You are on page 1of 2

Pembentukan Kata dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa cara membentuk perkataannya.

Ada
bentuk perkataan yang bersifat tunggal, contohnya rumah, tinggal dan putih. Di samping itu
terdapat perkataan yang dibentuk hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pengimbuhan ialah meninggal dan
meninggalkan. Contoh perkataan yang dibentuk secara pemajmukan ialah reka bentuk dan surat
khabar. Manakala contoh perkataan yang dibentuk secara penggandaan ialah besar – besar dan baju
– baju.

Pengimbuhan Kata ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar untuk membentuk
kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan iaitu awalan, akhiran dan sisipan. Imbuhan – imbuhan
ini apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan daripada pelbagai golongan
kata iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif.

Pemajmukan Kata ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang
terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit iaitu
bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Penggandaan Kata dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses
demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar
juga boleh diandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep Imbuhan.

2. menjelaskan jenis-jenis Imbuhan.

3. menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Rajah 1.2 Kerangka Tajuk

1.0 KANDUNGAN ISI


Kandungan isi untuk topik ini meliputi huraian tentang konsep menjelaskan konsep Imbuhan,
menjelaskan jenis-jenis Imbuhan dan menjelaskan konsep Pembentukan Kata dalam Bahasa Melayu

1.1 Definisi Imbuhan

Apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan?

Tatabahasa Dewan (2004) : Perkataan-perkataan dalam sesuatu bahasa boleh terdiri daripada
bentuk dasar iaitu bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan atau bentuk
terbitan, bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas bentuk dasar tadi melalui berbagai-
bagai cara pembentukan kata. Imbuhan yang dimaksudkan ialah unit-unit bahasa tertentu yang
ditambah pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Tercakup dalam
imbuhan ialah bentuk-bentuk berikut : awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk
fleksi.

Abdullah Hassan (2004) : Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar
untuk membentuk kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan, iaitu awalan, akhiran, apitan, dan
sisipan. Imbuhan-imbuhan ini, apabila digandingkan dengan kata dasar membentuk kata terbitan
daripada pelbaagai golongan, kata iaitu kata kerja, dan kata adjektif.

Nik Safiah Karim dan rakan (1996) : Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa merupakan
proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan
bahasa, proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) : Morfem yang tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di
dalam pemakaiannya, imbuhan mestilah dirangkaikan dengan perkataan. Proses pengimbuhan ialah
satu proses membentuk perkataan dengan cara mengimbuhkan sesuatu perkataan dengan
imbuhan-imbuhan tertentu supaya dengan demikian akan timbullah satu perkataan yang membawa
konsep yang baharu.

1.2 Jenis-Jenis Imbuhan

Imbuhan-imbuhan dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada dua unsur yang besar iaitu
imbuhan-imbuhan yang asli dalam bahasa Melayu dan imbuhan-imbuhan yang dipinjam daripada
bahasa asing.

1.2.1 Imbuhan-imbuhan asli dalam bahasa Melayu

Imbuhan-imbuhan yang telah sedia ada dalam bahasa Melayu dapat dipecahkan pula kepada empat
jenis iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan.

You might also like