjang hayat seseorang.

You might also like