You are on page 1of 1

Imbuhan Bahasa Melayu

Menurut Nik Safiah et. Al (2008), imbuhan ialah unit-unit bahasa tertentu yang
ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna
nahunya. Imbuhan terdiri daripada bentuk awalan, akhiran, sisipan, apitan,
morfem kosong dan bentuk fleksi.

Menurut Abdullah Hasan dan AInon Mohd (2004) pula, pengimbuhan ialah proses
yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk kata terbitan
Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata
terbitan daripada pelbagai golongan kata, iaitu kata kerja dan kata adjektif.

Jenis-jenis imbuhan

Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsure


yang utama, iaitu imbuhan asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan yang
dipinjam daripada bahasa asing, Sehubungan dengan itu, imbuhan yang telah
sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat jenis, iaitu
awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

You might also like